Khamis, 2 Mei 2013

Addin

Addin


Nah!! Ini Bukti Ku Nan Bakal Tersungkur Di Putrajaya

Posted: 02 May 2013 10:40 AM PDT


Demokrasi apa ini?? Petandanya pihak Jabatan Perdana Menteri sudah dapat tahu dan hidu ramai kakitangan awam di Putrajaya tolak dan menyampah kepada UMNO terutamanya calonnya Ku Nan Ku Mansor.

Kalau tidak... mengapa nak keluarkan notis ini??? Ertinya kempen Tun Mahathir dan Daim Zainuddin tidak memberi kesan dan impak diminda kakitangan awam yang bermaustatin di Putrajaya...

Jalan paling mudah ialah keluarkan surat ugutan!!!!



Iklan C (ii)

 

Hanya 100 Orang Hadir Ceramah PR Di Skudai

Posted: 02 May 2013 08:00 AM PDT


Gambar-gambar ini membuktikan bahawa BN sudah pun tewas sebelum pilihanraya umum13 pada 5 Mei ini. Usaha PR sekarang adalah menentang SPR. SPR sahaja mampu menjadi penghalanmg kepada PR untuk menakluk Putrajaya dan mengembalikan rakyat Malaysia kepada kehidupan yang sepatutnya.

Bermacam-macam andaian dibuat untuk menolak persepsi bahawa PR sudah memenangi PRU13. Ramai yang mengakui bahawa kehadiran besar di program PR bukan bermakna undi untuk pakatan. Termasuk juga DS Anwar Ibrahim.

Bagi gua.... Perkara yang belum berlaku adalah sokongan itu belum direalisasaikan dalam bentuk undi.. kita tungguuuuuu!

Cuba fikir sejenak... mana ada manusia bodoh yang hendak memberi publiciti kepada musuh? kalau ada pun kehadiran spy-spy BN dalam ceramah PR tidak mungkin lebih dari 500 orang.

Mereka adalah di kalangan para blogger, mata-mata gelap dan unit risikan BN sendiri untuk mendapat maklumat bagi kegunaan organisasi masing-masing. Selebihnya adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat yang dahagakan perubahan. Ingin hidup lebih baik daripada era BN.

Fikirkan diri anda sendiri, mahukah anda berada di program Barisan Nasional jika anda seorang penyokong Pakatan Rakyat. Bagi diri gua sendiri " gua pasti akan berasa malu apabila dilihat memberi publisiti kepada musuh dengan menghadiri program mereka.. Lu apa macam?

Kita tunggu sidang media pendedahan Anwar Ibrahim esok. Beliau akan dedah sykt penerbangan yang kendali rakyat asing ke Kuala Lumpur dipercayai akan berfungsi sebagai pengundi hantu.

Sutera Mall, Skudai, Johor











Iklan C (ii)

 

Bukti Najib Terlibat Angkut Pengundi Hantu Terbarai..

Posted: 02 May 2013 04:23 AM PDT


Ini adalah maklumat baru yang diterima. Beberapa buah emel antara kakitangan penerbangan Air Asia dan pegawai tertinggi syarikat penerbangan tambang murah itu terbongkar!

Projek menerbangkan pengundi hantu untuk didaratkan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Selangor sudah pun bermula sebaik BEKAS perdana menteri, Najib Razak membubarkan parlimen 3 April lalu.


Antara emel yang bocor menunjukkan beberapa penerbangan sewa khas (chartered flight) antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju LCCT sudah dirancang antara 4 Mei hingga 7 Mei.

Paling mengejutkan didapati sembilan penerbangan serupa turut akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor yang jelas membuktikan negeri di selatan Semenanjung itu juga sudah tidak selamat buat Barisan Nasional (BN).


Kesemua penerbangan tersebut dijangka akan tiba pada bila-bila masa tidak termasuk penerbangan serupa yang dikendalikan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Emel itu juga mendedahkan setiap satu penerbangan itu boleh membawa seramai 180 penumpang yang dipercayai pengundi hantu warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar.

Kesemua emel tersebut turut membabitkan ketua pegawai eksekutif syarikat (CEO) itu, Tony Fernandes dengan CEO di Malaysia, Aireen Omar dengan pengurusan tertinggi supaya cuba meminimumkan gangguan penerbangan biasa apabila penerbangan sewa khas itu mula membawa pengundi hantu tersebut.


Pegawai dan kakitangan yang namanya tertera di dalam kandungan emel tersebut diminta tampil menafikan bahawa emel di atas adalah palsu atau berdepan dengan tindakan tegas apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Inilah bukti bagaimana Najib mengotakan kata-katanya iaitu Putrajaya mesti dipertahankan dengan air mata darah sekalipun.~mpr

Baca lagi pendedahan di SINI.


Iklan C (ii)

 

Pelancong Bangla Mula Membanjiri KLIA Menjelang PRU13.. Saksikanlah!!

Posted: 02 May 2013 12:45 AM PDT


Nah gambar terkini.. mereka cek in kat lorong L tingkat 5 KLIA sekarang ni cuma tunjukkan IC .. menurut kerani di sana.. ic mereka baru2 ..

Penuh dengan warga asing dan semua datang melancong waktu negara nak adakan PRU13?



Sumber


Iklan C (ii)

 

Anwar Dedah Dokumen Penerbangan Pengundi Hantu

Posted: 01 May 2013 10:12 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi pada PRU 13.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok," katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.

Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN itu turut menyelar tindakan Umno-BN yang sering menggunapakai taktik kotor untuk memastikan pentadbiran negara terus berada di bawah cengkaman mereka.

Anwar berkata, pimpinan Umno-BN sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan bersedia menerima sebarang keputusan yang telah ditetapkan.

"Sudah-sudahlah dengan penipuan ini dan biar rakyat putuskan semasa 5 Mei nanti. Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut kerana kalau Umno-BN kalah sekalipun, beliau tetap ada jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

"Setiap pengundi harus keluar mengundi dan buatlah pilihan yang tepat. Kita harus usaha untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan negara daripada terus ditadbir oleh pemimpin tidak telus seperti Umno-BN," katanya lagi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

 

Punca Blogger Milo Suam Di Tahan Polis Terbongkar..

Posted: 01 May 2013 07:38 PM PDT


Seorang bloger PR, Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Polis berkata blog Milo Suam memfitnah pegawainya pasal mengundi 23 March lalu..

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pemilik blog Milo Suam didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Syed Ismail Syed Azizan berkata unit RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

Jap jap Datuk.. Milosuam mendedahkan pasal Anggota Polis mengundi 23 April lalu. So rasanya sama la dengan PENGAKUAN yg tertulis dalam facebook rasmi PDRM sendiri kan? Bukan nak backup Milosuam x tentu pasal tapi ini FAKTA yang PDRM keluarkan sendiri..

Datuk check tak laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen tu. Taknak soal siasat sekali ke ADMIN FACEBOOK RASMI PDRM tu? Printscreen ini diambil pada 1.38am (baru kejap tadi)


Klik untuk lebih jelas

Adakah penahanan Blogger Milosuam sebenarnya berunsur politik? Jika benar dia melakukan kesalahan menyebar fitnah, bagaimana pula dengan PapaGomo dan rakan2 blogger pro UMNO? Jangan ketepikan amanah tugas demi melindungi kebathilan, balasan Allah berat.. ~orenji





Iklan C (ii)

 

Muhammad Taib Mengaku Kalah

Posted: 01 May 2013 06:44 PM PDT


Muhammad Taib pun mengaku kalah dengan kecermelangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Terbukti pemimpin Pakatan Rakyat memperjuangkan hak rakyat tapi bukannya hak kroni.

Kepada yang masih menyokong Umno BN sampai tak ketahuan fikir-fikirkanlah. Bekas MB Selangor sendiri telah mengiktiraf kepimpinan Pakatan Rakyat. Pemimpin beramanaha rakyat sejahtera..

Inilah hasilnya dan bukti kerajaan PR yang telus dan amanah memerintah DEMI RAKYAT...





Iklan C (ii)

 

Gambar-Gambar Yang Menyakitkan Hati Najib Dan Pencacai Umno

Posted: 01 May 2013 06:03 PM PDT



Gambar-gambar sekitar program Pakatan Rakyat pada 1 Mei. Gambar di atas ialah solat hajat di Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur.




Ceramah DAP/PR malam ini di Seri Setia, Kuala Lumpur, Parlimen Seputeh




Keadaan di Taman Sri Sentosa




Anwar di Kapar siang tadi




Ceramah DAP/PR Jam 6 petang tadi, di Bakri, Johor


 
Keadaan di Skudai malam tadi





 
Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: