Addin |
- Penjelasan Polis Berkenaan Penahanan Adam Adli
- Adam Adli Di Cekup
- "Zahid, Kamu Ingat Negara Ini Bapak Kamu Yang Punya" - Anwar
- Malaysia Akan Peroleh PM Baru Oktober Ini?
- MCA Akan Di Bubar?
- Ini Fitnah.. Tiada MoU Antara Ustaz Azizan Dan Mukhriz
- Petanda Kabinet Najib Bakal Tersungkur..
- "Polis Tembak Anak Saya"
Penjelasan Polis Berkenaan Penahanan Adam Adli Posted: 18 May 2013 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang. Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang. Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu. Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.Lihat gambar berhubung penjelasan dari PDRM berhubung penangkapan Adam Adli siang tadi. |
Posted: 18 May 2013 06:22 AM PDT SHAH ALAM - Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang. Dilaporkan, Adam yang digantung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei. Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum pada 5 Mei lalu. Adam sebelum ini pernah menggemparkan negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Adam melakukan perbuatan itu dalam satu himpunan 17 Disember tahun lalu. ~sinar harian |
"Zahid, Kamu Ingat Negara Ini Bapak Kamu Yang Punya" - Anwar Posted: 18 May 2013 02:43 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat."Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Khairy Jamaluddin sebaliknya dilihat cuba meredakan reaksi orang ramai berhubung kenyataan itu. Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan. Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat."Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat."(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar. Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular. ~mkini |
Malaysia Akan Peroleh PM Baru Oktober Ini? Posted: 18 May 2013 01:14 AM PDT Adakah Najib Razak akan kekal sebagai Presiden UMNO pada perhimpunan agong UMNO yang di jangka pada bulan oktober ini? Persoalan ini pasti bermain di dalam otak jutaan rakyat malaysia, kerana berdasarkan hiraki turun temurun bagi UMNO, jika prestasi presiden teruk dan memalukan, maka presiden WAJIB di ganti Timbalannya! 1999 - jumlah kerusi 192 - Mahathir - menang 148 dengan 56% undi BN - prestasi buruk, - hilang 21 kerusi parlimen, - terpaksa bersara kerana tekanan dari dalam umno 2004 - jumlah kerusi 219 - Abdullah - menang 198 dengan 64% undi BN - ganti Abdullah, - terus menang besar dengan kemenangan pertama dalam sejarah PRU. - sebab sudah tukar dari PM di benci rakyat kepada PM baru. 2008 - jumlah kerusi 222 - Abdullah - menang 140 dengan 50.3% undi BN - prestasi buruk, - hilang 58 kerusi parlimen, - terpaksa bersara awal kerana tekanan dari dalam umno 2013 - jumlah kerusi 222 - Najib - menang 133 dengan 46% undi BN - prestasi terburuk dalam sejarah Barisan Nasional, - hilang 7 kerusi parlimen lagi, bakal di HENYAK dan di HENTAK dari dalam umno, - Muhyiddin Yassin sedang senyum sampai telinga untuk menunggu perhimpunan agung umno atau PAU pada bulan oktober ini. Sejarah membuktikan bahawa mana mana perdana menteri dengan PRESTASI BURUK dalam pilihanraya umum akan di TENDANG keluar sebagai Perdana menteri, Bagaimana abdul razak menggantikan tunku abdul rahman? Bagaimana hussien onn menggantikan abdul razak? Bagaimana mahathir menggantikan hussien onn? Bagaimana abdullah menggantikan mahathir? Bagaimana najib menggantikan abdullah? begitulah MUHYIDDIN YASSIN akan dapat jawatan PERDANA MENTERI tidak lama lagi! TENGOK BETUL BETUL MUKA MUHYIDDIN.. SENYUM SAJA SEPANJANG MALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13, DAN NAJIB MASAM MENCUKA, APA YANG NAJIB SEDANG FIKIRKAN? ADAKAH MASALAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PADA BULAN OKTOBER INI? Sumber dari SINI |
Posted: 17 May 2013 09:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 18 Mei — MCA perlu membuka keanggotaan kepada kaum lain selepas prestasi terburuk dalam sejarah pada Pilihan Raya 2013 kerana tidak boleh hanya mengharapkan undi Cina, kata pengerusi parti di Selangor Datuk Donald Lim. Beliau mengatakan parti komponen Cina di bawah gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) perlu melihat gambaran lebih besar dan mengambil kira realiti perpecahan bandar-luar bandar berbanding kaum, seperti yang berlaku dalam keputusan pilihan raya. "MCA mungkin perlu berubah daripada kekal sebagai parti berasaskan kaum. Mungkin perlembagaan parti perlu diubah untuk membenarkan kaum lain masuk," kata Lim (gambar) kepada The Malaysian Insider. "Ini adalah kurun berbeza. Sekarang kita adalah berbilang kaum dan orang perlu bergerak ke hadapan dan bergaul dengan bebas. Pada ketika ini, adalah lebih baik untuk membuka bagi memberikan khidmat terbaik kepada rakyat," tambah beliau. Dalam pilihan raya umum 5 Mei, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN ditandingi — kurang separuh daripada kerusi Parlimen yang mereka perolehi pada 2008. Disebabkan ini, MCA dikecualikan daripada Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, konsisten dengan ikrar presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal mendapatkan lebih kerusi Parlimen berbanding 2008. Apabila ditanya kemungkinan parti komponen BN bergabung menjadi satu, Lim berkata: "Ia adalah cadangan baik akan tetapi perlu mengambil masa kerana Umno berprestasi baik jadi mereka mungkin menentangnya." Walau bagaimanapun, beliau mengatakan mungkin terdapat pilihan bagi MCA untuk bergabung dengan parti komponen BN lain seperti Gerakan dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk menjadi lebih kuat. Gerakan hanya menang satu kerusi daripada 11 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam Pilihan Raya 2013, hanya tiga daripada 31 kerusi DUN yang ditandingi. Terdapat desakan untuk BN menawarkan keahlian secara langsung dan berbilang kaum ke dalam gabungan itu berbanding hanya melalui parti komponennya, cadangan yang dipersetujui Lim manakala mengakui mungkin menandakan berakhirnya beberapa parti komponen. "Jika BN menawarkan keahlian terus, perlahan-lahan parti komponen akan mula hilang, sudah tentu sesetengah akan bertahan jika mereka cukup kuat," katanya. Beliau juga mengakui kemungkinan langkah itu boleh menyebabkan berakhirnya MCA jika parti tidak menambahkan kekuatan dan populariti. "Macam-macam boleh berlaku," katanya dan menambah ianya mungkin mengambil masa lama untuk menjadi kenyataan. Lim mengatakan, langkah seperti itu harus menunggu sehingga pemilihan dalaman parti selesai - presiden dan pasukan baru dipilih untuk menentukan bagaimana untuk bergerak ke hadapan. Lim bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei bagi kerusi Parlimen Selayang tetapi kalah kepada William Leong dari PKR dengan 17,846 undi. ~the malaysian insider Addin : Dalam erti kata yang paling mudah, akibat kegagalan PRU13 MCA mungkin akan di bubarkan.. |
Ini Fitnah.. Tiada MoU Antara Ustaz Azizan Dan Mukhriz Posted: 17 May 2013 08:39 PM PDT PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Kedah menafikan ada perjanjian persefahaman (MOU) antara Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan Menteri Besar baru, Datuk Mukhriz Mahathir. Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, bagaimanapun, mengesahkan Azizan ada bertemu Mukhriz di Mesir sebagaimana dakwaan pihak tertentu. "Saya ada bersama rombongan Ust Azizan ke Al-Azhar Mesir merundingkan penubuhan Pusat Bahasa Arab di Kedah. Turut serta ialah Ust Abdul Ghani Ahmad yang bertanding menentang Mukhriz di DUN Air Hitam, Dr Rohani (DUN Jitra), Saiful Izham Ramli, Sarina, Zulkifli Yahya, Cikgu Zakiah dan lain-lain. "Ketika bersarapan pagi di cafe, terserempak dengan Datuk Mukhriz dan rombongannya nak ke Gaza. "Ustaz (Azizan) hanya menyapa, bersalam, bertanya khabar, bila sampai bila balik, mana destinasi. Tak sampai pun lima minit, kami menuju Al-Azhar, depa masih bersarapan. "Dari mana datangnya MoU? Celakalah mereka yang mereka cerita memfitnah pimpinan gerakan Islam ini…Allah membandingkan dosa fitnah lebih besar daripada dosa membunuh. Bertaubatlah. "Mencipta dan menyebar fitnah terhadap pimpinan yang sedang bersabung nyawa bagaikan mainan ," kata Muhammad Sanusi. Beliau dipercayai menjawab dakwaan pihak tertentu bahawa Azizan mempunyai perjanjian dengan Mukhriz di Mesir sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu. Kedah yang diperintah PAS sejak tahun 2008 dirampas Barisan Nasional. Azizan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang, dan dua kakinya telah dipotong akibat serangan penyakit kencing manis. Syaitan iblis menyebar berita Muhammad Sanusi menambah, kumpulan yang mereka-reka cerita itu hendak menjadi syaitan iblis menyebar berita merata dunia. Katanya, kumpulan ini bukan ahli tetapi mahu mengatur pimpinan, dasar dan strategi jemaah, jika tidak dilayan, dicaci maki dan difitnah. Abdul Ghani pula berkata, ia setakat berjumpa di kaunter hotel sahaja dan bertanya khabar bila datang dan berapa lama di Palestin. Di Hatyai pula terlibat dalam delegasi usahawan Kedah bersama rombongan MITI. "Itu sahaja. Mana dia MOU tu. Bacul sungguh penyebar fitnah ni," katanya. Abdul Ghani mendakwa, fitnah itu juga yang dimainkan oleh ahli dan pimpinan PAS di Jerlun yang mengatakan beliau ada buat MOU dengan Mukriz di Hatyai dan Mesir. "Siap maki lagi dalam SMS. Suruh datang mari bersemuka tak angkat call (panggilan). Ni lah salah satu punca bila ahli PAS sendiri suka calon PAS kalah," katanya. Saiful Izham turut mengesahkan penjelasan mengenai pertemuan di cafe hotel semasa makan pagi di Kaherah sebelum bertolak untuk program rasmi di Universiti Al Azhar. Beliau mendakwa beliau sarapan semeja bersama Azizan dan dua orang anaknya. "Saya yang turun bersama-sama beliau dari bilik penginapan beliau sehingga ke cafe hotel. Mukhriz yang ketika itu bersama-sama Fathul Bari Mat Jahaya dan dua yang lain datang menyapa Ustaz dan bertanyakan khabar kesihatan beliau serta acara lawatan rasmi ke Mesir," katanya lagi. Sepatutnya, kata Saiful Izham kita bermuhasabah menelusuri kembali punca kekalahan dan mencari jawapan untuk merungkai punca, bukannya saling menuding jari dan mencipta fitnah. Saling menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah dan persoalan bahkan ianya akan melebarkan retak dalam jemaah, kata beliau. ~free malaysia today |
Petanda Kabinet Najib Bakal Tersungkur.. Posted: 17 May 2013 06:44 PM PDT Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat terus memperhebatkan tekanan menolak keputusan piliharaya lalu dengan siri perhimpunan aman diteruskan lagi ke beberapa negeri, kabinet yang dibentuk Najib turut mulai bergelora. Bermula dengan Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak atau PRS menolak perlantikannya sebagai timbalan menteri, majlis tertinggi parti itu juga membuat keputusan terbaru iaitu menolak sebarang jawatan yang ditawarkan Najib. Ini bermakna, seorang lagi Ahli Parlimen PRS, Joseph Entulu yang sebelum ini dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, turut dianggap menolak perlantikan itu berasaskan keputusan yang dibuat oleh PRS itu. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, Presiden PRS James Masing berkata, majoriti pimpinan tertinggi parti menolak perlantikan yang dibuat oleh Najib kerana berasa dianaktirikan dari segi pembahagian kerusi kabinet berasaskan sumbangan enam kerusi Parlimen yang disumbangkan daripada 133 yang dimenangi oleh BN. Berbanding MIC misalnya yang menang empat kerusi Parlimen tetapi diberikan dua jawatan menteri dan tiga timbalan menteri, pimpinan PRS merasakan pembahagian yang dilakukan oleh Najib sebagai tidak adil dan mereka berhak mendapat lebih daripada satu menteri dan satu timbalan menteri sepertimana yang diberikan oleh Najib. Hanya bermula dengan tindakan Joseph Salang Gandum yang tidak puas hati kerana hanya diberikan jawatan timbalan sedangkan beliau mengharapkan diberi jawatan menteri, tindakan PRS ini bakal menimbulkan gelora yang lebih besar kepada Najib dan BN. Walaupun bakal mengemukakan permintaan kepada Najib supaya diberikan keadilan, James Masing masih enggan memberitahu tindakan yang bakal diambil oleh PRS jika permintaan mereka gagal dipenuhi oleh Najib. Hakikatnya PRS sudah mula mengemukakan ugutan kepada Najib dan pilihan yang boleh diambilnya selepas itu tidaklah sukar difahami. Dengan enam kerusi Parlimen yang dimilikinya, kuasa tawar-menawar yang dimiliki PRS bolehlah dikira bernilai tinggi. Dalam masa yang sama sebuah lagi parti di Sarawak iaitu Parti Progresif Demokratik Sarawak atau SPDP turut meluahkan rasa tidak puas hati dalam pengagihan kerusi kabinet kali ini. Parti itu yang menang empat kerusi Parlimen dalam pilihanraya lalu, langsung tidak diberikan apa-apa jawatan oleh Najib. Sumbangan empat kerusi Parlimen seolah-olah langsung tidak dihargai oleh Najib dan kini sudah timbul desakan agar parti itu menimbangkan kedudukannya dalam BN. Ia diakui oleh Setiausaha Agung parti itu sendiri. Ini kerana parti itu sebelum ini menjangkakan mereka sekurang-kurangnya akan ditawarkan satu jawatan menteri dan satu timbalan menteri atau dua jawatan timbalan menteri, lebih-lebih lagi salah seorang Ahli Parlimennya dari Bintulu, Tiong King Sing adalah juga Pengerusi BNBBC dan tokoh yang agak dikenali umum. Sehingga ini dua parti dari Sarawak iaitu PRS dan SPDP dengan jumlah 10 kerusi Parlimen sudah secara terbuka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Najib berikutan perlantikan jawatan kabinet yang baru berusia tiga hari. Apakah selepas ini ada pihak-pihak lain lagi yang meluahkan perasaan yang sama? Atau mungkinkah kedudukan kabinet Najib terus bergoncang lagi? Di Semenanjung pula, rasa tidak puas hati daripada kalangan UMNO terhadap kabinet Najib memang banyak kedengaran di mana-mana. Selain Kedah yang menyumbang 10 kerusi Parlimen tetapi hanya diberikan satu jawatan menteri dan dua timbalan menteri, di Selangor juga kedengaran nada yang sama berikutan ketiadaan langsung menteri daripada negeri itu, sebaliknya hanya seorang timbalan menteri saja iaitu Noriah Kasnon. Beberapa perlantikan menteri dan timbalan menteri turut menjadi persoalan di kalangan rakyat dan ahli UMNO sendiri berikutan terdapat perlantikan yang dibuat Najib dilihat bukan berasaskan merit dan mahu melakukan peremajaan dalam parti sebaliknya lebih berasaskan balas budi semata-mata. Perlantikan Shahidan Kassim dan Idris Jusoh sebagai menteri nyata menghalang proses peremajaan dan hasrat ingin memberi peluang kepada tokoh-tokoh muda kerana keduanya dianggap sebagai pemimpin kitar semula dan sudah berusia. Begitu juga Tajuddin Rahman sebagai timbalan menteri turut tidak memberi makna kepada peremajaan parti kerana jawatan itu sewajarnya diperuntukkan kepada tokoh-tokoh lain yang lebih muda. Paul Low dari Transperancy International Malaysia pula dilantik sebagai menteri semata-mata kerana balas budi berikutan tindakannya membawa Najib menandatangi Ikrar Intergriti dipercayai telah melonjakkan keyakinan rakyat dan memberi kelebihan kepada Najib memenangi pilihanraya. Kerana beliau dianggap berbudi, maka ia dibalas dengan jawatan menteri walaupun seharusnya Najib membawa tokoh korporat atau profesional Cina yang lebih muda jika ingin memenangi hati pengundi Cina. Begitu juga dengan perlantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy, sebuah NGO mirip Perkasa, sebagai timbalan menteri adalah juga kerana membalas budi berikutan sokongan terbukanya kepada BN menjelang pilihanraya lalu sambil menandatangi perjanjian bersama Najib mengenai kepentingan kaum India yang seharusnya mendapat pembelaan daripada kerajaan. Kerana Najib percaya sokongan Hindraf itu membukan laluan kepada sokongan pengundi India yang lebih ramai, maka beliau diberikan ganjaran timbalan menteri. Perlantikan pemimpin Hindraf itu bukan saja mendapat bantahan daripada Pemuda MIC yang merasakan IPF lebih baik jika ingin diberikan jawatan itu, malah ia juga menyebabkan imej Najib dengan dasar 1Malaysianya telah ditenggelamkan oleh perbuatannya sendiri. Belum pun seminggu usia kabinet yang dibentuk Najib, unsur-unsur penolakan sudah pun mula kelihatan. Bermula dengan PRS dan SPDP yang merangkumi 10 kerusi Parlimen, jika ia gagal ditangani dan ditambah pula dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri yang jelas rasa tidak puas hatinya di sana-sini, andai ia juga gagal dibendung, kebarangkalian untuk BN terus goyah dan tersungkur, tidak boleh dipandang mudah. Jika ada diantara mereka ini memulakan langkah meninggalkan BN, yang lain hanya menunggu masa saja menuruti langkah yang sama. Dengan PR mempunyai 89 kerusi Parlimen dan hanya kekurangan 23 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru, mereka yang tidak berpuas hati ini barangkali hanya menunggu lamaran dan jika hantarannya bersesuaian, mengapa tidak! Lagi pula, politik adalah seni yang serba mungkin. ~shahbudin |
Posted: 17 May 2013 04:34 PM PDT PETALING JAYA - "Anak saya dibunuh oleh dua penunggang motosikal dari kiri dan kanan keretanya di bulatan Taman Billion, bukannya berbalas tembakan dengan polis," demikian dakwa Othman Yusof, bapa kepada mangsa tembakan polis pada 14 April, tahun lalu. Othman turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang menembak mati kedua-dua anak lelakinya walhal mereka baru sahaja disyaki terlibat dalam rompakan itu dan belum lagi disabitkan kesalahan. "Saya tak puas hati dengan tindakan polis, mereka tembak anak saya kerana dikatakan suspek rompakan. "Kalau suspek, adakah kita perlu bunuh? Kita tak tahu lagi bersalah atau tidak, dia sepatutnya ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, bukannya terus tembak," soalnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini. Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23 dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion, awal pagi pada 14 April 2012. Beliau juga kesal apabila barangan milik anaknya ketika ditembak mati polis, iaitu wang tunai RM6,000 dan telefon bimbit bernilai lebih RM2,000 didapati lesap dan tidak dipulangkan kepada waris. Lebih malang lagi kata Othman, polis memberitahu ketika kejadian berdarah itu, anaknya didapati memiliki sepucuk pistol, dadah dan sebilah parang malah enggan memberhentikan kereta lalu ditembak polis. "Sebab itu saya tampil hari ini bersama peguam dari PKR untuk mendapatkan keadilan, bukannya pampasan. "Hanya dua telefon bimbit ini bernilai lebih RM200 ke atas dipulangkan kepada saya," katanya. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan