Jumaat, 17 Mei 2013

Addin

Addin


Gambar Blogger King Jason Di Bebaskan Tersebar

Posted: 17 May 2013 10:30 AM PDT


Gambar ini di keluarkan dari blog Parlimen Kota Raja iaitu Dr. Siti Mariah. Blogger King Jason telah di bebaskan beberapa hari lepas.

Motif penangkapan seperti biasa untuk menakutkan para blogger Pakatan Rakyat dari terus membongkar kesalahan Umno BN.

Addin ucapkan semoga blogger King Jason terus istiqomah dalam perjuangan ini.




Iklan C (ii)
  


LIVE!! Himpunan Tolak Penipuan PRU13 Seremban..

Posted: 17 May 2013 08:15 AM PDT



LIVE! Himpunan Tolak Penipuan PRU13 diadakan di Pusat Komersil Oakland, Seremban..



Saksikanlah!!







Iklan C (ii)
  


GLC Perabih Bayar Iklan RM59K Semata-Mata Ucap Tahniah Pelantikan Menteri

Posted: 17 May 2013 05:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno danThe Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.


Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.

Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB."Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

"Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum."SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai "pembaziran" wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.

"Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik."Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan," katanya kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.

Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.

Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
  



Prof. Agus Belasah Teruk Zahid Hamidi.. Saksikanlah!!

Posted: 17 May 2013 05:03 AM PDT


Inilah kenyatan bangang dari menteri BN, kenapa begitu mudah Zahid Hamidi menghukum rakyat yang berbeza pandangan dan ideologi dengan parti pemerintah.

Jikalau beginilah sikap menteri BN, maka makin cepatlah hayat BN bakal di kuburkan oleh rakyat.

Kenyataan bangang Zahid Hamidi mendapat respon segera dari Prof. Agus yang terkenal dengan pandangan kritisnya..






Iklan C (ii)
  


'Ini Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Bukan Kementerian Belia Dan BN' - Khairy Jamaluddin

Posted: 17 May 2013 01:11 AM PDT


Kerajaan perlu membuka pintu kepada semua pihak untuk terlibat dengan agenda kerukunan nasional selepas pilihan raya dan tidak membalas dendam kepada mana-mana pihak, kata Khairy Jamaluddin.

"Kerukunan nasional, pastikan pintu terbuka untuk semua pihak. Ini secara umum sahaja, bukan untuk Kementerian Belia dan Sukan sahaja.

"Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak," kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau juga berkata, kementeriannya akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda untuk menyahut seruan kerukunan nasional perdana menteri.

"Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog.

"Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi kerukunan nasional.

"Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum. ~mkini




Iklan C (ii)
  


The Edge Mengakui Kajian 81% Mahu Anwar Bersara Adalah PALSU

Posted: 17 May 2013 01:10 AM PDT


Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

"Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. ~harakahdaily




Iklan C (ii)
  


Punca Ali Rustam Tersungkur Tersebar..

Posted: 16 May 2013 11:11 PM PDT

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin orang yang bertanggungjawab mengejutkan banyak pihak dengan menumbangkan bekas Ketua Menteri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Keputusan itu menyebabkan Ali (kanan), ketua menteri untuk tiga penggal melangkah daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan penuh tidak bergaya.

Keputusan itu juga menyebabkan ramai orang tertanya-tanya, apa resipi Shamsul sebagai underdog, ditambah lagi dengan rekodnya yang tidak menarik setelah tewas pada 2008 di Tangga Batu dan 2009 di Dungun.

"Ketika berkempen, saya bergurau, pada tahun 1974 terdapat perlawanan tinju - perlawanan terhebat di abad ini antara (juara heavyweight) Muhammad Ali dan Joe Frazier. Pada masa itu Frazier tewas.

"Pada 2013 Muhammad Ali lawan lagi. Tetapi kali ini Shamsul Iskandar menang," katanya dalam sebuah forum semalam, mengundang ketawa kira-kira 200 peserta.

Bukit Katil kawasan campuran dengan 53 peratus pemilih berbangsa Melayu, 41 peratus Cina dan enam peratus India. Shamsul menang dengan majoriti of 5,447 undi. ~mkini




Iklan C (ii)
  


Bongkar!! Di Sebalik Solat Hajat Dan Bacaan Yassin Mukriz Pada Ustaz Azizan

Posted: 16 May 2013 08:03 PM PDT

Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimami solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!!

Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:-

1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!!


2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa? Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa lebih..

Tapi bila 'bergaduh' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang Tak ada hajat nak jenguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!!


Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam. ~tranungkite-offline





Iklan C (ii)
  


Saifuddin Abdullah Masih Bersemangat

Posted: 16 May 2013 06:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Belum pun sampai dua minggu keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum, yang menyaksikan kekalahan bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah membayangkan beliau sudah sedia untuk kembali bertarung pada pilihan raya akan datang.

Bagi tujuan itu katanya, beliau sudah meminta Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) untuk melakukan penyelidikan berikutan kegagalannya mempertahankan kerusi terbabit dalam PRU13.
"Untuk saya belajar dari kesilapan itu dan manalah tahu kalau ada nur (cahaya) dalam parti yang sama," katanya sambil berseloroh pada Seminar Pasca PRU13 : Ke Arah Mana Politik Malaysia, di UM, hari ini.

Akur dan optimis dengan kekalahannya kepada calon Pas, Nasrudin Hasan Tantawi dengan majoriti 1,070 undi, ia sama sekali tidak melunturkan hasrat beliau meneruskan perjuangan politik baru yang dibawanya.

"Nampak gayanya saya masuk dalam kategori Tun Dr Mahathir dan Bill Clinton, menang selepas itu kalah dan menang terus naik jadi perdana menteri," ujar Saifuddin sambil menerima tepukan gemuruh hadirin.

Saifuddin yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno merupakan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada penggal yang lalu.

Mengulang pendirian beliau sebelum ini bahawa pengundi PRU13 terbahagi kepada dua - iaitu yang membawa harapan pembangunan dan harapan demokrasi, Saifuddin mengharapkan politik Malaysia terus matang di masa hadapan.

"Keputusan PRU13 menyaksikan kawasan-kawasan yang majoriti penduduknya meletakkan harapan pembangunan itu lebih tinggi, di situlah BN menang.

"Sebab BN memang 'teror' menjaga harapan pembangunan itu tetapi BN masih bekerja keras untuk menangani harapan demokrasi di mana di situ, majoriti pengundi lebih meletakkan harapan kepada harapan demokrasi, BN akan kalah," ujar beliau.

Menurut Saifuddin lagi, untuk masa depan BN, MCA katanya "kena memperbaiki dengan beria-ia sekali".

"BN juga harus menampung kelompok yang hendak sokong tapi tak masuk BN atas sebab tidak selesa dengan parti-parti komponen," ujar beliau lagi. ~sinar harian





Iklan C (ii)
  


Rakyat Tidak Akan Berdamai Dengan Penyamun Tarbus

Posted: 16 May 2013 04:56 PM PDT

KUALA LUMPUR 15 MEI: Datuk Seri Najib Razak tidak layak melaungkan konsep 'perdamaian' selagi Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan isu politik perkauman, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Dalam kenyataan hari ini, Izzah menempelak Perdana Menteri kerana mewujudkan sentimen perkauman bagi menutup prestasi buruk Umno BN dalam pilihan raya lalu.
"Beliau menyuarakan untuk berdamai, sedangkan dalam masa sama, beliau cuba menutup hakikat bahawa undi rakyat semakin banyak menolak BN dengan meletakkan kesalahan kepada kaum Cina.

"Akhbar Umno, Utusan Malaysia juga mula melaga-lagakan Melayu dan Cina sama ada melalui tajuk utama mereka atau artikel dalam akhbar berkenaan.

"Hakikatnya, kerajaan BN harus jelas, rakyat tidak akan berdamai dengan penyamun yang mencuri hak demokrasi mereka," katanya.

Najib 6 Mei lalu menyatakan, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat, selepas kenyataan "Tsunami Cina" dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU 2008.

Izzah berkata, kerajaan gagal mendapat kembali kepercayaan rakyat, dan atas sebab itu perdamaian yang dilaungkan kerajaan tidak mampu menutup jenayah korupsi dan rasis dalam kepimpinan mereka.

"Rakyat mahukan reformasi dan perubahan, laungan perdamaian yang direka bagi menarik simpati rakyat tidak lagi berkesan kerana rakyat mengundi untuk perubahan," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan komited meneruskan agenda reformasi negara.

"Sesi Parlimen baru akan menyaksikan perjuangan kami menggerakkan reformasi parlimen, politik dan pilihan raya.

"Kita akan memastikan beberapa perkara penting seperti membebaskan institusi kehakiman dari kuasa Parlimen.

"Mempromosi kerajaan bersih dan baik, membebaskan media dari cengkaman penguasa, membebaskan mahasiswa dari akta yang menyekat, menghilangkan kuasa Perdana Menteri dalam Petronas dan diganti di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Menerusi reformasi pilihan raya, kita akan berjuang untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyemak taraf warganegara yang mencurigakan setiap dua tahun, dan memastikan kredibiliti pengerusi dan organisasi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," jelas Izzah.

Beliau turut menyenaraikan beberapa perincian yang akan diperjuang Ahli Parlimen Pakatan berdasarkan tuntutan rakyat.

"Rakyat mahukan rombakan SPR, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selain menjadikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sebuah suruhanjaya bebas tanpa pengaruh politik.

"Kita akan bincangkan secara serius terutama dengan parti-parti politik dan berharap kerajaan akan menyokong agenda baru itu.

"Selepas segala reformasi ini dijalankan, saya yakin rakyat berbilang kaum akan berdamai dengan sendiri," kata Izzah. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: