Khamis, 16 Mei 2013

Addin

Addin


Gelombang Black 505 Bakal Membadai Kedah, T'ganu, Melaka Dan N.Sembilan

Posted: 16 May 2013 09:43 AM PDT

Gelombang Black 505 yang menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan PRU 13 yang kini telah memcecah kehadiran hampir setengah juta pengunjung akan diteruskan lagi di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata mengikut anggaran seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Beliau yang juga MP Pandan berkata semua perhimpunan berjalan dengan aman dan mematuhi arahan PDRM walaupun lokasi perhimpunan berubah di saat akhir. 

Katanya beberapa lokasi yang terpaksa di ubah di saat akhir berlaku di Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Namun sambutan rakyat amat mengkagumkan. 

Lokasi Perhimpunan selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelak kesesakan. 

Lokasi seterusnya,Kedah – 21 Mei 2013 (Selasa) , Terengganu- 23 Mei 2013 (Khamis) dan Melaka- 24 Mei 2013 (Jumaat). 

"Saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera." kata Rafizi. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  


Setpol Ustaz Azizan Dedah Krisis Dalaman PAS Kedah

Posted: 16 May 2013 08:24 AM PDT

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). 

Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. 

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. 

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? 

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. 

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. 

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. 

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." 

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. 

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. 

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!





Iklan C (ii)
  


Keputusan Bancian Tidak Tepat, Rakyat Tidak Mahu Anwar Bersara

Posted: 16 May 2013 06:35 AM PDT

(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Padang Serai)Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya.

Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.

Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam proses pilihan raya.

Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Anwar walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua Pakatan Rakyat sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat memberi kesan.

Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di saat-saat getir sejarah negara. Situasinya mungkin berlainan jika Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik.

Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah mendapat tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang menyebabkan wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara, dan membawa demokrasi yang matang kepada Malaysia.

Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  


Sebab Najib Tak Layak Jadi Menteri Kewangan Terbongkar

Posted: 16 May 2013 05:24 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 MEI: Rekod buruk Najib Razak selama memegang portfolio Menteri Kewangan cukup menjadi kayu ukur Perdana Menteri itu tidak lagi layak meneruskan jawatan tersebut, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mengulas pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam. "Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred 'F' kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.


"Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara," katanya kepada Keadilan Daily.

Sebelum ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Badawi dan disambung Najib.Saifuddin berkata, rekod 'terbaik' yang dicatat Najib adalah menambah jumlah hutang negara sehingga lebih RM500 bilion sebelum diambil alih dari Abdullah sebanyak RM250 bilion pada 2009.

"Satu-satunya 'kejayaan' Najib selama memegang jawatan Menteri Kewangan apabila hutang negara melonjak sehingga RM500 bilion."Pertambahan sebanyak lebih RM200 bilion dalam masa empat tahun merupakan jumlah yang amat membimbangkan. Rakyat terpaksa menangung hutang sementara menunggu pilihan raya lima tahun akan datang," kata Saifuddin.

Katanya, tindakan Najib menamakan dirinya sebagai Menteri Kewangan kerana beliau bimbang kehilangan pengaruh di kalangan Menteri Barisan Nasional."Najib adalah Presiden Umno yang meletakkan Umno dalam posisi terburuk sepanjang sejarah pilihan raya.

Jika Najib kehilangan pengaruh dalam aliran kewangan negara, bermakna beliau akan hilang pengaruh total di kalangan Menteri BN."Itu yang lebih dibimbangi Najib berbanding kedudukan negara yang semakin hampir ke tahap bankrap," kesalny.

Saifuddin juga bimbang jika negara bankrap di bawah pentadbiran Najib menyebabkan rakyat terpaksa menanggung bebanan malah pelbagai masalah lain akan timbul termasuk pertambahan kadar jenayah dan gejala sosial.

Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  


Pengerusi Persatuan Sekolah Mubaligh Kristian Anggotai Kabinet Najib

Posted: 16 May 2013 03:38 AM PDT

Menjelang pilihan raya umum lalu, seorang penceramah agama berdoa, "Ya Allah ya Tuhanku, menangkanlah BN dalam pilihan raya ini. HambaMu ini bimbang ya Allah, kalau-kalau surau kami ini bertukar menjadi gereja jika Pakatan menang."Doa ini dibacakan oleh seorang bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah di negeri Terengganu yang bergelar datuk, bukan calang-calang guru agama Umno.

Ia dibacakan sebaik sahaja dia selesai memberikan kuliah bulanan di surau yang asalnya masjid itu di bawah parlimen Marang.Namun memandangkan Marang adalah kubu kuat PAS dan politik bandar mempengaruhinya, sentimen tidak betul ini ditolak oleh masyarakatnya.Calon BN kalah di peringkat DUN dan juga Parlimennya.

Namun, menggunakan sentimen masjid akan bertukar gereja jika Pakatan menang, PAS jadi tunggangan DAP dan nasib orang Melayu akan tergadai di bawah Pakatan, Terengganu tidak berjaya berubah sepenuhnya.

Sentimen yang sama juga berjaya menambahkan bilangan anggota Parlimen Umno dan mengekang kerajaan Pusat dari jatuh ke tengan Pakatan Rakyat. Sentimen yang sama juga berjaya menghalang orang Melayu di kebanyakan kawasan di Johor masih mengundi BN walaupun semua rakan-rakan Cina mereka sudah beralih kepada Pakatan Rakyat.

Semuanya kerana orang Melayu khasnya yang tidak terdedah kepada maklumat mengundi dengan sentimen sedangkan orang Cina mengundi dengan fakta.Semalam, Datuk Seri Najib Razak selesai membentuk kabinetnya walaupun tidak berapa lengkap. Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. 

Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh kah orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?  Tentu tidak lojik tetapi ia satu yang wajar diperkatakan.

Mary dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dalam kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam. Menteri Pelajaran adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin manakala Menteri Pelajaran II adalah Datuk Seri Idris Jusoh yang ditolak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu oleh istana.

Perlantikan Mary dibuat ketika Najib mengumumkan berlakunya 'tsunami Cina' dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.Akhbar Umno, Utusan Malaysia pula menyiarkan kenyataan agen Umno yang mengajak "Bersatulah Melayu". Sebelum itu, Utusan jugalah yang menyiarkan berita di muka depannya, "Apa lagi yang Cina mahu".

Inilah hipokritnya politik BN. Di bawah, jentera penerangan dan kempennya berkempen Kristian akan menjadi agama rasmi jika Pakatan menang.Surau dan masjid pula akan jadi gereja jika Pakatan menang. 

Mereka yang tidak cukup maklumat dan hanya membaca Utusan dan menonton TV3 termakan dengan kempen ini. Ia kerana kempen ini menggunakan sentimen bukannya fakta.Sampai bila sebenarnya Umno mahu bergantung dengan kempen sebegini? 

Rakyat Malaysia semakin bermaklumat. Semakin hari semakin ramai rakyat yang akan akses kepada maklumat melalui internet.Kita berharap, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru faham sentimen ini. 

Janganlah menipu rakyat dan percayalah jika hendak ditipupun, hanya sekali orang akan percaya. Tetapi selepas dua atau tiga kali kena tipu, percayalah rakyat akan humban kamu ke tong sampah zaman. ~harakahdaily



Iklan C (ii)
  


Ahli Majlis Tertinggi Umno Saran BN Taubat Nasuha

Posted: 16 May 2013 02:40 AM PDT

Umno-Barisan Nasional (BN) perlu melakukan taubat nasuha apabila rakyat mula menegur dalam beberapa siri pilihan raya umum mengenai isu pentadbiran dan rasuah, kata Ahli Majlis Tetinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, Umno-BN perlu mengikut "garis putih" yang telah ditetapkan untuk mendapat sokongan rakyat secara berterusan pada pilihan raya akan datang. Beliau berkata, transformasi untuk ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih baik telah dimulakan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mula menjawat jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata pasukan BN turut perlu memberi komitmen dan serius dengan tranformasi yang dibawa oleh pengerusinya untuk mencapai sasaran tersebut.

"Apabila kerangka program transformasi dirangka, kita utamakan masalah rasuah, kita akui masalah itu berlaku.

"Setiap tender kerajaan sekarang dikenakan satu indeks akauntabiliti yang telah dilaksanakan sebanyak 82 peratus, tapi sepatutnya ia dilaksanakan 100 peratus.

"Ini yang dikatakan tidak mencukupi, kita sepatutnya perlu tingkatkan komitmen dan menunjukkan keseriusan itu.

"Kita terima teguran-teguran rakyat terutamanya pada PRU13, baiklah kami ditegur pada PRU 2004 dan 2008, kami ditegur 2013, taubat nasuha," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi berkata, hakikatnya "tsunami Cina" berlaku semenjak 1999.

"Walaupun Lim Kit Siang kata tsunami itu berlaku pada 2004, tapi saya melihat tsunami itu pada PRU199 lagi," katanya lagi.

Dalam pada itu, Saifuddin yang menjawab soalan moderator mengenai perubahan nilai pada PRU berkata, pilihan raya umum kali ini terbahagi kepada dua kelompok besar yang menjadi penyumbang kepada kemenangan sesuatu parti.

"Satu kelompok besar mereka mengundi dengan harapan pembangunan termasuk isu air, api dan jalan raya.

"Satu lagi kelompok yang besar di mana pengundi-pengundi pergi ke peti undi dengan harapan demokrasi yang membawa isu kebebasan, hak asasi rasuah dan sebagainya," katanya.





Iklan C (ii)
  


Wacana Sinar Harian Huru Hara

Posted: 16 May 2013 12:45 AM PDT


SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian siri ke-20 hari ini sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab.

Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari.

Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng.

"Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang,"katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah.

"Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya.

"... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau.

Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan.

"Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya.

Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut.

"Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  


Berita Kematian Palsu

Posted: 15 May 2013 10:39 PM PDT

Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian, jam 3 pagi saya sampai di rumah.

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau kak?

"Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telefon bagi tau, kak dok bersiap nak pi la ni," jawab Kak Faekah.

"Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka kak?

"Doktor yang bagitau dia... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring ustaz yang diarahkan kembali melaporkan diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

Saya masih berdoa ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengah hari nanti.

Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa.

"Kakinya sejuk, dia bernafas menerusi mulutnya saja, saya terus berdoa, membaca Yasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam Pas Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan.

Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran SMS dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal.

Dari jam 10.30 hingga jam 1 petang, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat.

"Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2 petang, saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat dibawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat.

Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan.

Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulans dan rawatan di Bukit Minyak.

Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, perfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tangganya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari di sekitar tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Ustaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke Maxis, ambil sim kad baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya update di Facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa.

Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri.

Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan.

Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan, kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?"

Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya.

"Panjang ceritanya encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaannya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belaannya itu.

Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur.

Pada tengah hari hari Rabu lalu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperoleh dari iPad saya.

Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur.

Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telefon saya ambil dari anak tirinya.

Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula.

Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat dan saya ingin bertemu lelaki berkenaan.

Saya pulang ke rumah selepas lima hari di Pulau Pinang.

Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut, Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. ~sinar harian


* Muhammad Sanusi Md Nor SETPOL kepada bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Razak





Iklan C (ii)
  


Kerajaan Umno Kedah Akan Tutup Semua Pusat Hiburan Dalam 100 Hari

Posted: 15 May 2013 09:01 PM PDT


Lapan ADUN UMNO Kedah angkat sumpah sebagai Exco. Dalam senarai Exco Kedah kali ini tiada Exco Cina kerana ketidaksudian MCA untuk menyertai kerajaan Persekutuan atau Negeri kali ini.

Tidak ada juga Exco India kali ini kerana calon MIC tak menang, orang India Kedah pakat tolak MIC nak buat lagu mana. Akhirnya yang memerintah Kedah sekarang bukannya BN tetapi UMNO.

Maka elok kita namakan kerajaan negeri Kedah sebagai Kerajaan UMNO Ar-Rasis.

Kononnya di kalangan Exco yang dilantik ada yang tiada kelulusan, maksudnya tiada ijazah atau sekurang2nya diploma. Betoi ka? Macamana orang takdak ijazah nak tadbir pegawai2 KCS yang berpelajaran tinggi? Biagpiilah kat depa tak takdak orang yang layak nak buat macam mana.

BN menang di Kedah pun bukannya kemenangan yang bersih, menang akibat penipuan dan merasuah pengundi. Kemenangan mereka adalah kemenangan yang dibeli.

Tok Non nak ajak rakyat Kedah ingat balik janji UMNO masa kempen PRU dulu, kononnya akan ditunaikan dalam masa 100 hari. Meh kita senaraikan balik dan rakyat Kedah tengok adakah UMNO akan tepati atau capati janji mereka ini:

1. Nak tutup semua pusat hiburan di Kedah yang dibuka di masa Pakatan Rakyat

2. Tidak benarkan bukan Islam guna kalimah Allah. (Kita nak tengok adakah pelajar2 bukan Islam terutama kat Sekolah Keat Hwa akan diharamkan nyanyi lagu 'Allah Selamat Sultan Mahkota')

3. Nak hapuskan bayaran parking letak kereta di MBAS.

4. Menurunkan tarif air yang dinaikkan oleh kerajaan Pakatan dahulu sebanyak 10 sen untuk satu meter padu.

5. Memansuhkan 3/4 dari program pengajian di KUIN kerana kononnya membazir dan tiada sambutan pelajar.
Banyak lagi janji depa buat dulu... Tok Non senarai 5 saja sebab Melayu mudah lupa, senarai banyak2 depa bukan nak ingat semua.

Pakat-pakat tunggu noo dalam masa 100 hari adakah 5 janji UMNO ini akan ditunaikan. ~kedah la





Iklan C (ii)
  


Menteri Protes, Tamparan Hebat Buat Najib

Posted: 15 May 2013 07:25 PM PDT

SIBU - Anggota Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri
di tiga portfolio berlainan sebelum ini.

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata Salang juga telah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. ~bernama



Iklan C (ii)
  


Persempadanan Semula Tidak Akan Menjadi Kenyataan.. Ini Buktinya

Posted: 15 May 2013 06:03 PM PDT

Untuk menjalankan proses persempadanan ia memerlukan sokongan 2/3 dari Parliamen dan Dewan Undangan Negeri. UMNO akan memastikan SPR memecah kawasan mengikut kehendak serta nafsu serakah mereka.

Manakala pihak Pakatan sudah tentu tidak akan bersetuju dengan pemecahan tajaan UMNO/SPR itu.Selepas itu UMNO akan berkeras dan dengan bongkak mereka tidak akan berunding dengan Pakatan Rakyat.

Penghabisan sekali, tidak akan berlaku apa2 persempadanan semula. Segalanya akan kembali ke status quo sama seperti PRU 2008 dan 2013.UMNO akan hancur, inshaalah.

Sampai bila mereka hendak menunggang fitnah kononnya orang Cina akan mengambil alih pemerintahan Malaysia? Orang2 tua di kampung yang percaya cerita karut UMNO ni akan ramai yang meninggal dunia tidak sempat untuk melihat PRU 14.

Di kala itu, dimanakah UMNO hendak mendapat orang Melayu yang mahu mempercayai penipuan mereka? Di Negeri Sembilan, UMNO cuma memerintah dengan kelebihan undi 5000 sahaja.

UMNO bernasib baik kerana PKR dan PAS Negeri Sembilan telah menghabiskan banyak sumber untuk perkara2 yang kurang penting dan tidak menumpukan kepada usaha2 yang lebih penting seperti mendaftar pemilih baru dan membantah nama2 yang syak dan ragu2.

Kalau PKR dan PAS Negeri Sembilan pro aktif sudah tentu UMNO telah hancur di sana sekarang ini. Tak payahlah nak buang masa mengharap pada proses persempadanan semula. Buang masa sahaja.

Kita semua tahu SPR adalah barua UMNO. Lagi nak berharap ke? ~tulang besi





Iklan C (ii)
  


(Gambar & Video) Ribuan Berhujan Di Ulu Tiram Menanti Anwar Ibrahim..

Posted: 15 May 2013 05:53 PM PDT


Ribuan hadir terdiri dari pelbagai kaum menanti penuh sabar Anwar Ibrahim walaupun dalam keadaan hujan. Himpunan Tolak Penipuan PRU13 di Taman Putri Wangsa,Ulu Tiram,Johor Bahru,Johor berlangsung dengan jayanya malam tadi.

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan. Bermakna segalanya berjalan lancar.Syabas diucapkan kepada Anwar Ibrahim dan semua pemimpin Pakatan Rakyat.

Lihatlah gambar-gambar ini membuktikan kesatuan sebenar rakyat Malaysia..








Lihat video di SINI.





Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: