Selasa, 14 Mei 2013

Addin

Addin


Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 Bocor?

Posted: 14 May 2013 09:27 AM PDT

Sempat berjumpa dengan rakan yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri, khabarnya senarai nama Ahli Kabinet sudah siap walaupun ramai yang menjangkakan isu MCA enggan berada dalam kabinet akan melewatkan perlantikan ternyata merosot.

Yang menjadi fokus saya untuk ketahui adalah senarai kebinet dari Terengganu, adakah yang berkenan dimata Datuk Seri Najib untuk dilantik ke kabinetnya. Bila rakan saya mula bercerita amatlah mengejutkan apabila nama pertama yang disebut adalah Shaberry Cheek yang telah tersingkir dari senarai kabinet Najib Razak.

Ini berikutan perestasinya atau KPI yang rendah walaupun banyak liputan media mengenai KBS dan dirinya tetapi tiada pengisian, sama juga seperti waktu beliau memegang Kementerian Penerangan. 

Kuota Menteri Terengganu akan diberikan kepada Dato Seri Idris, ini sememangnya tidak menjadi kejutan kerana nama Idris telah dicanang untuk memegang jawatan Menteri penuh sebelum ini, khabarnya beliau akan diberi tanggungjawab untuk mengepalai Kementerian Pendidikan Tinggi, mengambil tempat Datuk Seri Khaleed Nordin yang diangkat sebagai MB Johor yang baru.

Yang paling mengejutkan adalah maklumat yang diberikan oleh rakan saya mengenai lantikan Dato Nasir, calon BN yang tewas baru baru ini sebagai Ahli Dewan Negara lantas telah dimasukkan kedalam senarai kabinet, Dato Nasir dikatakan sah memengang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran, ini juga dikatakan adalah cara Datuk Seri Najib untuk memikat kembali pengundi Kuala Nerus dengan memberi kepercayaan kepada Pemimpin utama Kuala Nerus ini berada dalam kabinet walaupun kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.

Umno di Terengganu kini lebih parah berbanding 2008, krisis dalaman amat membahayakan dimana dengan perlantik Nasir kedalam kabinet telah secara rasminya mencipta satu lagi kumpulan dalam Umno selain dari kumpulan Ahmad Said dan Idris.

Berikut adalah senarai kemungkinan menteri kabinet Najib..

Senarai Menteri Kabinet Baru 2013

Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Pelajaran 
Datuk Seri Idris Jusoh

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin

Menteri Pengangkutan 
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Pelancongan 
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Kesihatan 
Datuk Wee Ka Siong

Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek

Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar

Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal

Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid

Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon

Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani



Iklan C (ii)

 



LIVE!! Himpunan Tolak Penipuan PRU13 Di Kuantan

Posted: 14 May 2013 07:27 AM PDT


LIVE!! Himpunan Tolak Penipuan PRU13 peringkat negeri Pahang. Himpunan ini diadakan di Pejabat Keadilan Pahang di Jalan Beserah, Kuantan.

Saksikanlah kebangkitan rakyat..








Iklan C (ii)

  





Punca Sultan Selangor Pilih Khalid Sebagai MB Tersebar

Posted: 14 May 2013 05:00 AM PDT


SHAH ALAM, 14 Mei — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.

Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi pilihan raya umum ke-13.

"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan," katanya. ~bernama



Iklan C (ii)

  





CNN Dedah Penipuan PRU 13

Posted: 14 May 2013 03:30 AM PDT


Penipuan pilihanraya Malaysia, Terbaik dari CNN... CNN dah buka mata....teruskan sebar kebenaran biar satu dunia tahu yang Malaysia bukan lagi negara DEMOKRASI yang sebenar.

Penipuan Pilihan raya di Malaysia sudah terkenal di Media-media Antarabangsa TVBS Taiwan, Hong Kong Phoenix satelit televisyen, China CCTV, NHK Jepun, Amerika Syarikat CNN, British BBC, News Asia dan banyak lagi.

Tahniah Malaysia kerana dunia luar sudah tahu bagaimana PM kita naik tahta untuk memerintah negara. Yang sebenarnya ia bukanlah daripada pilihan rakyat teramai. Tapi ia adalah satu penipuan.


Lihat video DI SINI



Iklan C (ii)

  


(Gambar) Mukhriz Sertai Solat Hajat Untuk Ustaz Azizan

Posted: 14 May 2013 12:53 AM PDT


ALOR SETAR, 13 Mei -- Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) menunaikan solat hajat berjemaah di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.

Mukhriz Mahathir  bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis solat hajat dan bacaan surah Yassin di masjid Zahir Alor Setar di sini hari ini.


Majlis solat hajat serta bacaan surah Yassin diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan untuk bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang. ~bernama




Iklan C (ii)

  


Lagi Tembelang SPR Terbarai

Posted: 13 May 2013 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Pasir Gudang, Dr Ahmad Faidhi Saidi mendedahkan wujud pengundi asing yang ada kad pengenalan (IC) dan melayakkan mereka mengundi seperti warganegara Malaysia.

Beliau berkata, 'pengundi' itu ditangkap oleh ejen Tempat Mengundi (PACA) ketika dikesan cuba datang ke tempat mengundi untuk membuang undi.

"Empat warga Bangladesh ditahan ketika datang ke tempat mengundi. Di beberapa tempat mengundi lain pun ada.

Semua diserah kepada polis untuk tindakan," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor itu.

Selain itu, beliau berkata, dakwat kekal yang mudah luntur apabila dicuci juga punca berlaku penipuan apabila ada pengundi mengundi lebih sekali.

"Jumlah pengundi ialah 101,000 orang, agak sukar untuk kita mengesan pengundi yang sama kerana bukan semua orang kita kenal.

"Tetapi berdasarkan kepada maklumat, memang ada ambil kesempatan mengundi lebih sekali menggunakan kaedah licik," katanya kepada Keadilan Daily. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

  


Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus

Posted: 13 May 2013 07:55 PM PDT

Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.

Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Maka, siapa yang patut dipersalahkan? Saya tidak salahkan UMNO dan BN, tetapi saya salahkan SPR. Dengan kegagalan ini, jika tanpa jawapan yang memuaskan, sampai ketikanya Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya meletakkan jawatan.

Semoganya kelemahan dalam pengendalian pilihan raya kali ini tidak berlaku lagi dalam PRU ke-14 nanti. Negara kita berhak mendapat pengurusan pilihan raya yang lebih baik. ~selatan online




Iklan C (ii)

  


Khairy Jamaluddin Belasah Mat Said

Posted: 13 May 2013 07:03 PM PDT


Giliran Khairy Jamaluddin tibai Mat Said. Kerana kebingungan Mat Said, pemimpin Umno sendiri pun menyampah dengan Mat Said.

Sebenarnya kenyataan Mat said ini hukuman kepada penyokong Umno sendiri. Di mana ADUn yang di menangi oleh PR, pengundi BN tetap ada walaupun sedikit.

Secara tak langsung Mat said menghukum penyokong BN sendiri. Ini mungkin penggal terakhir Mat Said menjadi MB kerana selepas ini beliau menjadi Ketua Pembangkang di DUN Terengganu akibat kebingungannya.


Iklan C (ii)

  


Tiada ulasan: