Ahad, 12 Mei 2013

Addin

Addin


Giliran Shahrir Samad Bidas Pemimpin Umno

Posted: 12 May 2013 10:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Keputusan Pilihan Raya 2013 sebenarnya menunjukkan refleksi kawasan bandar dan luar bandar dan bukannya berdasarkan kepada pecahan kaum, kata Tan Sri Shahrir Samad dipetik laporan akhbar Cina.

Kenyataan Ahli Parlimen Johor Bahru itu dilihat tidak selari dengan partinya, iaitu beberapa hari selepas bekas timbalan menteri Umno, Datuk Saifuddin Abdullah, turut menepis keputusan pilihan raya baru-baru ini adalah disebabkan "tsunami Cina".

"Umno menang di 88 kerusi dalam pilihan raya kali ini yang kebanyakannya daripada kawasan pendalaman di Sabah, Kedah dan Kelantan," kata Shahrir dipetik laporan Sin Chew Daily hari ini.

"Daripada keputusan itu, selain mengatakan perpindahan pengundi Cina, ia seharusnya dinilai dari aspek berbeza, iaitu perbandingan bandar dan luar Bandar."Shahrir turut berkata kehendak komuniti Cina juga serupa seperti pengundi kumpulan lain, apabila berkata pilihan raya perkara pokoknya adalah pertandingan antara BN dan PR.

"Ada pihak mengatakan apa lagi Cina mahukan, apa yang Cina mahu sama seperti pengundi mahu, kerajaan dengan prestasi dan tata kelola yang baik."Ramai pengundi Cina memilih calon PAS tidak bermakna mereka sokong PAS nak laksana hudud, tapi kerana mereka yakin Pakatan Rakyat, kerana pilihan raya adalah masa untuk memilih antara BN ataupun PR," katanya.

Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah "tsunami Cina" selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.Saifuddin dalam kenyataannya juga berkata tajuk itu tidak seharusnya dikeluarkan, kerana Najib telah bercakap mengenai "pembaikan negara dalam ucapan kemenangannya".

Shahrir turut bercakap mengenai cadangan pengerusi BN untuk perkara itu, sambil menambah keutamaan harus diberikan kepada pemisahan bandar dan luar bandar."Bila bercakap soal pemulihan negara, adakah ia antara kumpulan etnik, komuniti, bandar luar bandar ataupun Malaysia Barat dan Timur? Bagaimana ia akan dilaksanakan?" katanya dipetik Sin Chew.

"Bagi saya, apa yang perlu dilakukan bukan pemulihan perkauman, namun masalah bandar luar bandar, terutamanya dengan kumpulan berpendapatan rendah sederhana di kawasan bandar terus meningkat, walaupun kumpulan berpendapatan rendah dijaga rapi, kumpulan berpendapatan sederhana tidak menerimanya, mungkin menyebabkan kumpulan ini tidak gembira.




Iklan C (ii)

 

LIVE!! Himpunan Black 505 Di Ipoh

Posted: 12 May 2013 08:35 AM PDT

IPOH 12 MEI: Program Blackout 505, 'Suara Rakyat Suara Keramat' peringkat negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam ini.

Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi di negara ini.Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam. 

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamalauddin dan ADUN Setiawan yang juga ahli parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Himpunan 'Black 505′ peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)Himpunan 'Black 505′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei. ~keadilandaily


Klik SINI untuk siaran langsung.




Iklan C (ii)

 


Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Esok

Posted: 12 May 2013 07:19 AM PDT

SHAH ALAM - Setelah seminggu kontroversi membabitkan jawatan menteri besar Selangor bertebaran, Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu esok akan berlangsungnya upacara angkat sumpah bagi jawatan itu.

Menyifatkan "tidak ada isu", perkara berkenaan jawatan menteri besar itu sudah selesai dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah dipersetujui untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Kita sudah buat temu janji dengan pihak istana (untuk angkat sumpah) Isnin (esok)," katanya kepada Sinar Harian Online.Pertikaian jawatan Menteri Besar Selangor berlarutan sejak seminggu lalu sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terus memihak kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Perkara ini menjadi isu apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding Pas dan DAP yang masing-masing memperoleh 15 kerusi.Kelayakan PKR mula dipersoalkan.Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, menteri besar mestilah dari kalangan Melayu Islam.Maka dalam perkara ini, DAP terkecuali daripada menjawat jawatan berkenaan.

Pas pula dari awal lagi menyatakan sokongan kepada PKR iaitu penyandang sebelum ini, untuk kekal menjawat jawatan menteri besar Selangor. Sokongan sama disuarakan oleh DAP.Namun kemelut ini semakin meruncing apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan pimpinan PKR Selangor menyatakan pihaknya langsung tidak dirunding berhubung jawatan itu.

Azmin berkata, pelantikan Menteri Besar Selangor harus melalui konsensus dan tidak boleh diputuskan oleh individu tertentu sahaja.Azmin mendakwa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menghantar senarai nama Menteri Besar kepada Sultan untuk perkenan terlebih dahulu.

Beberapa jam selepas sedang media Azmin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan memberitahu, Khalid telah dipersetujui sebagai Menteri Besar Selangor.Ujarnya, dua nama telah diangkat namun perikatan itu sepakat memilih Khalid. ~sinar harian




Iklan C (ii)

 


Mahfuz Omar Pesuruhjaya PAS Kedah Yang Baru

Posted: 12 May 2013 04:00 AM PDT

PAS melantik Naib Presidennya Dato Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

 


Berita Yang Tidak Di Siarkan Di Utusan, Berita Harian Dan TV3

Posted: 12 May 2013 03:05 AM PDT

KUANTAN, 12 Mei - Kreadibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini semakin tercalar dengan tindakan seorang individu membuat laporan polis mendakwa beliau begitu mudah boleh mengundi sebanyak dua kali di dua tempat yang sama.

Laporan dibuat oleh Mohd Fafhli Khaharuddin dari Kuantan. Menurut laporan tersebut beliau membuat laporan polis mengenai daftar undi SPR yang membolehkan dia mengundi dua kali pada Hari Pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 minggu lalu. 

"Saya mengundi kali pertama jam 10.30 di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, dan kemudiannya undi kali kedua pada jam 1.15 petang di okasi yang sama. 

Saya tak mengundi kali kedua itu sebaliknya berhasrat untuk menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kreadibiliti SPR yang cukup lemah seperti dakwat kekal. Ini membolehkan saya mengundi dua kali tetapi tidak dibenarkan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) saluran 4", katanya. 

Beliau juga ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar. Selesai mengundi buat kali pertama, beliau pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, "Saya basuh tangan menggunakan sabun mandi (jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. 

Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal. Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. 

Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza", tambahnya lagi. 

Beliau kemudian mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi katanya. Beliau beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian, beliau juga mengikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal, dan penerimaan kertas undi.

Beliau berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Apapun, beliau tidak membuang undi ketika itu, tetapi membawa kertas undi dua helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. 

Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan beliau , dan mahu merujuk kepada pegawai atasan mereka mengenai apa yang berlaku. "Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. 

Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku. Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?" Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". 

Tiada kata penyelesaian", tambahnya. Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali. Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. 

Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti beliau mengundi dua kali dan dia menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan dia bawa keluar kertas undi tersebut. 

Beliau cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untuk mengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. KTM masih tidak membenarkan, beliau kemudian meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambarnya, kad pengenalan, kertas undi dua helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. 

Oleh kerana tiada kata putus dari mana-mana pihak, beliau akhirnya meminta kebenaran untuk buat laporan polis. "Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah.


Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku. Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. 

Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. 

Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8.00 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya. 

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". 

Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali kedua dan bagi mengelakkan saya daripada didakwa cuba untuk mempermainkan sistem pilihanraya", ujarnya. ~pahangdaily online




Iklan C (ii)

 


Polis Perak Larang Sertai Himpunan Bantah Penipuan PRU13

Posted: 11 May 2013 09:47 PM PDT

Perhimpunan blackout. Yang diadakan di beberapa negeri telah pun sampai ke negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini.

Namun tak semena2 polis telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menghalang orang ramai dari menyertai perhimpunan tersebut.

Perhimpunan blackout ialah perhimpunan yang membantah tata kerja SPR yang dilihat bermasalah di beberapa kawasan pengiraan kertas undi.

Antara isu yang menjadi persoalan orang ramai ialah ;

1. Dakwat kekal yang tidak kekal.

2. Blackout walaupun sekejap tetapi menimbulkan keraguan. Lokasi manjung seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian. Meskipun saksi berkata dia tidak menjangka berlaku penipuan tetapi blackout secara tiba2 itu agak meragukan.

3. Peti undi yang lewat tiba. Terutama di kawasan yang bn di jangka kan kalah. Contoh kes di Lembah Pantai.

4. Pengiraan undi yang berulang kali. Di kawasan bn dijangkakan kalah. Yang diminta oleh pegawai SPR sendiri. Menyebabkan keputusan akhir di umumkan begitu lewat. Sehingga jam 1 pagi kita belum ketahui keputusan penuh siapa sebenarnya menang.

5. Tindak tanduk meragukan dari beberapa kakitangan SPR di beberapa lokasi berbeza.

6. Kakitangan PACA dihalang dari menjalankan tugas di beberapa tempat. Contoh lokasi di Tapah. Sebenarnya kes begini melibatkan banyak kawasan di Perak. Beberapa tempat telah dilaporkan menghalang PACA dari melakukan pemantauan. Bahkan ada kakitangan SPR yang lari dengan di bantu oleh polis samada polis bantan atau apa aku tak sure la. Ini meragukan. Nizar telah mencabar keputusan SPR dengan menfilekan petisyen.

Contoh2 di atas ialah contoh2 keraguan. Bukti sedang dikumpulkan bahkan laporan polis telah pun dibuat. Jika sesiapa yang ingin menyalurkan maklumat sila hubungi rafizi ataupun nizar ataupun bersih.

Dan perhimpunan malam neh ialah soladariti. Menunjukkan rasa protes terhadap tata kerja SPR. Ini bukan himpun lawan bn tapi himpun protes SPR.

Tolong faham.

Rujuk amaran polis di bawah neh ;




~ameno world




Iklan C (ii)

 


Pengundi Diberi Kertas Undi Yang Dipangkah – Aziz Bari

Posted: 11 May 2013 09:19 PM PDT

SABAK BERNAM 11 Mei: Calon KEADILAN di parlimen Sabak Bernam, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berlaku pemindahan beramai-ramai pengundi dari kawasan itu ke tempat lain, menyebabkan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau turut dimaklumkan terdapat pengundi yang diberi kertas undi yang sudah dipangkah, pada hari pengundian 5 Mei lalu.

"Ada yang mendapati nama mereka sudah dipotong dan ada orang mengundi bagi pihak mereka. "Selain itu petugas (Pakatan Rakyat) juga ada menghalang warga Bangladesh memasuki kawasan mengundi. Tetapi petugas Umno mempertahankan mereka.

"Pada sebelah petang, petugas Umno berjaya menyeludup masuk ke dalam pusat mengundi dengan menggunakan van bercermin gelap," katanya yang mengesyaki kenderaan itu membawa masuk pengundi hantu.

Menurut Aziz, pihaknya kini sedang mengumpulkan bukti dan maklumat menerusi agen barong, pengundian dan pengiraan (PACABA) sebelum mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Aziz berkata, kekalahan di DUN Sungai Air Tawar dalam parlimen Sabak Bernam, ekoran Umno menggunakan isu permohonan hak pemilikan tanah rizab yang ditolak kerajaan negeri Selangor.

Pada 22 April lepas, seramai 300 penduduk Kampung Sungai Tengar Utara mendakwa mereka dipermainkan kerajaan negeri apabila menerima surat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang memberitahu permohonan berkenaan ditolak bersama sekeping cek bernilai RM500.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Aziz tewas dengan majoriti 1,644 undi kepada lawannya dari BN, Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Aziz memperolehi 14,743 undi manakala Mohd Fasiah 16,387 undi. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

 



(Gambar) Puluhan Ribu Penyokong PR Bantah Penipuan PRU13 Di Pulau Pinang

Posted: 11 May 2013 07:52 PM PDT



Puluhan ribu rakyat  berhimpun  di  Stadium  Batu  Kawan  Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.


Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.


Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.


Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP. ~the malaysian insider















Iklan C (ii)

 



Tiada ulasan: