Jumaat, 10 Mei 2013

Addin

Addin


Saya Kalah Dengan Kad Pengenalan Palsu

Posted: 10 May 2013 09:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

(Mohamad Sabu yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih...inilah yang beliau bimbangi selama ini dan beliau menjadi salah satu mangsanya.)

Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.

Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.

Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai.

"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.

Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.

Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.

Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.

Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

 


Nombor Telefon Salahuddin Ayub Di Klon, Apa Cerita Ni Celcom?

Posted: 10 May 2013 07:14 AM PDT

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.

Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal,'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau. 

Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau. 

"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman. 

"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. 

Salahuddin yang tewas di kerusi Parlime Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya, Johor berkata, beliau telah melanggan nombor itu dari talian syarikat telco Celcom sejak 1995 terkejut dan kecewa apabila nombornya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu. 

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa penyalahgunaan nombor telefon bimbit itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada awal pagi tadi. 

Menurutnya, sebaik sahaja beliau menerima maklum balas penerima SMS itu, beliau segera membuat laporan polis pada jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu. 

Kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipanggil untuk diambil keterangan hampir 30 minit oleh pegawai penyiasat, Inspektor Zamzari di pejabat polis yang sama. 

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman terhadap syarikat telco terbabit susulan nombor telefon bimbit beliau telah diklon tanpa pengetahuannya. 

Bagaimanapun beliau mahu pihak Celcom terlebih dahulu tampil memberikan kenyataan rasmi bagaimana nombor itu boleh digunakan oleh pihak ketiga secara sewenang-wenangnya. 

"Saya minta Celcom tampil buat kenyataan rasmi bagaimana nombor saya sebagai pelanggan setia sejak 1995 sampai sekarang boleh diklon dan digunakan untuk kirim SMS berniat jahat," dakwanya. 

Tegasnya, sekiranya Celcom gagal berbuat demikian atau kenyataan rasmi syarikat telco itu tidak memuaskan hatinya, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada semua ahli Pas supaya menghentikan langganan serta-merta. "Saya ingin nasihatkan Celcom, ahli Pas ada 1.2 juta orang, saya boleh buat arahan sekiranya Celcom tak buat kenyataan yang boleh yakinkan, saya akan minta ahli Pas hentikan langganan Celcom. 

"Suruhanjaya Multimedia maklumkan pada saya, tindakan itu bukan sebarangan orang boleh akses nombor saya atau klon dengan niat jahat. 

"Saya bimbang mungkin selepas ini akan ada tersebar pula SMS berunsur lucah dihantar kepada golongan wanita bertujuan burukkan nama baik saya," katanya.

Salahuddin percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor di mana hampir semua kawasan mempunyai majoriti yang rendah berbanding 2008. 

Ini dikuatkan lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi Dun Johor kepada 18 kerusi pembangkang, 13 kerusi daripada DAP, 1 PKR dan 4 Pas. ~sinar harian



Iklan C (ii)

 



Mat Sabu Dedah Punca Tewas PRU13

Posted: 10 May 2013 06:17 AM PDT


KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.

Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.

Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.

Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai."Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.

Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.

Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. ~harakahdaily




Iklan C (ii)

 


Ketua Polis Negara Letak Jawatan?

Posted: 10 May 2013 04:03 AM PDT


Betul ke spekulasi ni? Ketua Polis Negara letak jawatan? Khabar angin kencang bertiup di alam maya menyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menghantar surat letak jawatan.

Betulkah khabar angin ini? Jikalau benar apakah sebabnya? Ada sesiapa yang boleh confirmkan?




Iklan C (ii)

 


Keranda Buat SPR

Posted: 10 May 2013 01:18 AM PDT


PUTRAJAYA 10 MEI: Kira-kira 200 aktivis mahasiswa termasuk NGO berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya lepas solat Jumaat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.
Mereka yang berpakaian hitam itu turut mengusung dua replika keranda, simbol kematian demokrasi yang diarak sehingga ke pintu utama ibu pejabat SPR.

Namun, pengawal bertugas menghalang kumpulan tersebut yang tiba kira-kira jam 2.30 petang tadi dan segera menutup pagar utama.

Hanya lima orang wakil dari kumpulan tersebut dibenarkan masuk untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Pengerusi SPR di lobi pejabat SPR.

Antara kandungan memorandum ialah rakyat menolak keputusan PRU 13, mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula.

Sementara itu, kumpulan berbaju hitam tersebut berhimpun di luar pagar dan membawa sepanduk 'Kami Mahu Pengerusi SPR Letak Jawatan', 'SPR Jelaskan Pengundi Hantu, Peti Undi Hantu & Blackout' selain melaungkan slogan 'SPR Tipu', 'Bangkit Rakyat'.

Kira-kira 50 anggota polis beruniform dan preman disertai tujuh anggota Unit Light Strike Force (LSF) yang dilihat mengawal keadaan, namun tidak ada sebarang kejadian tak diingini berlaku. ~keadilandaily




Iklan C (ii)

 


Kejutan Yang Di Tunggu-Tunggu Dari Azmin Ali Tak Menjadi

Posted: 10 May 2013 12:19 AM PDT

Sidang Media Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dikhabarkan akan diadakan di Hotel De Palma pada jam 11.00 pagi ini dipercayai telah diubah ke Ibu Pejabat KeADILan di Tropicana Petaling Jaya.

Jika benar dakwaan ini, maka kemungkinan besar sidang media panas yang dikhabarkan itu hanya akan menjadi suam-suam kerana diadakan di rumah sendiri.

Sebelum ini ramai pihak yang menjangka Azmin akan membuat sidang media tergempar untuk mengumumkan keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terbaru ini maka kemungkinan itu pasti tidak menjadi kenyataan.

Mana mungkin Azmin umum keluar PKR di ibu pejabat parti itu sendiri. Apapun, sama-sama kita nantikan apakan intipati sidang media Azmin Ali itu tidak lama lagi.

Apapun, ramai pihak yang menggesa beliau batalkan sidang medianya kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Umum mengetahui isu Menteri Besar Selangor menjadi agenda utama Azmin pada sidang media itu nanti sebenarnya.





Iklan C (ii)

 


Samseng Umno Mengganas Lagi..

Posted: 09 May 2013 08:29 PM PDT

Gambar hiasan
PULAU PINANG 9 MEI: Sekumpulan mahasiswa Universiti Sains Malaysia yang mengadakan satu perhimpunan aman berhubung dakwaan penipuan dalam pilihan raya 5 Mei dikasari oleh satu lagi kumpulan tidak dikenali dalam kejadian berhampiran kampus mereka hari ini.

Mengikut Malaysiakini, perhimpunan dinamakan 'Black GE13′ di satu pintu keluar kampus mereka di Sungai Dua, Pulau Pinang itu berakhir apabila dua anggota mereka dikasari oleh sekumpulan kira-kira 60 orang samseng tidak dikenali.

Menurut siswa berkenaan, kumpulan samseng tersebut tiba apabila mereka baru memulakan acara pelancaran satu petisyen bagi mengutuk rasisme.

Pergelutan yang berlaku selepas itu menyebabkan siswa berkenaan berundur ke kawasan pejabat NGO hak asasi Suaram, yang terletak bertentangan dengan pintu keluar Sungai Dua itu.

Siswa terbabit mendakwa, samseng berkenaan turut menggunakan semburan lada untuk menyuraikan mereka.

Ada di kalangan siswa tersebut yang didakwa ditolak ke tanah, manakala seorang lagi didakwa dipukul di bahagian kepala dan salah seorang daripada samseng tersebut juga didakwa cuba merampas kamera milik seorang wartawan akhbar berbahasa Cina. ~mkini



Iklan C (ii)

 


Najib Hidu Perpecahan Umno Terengganu

Posted: 09 May 2013 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Umno Terengganu memperkukuh kesatuan dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.

Nasihat itu antara yang ditekan Najib, yang juga Presiden Umno, dalam pertemuan hampir dua jam dengan kesemua 17 wakil rakyat Umno Terengganu di ibu pejabat parti berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

"Perdana Menteri minta kita bersatu dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat agar di masa akan datang, kita dapat merebut kembali kerusi yang kita kalah," kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas pertemuan itu.

BN Terengganu mengekalkan penguasaan di negeri itu dengan majoriti mudah apabila memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ditanya sama ada isu pelantikan menteri besar turut disentuh pada pertemuan itu, Ahmad berkata perkara itu tidak dibincang.

Bagaimanapun, Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua berkata majlis angkat sumpah jawatan itu akan diadakan bersama pelantikan Exco dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Difahamkan, pada pertemuan itu, semua wakil rakyat turut menyatakan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan di depan Najib. ~bernama



Iklan C (ii)

 


Kedua-Dua Kaki Ustaz Azizan Selamat Di Potong

Posted: 09 May 2013 05:40 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

"Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam," jelas Helmi. ~harakahdaily

Addin :

Moga Ustaz Azizan dan keluarga tabah menghadapi saat getir ini..




Iklan C (ii)

 


Tiada ulasan: