Isnin, 6 Mei 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Perlukah Selangor lantik MB baru??

Posted: 06 May 2013 07:23 AM PDT



PRU13 yang baru berlalu menyaksikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menang bergaya dan berjaya mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut

PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN semalam manakala PKR memenangi 14 kerusi. Jumlah kerusi PKR cuma beza satu kerusi jer daripada PAS dan DAP.

Lantas... Selangor akan mendapat MB baru dari PAS hanya kerana PAS menang lebih satu kerusi daripada PKR. Begitulah kononnyer. Tapi... perlukah budaya pemilihan MB dengan cara ini perlu terus diguna pakai??

Pada aku... Tan Sri Khalid Ibrahim has done a very good job. Dan dia menjalankan tanggungjawabnyer dengan penuh integriti. Kalau dah ada tokoh yang kredible... mengapa perlu diganti?

Biarkanlah dia terus menjadi MB dan continue dengan apa yang telah dirancangkan sebelum ini.

Tak perlulah jadikan jawatan MB tu sebagai rebutan. Tak sukalah kalau PAS kata... mereka berhak... PKR kata mereka berhak and so on. Kalau Khalid Ibrahim dah performed dengan baik... biarlah dia terus jadi MB. Yang penting dia amanah menjaga wang rakyat dan manage hasil mahsul negeri dengan baik di samping melaksanakan pentadbirannyer dengan cemerlang.

Yang penting... dia kredibel dan amanah.

Tak hilang deposit pon...

Posted: 06 May 2013 04:45 AM PDT


"Kami datang dengan maruah, kami pulang bermaruah".

Betoi... Betoi.... Betoi....

On top of that.... tak hilang wang pertaruhan pon. PRU14, kita jumpa lagi. Tunggu....

Dari FB P-125 Putrajaya:

Kerja-kerja akhir membuang bahan kempen sedang giat dijalankan para sukarelawan P-125 Putrajaya. Sidang Redaksi P-125 Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pengundi yang telah mengundi Calon PAS P-125 Putrajaya dalam PRU-13 yang telah selesai semalam. 

Ucapan terima kasih juga kami ucapkan pada semua yang telah menyalurkan pelbagai maklumat, aduan, cadangan & kritikan sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.
Semuanya kami rekodkan untuk diambil tindakan. Pages ini akan terus beroperasi seperti sediakala sebagai penyalur maklumat, laporan & rujukan warga P-125 Putrajaya.

Langkah seterusnya ialah menang kerusi P-125 Putrajaya dalam PRU-14 & untuk matlamat itu, kami akan mula bekerja sebagaimana PRU-14 akan berlangsung esok.

Pada penyokong perjuangan PAS & Pakatan Rakyat, bersedia untuk memilih Calon PAS P-125 Putrajaya dalam PRU-14... Pastikan semua ahli keluarga yang layak mengundi mendaftar sebagai pengundi untuk menghadapi perlawanan yang lebih menarik dalam PRU-14.
Allahuakbar...!!!

Misi untuk PRU14: Santuni dan bukak minda Melayu kampung

Posted: 06 May 2013 02:07 AM PDT

Kaum Cina sudah solid di belakang Pakatan Rakyat. They want change and they have proven themselves in the GE13.
Malangnyer, kaum Melayu masih takut-takut nak berubah, terutama Melayu yang berada di kawasan kampung dan luar bandar. Sentimen perkauman masing menghantui minda mereka. Selain itu, mereka kurang terdedah dengan kepincangan yang berlaku... kesan daripada pemerintahan UMNO/BN.
Sebab itu, kita kena santuni dan update serta terangkan kepada mereka tentang benda-benda ni dengan cara yang berhemah. Semua kita yang mahukan perubahan, kena ambil inisiaf dan bersikap pro-aktif untuk menanamkan kesedaran tentang bertapa pentingnyer Melayu kena berubah dan melakukan perubahan.
Di bawha ini aku cut and paste lagi, tulisan Dr Hafidzi Mohd Noor. Kata beliau...
Jangan membuat perbandingan secara negatif di antara masyarakat bandar dan luar bandar sebagaimana kita membuat perbandingan di antara pengundi melayu dan Cina bila berhujah tentang sebab menang dan kalah PRU.

Masyarakat kampung sebenarnya adalah pada asalnya masyarakat yang murni dan setia. Murni pada peradaban dan setia kepada pegangan. Kita semua berasal dari kampung, kalau tidak kita, ibu bapa atau datuk nenek kita. Kita semua masyarakat penghijrah dari desa ke kota.

Namun hubungan kita dengan kampung halaman sudah lama terputus. Kita seolah-olah tidak ada 'roots' lagi meskipun kita balik kampung setiap musim perayaan. ia tidak lebih dari satu ritual yang wajib, tetapi tidak lebih dari itu. Kita tidak lagi menjenguk kampung halaman melainkan jika ada kematian atau kenduri arwah. Kita sudah aloof dengan kampung asal kita sendiri bahkan kita merasa asing pula bila berada di dalam persekitaran kampung kita sendiri. Kita jadi janggal untuk berinteraksi dengan warga desa, kerana kita tidak menguasai lenggok dan langgam bahasa bahkan budaya mereka. Kita tidak pandai untuk mengambil hati orang-orang lama di kampung. Kita tak pandai nak sembang-sembang dengan mereka sambil minum kopi bersama mereka.

Bila dekat pilihanraya kita pun mula berkempen dengan mereka, dengan bahan-bahan cetak yang kita dapat dari internet. Kita tunjukkan fakta-fakta pada mereka dari I-Pad dan I phone kita. Kita bercakap tentang turunnya harga minyak, penghapusan tol, perlupusan hutang PTPTN sedang mereka hanya punya sebuah motor (lesen entah ada entah tidak). Anak-anak muda yang tinggal di kiampung biasanya tidak maju dalam persekolahan dan hanya buat kerja-kerja kampung, ramai juga yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Itu realiti kampung.

Bila ada ahli politik hulur wang saku, belanja dapur dan bawa buah tangan, mestilah mereka sambut dengan penuh gembira. 'Ada juga orang yang ingat dekat aku yang duduk di kiampung ni'. Sebagai tanda terima kaseh, bila pangkah nanti mereka ingatlah orang yang telah berbudi dengan mereka.

Mereka bukan macam kita yang bolih hadam macam-macam fakta, macam-macam angka. macam macam analisis. Kita tahu apa itu defisit, apa itu GST, apa itu GDP, apa itu per kapita, apa itu bond dan saham, apa itu bail out.. apa itu royalty, apa itu konsesi..

(Saya bukan berbohong bila saya kata saya pernah dengar seorang di Selangor bercakap 'apalah orang Kelantan ni sibuk-sibuk mintak royalti - kita di Selangor ni tak sibuk pun...!).

Ini cuma satu lontaran yang hendak saya kongsi dgn rakan-rakan. Saya sendiri tidak ada jawapan. Tetapi jelas apa yang berlaku menunjukkan kita kena ubah sikap kita terhadap masyarakat desa. Kita kena ada pendekatan baru dlm menyantuni dan meloadeni warga desa. (alangkan keluarga sendiri di kampung pun kita sudah muai renggang tidak seperti ketika bergurau senda ketika kecil dulu - kerana pengalaman hidup yang ditempuh sudah jaauuuuh berbeza).

orang kata kalau kita hendak ubah hanya untuk memenangi hati mereka dan mengundi mengikut trend yang tertentu rasanya samalah kita dengan ahli-ahli politik yang datang dekat-dekat pilihanraya dan bersalam serta menghulur beberapa keping duit note. Kita mesti ubah sikap dan pandangan hidup kita untuk mendekati warga desa dan ini sebenarnya yang dituntut dalam agama kita iaitu dakwah bil hal (bahasa perbuatan).

We are strong and getting stronger. Maybe Lain Kalilah!!

Posted: 05 May 2013 10:50 PM PDT

Kita sebenarnyer tidak kalah. Kita cuma tak dapat bentuk kerajaan jer baik di peringkat pusat mau pun di peringkat negeri kecuali di 3 buah negeri.
Hakikatnyer... kita Pakatan Rakyat semakin kuat dan semakin popular. Sokongan kepada kita, WOW sekali.  Secara tersiratnyer, kita sudah menang. We are heading in the right direction. Cuma.. terdapat omak dan duri yang sengaja dirancang dan diletakkan di laluan kita. Itu saja.
Tak caya... cer amayi apa yang Dr Hafidzi Mohd Noor di bawah ini. simple... tepat dan padat untuk dikompiut.
Ada beberapa pemerhatian yang menarek tentang keputusan PRU13 berbanding PRU12.

Antara yang menarek perhatian saya ialah jumlah undi popular yang dimenangi oleh BN dan PR

PRU12 2008 BN memenangi 4 juta undi popular berbanding PR memenangi 3.7 juta undi. Tetapi pada PRu13 2013, BN hanya memenangi 5.2 juta undi popular berbanding PR 5.5 juta undi. Ini bermakna PR memenangi 51.4% undi berbanding BN 48.6% undi.

Kemudian dari segi bilangan kerusi DUN - BN mengalami pengurangan sebanyak 19% kerusi (dari 344 menurun ke 277) dan PR mengalami peningkatan kerusi DUN sebanyak 42.9% (dari 161 bertambah 230)
-------------------------------------------------------------------------

PARLIMEN
PRU12 BN 140, PR 82
PRU13 BN 133 (-7), PR 89 (+7)
Total 222 kerusi

DUN
PRU12: BN 344, PR 161
PRU13: BN 275 (-71), PR 230 (+71)
Total 505 kerusi

UNDI Keseluruhan (Popular votes)
PRU12: BN 4.0 Juta, PR 3.7 Juta
PRU13. BN 5.2 Juta, PR 5.5 Juta

Peratus keluar mengundi
PRU12: 8.7 Juta (76%)
PRU13: 10.7 Juta (80%)

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU12-PRU13 ini utk PRU14 akan dtg?

Lawan Tetap Lawan

Posted: 05 May 2013 08:58 PM PDT


Berusaha... Berdoa dan bertawakal.... Namun, Allah menentukan segala-galanyer. Allah SWT masih belum memakbulkan doa kita terhadap perjuangan ini. 

Apakah kita akan mengalah atau kita akan terus istiqamah??

Janganlah kita mudah berputus asa. In shaa Allah... manisnyer perjuangan ini akan kita nikmati di lain hari. Lawan tetap lawan!! 

Di bawah, ialah nukilan Pahrol Mohamad Juoi untuk sama-sama kita jadikan penawar duka.


Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji...
Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti...

Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati

Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan dakwah dan tarbiah.

Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah.

Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah.

Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah.

Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah.

Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan.

Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua2nya sekali!

Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian.

Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua2nya sekali?

Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.

Tiada ulasan: