Ahad, 28 April 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Catatan pembuka mata dari Putrajaya... (LM)

Posted: 28 Apr 2013 06:36 PM PDT

Catatan seorang penjawat awam mengenai program Pakatan Rakyat di Putrajaya

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya.

Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

DAP selar pembangkang guna BH hasut Melayu (LM)

Posted: 28 Apr 2013 08:07 AM PDT


Pembangkang daripada parti ekstremis UMNO/BN semakin galak menyemai benih kebencian antara kaum melalui Berita Harian menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-13.

Parti UMNO/BN semakin hari dilihat mempunyai peluang lebih cerah untuk dihumban dan disahkan oleh Rakyat kedudukan mereka sebagai pembangkang di peringkat kebangsaan selepas PRU-13 yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi. 

Siaran langsung Jelajah Pakatan Harapan Rakyat bersama Anwar

Posted: 28 Apr 2013 07:40 AM PDT

Siaran langsung Jelajah Pakatan Harapan Rakyat bersama Anwar


KUALA LUMPUR 28 APRIL: Program Jelajah Pakatan Harapan Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Subang dan Parlimen Setiawangsa malam ini, boleh dikuti secara langsung.
anwarKetua Umum KEADILAN itu dijadual berucap di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor dan Jalan 26/56, Keramat Wangsa, antara jam 9 malam hingga 12 tengah malam.
Bagaimanapun, proses siaran langsung bergantung kepada situasi semasa termasuk masalah teknikal khususnya kelajuan internet, selain kemungkinan gangguan lain.
Untuk tonton, KLIK INI (livestream) atau KLIK INI (ustream).

TunM minta Husam balik Kelantan sebab.... (LM)

Posted: 28 Apr 2013 03:14 AM PDT

...itu merupakan petanda jelas bahawa Tun M mengakui kekuatan dan kemampuan Husan untuk merampas Parlimen Putrajaya daripada Umno/BN. Jadi adalah lebih selamat jika Husam tidak bertanding di Putrajaya...

Jika Tun M merasakan Umno/BN yang diwakili calon Teuku Adnan Teuku Mansor cukup berkemampuan mempertahankan Putrajaya, beliau (Tun M) sepatutnya mengalu-alukan kesediaan Husam (gambar kiri) untuk bertanding menentang calon Umno/BN. 

Tiada ulasan: