Telok Bakong Online |
- Misteri Payung Hitam Bergantungan Di Seri Iskandar...
- Kos hidup: Manifesto BN bersifat jangka pendek
- 'Kesilapan Taktikal' Manifesto BN Jadi Modal Pakatan
Misteri Payung Hitam Bergantungan Di Seri Iskandar... Posted: 09 Apr 2013 02:02 AM PDT Sekira nya anda berulang alik antara Bota dan Bandar Seri Iskandar,anda akan nampak banyak payung hitam digantungkan dipersimpangan jalan dan lampu isyarat.Payung payung hitam ini sungguh menarik kerana ianya kelihatan cuba menyaingi bendera bendera Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.Walaupun tidak sebanyak bendera bendera parti politik yang berkibaran,ianya tetap menjadi tarikan kerana bahan pengiklanan ini nampak berbeza dan diluar kebiasaan. Apakah makna pengantungan payung hitam ini.Kita sedia maklum ada banyak persatuan persatuan di Malaysia mengunakan lambang lambang tertentu untuk menunjukan kehadiran mereka seperti melekatkan daun kelapa atau mengunakan stiker stiker yang mempunyai warna warna tertentu.Namun pengantungan payung hitam ini menimbulkan tanda tanya yang sungguh mendalam didalam kekalutan Pilihanraya Umum yang ke 13 ini.Apakah payung hitam ini akan turut serta memeriahkan PRU ini. Kita tunggu kan jawapannya di artikel yang akan datang beserta gambar.Tunggu.. | |||
Kos hidup: Manifesto BN bersifat jangka pendek Posted: 08 Apr 2013 10:20 PM PDT
Dalam pelancaran 'Aku Janji"-nya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan manifesto yang seakan-akan manifesto yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat (PAKATAN) beberapa minggu yang lalu. Namun, apa yang kekurangan adalah Najib tidak memberi penyelesaikan kepada bagaimana beliau hendak menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam menghadapi kenaikan taraf hidup dalam negara. Di mana Najib ingin meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib gagal untuk menyatakan usaha mampan dan berjangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya rakyat Malaysia yang miskin. Pemberian BR1M ini ternyata tidak mencukupi untuk meliputi satu tahun, malah perbelanjaan satu minggu bagi sebuah keluarga di kawasan bandar terutamanya kawasan-kawasan maju seperti Lembah Klang. Di mana PAKATAN merancang untuk mengurangkan kadar caj air dan caj elektrik untuk membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Najib masih meneruskan pemberian wang tunai yang tidak akan mengeluarkan rakyat Malaysia yang miskin dari kemiskinan. Najib ingin meneruskan pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan barangan yang dijual oleh KR1M mungkin lebih murah kerana tidak berjenama akan tetapi, dengan skandal kualiti rendah atau merbahaya, Najib telah menolak hak rakyat Malaysia untuk akses kepada barangan berkualiti pada harga berpatutan. Beliau telah menggalakkan situasi, kualiti rendah, harga rendah, keselamatan dan kesihatan rakyat diabaikan pada jangka masa panjang. Najib juga mengutarakan menaikkan Baucer buku 1Malaysia (BB1M) dari RM250 kepada RM300 namun pada masa yang sama, Najib tidak mengutarakan sebarang rancangan untuk membantu para pelajar pada jangka masa panjang, iaitu di mana kadar yuran kemasukan universiti kian meningkat terutamanya di sektor swasta, masih tiada penyelesaian alternatif kecuali penerusan pinjaman PTPTN yang sebenarnya membantu pihak institusi pengajian tinggi meraih keuntungan dan membebankan para pelajar terutamanya selepas habis pengajian. Begitu juga rancangan Najib untuk melaksanakan dasar 1Malaysia 1Harga untuk barangan keperluan asas. Akan tetapi, pada masa yang sama, Najib gagal untuk menyatakan mekanisme untuk memastikan dasar tersebut tidak menguntungkan mana-mana pihak berkepentingan. Ini adalah berbeza dengan PAKATAN merancang untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,100 sebulan merupakan suatu permulaan yang positif untuk membantu rakyat menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di samping meletakkan jenama politik kepada barangan keperluan asas rakyat, ianya tidak memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah kabotaj di Sabah dan Sarawak. Najib juga tidak menyatakan rancangan untuk membantu warga Sabah dan Sarawak untuk menghadapi kenaikan barangan memandangkan kedua-dua negeri mempunyai kadar kemisikinan antara yang tertinggi di Malaysia. Memandangkan dasar 1Negara 1Harga ini hanya meliputi barangan keperluan asas, ianya mempunyai skop yang lebih kecil dari skop yang diberikan oleh manifesto PAKATAN untuk menghapuskan dasar kabotaj di Sabah dan Sarawak. Dalam manifesto BN, Najib memilih untuk mentransformasikan automotif negara dengan mengurangkan harga kereta sekurang-kurangnya 20 peratus akan tetapi, walaupun ianya diambil dari rancangan PAKATAN untuk menurunkan harga kereta dalam cara menghapuskan duti eksais, ianya tidak memberikan rancangan terperinci mengenai mekanisme untuk menurunkan harga serta jangka masa yang diperlukan untuk menurunkan harga kereta. Secara asasnya, di bawah Najib, amalan pemberian wang tunai diteruskan tanpa memberikan penyelesaian kukuh kepada masalah kemiskinan dan ketidakmampuan rakyat untuk menghadapi taraf hidup yang kian meningkat. Di mana Najib meletakkan jenama politik ke atas keperluan asas rakyat seperti pendidikan, perumahan, barangan runcit, kesihatan, Najib memilih untuk mempolitikkan kehidupan seharian rakyat. *KPRU adalah Kajian Politik untuk Perubahan yang menjalankan kajian berkaitan pilihan raya. | |||
'Kesilapan Taktikal' Manifesto BN Jadi Modal Pakatan Posted: 08 Apr 2013 05:17 PM PDT Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat "kesilapan taktikal" dengan memasukkan kandungan dalam manifesto Pakatan Rakyat ke dalam manifesto BN. Katanya, Najib kini tidak boleh lagi mendakwa dasar Pakatan akan membankrapkan negara apabila bertindak demikian. "Sebelum ini, beliau kata dasar kita akan membankrapkan negara. Sekarang jadi boleh dilaksana," kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. Isu berkenaan akan dibangkitkannya dalam kempen semasa pilihan raya umum akan datang, katanya. Tambahnya, BN hanya mengemukakan "dua tiga idea baru" dan menyadur selebihnya dari manifesto Pakatan. Janji yang dikemukakan BN dalam manifesto berkenaan juga terlalu umum, kata Rafizi lagi. "Dalam manifesto kami, kami berikan tempoh masa yang jelas, dengan aliran tunai dan mekanisme jelas. Itu tidak ada dalam manifesto BN. "Selepas lima tahun jika mereka kurangkan harga tol kepada 30 sen, ia juga akan dianggap janji ditepati. Janji mereka terlalu umum," katanya. Tambahnya, beliau dan petugas parti lain bekerja keras untuk merangka dasar berkenaan dan seterusnya menyampaikan maklumat tersebut kepada orang awam. "Saya tidak kisah (BN) menggunakan sebahagian daripada manifesto. Tapi perlu ada kejujuran intelek mengenainya. Perlu ada makluman yang tidak memihak bahawa idea berkenaan diambil dari manifesto kami," katanya. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan