Telok Bakong Online |
Najib Tiru Manifesto Pakatan Tapi Tak Akan Laksanakan – Anwar Posted: 06 Apr 2013 10:53 PM PDT Fazallah Pit(Keadilan Daily) KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat. "Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa? "Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?" katanya. Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas. Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini. Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen 'Turun Harga Kereta'. Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais. Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot pemimpin Umno BN. Pakatan membentang 'Manifesto Rakyat' di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat. Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13. "Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut (su)dah buat keputusan (undi Pakatan)," katanya. | |
TAIB ANGKUH DAN SOMBONG..DAP: Apakah Taib lebih tinggi daripada SPRM, Najib? Posted: 06 Apr 2013 10:34 PM PDT Kenyataan Abdul Taib Mahmud untuk tidak memberi kerjasama dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membayangkan ketua menteri Sarawak mengatasi badan itu dan juga perdana menteri, kata DAP. Tokoh pembangkang Lim Kit Siang berkata kenyataan Taib semalam bagaikan satu tamparan kepada Najib Abdul Razak dalam usahanya membasmi rasuah. Dalam kenyataannya, Lim menambah perdana menteri harus bertindak tegas dalam perkara ini bagi membuktikan beliau benar-benar berpegang teguh dengan ikrar integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia (TI-M) yang ditandatangani pada 20 Februari. Jika tidak, katanya, Taib akan 'memberi pukulan maut' terhadap dakwaan Najib untuk meningkatkan 'pembasmian rasuah' sebagai agenda utama program transformasinya, sedangkan Taib bukan sahaja lebih kuat dari SPRM, tetapi juga daripada perdana menteri. Sehubungan itu Lim mencabar Najib supaya meminta SPRM untuk meneruskan siasatannya. "Bola kini di gelanggang Najib. Adakah SPRM akan berundur atau Najib akan mengarahkan SPRM meneruskan membuka siasatan penuh, atau lebih baik lagi, menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap semua tuduhan rasuah yang telah dibuat terhadap Taib dan keluarganya? " Lim berkata walaupun untuk menubuhkan RCI kini di luar kuasa Najib sebagai perdana menteri sementara, tetapi Pakatan bersedia membuat pengecualian untuk menyokongnya. Semalam, Taib dilaporkan berkata demikian bagi mengulas siasatan SPRM terhadap tuduhan yang dibangkitkan dalam video NGO antarabangsa Global Witness yang dikeluarkan bulan lepas. Ketua menteri Sarawak itu dilaporkan berkata SPRM tidak layak mendapat kerjasamanya kerana mereka 'nakal dan tidak jujur' |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan