Telok Bakong Online |
- TERKINI...Dato Seri Anwar Akan Isytihar Calon Dun Perak Di Gerik,Hari Ini...
- Parlimen Bubar Hari Ini,Najib Sampai Lupa Tarikh ,Harga Saham Menjunam Jatuh..Tanda Tidak Percaya BN Akan Terus Memerintah?
- Bekas Pemuda UMNO Dirai Oleh Sekretariat PR Parit Dan Pekida..Sanggup Hadapi Rintangan
TERKINI...Dato Seri Anwar Akan Isytihar Calon Dun Perak Di Gerik,Hari Ini... Posted: 03 Apr 2013 10:00 AM PDT Debaran semakin bergetar dengan hebat.Parlimen sudah dibubar,dan bermulalah perang plihanraya bagi parti yang bertanding.Bahang panas kian terasa memandangkan PRU 13 adalah yang paling sengit dan merupakan titik perubahan kepada senario politik negara. Dato Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah lagi negeri Perak.Setelah Bota,Kg Gajah,Lumut dan Bagan Serai,kini tiba giliran untuk kawasan Gerik dan Lenggong.Sesunguhnya kawasan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional di negeri Perak.Kedatangan DSAI kesini diharapkan dapat memberi suatu tolakan besar kepada BN. Oleh kerana semalam telah berlaku Pembubaran Parlimen,Maka Dato Seri Anwar terpaksa mempercepatkan untuk melakukan pengistiharan calun calun DUN PKR Perak.Pengistiharan ini akan dilakukan di Pekan Gerik.Diharapkan para penyokong dan rakyat jelata dapat berhimpu n disan sebagai tanda sokongan. Tujuan pengistiharan awal ini adalah supaya calun dapat menentu dan mengerakkan Jentera Pilihanraya masing masing.Calun calun telah diberi kuasa dan kebebasan untuk menentukan sendiri jentera pilihanraya.Calun juga berkuasa untuk menolak sebarang campurtangan dari pihak pihak tertentu.
Untuk Dun Bota,Ustaz Zulkifly Ibrahim sudah hampir pasti menjadi bakal calun,yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat.Untuk kepastian sila lah bertandang ke Pekan Gerik malam ini.Wakil TBO akan berada disana untuk buat liputan secara live untuk anda.
| ||||||||
Posted: 02 Apr 2013 09:33 PM PDT Parlimen bubar hari ini (MK) dikemaskini 11.30am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13. Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong. Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak. DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011. Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013. Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen. Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. Dalam ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet. Katanya, usaha yang dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab. "Kejaan ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah. Bukan sikap kami tanam tebu di bibir. "Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun," katanya dalam ucapan tersebut. Turut menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri. Sementara itu menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012. Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri. Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi. Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN. Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas. Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari. Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang. Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. PM umum bubar Parlimen, harga saham menjunam Harga pasaran saham jatuh mendadak sejak pasaran dibuka pada jam 9 pagi, sebelum perdana menteri mengumumkan pembubaran parlimen hari ini.Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur menjunam 29 mata atau 1.73 peratus pada jam 10.55 pagi kepada 1,656 mata selepas merekod paras 1,635 mata pada kira-kira jam 10.30 pagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya. Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari. | ||||||||
Bekas Pemuda UMNO Dirai Oleh Sekretariat PR Parit Dan Pekida..Sanggup Hadapi Rintangan Posted: 02 Apr 2013 05:12 PM PDT
Pihak Sekteriat PR Parit dan Pekida telah mengambil inisiatif untuk meraikan mereka ini dalam suatu jamuan ringkas yang turut di hadiri oleh Ustaz Zulkifly Ibrahim, Calun DUN Bota.Saudara Ridzuan dan rakan rakan turut diperingatkan tentang tindakan tindakan yang bakal diambil oleh UMNO akibat penghijrahan beliau ini oleh ahli ahli Pekida dan mereka sedia memberi bantuan sekiranya terdapat ancaman ancaman yang dialami oleh pemuda pemuda ini. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan