SOKONG PAKATAN RAKYAT |
Posted: 30 Apr 2013 03:00 AM PDT Borak borak politik di Seremban menunjukkan tanda tanda Umno akan kehilangan beberapa kerusi Dun dalam parlimen Seremban. Bilik Gerakan di beberapa UPU BN gagal dibuka kerana Umno cawangan mahukan RM 3,000.00 tetapi calon tidak bersedia menyumbangkannya. Ada calon Umno yang masih belum terpampang posternya untuk tatapan awam. Anak muda yang cuba mencari makan dengan mahu mengambil upah menampal poster dari Bilik Gerakan Umno tidak dilayan oleh Ketua Cawangan Umno kerana Ketua Umno berkenaan tidak mahu menghabiskan wang mereka kerana tidak yakin calon BN akan menang. Beberapa mesyuarat diatur oleh Kumpulan Mat Hasan untuk mensabotaj dan mengalahkan calon BN di Lenggeng. Namun dalam suasana kelemahan jentera BN, jentera PR tidak pula dilihat agersif menyerang BN. |
You are subscribed to email updates from SOKONG PAKATAN RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan