Roslan SMS Corner |
- Satu calon satu kerusi (4/4/13)
- Perbaiki Perlembagaan Persekutuan selepas PRU nanti (4/4/13)
- Jangan terlalu "big headed" (4/4/13)
Satu calon satu kerusi (4/4/13) Posted: 04 Apr 2013 05:21 AM PDT Secara berperingkat-peringkat nama calon-calon parti-parti yang bertanding diumumkan oleh pimpinan mereka. Walaupun mungkin ada beberapa kerat kerusi yang belum dimuktamadkan, tetapi akhirnya akan diputuskan juga secepat mungkin pastinya. Bagi PAS sendiri nama-nama calon juga sudah mula diumumkan oleh pimpinan. Bagi Pakatan Rakyat, PAS lah merupakan rakan komponan yang paling tua, diikuti DAP dan paling bongsu adalah PKR. Satu saranan saya kira yang perlu ditauladani oleh PAS yang cuba diusahakan oleh DAP adalah bahawa parti itu akan kemukakan hanya satu calon untuk satu kerusi kecuali setakat ini untuk Lim Guan Eng, Setiausaha Agungnya yang dijangka bertanding kedua-dua kerusi parlimen dan DUN di Pulau Pinang. Usaha seumpama ini perlu dicontohi kerana ia akan menunjukkan kepada umum betapa PAS selaku abang sulung, sudah matang, punya ramai dari pelbagai disiplin pengajian dan profesion yang sedia ditonjolkan sebagai calon. Malah Presiden PAS sendiri telah mengisytiharkan yang beliau cuma akan bertanding satu kerusi (kini hanya Tuan Guru sahaja yang punya dua kerusi pada PRU lalu iaitu parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang). Dan Mursyidul Am PAS pun hanya bertanding satu kerusi dan dijangka mempertahankan kerusi DUN nya. (Timbalan Mursyidul Am dan Timbalan Presiden pun dilaporkan akan hanya bertanding satu kerusi) Kalau pimpinan tertinggi parti pun hanya bertanding satu kerusi, elok sangatlah yang lain juga begitu "without exception". Oleh itu layak sangatlah buat PRU ke 13 ini PAS yang telah sertai kesemuanya, termasuk PRU Persekutuan 1955 mengemukakan satu calon bagi satu kerusi. Biar rakyat lihat PAS memang kaya dengan calon-calon dan tiada satu calon yang selebih hebat dari yang lain, begitulah sepatutunya bagi parti Islam. Setakat ini kita dengar Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang sebelum ini ahli parlimen Kubang Kerian, Kelantan dijangka bertanding 2 kerusi iaitu satu Parlimen dan satu DUN di Johor. Saya rasa lebih cocok jika beliau pun sekadar bertanding 1 kerusi, dan kerusi yang paling "winnable" di sini adalah kerusi DUN bagi membuktikan kesediaan PAS bersama rakan-rakan merampas DUN Johor. Kalau pun dah diputuskan ia masih boleh dipinda demi kebaikan parti. Jika ini berlaku maka PAS akan membuktikan bahawa ia menjadi satu-satu parti pertama yang melakukannya. Dengan itu saya pasti akan menambahkan keyakinan rakyat padanya insyallah. |
Perbaiki Perlembagaan Persekutuan selepas PRU nanti (4/4/13) Posted: 04 Apr 2013 02:25 AM PDT Dalam akhbar The Star hari ini, Presiden atau Yang Dipertua Senat Tan Sri Abu Zahar Ujang dipetik sebagai berkata bahawa kesemua Senator atau Ahli Dewan Negara yang ingin bertanding dalam PRU ke 13 nanti diingatkan agar melepaskan jawatan Senator masing-masing terlebih dahulu. Sebelum ini tiada pun penekanan dibuat tentang perkara ini, memang dalam Perlembagaan Persekutuan pun tiada disebut perkara ini.Selepas PRU ke 13 ini Parlimen sepatutnya menggubal perkara seumpama ini supaya pentafsirannya lebih jelas dan ketelusan pentadbiran Negara lebih terjamin. Ini termasuklah menggubal peruntukkan mengenai "caretaker government" juga. Dalam pada itu saya memikirkan sepatutnya bukan hanya Senator yang sepatutnya melepaskan jawatan mereka, begitu juga EXCO, Menteri, PM dan MB apabila mahu mengemukakan kertas pencalonan nanti. Saya pernah berpengalaman berada di satu pusat penamaan calon dalam PRU dimana calon BN ketika itu yang sebelum parlimen dibubarkan adalah Menteri, meletakkan jawatannya di atas kertas pencalonan sebagai Menteri juga. Ada pihak yang membuat protes tetapi bantahan ditolak oleh SPR. Kalau bagi Senator pun tidak cocok, apa lagi yang lain. Kerana itulah "caretaker government" ini sepatutnya tidak lagi terdiri dari PM, MB, KM, Menteri-menteri dan EXCO yang ada tetapi dilantik orang luar sebagaimana posting saya seblum ini. Apa pun kita bikinlah penambah-baikan itu selepas PRU ke 13 nanti insyallah. |
Jangan terlalu "big headed" (4/4/13) Posted: 03 Apr 2013 09:09 PM PDT Kalau dalam filem The Godfather, permulaannya terdapat satu dialog yang diucapkan oleh seorang warga AS berasal dari Itali: "….I love America…" Begitu juga saya dan ramai pengujung blog ini, "We love PR", walaubagaimanapun terkadang apa yang terbenam dilubuk hati ini perlu juga dikeluarkan agar sekurang-kurangnya didengar. Saya perhatikan berdasarkan trend semasa, pengundi Cina dijangka mempertingkatkan lagi sokongan mereka terhadap PR berbanding PRU ke 12 lalu. Ada yang menjangkakan lonjakkan mencecah 85-90% kali ini. Ini bermakna DAP, rakan kongsi PR akan meraih kemenangan besar. Di Selangor contohnya DAP bertanding 15 kerusi dan menang 13. Kali ini mereka dijangka sapu bersih 15, begitu juga di Negeri Sembilan. Berkemungkinan pengundi Cina kali ini telah selesa dengan PR dan yakin secara muktamad bahawa PR adalah alternatif terbaik buat BN. Lantaran itu PKR dan PAS juga dijangka meraih kekuatan dari "swing" besar pengundi Cina ini khasnya di kawasan-kawasan separa bandar (semi urban) dan bandar. Kerusi contohnya di Parlimen Gombak dan Ampang boleh dikira selesa buat PKR dan PAS di Selangor. Namun demikian, PKR dan PAS, khasnya PAS masih perlukan sokongan pengundi Melayu, yang merupakan blok terbesar pengundi di kawasan-kawasan yang mereka tandingi. Jika sekadar pengundi Cina sahaja yang "swing" ke arah PR manakala yang Melayu kembali ke BN, PAS khasnya akan kalah besar. Tetapi saya tidaklah berhasrat mengulas isu itu di sini. Dalam posting ini saya mahu membangkitkan ulasan-ulasan yang diberikan di internet dalam portal-portal berita dan laman web politik oleh pengundi-pengundi Cina. Contohnya: FailedxPM - Pas needs to ONLY appoint professionals to Hold the top post esp. MB. This guy is out of touch with the real world. He don't know how to appease All the people in the state and create his own issues to isolate certain races. He still have a very narrow mind and not capable to govern a state. Duriandad - He's 73, too old! Drjflee - PAS, please learn from this. We non Muslims will support you any day...only if you are moderate. Stop being fanatical. You are on the cusp of a stunning victory. Don't screw everyone up. You lose here, you will lose it all over. Mereka mengulas darihal kajian terbaru Merdeka Centre yang menyebut berkemungkinan PR akan tewas di Kedah. Semua pihak punya hak untuk mengulas tetapi terkadang ulasan itu membayangkan yang satu pihak terlalu "big headed" (maaf) berkepala besar, seolah mereka sahaja yang boleh menentukan kemenangan. Sifat sebeginilah yang perlu dielakkan, takut-takut ianya mengguris perasaan pengundi sebelah pihak yang lain yang dalam hal ini lebih besar kelompoknya. Sedarlah bahawa PR hanya akan menang hasil dari sokongan semua kaum, Melayu, Cina, India dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tidak ada satu kaum sahaja yang boleh menentukan kemenangan ianya perlukan sumbangan semua. Oleh itu diperingkat ini apa yang perlu adalah kebijaksanaan semua pihak. Mengulas, mengkritik, menegur memang mudah, tetapi awas, diperingkat ini kalau ia tidak dilakukan dengan berhati-hati, tambahan terlalu "big headed" pula, akhirnya sokongan akan hilang dan kita sekadar menang sorak sahaja. PAS khasnya punya banyak pengalaman tentang ini. Diharapkan semua pihak berhati-hati. Mahu menang, kita perlu menangi hati semua pihak, bukannya menyakiti. Menerang bukan menyerang. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan