Ahad, 28 April 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Jangan "underestimate" pengundi Melayu PRU13 (28/4/13)

Posted: 28 Apr 2013 03:35 AM PDT


Tinggal seminggu lagi, Ahad depan rakyat Malaysia akan membuat keputusan. Masa depan Negara berada dalam tangan para pengundi berdaftar.
Tempuh berkempen kini telah masuk separuh jalan, bukannya kita mahu menyedapkan halwa telinga sendiri, tetapi berdasarkan apa yang kita lihat, dengar dan alami sendiri, 7 hari pertama berkempen ini kelihatan peluang PR untuk mencetuskan kejutan semakin cerah dan meyakinkan.

Mana-mana kita kunjungi kita akan dengar bahawa PR punya harapan cerah.
Jika pada PRU lalu menurut kajian sebuah NGO yang pro BN (sejurus selepas PRU 12 itu) secara purata PR memungut 45.6% undi Melayu, 60.5% Cina dan 89.6% India. Kali ini kedengaran pengundi CIna semakin bersungguh mahukan PR dan menolak BN, ada yang sehingga menjangkakan kecenderungan pengundi Cina sekarang ini sudah memuncak ke 85% malah tak mustahil 90%!

Tidak ada isu yang boleh merobah keputusan masyarakat Cina itu, tiada isu video, tiada kes liwat, tiada Hudud, tiada apa, bagi mereka BN sudah gagal dan mereka bertanggungjawab bangkit menamatkan usia BN kali ini.
Masyarakat India pula dilihat kali ini sekitar 50-50, mungkin faktor kendurnya pengarauh Hindraf, sokongan mereka mungkin menguncup dari sebear 80an peratus pada PRU lalu ke 50% begitu.

Soalnya bagaimana dengan sokongan pengundi Melayu?
Kebelakangan ini ramai asyik memberi tumpuan kepada jangkaan mencanaknya sokongan masyarakat Cina itu, masyarakat Melayu bagi mereka mungkin tidak sebesar mana kecenderungannya, mungkin sekitar di kawasan bandar. Seorang bekas Mufti malah seolah berlepas harap pada masyarakat Melayu luar bandar yang bagi beliau taksub dan terlalu bergantung harap kepada Umno BN, benarkah begitu?

Saya kurang bersetuju.
Saya merasakan kita jangan "under estimate" kecenderungan pengundi Melayu kali ini. Seawal 1959 orang Melayu telah tolak Umno di Kelantan dan Terengganu pada PRU peratama dulu.

Lebih dekat lagi kalau kita ingat pada tahun 1999 di awal ledakkan "reformasi" dahulu, ketika itu kita dapat melihat betapa yang bangkit dan memberi respon positif kepada slogan "reformasi" itu sesungguhnya adalah orang Melayu. PRU 1999 orang Melayu di Kelantan dan Terengganu sekali lagi memenangkan PAS dan Keadilan ketika itu dan menolak keluar Umno-BN!
Di Selangor, PRU 1999, PAS menang 4 kerusi di Gombak Setia (Ismail Kamus), Sg Burung (Hasan Ali), Sabak (Sallehen Mukhyi) dan Kajang (Dr Shafiee). Keadilan menang Hulu Kelang melalui Azmin Ali dan DAP Cuma menang 1 kerusi iaitu melalui Teng Chang Khim. (Buat pertama kali PAS menjadi Ketua Pembangkan dalam DUN Selangor ketika itu)

Ini menunjukkan PRU 1999 itu pengundi Cina masih belum bersedia, begitu juga masyarakat India, hanya pengundi Melayu yang awal memberi respon.
Tetapi PRU 2004 sokongan itu menurun manakala 2008 sebagaimana kita catatkan di atas kecenderungan lonjakkan terbesar dikesan dikalangan pengundi Cina dan India.

Saya menjangkakan jika kita lihat perkembangan semasa hari ini, jika jentera PR bergerak lancer terus kekalkan "momentum" sehingga ke garis penamat, tidak mustahil PRU kali ini, iaitu 5 Mei nanti akan melihat sejarah tercipta dimana, ketiga-tiga pengundi Melayu, Cina dan India akan bangkit dan menolak BN!
Jangan "underestimate" pengundi Melayu, mereka juga bermklumat dan bijak dan mahu yang terbaik buat mereka dan Negara.

PAS tetap memperjuangkan Islam (28/4/13)

Posted: 28 Apr 2013 03:09 AM PDT


Secara dirancang atau tidak, dalam banyak-banyak isu pilihanraya sepanjang kempen PRU ini, tiba-tiba terpacul keluar juga isu perlaksanaan Hudud.
Bagi pihak musuh PAS, kelihatan isu ini sengaja dilontarkan bagi mencetuskan kebimbangan masyarakat bukan Islam dan selain itu mengkusutkan hubungan antara PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui bahawa hanya PAS lah satu-satunya parti di Malaysia yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya. Tidak ada parti politik berteraskan agama selain PAS di Malaysia. Dan PAS telah lahir di Malaysia, dahulunya Malaya bukan setahun dua tetapi lebih 60 tahun, iaitu salah sebuah antara parti yang tertua dalam Negara.
Ahli dan penyokong PAS kita yakin akan terus mempertahankan dasar dan perjuangan PAS. Memang PAS mahukan penyelesaian Islam, memang PAS mahu perlaksanaan hukum-hukum Islam, lantaran itulah maka berbodong-bondong bersama menyokong perjuangan PAS sejak zaman-berzaman.

Syukur, dalam kekalutan berkempen pilihanraya ini apabila  isu Hudud, dimain-mainkan oleh media kononnya untuk memerangkap PAS, pimpinan PAS dari Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Presiden dan Ketua Dewan Ulamak segera bangkit mempertahankannya. "Islam without question" itulah dasar dan perjuangan PAS.
Ya mungkin ianya bukan tuntutan perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat, tetapi bagi PAS sebagai sebuah parti yang dasar dan matlamat perjuangannya adalah Islam, itulah tuntutan perjuangannya.

Berdasarkan perkembangan semasa dalam tempuh berkempen ini kelihatan kecenderungan buat kemenangan besar bagi PR termasuklah PAS adalah cerah. Lantaran itu keputusan pucuk pimpinan parti  dalam isu Hudud ini sangat meyakinkan. Kita tidak boleh mendiamkannya, kita tidak boleh melarikan diri dari ia, atau kita pura-pura menafikannya kerana dalam perjuangan Islam ini matlamat tidak menghalalkan cara, tak kan kerana nak menang kita letak Islam di kerusi belakang, itu bukan PAS.
Alhamdulillah pimpinan kita istiqomah, dan Allah menyatakan kemenangan itu bagi mereka yang istiqomah.

 

Tiada ulasan: