Roslan SMS Corner |
Orang Sawah Sempadan kecewa dengan Dr Hasan (25/4/13) Posted: 24 Apr 2013 09:46 PM PDT Semalam saya sempat turun membantu sahabat-sahabat di Parlimen Tanjong Karang, Selangor. Di bawah kerusi parlimen ini terdapat dua DUN iaitu Sg Burung yang ditandingi calon PAS Ustaz Judi Sarjo dan Permatang yang ditandingi calon PKR Yahya Shaari. Calon PAS untuk parlimen menentang Noh Omar (BN) adalah Cikgu Rashdi Deraman. Saya dijemput berceramah di Markas PAS Sg Sireh bersama calon DUN Ustaz Judi dan kemudiannya terus dibawa ke Blok D Sawash Sempadan untuk berceramah bersama Cikgu Rashdi.Saya lihat para petugas PAS dan PR begitu bersemangat dan gigih berkerja menambahkan keyakinan kita lagi bahwa ketiga-tiga kerusi di sini yang kini dikuasai Umno-BN berpotensi jatuh ke tangan PR, ini kali lah! Di Sawah Sempadan sebelum ceramah beberapa pimpinan dan penduduk tempatan telah bertemu dengan saya secara tertutup menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pemimpin JATI, Dato Dr Hasan Ali yang baru turun ke kampung mereka beberapa hari lalu. Mereka semua akrab dengan Dr Hasan kerana beliau pernah sepenggal menjadi ADUN Sg Burung tahun 1999 dan sebelum ini merupakan pimpinan kanan PAS.
Sedangkan Ustaz Judi dan Cikgu Rashidilah merupakan antara tenaga terkental menyokong dan membantu beliau ketika beliau ADUN di sini dahulu. Ustaz Judi malah sehingga ditukarkan oleh kerajaan BN mengajar di Petaling kerana kuatnya menyokong Dr Hasan dan terpaksa berulang-alik dari Petaling ke Tanjung Karang semata-mata kerana perjuangan. Mereka geleng-geleng kepala dan beristighfar ketika bercerita kepada saya. Minta sangat saya mengulas isu ini dalam ceramah saya. Malam tadi saya kira saya telah tidak mengecewakan mereka. Saya melontarkan satu fakta: kalau bersungguh JATI di bawah Dr Hassan ghairah mahu memperjuangkan Melayu dan Islam, sehingga PAS berkawan dengan DAP pun dikatakan merela diri menjadi kuda tunggangan, kenapa pula beliau selaku kepala JATI tanpa segan-segan turun membantu calon MCA-BN Bandar Tun Razak sedangkan kalau betul dia juara "Melayu-Islam" di Bandar Tun Razak, beliau sepatutnya menyeru orang Mel yu Islam yang beliau dakwa beliau wakili mengundi Tan Sri Khalid, kerana Tan Sri Melayu-Islam Kenapa ada "double standard"? Kenapa bermuka-muka? Kenapa bila turun kampong-kampung Melayu serang PAS, seang kawan-kawan yang ikhlas dan setia, tetapi bila duduk sebelah Timbalan Presiden Umno, sokong dan lambung MCA?! Insyallah orang Tanjung Karang istiqomah bersama PAS. | ||
PAS boleh gagal di kerusi sendiri jika rekod tak baik (25/4/13) Posted: 24 Apr 2013 08:58 PM PDT Terdapat satu artikel dalam sebuah portal berita alternatif yang menarik dan memaparkan bagi saya realiti semasa yang perlu dihadapi dan dipikul oleh mereka yang serius berpolitik. Artikel tersebut mengisahkan penerimaan rakyat terhadap calon Umno-BN di sana, sebuah kerusi DUN di Perak, berbanding calon PAS sedangkan kerusi tersebut adalah kerusi yang PAS menang pada PRU lalu. Alasan penerimaan rakyat terhadap calon BN adalah kerana menurut artikel berkenaan calon PAS dahulu tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan para pengundi. Artikel berkenaan menerima komen dari seorang pengunjung iaitu OldCitizen1950, yang menulis : If you don't serve the people you deserve to lose Here was a guaranteed seat And they blow it How many more seats will they lose due to this attitude Taking things for granted ... Shame on you PAS Ini satu pengajaran besar buat wakil-wakil rakyat PAS dan semua yang terlibat dalam PR. Benar berdasarkan arus semasa kita kelihatan melonjak ke hadapan dari sudut sokongan rakyat sehingga berkemungkinan mempunyai keupayaan menang besar kali ini. Namun senario berkenaan tidaklah muktamad kerana apabila ribut perubahan itu reda di peringkat akar umbi, iaitu dikalangan pengundi sebenar, rekod dan keperibadian calon akan tetap menjadi ukuran. Walaupun pada keseluruhannya kita berpotensi besar kali ini, tetapi yang akan memutuskannya pada 5 Mei nanti adalah para pengundi tempatan. Kecenderungan besar kepada PR boleh cair begitu sahaja jika rekod dan keperibadian calon kita tidak memuaskan dan tewas bila dibandingkan dengan calon lawan.Ini realiti kerana para pengundi tahun 2013 ini bukan lagi seumpama pengundi 1959 atau 1964. Mereka bermaklumat, cerdik dan tidak mudah dipatahkan. Saya tidak tahu sejauh mana tepatnya artikel yang saya maksudkan di atas itu, tetapi memandangkan ianya datang dari sebuah portal berita yang "pro" Pakatan, berkemungkinan ia jujur dan sahih. Semoga ia menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua. Tidak cukup dengan semangat dan api semata-mata, kerja dan khidmat perlu ditabur sesungguh-sungguhnya apabila amanah telah diberikan. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan