Roslan SMS Corner |
JATI kempen untuk MCA? (24/4/13) Posted: 23 Apr 2013 08:42 PM PDT Saya menghromati Dato Dr Hasan Ali, malah dalam PAS dahulu saya berkhidmat di bawah beliau yang saya anggap sebagai "bapa" saya sendiri. Banyak yang telah saya timba ilmu dan pengalaman dari beliau. Namun apabila beliau mengambil keputusan meninggalkan PAS (tanpa mahu merayu kepada Majlis Syura PAS setelah dipecat), saya turut memutuskan hubungan fahaman dengan beliau. Saya masih menghormati beliau namun tidak lagi berkongsi fahaman dan ideologi.
Beliau menubuhkan sebuah NGO yang dikenali JATI atau Jalur Tiga yang mahu memperjuang dan mempertahankan Islam, Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu. Itu hak beliau. Setelah keluar dari PAS beliau juga punya hak untuk kritik dan menyerang PAS kerana beliau bukan lagi ahli dan tidak lagi terikat dengan disiplin parti. Beliau telah menjelajah segenap pelusuk tanahair, mendedahkan kelemahan PAS, mendedahkan keburukan DAP dan PKR dan mendesak agar orang Melayu kembali kepada Islam dan perjuangan bangsa. Itu pun hak beliau. Namun dalam PRU ini apabila beliau lebih cenderung kepada BN bermakna beliau bukan lagi "non partisan" tetapi beliau menzahirkan kecenderungan ideologi kepartian beliau kini iaitu pro BN. Itupun hak beliau. Cuma baru-baru ini apabila beliau berceramah atas tajuk "Selamatkan Aqidah umat Islam" di Bandar Tun Razak, tetapi dalam waktu yang sama hadir bersama Timbalan Pengerusi BN Muhyiddin Yassin dalam kempen BN untuk calon Parlimen Bandar Tun Razak, saya rasa beliau telah mendedahkan gagalnya beliau istiqomah dalam perjuangan "JATI" nya itu. Parlimen Bandar Tun Razak menyaksikan calon PR dari PKR iaitu Tan Sri Abd Khaliid Ibrahim "anak jati Melayu Bugis" (sebagaimana Dato Hasan dan saya) bertanding mempertahankan kerusinya yang mempunyai 52.5% pengundi Melayu. Dato Hasan hadir berkempen bersama Timbalan Presiden Umno untuk calon BN-MCA Tan Kok Eng! Tidakkah beliau berada di majlis yang salah ?!? | ||
Puchong: Sayangi Selangor tolak BN (24/4/13) Posted: 23 Apr 2013 08:17 PM PDT Semalam saya turun membantu sahabat-sahabat dari PAS Puchong dan dijemput memberikan ceramah bersama calun PAS N.29 Seri Serdang Puan Noor Hanim Ismail. Walaupun hujan baru sahaja berhenti ternyata kehadiran masyarakat berbilang kaum di sekitar Bandar Kinrara 5 semalam tidak menghampakan. Calon PAS disini bertembung dengan calon Umno/BN. Dalam PRU ke 12 lalu calon BN ketiak itu Satim Diman menang dengan majoriti paling tipis di Selangor iaitu 45 undi mengalahkan calon PAS. Apabila diberikan taklimat oleh pimpinan di sana, saya yakin kali ini insyallah berkat kerja kuat semua pihak dalam PR serta istiqomah sahabat-sahabat tidak mustahil calon PAS boleh menang selesa. Salah satu faktor dari pengamatan saya,sesungguhnya kerusi ini sudah tidak lagi merupakan kerusi Umno. Mengapa? Kerana berdasarkan angka-angka terbaru bilangan pengundi Melayu di kawasan ini telah menurun iaitu dari 52.1 % pada PRU ke 12 telah turun 6 % tinggal hanya 46.1 %, Manakala pengundi Cina dan India dari 47.6% telah meningkat 5 % ke 52.6 %. Umno secara tradisinya tidak bertanding di kerusi yang kurang dari 50 % majoriti Melayu. Atas hakikat ini dan atas jangkaan kuatnya lonjakkan pengundi bukan Melayu selain pengundi "urban" Melayu ke arah PR kali ini, tidak mustahil calon PAS akan menamatkan riwayat Umno do Seri Serdang. Faktor di atas adalah diyakini walaupun DUN berkenaan turut melihat pertambahan pengundi baru yang sangat besar jumlahnya iaitu seramai 23,088 pengundi ataupun lebih 45% dari 49, 757 pengundi pada PRU ke 12 lalu ke 72,845 pengundi kali ini. Ternyata pertambahan pengundi berkenaan lebih melihatkan lonjakkan pertambahan dikalangan pengundi bukan Melayu berbanding Melayu. Apapun kelihatan ramai yang berpuas hati dengan calon PAS, dan dengan komitmen yang tinggi dari pimpinan PAS Kawasan serta rakan-rakan dari PR, "Sayangi Selangor tolaklah BN" akan menjadi nyata di Seri Serdang kali ini. (Selain itu calon Parlimen PR Iaitu Sdr Gobind Sing Deo dari DAP bagi kerusi P.103 Puchong dan calon N.30 Kinrara, kawan saya, Ng Sze Han, juga dari DAP (yang menggantikan Teresa Kok) dijangka menang selesa) "Puchong: Sayangi Selangor tolak BN" |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan