Roslan SMS Corner |
DAP kalahkan BN 15-0 di Selangor (17/4/13) Posted: 16 Apr 2013 08:26 PM PDT Semalam posting saya bertajuk "Calon-calon BN Umno sekali imbas" meramalkan yang PR akan kekal berkuasa di Negeri Selangor PRU ke 13 ini. Hari ini dilaporkan pula 5 calon BN Selangor termasuk seorang dari Umno dikesean memiliki ijazah "beli"! http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/five-bn-selangor-candidates-alleged-to-have-fake-degrees/ Salah satu parti yang akan memberikan sumbangan terbesar kepada pengekalan kuasa PR di Selangor PRU ke 13 ini pada pandangan saya adalah DAP. DAP saya yakin dapat mempertingkatkan prestasinya berbanding PRU ke 12 lalu. Pada PRU ke 12 lalu DAP Selangor bertanding di 15 kerusi yang peratusan pengundi Melayu nya di bawah 45% . Ia menang 13 kerusi dan kalah dua iaitu di N6 Kuala Kubu Baru (tewas pada BN-Mca dengan majority 448 undi) dan N56 Sg Pelek (tewas pada BN-Mca dengan majoriti 1572 undi). Daripada 13 kerusi yang ia menang majoriti paling besar adalah 15,355 undi di N36 Damansara Utama (82.9% Cina), N31 Subang Jaya 13, 851 (56.4% Cina) dan N22 Teratai 8,085 (55.3% Cina). Kemenangan paling kecilnya di N4 Sekinchan apabila calon Ng Sue Lim berjaya mempertahankan kerusinya itu dengan majority 190 undi (56.1% Cina). Menggunakan formula "Gelang Patah" dimana DAP yakin Lim Kit Siang boleh menang kerusi berkenaan dengan majoriti tipis memperolehi 80% undi Cina, 40% India dan 15 % Melayu di kawasan yang pengundi Cina nya 54% saya optimis DAP Selangor kali ini akan menang di semua kerusi yang diperatndingkannya iaitu mengalahkan BN 15-0. Satu faktor kritikal di Selangor adalah kehadiran pengundi-pengundi India yang agak besar dan rata-rata condong kepada pembangakang PRU12 lalu. Sekiranya DAP mampu memungut 80% undi Cina (ada jangkaan mengatakan di Selangor angkanya kini mencecah 90%!) di semua 15 kerusi yang ditandinginya di Selangor, 40% India (turun dari lebih 50% dahulu) dan 15% Melayu (angka yang konservatif dari Gelang Patah, di Selangor saya melihat pengundi Melayu tidak "phobic" untuk memangkah "roket") tidak mustahil kemenangan 15-0 itu akan dapat dicapai. Tinggal lagi PKR dan PAS sahaja membuktikan kekuatan mereka. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan