Ahad, 7 April 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Mahu pilih siapa - Najib, Anwar atau Hadi?

Posted: 07 Apr 2013 08:08 PM PDT

Perdana menteri melontarkan tiga nama, termasuk beliau sendiri, untuk dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Tiga nama ini sebetulnya subteks jujur sebagai perlambangan tiga tokoh parti Melayu (walau PKR lebih pelbagai kaum) yang berupaya merebut Putrajaya.

Lim Kit Siang, Karpal Singh atau Lim Guan Eng tidak tersenarai kerana dalam paradigma politik negara ini, khususnya dari kaca mata Umno, pemimpin bukan Melayu tidak layak dipilih menerajui Malaysia.

Najib Abdul Razak melontarkan tiga nama ini sewaktu berceramah ketika melancarkan manifesto BN hujung minggu lalu.

Selain bimbang asakan Pakatan Rakyat, beliau juga kelihatannya risau tahap sokongan dari dalam parti BN sendiri.

Maka rayuannya itu turut meraih simpati terhadapnya (baca: calon boleh menang pilihannya) daripada penyokong BN sendiri -- membayangkan rasa tergugat dengan strategi terbarunya itu, "winnable candidates".
Read More / Baca Lagi >>

1,000 more gunmen for Sulu rebels in Sabah, says MNLF

Posted: 07 Apr 2013 08:06 PM PDT


Handout file photo of Malaysian soldiers patrolling Sungai Nyamuk, a village adjacent to Kampung Tanduo where troops stormed the camp of the armed Filipino group, in Lahad Datu, Sabah on March 12, 2013. — Reuters picKUALA LUMPUR, April 8 — An extra 1,000 gunmen from the southern Philippines have broken through the sea blockade into Sabah to add muscle to Sulu rebel leader Agbimuddin Kiram's fight against Malaysian security forces, The Philippine Star reported today.
A representative from the Moro National Liberation Front (MNLF), Emmanuel Fontanilla, told the daily the fighters had been readying for battle since the onset of the conflict and managed to slip past the Philippine and Malaysian navies by moving in small groups.
"As per information, the armed men arrived in small batches," he was quoted as saying.
The paper said it was unknown if the latest group had joined in fresh clashes in Lahad Datu last week, when an earlier band of 100 Filipinos landed on Sabah's east coast to reinforce the so-called Sulu sultanate in its renewed bid to reclaim the state.
The elusive Agbimuddin, who believes himself to be the heir of a defunct sultanate, has been waging a guerilla battle against Malaysian security forces since arriving in Sabah on February 9 to stake his clan's 17th-century ownership of the north Borneo state.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Menilai 5 tahun kepimpinan Ahmad Said

Posted: 07 Apr 2013 08:03 PM PDT

Suasana politik di negeri Terengganu kembali menjadi 'panas' dengan pelbagai spekulasi tentang calon dan parti yang akan memacu kepimpinan negeri selepas pilihanraya umum (PRU) akan datang ini. Datuk Seri Ahmad Said telah awal-awal lagi menolak spekulasi dan khabar angin kencang bahawa beliau tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU13 ini.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, berkata; "Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh (letak) nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM…".

Namun cakap-cakap politik kebanyakan rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said akan digugurkan pada PRU ke 13 ini terus bertiup kencang. Mantan Adun Kijal itu telah diberikan mandat untuk memimpin kerajaan negeri sejak lima tahun lalu setelah berlakunya krisis kepimpinan Umno dengan pihak istana bagi melantik menteri besar. Beliau dianggap sebagai mantan menteri besar paling 'kontroversi' dalam sejarah Malaysia kerana perlantikan jawatan MB ini.

Rakyat Terengganu kini boleh menilai sendiri 5 tahun pentadbiran Terengganu di bawah kepimpinan beliau. Ramai yang menimbulkan persoalan, apakah beliau akan terus diberikan lagi kepercayaan mentadbir Ganu Kite sekiranya Umno/BN dapat memenangi majoriti kerusi DUN? Bagaimanakah bentuk 'report card' beliau sepanjang 5 tahun menjadi MB ini? Adakah beliau patut diberikan markah 'cemerlang', 'lulus', atau 'gagal' untuk pretasi sepanjang pentadbiran beliau ini?  Mari kita amati fakta-fakta di bawah;

1. Negeri Terengganu sepanjang 5 tahun di bawah pentadbiran Ahmad Said, telah melaksanakan 'perbelanjaan amat luar biasa'. Bajet kerajaan negeri telah mencecah hampir RM10 billion dengan defisit tahunan hampir RM200 juta setiap tahun. Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi berbanding seluruh negeri di Semananjung Malaysia dengan perbelanjaan lebih RM2 bilion setiap tahun. Perbelanjaan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Persoalannya, apakah ini telah memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata masih terpaksa bergelut dengan kehidupan harian yang amat mencabar?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Mahathir pura2 pertahan Melayu untuk kekal kekayaan anak beranak

Posted: 07 Apr 2013 08:01 PM PDT

SONY DSCMERBOK 8 APRIL: Rakyat diingatkan supaya tidak terpedaya gimik politik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang pilihan raya kononnya mahu mempertahan hak Melayu.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan lucu Mahathir itu bagi mengalih isu sebenar pendedahan kekayaan melampau dia dan anaknya.
"Percayalah…bangkitnya Mahathir menjelang pilihan raya bukan mahu perjuangkan hak Melayu, tetapi untuk mempertahankan kedudukan anaknya dalam politik dan juga kekayaan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Harapan Rakyat di Padang Awam, Bandar Laguna Merbok, Kedah, malam tadi.
Saifuddin berkata, Mahathir cemas jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewengan dan kekayaan keluarganya akan didedah.
"Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan beliau dan anaknya menjadi agenda utama yang akan dibongkar.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Nurin Aina diumum calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok

Posted: 07 Apr 2013 07:57 PM PDT

merboKEDAH 8 APRIL: Jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina malam tadi diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok bagi mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12.
Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok kira-kira jam 11 malam.
Berusia 38 tahun, beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

CERAMAH : ANWAR DI JMR PERLIS

Posted: 07 Apr 2013 07:51 PM PDT

GE13 : Change But Not To A 'cloned Umno'

Posted: 07 Apr 2013 07:43 PM PDT

PRU13 : Sabah Avatar

Posted: 07 Apr 2013 10:24 AM PDT


PRU13 : Sebab apa perlu turun undi Pakatan

Posted: 07 Apr 2013 10:19 AM PDT


Update PRU13: Royalti Minyak Kelantan & Laksamana Dedah Korupsi BN

Posted: 07 Apr 2013 10:16 AM PDT

<我们相信 We Believe> (A song for GE13)

Posted: 07 Apr 2013 10:14 AM PDT


PRU13 : Menjelang Pilihanraya !!!

Posted: 07 Apr 2013 10:07 AM PDT


PRU13 : Penerangan Konsep Tahaluf Siyasi

Posted: 07 Apr 2013 09:49 AM PDT

PRU13 : Mengapa Solat Orang Umno Dan Pas Tak Dapat Pahala?

Posted: 07 Apr 2013 09:34 AM PDT



PRU13 : Wanita Pakatan tawar RM1,000 untuk jaga anak

Posted: 07 Apr 2013 09:30 AM PDT

PRU13 : Anwar Ibrahim Di Kuala Perlis

Posted: 07 Apr 2013 09:28 AM PDT

PRU13 : Kenapa Berpolitik?

Posted: 07 Apr 2013 09:26 AM PDT

Kerajaan Sementara : Huduhnya kelaku UMNO BN apabila sendiri buat Undang-Undang sendiri langgar....

Posted: 07 Apr 2013 09:23 AM PDT

UMNO sembang bukan main sedap KERAJAAN SEMENTARA tapi haram tak mau ikut dan patuh.. buat macam harta mak bapak mereka sahaja....

Ketahui Fungsi Kerajaan Sementara

Read More / Baca Lagi >>

Bongkar : Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba - Projek Kumpulan Tegar PRO UMNO...!!!

Posted: 07 Apr 2013 09:22 AM PDT

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran
  1. Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
  2. Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
  3. Abdul Rahman Karimun
  4. Raja Arif Kamaruddin
  5. Osman Abdul Majid
  6. Rahiman Salleh
  7. Majid Hj Daud
  8. Syed Abul Hussin Syed Kismas
  9. Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi
  • Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
  • Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
  • Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Anwar Ibrahim di Kg Jeram Kubang Pasu 07/04/2013

Posted: 07 Apr 2013 08:41 AM PDT

PRU13 : 100,000 naskah manifesto ciplak oleh BN diedar di Melaka bermula esok

Posted: 07 Apr 2013 08:26 AM PDT



Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata manifesto tersebut akan diedarkan di semua 28 bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh enam kawasan parlimen di negeri ini.

"Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengetengahkan satu manifesto yang bernas dan berkualiti memenuhi segenap keperluan rakyat jelata selaras dengan dasar 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

"Jelas bahawa manifesto yang dilancarkan semalam adalah janji yang mampu ditunaikan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Pengguna anjuran Persatuan Kebajikan Pengguna Melaka di sini hari ini.

Katanya manifesto BN yang merangkumi 17 aku janji BN itu mampu melonjakkan lagi negara sebagai sebuah negara maju  dan berpendapatan tinggi kerana ia menitikberatkan semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, keagaaman dan sosial.

Read More / Baca Lagi >>

Cicak Dan Rosmah....

Posted: 07 Apr 2013 08:24 AM PDT

Kenapa gua gunakan tajuk 'Cicak dan Rosmah', kenapa tidak 'Cincin belian dan Rosmah' atau 'Gelang Permata dan Rosmah' atau 'Beg berjenama dan Rosmah' kerana jika diikutkan banyak lagi isu yang berkait rapat dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib mantan Perdana Menteri Malaysia. Gua sebenarnya tidak memusuhinya walau pun gua tahu apa yang beliau lakukan semasa beliau masih lagi bergelar isteri orang. Sebelum beliau berkahwin dengan anak Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, yang mengikut khabar-khabar angin ia melibatkan wang yang banyak untuk tebus talak.
Apa yang gua marahkan kerana beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan beliau hanyalah isteri kepada mantan Perdana Menteri atau lebih tepat sebagai suri rumah sepenuh masa untuk suaminya telah menyalah gunakan kedudukannya dengan mengelarkan dirinya sebagai 'First Lady Of Malaysia (FLOM). Sedangkan gelaran itu secara mutlak adalah dimiliki isteri ketua negara iaitu Raja Permaisuri Agong
Bukan sekadar merampas gelaran, malah beliau menyalah guna kedudukannya sebagai isteri mantan PM dengan menubuhkan satu seksyen 'FLOM' di Putrajaya yang terletaknya pejabat Perdana Menteri. Didalam pejabatnya yang tertera tulisan FLOM, beliau mempunyai pengarah, setiausaha, pegawai tadbir urus, kerana sebagaimana terdapat didalam kementerian-kementerian yang berada di Putrajaya. Begitu hebatnya kuasa yang dimiliki oleh manusia yang bernama Rosmah Mansor.
Jika kita melihat kepada susunan keutamaan persekutuan, YDP Agong menduduki tempat pertama dan diikuti Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri ke 6, TPM ke 7, Speaker Dewan Negara ke 12, Speaker Dewan Rakyat ke 13, Peguam Negara ke 18, Ketua Pembangkang ke 28 mengatasi Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang menduduki tangga ke 29. Di mana pula kedudukan Rosmah Mansor dalam senarai ini, jawapan tiada langsung tetapi kuasa beliau mengalah kuasa yang dimiliki Najib yang berstatus PM Malaysia (mantan).
Kenapa beliau begitu berkuasa dan pihak berwajib bukan tak tahu skandal-skandal beliau yang terlalu banyak tetapi mereka tetap takut untuk mengheret Rosmah Mansor untuk siasatan. Jalan terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui semua skandal beliau dan para pemimpin tertinggi Umno/BN ialah dengan memberi undi anda kepada Pakatan Rakyat. Dengan cara itu sahajalah kita dapat mengetahui salah laku, salah guna, rasuah mahu pun pembunuhan jika ada. Kita akan disajikan sikap dan sifat sebenar Imelda Rosmah Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : 8 Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan Tinggi

Posted: 07 Apr 2013 08:14 AM PDT

8 Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan TinggiPenubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal. Universiti-universiti terawal dalam sejarah dunia seperti Al-Azhar, Bologna, Oxford, Palencia, Cambridge dan University of Naples (universiti awam tertua dunia, 1224) telah dibina oleh tamadun-tamadun awal dunia berlandaskan satu tujuan; sebagai pusat penyelidikan, penyampaian ide, pendidikan dan pembelajaran, serta perkembangan ilmu pengetahuan melalui medium penulisan. Realitinya hal ini bercanggah sama sekali dengan tujuan penubuhan kebanyakan universiti hari ini yang kelihatan berubah menjadi institusi pengiktirafan, pengijazahan dan yang paling malang sekali, sebagai satu perniagaan bertunjangkan keuntungan.
Ibnu Khaldun, tokoh sejarawan, sosiologi dan ekonomi dalam makalah beliau Muqadimmah (Prolegomenon) telah mengemukakan hujah berikut: rakyat ialah wadah mencapai kedaulatan dan kekuatan sesebuah kerajaan. Kekuatan ini lahir daripada kemakmuran ekonomi yang dibina oleh pembangunan modal insan (pendidikan). Kemajuan ini hanya boleh terhasil melalui keadilan dan keterangkuman untuk semua. Aristotle turut mencadangkan bahawa "Pendidikan itu seharusnya bersifat tunggal dan sama rata untuk semua."
Read More / Baca Lagi >>

PRU13 : Wanita Pakatan ragui keikhlasan dalam manifesto BN

Posted: 07 Apr 2013 08:11 AM PDT

Wanita Pakatan Rakyat meragui keikhlasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenuhi janji dalam manifesto BN termasuk menubuhkan pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Seorang pemimpin dalam Wanita Pakatan Teo Nie Ching berkata kerajaan malah masih belum memenuhi tuntutannya untuk menubuhkan pusat asuhan anak di bangunan parlimen – khusus bagi kakitangan dan ahli parlimen.

pakatan wanita manifesto 070413 01"Tetapi selepas setengah tahun, kita tengok di parlimen masih tidak ada fasiliti ini. Sekarang Datuk Seri Najib cakap nak tubuh 1Care Centre di seluruh Malaysia.

"Saya nak tanya berapa ikhlas beliau nak buat tawaran ini. Saya dan (penyandang kerusi) parlimen Lembah Pantai, pernah membuat cadangan ini, tapi tidak diberi kepentingan," kata setiausaha Wanita DAP itu dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Najib juga mensasarkan untuk mencapai kadar guna tenaga wanita mencecah sehingga 55 peratus pada 2015 berbanding 46 peratus pada tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Papagomo VS Anwar Ibrahim Pilihanraya PRU13 : Agenda Ekonomi Rakyat VS Video Salah Laku Seks & Liwat?

Posted: 07 Apr 2013 08:07 AM PDT

Papagomo
Papagomo VS Anwar Ibrahim : Nampaknya apa yang dipanggil perjuangan oleh blogger Papagomo sendri tidak pernah padam walaupun ketika ini Papagomo berhadapan dengan dua tuntutan saman yang bernilai puluhan dan ratusan juta masing-masing daripada Anwar Ibrahim sendiri dan juga Husam Musa.
Perjuangannya selama ini untuk menyerang dan melemahkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuklah sasaran utamanya Anwar Ibrahim tidak hanya berhenti setakat……penyebaran beberapa siri video melibatkan Anwar Ibrahim sahaja yang didedahkannya sebelum ini.
Ini kerana yang menariknya kali ini, blogger Papagomo yang gah di laman blognya sehingga seringkali mendapat perhatian dan ruang menerusi hasil tulisannya di Buletin Utama TV3 dan Utusan Malaysia untuk dijadikan sumber rujukan berita mereka, Papagomo sendiri mengumumkan yang beliau akan bertanding menentang pimpinan NO.1 Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim di kubu kuat Ketua Pembangkang Malaysia itu dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini.

Papagomo VS Anwar Ibrahim : PRU 13 Medan Kuburkan Anwar?

blogger papagomo

Papagomo VS Anwar Ibrahim : Kalah Sudah Pasti, Tapi Biar Anwar Senak!

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: