RAKYAT MARHAEN |
- GE13: A call for national prayer as Umno-BN pushes nation towards a repeat of May 13, 1969
- PRU13: Wawasan untuk Rakyat.
- PRU13; SAPP TIDAK AKAN KEMBALI KE PANGKUAN BN
- PRU13: SMS lucah, Fuziah buat laporan polis
- PRU13: Kongsi coretan rasa seorang rakyat mengenai Tuan Guru Nik Aziz
- Ustaz Muhammad Ibrahm serenades Kelana Jaya
- Ustaz Azhar Idrus: Fitnah !
- Dato Husam Musa: Calon PAS P124 Putrajaya
- Anwar Ibrahim: People Have Decided To Stand Up For Their Right & Defeat Barisan Nasional Govt
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Bangsa !
- PRU13: Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan!
- PRU13: Menjawab Tuduhan Dan Mitos Umno-BN
- PRU13: Pengundi Dinasihat Undi Awal Bagi Elak Penipuan
- PRU13: Tiada Suami-Isteri Penjawat Awam Terpisah Jauh Di Bawah PR
- PRU13: Fitnah DAP tanpa bukti, tindakan terdesak BN
- PRU13: Ubah, ubah & ubah lagi
- Mantan MB Selangor : ‘Kepada Ahli Umno…Bertaubatlah…’
- GE13: ‘Orang Asli won’t vote for BN’
- PRU13: Fuziah terima SMS ugutan seksual
- PRU13: Calon Bebas pro-Umno akan sokong Pakatan
- PRU13: Najib, Muhyiddin bohongi rakyat, gadai janji
- PRU13: Rakyat Bangkit Pamer Sokongan Kepada PR
- PRU13: PAS diserang dengan banner fitnah
- Husam Musa: Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen
- PRU13: Calon PKR cabar Umno buktikan fitnah pencabulan
GE13: A call for national prayer as Umno-BN pushes nation towards a repeat of May 13, 1969 Posted: 27 Apr 2013 07:18 PM PDT The foregone conclusion on the lips of all thinking and feeling rakyat is that GE-13 is going to be the most fiercely fought battle in the Parliamentary history of Malaysian politics since the times of its independence. Read More / Baca Lagi >>But what is even more disturbing – unprecedented if you may, is the fact that the post-GE-13 outcome or eventuality is also beginning to grip the citizens with deep seated concerns and fears. Already, some high-ranking Concerned Citizens' Group has penned the very fears in an Open Letter recently. And all of their expressed concerns are not farfetched going by overdose of threats, warnings, the bitter exchanges and gutter politicking we have to put up with so far. Do we commoners want the country to plunge into darkness simply because of the outcome of the GE-13? It is certainly not, for all right thinking and patriotic citizens. But the politicians do not seem to think along similar wavelengths, do they? It is clear as daylight that BN is not prepared to accept the realities of the day that its popularity is sinking; that the kind of support that it enjoyed in the past decades is not anymore the same today coupled with the highest number of breakaway top contenders standing as independents. Meanwhile, the opposition pact is cognizant of its growing support – seen by the migration of BN's Who's Who in recent weeks, as well as the ever growing numbers cheering them onwards at the ceremahs with the rakyat's willingness to dip into their pockets and help cover some of the costs of election campaigns. In the meantime, fire bombs and explosives as well as burning of vehicles and fist-fights are emerging, fueling ever more suspicions. BN making May 13-repeat become a reality |
Posted: 27 Apr 2013 07:15 PM PDT Tidak berapa hari lagi, rakyat akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan baru. matlamat semua rakyat ialah menempatkan pimpinan negara yang akan menubuhkan sebuah kerajaan yang baik. Kerajaan yang baik diperlukan untuk memberi keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan kepada rakyat. Apa yang pakatan rakyat tawarkan? Macam mana 3 buah parti pembangkan yang terbesar boleh bersatu padu sebagai rakan kongsi yang sama taraf? BN adalah gabungan berbelas parti politik dengan hegemony UMNO. Janganlah rakyat hairan melihat permuafakatan dan kerjasama yang terjalin antara DAP, PAS dan PKR. Asas permuafakatan amat mudah yakni- kesemua pati Pakatan Rakyat komited kepada menegakkan keadilan dan sebuah kerajaan yang bagus dan amanah. Tunjang pentadbiran kita adalah tata kelola , pengurusan yang telus dan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13; SAPP TIDAK AKAN KEMBALI KE PANGKUAN BN Posted: 27 Apr 2013 06:50 PM PDT KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck lee mengulangi pendirian bahawa beliau dan parti itu tidak akan kembali ke pangkuan Barisan Nasional tanpa mengira apakah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Yong berkata, beliau tidak mahu mengkhianati kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh rakyat kepadanya selama ini. Beliau mengulas dakwaan dua bekas pemimpin SAPP, Ketua DAP Sabah Jimmy Wong dan Hiew King Cheu bahawa beliau menerima sebahagian dari RM80 juta daripada Datuk Seri Musa Aman yang diagihkan kepada parti-parti pembangkang untuk memecah belah undi pengundi. Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, beliau menggesa rakyat untuk memeriksa dan bijak menilai tuduhan seumpama itu yang beliau sifatkan seolah-olah mensabotaj kepercayaan rakyat kepadanya. |
PRU13: SMS lucah, Fuziah buat laporan polis Posted: 27 Apr 2013 06:48 PM PDT Beliau yang juga calon PKR di Parlimen Kuantan, mengakui mengalami trauma apabila kerap menerima SMS daripada individu yang didakwanya seorang wartawan sebuah stesen televisyen. Menurutnya, beliau mula mendapat SMS lucah tersebut sejak Jun 2012, namun kebelakangan ini gangguan itu semakin menjadi-jadi sehingga menimbulkan kebimbangan. "Saya menerima empat SMS daripada nombor telefon yang sama, manakala satu SMS daripada nombor berbeza dan yang terbaru, awal pagi semalam. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Kongsi coretan rasa seorang rakyat mengenai Tuan Guru Nik Aziz Posted: 27 Apr 2013 05:49 PM PDT Saya tak pernah tengok Tuan Guru Nik Aziz 'live', so bila tau dia turun Putrajaya hari ni, pergi susahkan diri beramai2 ke Masjid Besi. mula2 ingatkan oh TGNA bagi khutbah kot? pastu pikir balik, eh takkan la pulak. mane nak lepas kan. so takpela, masa sampai tu dah penuh dengan orang, ada la nampak baju hijau probably one in 20 or 30 jemaah tu. ramai lah jugak. nampak jugak photographer chinese semua jenis ada duduk dekat dalam masjid. saya pun naik bhgn atas sebab sampai dah azan kedua. sampai2 je, terus sunat tahiyyatul masjid, duduk dekat situ (boleh nampak jemaah kat bawah dgn mimbar etc), dok teropong teropong jugak mana TGNA ni. cari serban putih dia (sebab dia mesti pakai serban putih kan), dok langut langut, tak jumpa. pastu dengar khatib baca khutbah, pasal kepimpinan and demokrasi etc, masa halfway khutbah 1st tu, tiba2 khatib jadi sebak bila sentuh bab perpaduan umat Islam, kesejahteraan rakyat dan negara. anyway, bila dia start sebak, dia continue lagi tapi terberhenti sebab dia menangis sekejap (sambil cover2 la jugak), amik nafas, dia sambung semula. dia jadi sebak mungkin dia realize he was forced to read, or tak pun saya kira kira mungkin sebab dia terjeling TGNA kot, and probably te'rasa' dengan presence TGNA, and feel ada yg lebih layak berada kat tempat dia delivering the khutbah, I dunno really. but since then, dia terus sambung khutbah 1st tu dengan keadaan sebak, dan bila dia recite ayat dari ali Imran, Read More / Baca Lagi >> |
Ustaz Muhammad Ibrahm serenades Kelana Jaya Posted: 27 Apr 2013 05:35 PM PDT |
Posted: 27 Apr 2013 05:33 PM PDT |
Dato Husam Musa: Calon PAS P124 Putrajaya Posted: 27 Apr 2013 05:31 PM PDT |
Anwar Ibrahim: People Have Decided To Stand Up For Their Right & Defeat Barisan Nasional Govt Posted: 27 Apr 2013 05:31 PM PDT |
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Bangsa ! Posted: 27 Apr 2013 05:30 PM PDT |
PRU13: Zahid Hamidi Dan Hishamuddin, Dua Menteri Yang Wajib Ditumbangkan! Posted: 27 Apr 2013 05:10 PM PDT Oleh Shahbudin Husin Jika sekarang ini rakyat hanya memikirkan untuk menumbangkan BN dan mengakhiri era pemerintahannya yang sudah menjangkau usia 56 tahun, sebenarnya terdapat juga beberapa menteri yang seharusnya ditunjukkan jalan keluar yang keluar yang sama seperti yang mahu dilakukan kepada BN itu. Sehingga ini sekurang-kurangnya dua menteri yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan manfaat politik di sebalik keselamatan dan kedaulatan negara serta kehilangan nyawa orang lain iaitu, Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan dan Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, dilihat wajar diberi pengajaran oleh pengundi di kawasan masing-masing dalam pilihanraya ini. Sebagai rakyat dan pembayar cukai, ramai yang kecewa dengan kenyataan mereka sehari dua ini yang seolah-olah tidak dapat membezakan tugas antara pemimpin politik dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap kedaulatan serta keselamatan negara serta rakyat seluruhnya. Dan cara terbaik untuk mengelakkan mereka ini tiada lagi di persada politik negara ialah dengan pengundi Bagan Datoh dan Semberong menolak mereka dalam pilihanraya ini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Menjawab Tuduhan Dan Mitos Umno-BN Posted: 27 Apr 2013 05:09 PM PDT 1 .Mitos Umno-BN: Jika Pakatan Rakyat menang PRU13, DAP akan menguasai Malaysia dan Perdana Menteri yang dil antik nanti ialah Cina DAP. 2.Fakta sebenar: DAP hanya bertanding di kerusi majoriti pengundi Cina iaitu 51 daripada 222 kerusi Parlimen. 3.Untuk menang majoriti kerusi, DAP mesti kuasai 122 kerusi Parlimen. 4.Jika jumlah kerusi DAP + Kerusi bukan Islam lain + Kerusi Bumiputera Sabah/ Sarawak = 93 kerusi. 5.Jumlah itu belum cukup untuk membentuk kerajaan iaitu sebanyak 122 kerusi Parlimen. 6.Jadi, mustahil DAP akan memerintah Malaysia! |
PRU13: Pengundi Dinasihat Undi Awal Bagi Elak Penipuan Posted: 27 Apr 2013 05:06 PM PDT KLANG 27APRIL : Penyandang DUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menasihati pengundi supaya turun mengundi lebih awal pada 5 Mei ini bagi mengatasi masalah penipuan yang didakwa berlaku setiap kali pilihan raya. Beliau mendakwa, kes penipuan seperti peningkatan jumlah pengundi hantu di sesebuah kawasan tidak mustahil berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Mereka akan cuba tipu pada 5 Mei ini, anda kena keluar undi lebih awal. Saya hendak bagi contoh, dulu orang keluar mengundi hanya 75 peratus saja sekarang sudah tentu meningkat lebih 80 peratus. "Saya harap kali ini jumlah yang keluar mengundi boleh meningkat untuk mengatasi masalah penipuan ini kerana saya percaya kes ini akan naik jika tidak ditangani," katanya di hadapan lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam Ceramah Umum Jelajah Trailer Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Taman Sri Muda, di sini. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Tiada Suami-Isteri Penjawat Awam Terpisah Jauh Di Bawah PR Posted: 27 Apr 2013 05:00 PM PDT PUTRAJAYA 27 APRIL : Pakatan Rakyat(PR) akan melaksanakan konsep Al Mawaddah, iaitu pertukaran penempatan kakitangan kerajaan khususnya di kalangan guru-guru, sekiranya menerima mandat rakyat menerajui Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, tidak ada lagi suami isteri penjawat awam yang terpaksa berpisah jauh, yang merencatkan pembinaan keluarga mereka. "Kita akan satukan suami isteri di bawah konsep Mawaddah iaitu mendekatkan antara satu sama lain. "Kalau Datuk Seri Najib mahu tidur dengan Datin Seri Rosmah, mengapa pula rakyat jelata tidak diberi pilihan untuk bersama ahli keluarga mereka di bawah satu bumbung dengan penempatan kerja yang dekat antara satu sama lain," ucapnya di hadapan lebih 10, 000 hadirin dalam satu ceramah malam tadi. Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Musyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Fitnah DAP tanpa bukti, tindakan terdesak BN Posted: 27 Apr 2013 04:40 PM PDT TANJUNG PIAI, 27 APR: Risalah fitnah terhadap DAP yang bertujuan memburukkan parti itu adalah tindakan terdesak pihak yang hanya bersandarkan taktik kotor untuk menakutkan pengundi. Calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim berkata, sambil melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu yang antara lain turut menuduh DAP sebuah parti perkauman yang cuba menghapuskan hak orang Melayu dan memusuhi agama Islam. "Perkara sensitif yang cuba dibangkitkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap DAP sebagai parti yang cuba memusuhi agama Islam dan orang Melayu," ujar beliau yang juga Koordinator Roketkini.com Menurut beliau, tuduhan yang dibuat tanpa mengemukakan bukti itu adalah membelakangi prinsip perjuangan DAP yang ingin mewujudkan masyarakat berbilang bangsa dan agama yang hidup harmoni. |
Posted: 27 Apr 2013 04:39 PM PDT Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin Saya suka dengan perkataan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz kepada 'setiausaha politiknya' Rajak bin Haiwah. Kata 'Umar bin 'Abdul 'Aziz: "Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya." (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam). Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Read More / Baca Lagi >>Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal. Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak. |
Mantan MB Selangor : ‘Kepada Ahli Umno…Bertaubatlah…’ Posted: 27 Apr 2013 04:36 PM PDT KUALA SELANGOR 27 APRIL : Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib menyeru ahli-ahli Umno untuk 'kembali ke pangkal jalan' yang sebenar dengan meninggalkan parti itu yang sarat dengan pelbagai kerosakan. Ujarnya, pimpinan Umno-BN yang mempermainkan pelaksanaan hukum hudud disifatkan beliau sebagai seorang yang angkuh dan tidak wajar diikuti oleh rakyat di negara ini. Sifat angkuh itu berlaku kerana Umno-BN sudah memerintah dalam tempoh yang lama sehingga berlaku banyak penyelewengan dan kezaliman. "Bagaimana kita hendak mengikuti mereka, jika imam saya sudah tidak betul maka saya perlu memisahkan dengan mereka ," ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Taib sambil diikuti dengan laungan takbir daripada hadirin. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya 'PAS Pilihan Saya' yang diadakan di Padang Bolasepak Bukit Kuching Hilir Jeram di sini yang dihadiri kira-kira 3,000 orang. Turut hadir dalam program ceramah itu, Calon Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Calon DUN Jeram, Rashid Kassim. Read More / Baca Lagi >> |
GE13: ‘Orang Asli won’t vote for BN’ Posted: 27 Apr 2013 04:30 PM PDT Orang Asli have always backed the ruling Barisan Nasional, but an Orang Asli leader claims it will be different this time around. PETALING JAYA: There is a change in the mindset of Orang Asli and this time they are unlikely to go for Barisan Nasional, according to Safie Dris, the head of the Kampung Panderas commercial plantation committee in Pahang.Safie, an Orang Asli himself, claimed that the 180,000 Orang Asli population in Malaysia had changed their mindset towards the ruling coalition as they have not seen any improvement to their livelihood by voting BN for the last 55 years. "The Orang Asli are not like before and the mood is for Pakatan Rakyat (the opposition coalition made up of PAS, PKR and DAP). "There will be huge changes amongst the Orang Asli voters in the coming GE as their mindset has changed and they are looking forward for something new," he said. |
PRU13: Fuziah terima SMS ugutan seksual Posted: 27 Apr 2013 04:29 PM PDT Naib Presiden PKR itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara 'buruk' mengenainya. KUANTAN: Calon PKR Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini. Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden PKR itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara 'buruk' mengenainya. Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya. "Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli. |
PRU13: Calon Bebas pro-Umno akan sokong Pakatan Posted: 27 Apr 2013 04:20 PM PDT Oleh NYZA AYOB KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada 61 calon Bebas dan pemimpin Umno yang tidak dinamakan sebagai calon BN pada PRU13 kali ini, didakwa sedang melakukan perbincangan secara serius untuk menyokong calon-calon daripada Pakatan Rakyat di Parlimen dan Dun tempat masingmasing. Perkara ini didedahkan oleh anak negarawan Tun Ghafar Baba, Dato' Tamrin Tun Ghafar dalam sidang medianya bersama bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib di Pusat Media PRU13 PAS, Pejabat Agung, dekat sini, 23 April lalu. Tamrin yakin, hasil tindakan 61 ahli dan pemimpin Umno yang memilih untuk bertanding atas tiket bebas akan menyebabkan banyak kerusi Parlimen yang dijangka akan dimenangi BN akan kecundang. Beliau berkata, perbualannya dengan beberapa pemimpin senior Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak dicalonkan, tergambar kekecewaan rasa kecewa mereka dengan tindakan Najib Tun Razak yang meletakkan calon yang tidak mempunyai rekod bersih. Tamrin yang menyertai PAS pada 2012 lalu, mengingatkan ahli-ahli dan penyokong Umno terutama orang Melayu di luar bandar agar tidak terpengaruh dengan isu perkauman yang sering dimainkan pemimpin mereka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat agar mereka tidak beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Najib, Muhyiddin bohongi rakyat, gadai janji Posted: 27 Apr 2013 04:19 PM PDT Oleh AZIZ MUDA KUALA LUMPUR: Pemimpin BN, khususnya Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin didakwa berbohong, apabila mereka banyak mengeluarkan kenyataan dan janji yang tidak benar. TV3 pada jam 1.20 tengah hari 20 April lalu mengumumkan BN mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen PRU13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dun Senggarang, Johor. Berdasarkan berita itu, calon BN bagi kerusi berkenaan, Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon iaitu daripada PAS, Dr Ramli Kari ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan. Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Rakyat Bangkit Pamer Sokongan Kepada PR Posted: 27 Apr 2013 04:18 PM PDT |
PRU13: PAS diserang dengan banner fitnah Posted: 27 Apr 2013 04:00 PM PDT (Banner yang dipasnag untuk memfitnah PAS di kalangan orang Cina) KUALA LIPIS: Para Petugas PAS diminta siap siaga mulai sekarang hingga hari mengundi 5 Mei untuk memantau tindakan sabotaj parti lawan yang menaikan banner berunsur fitnah terhadap pakatan rakyat. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal berkata, pihaknya mengesan beberapa banner yang di pasang di kawasan parlimen Lipis, Raub dan kawasan-kawasan lain berunsur provokasi untuk menakut-nakutkan pengundi Cina supaya tidak mengundi PAS. Katanya banner berbahasa Cina itu mempunyai maksud berbau perkauman. Ia dipercayai di pasang oleh parti lawan. Pihak Pakatan Rakyat menarikan sekeras-kerasnya banner tersebut milik Pakatan. Berikut adalah kenyataan penuh Roslan Zainal. PAS Pahang mengajak seluruh rakyat Malaysia bekerjasama dan berganding bahu memastikan Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) berlangsung dengan aman dan demokratik. |
Husam Musa: Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen Posted: 27 Apr 2013 03:59 PM PDT PUTRAJAYA - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi tambahan lima kerusi Parlimen berbanding 118 yang dijangkakan sebelum ini, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Beliau berkata demikian apabila mendapat 'berita' berdasarkan pada perkembangan semasa menjelang hari pengundian 5 Mei. "Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka. "...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata beliau kepada 5,000 hadirin yang mendengar ceramahnya, di sini, malam tadi. Ceramah itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. |
PRU13: Calon PKR cabar Umno buktikan fitnah pencabulan Posted: 27 Apr 2013 03:57 PM PDT Fariz Musa mendedahkan bahawa Umno Pekan menaburkan fitnah terhadap dirinya. "Saya cabar Umno tunjukkan rekodkan polis dan buktikan kepada polis fitnah yang ditaburkan terhadap saya," kata Fariz yang juga ialah koordinator NGO pro-PKR, Jingga 13 ketika dihubungi. Menurut beliau, pihak lawan menabur fitnah bahawa dirinya seorang guru yang telah dipecat setelah mencabul seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Pekan. Tarikh kejadian dan nama sekolah tidak disebut. Sehubungan itu beliau menafikan tuduhan tersebut. "Saya tidak pernah mengajar di sini, cuma keluarga isteri berada di sini," kata Fariz yang pernah berkhidmat sebagai seorang guru dari tahun 1992 hingga 2008. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2005 bagaimanapun tidak membuat laporan polis kerana ketiadaan bukti. "Saya juga menjawab tohmahan ini dalam sesi ceramah," katanya lagi. Fariz berkhidmat di sebuah sekolah di Marang, Terengganu dari tahun 1992 hingga 1996 diikuti oleh Sekolah Kebangsaan Rusila hingga tahun 2000. Kemudian beliau berkhidmat di SJK(C) Jabor, Kemaman di Terengganu sejak tahun 2000 hingga 2003. Beliau meneruskan khidmatnya di SK Felda Palong 14 di Jempol, Negeri Sembilan sejak2003 hingga 2008. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan