Khamis, 11 April 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13: Jen (B) Abdul Hadi tanding di Perak, Ghafir pula jelajah kempen

Posted: 11 Apr 2013 09:57 PM PDT

KUCHING 12 APRIL: Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab diisytihar sebagai calon KEADILAN yang akan bertanding di Perak.
Ini diberitahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya, Kuching, malam tadi.
Pengumuman mengenai kawasan untuk Hadi bertanding akan dibuat Anwar pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Manjoi, Perak Isnin ini.
Ceramah malam tadi antara sebahagian jelajah Ghafir berkempen PRU 13 untuk Pakatan.
Ceramah malam tadi antara sebahagian jelajah Ghafir berkempen PRU 13 untuk Pakatan.
Beliau juga memaklumkan hasrat bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang tidak mahu bertanding tetapi berkempen untuk Pakatan Rakyat.
"Saya akan umumkan Jeneral Datuk Abdul Hadi untuk bertanding di Perak.
"(Sementara) Jeneral Datuk Ghafir beritahu beliau tak mahu bertanding, tetapi mahu membantu kempen Pakatan dan bergerak ke seluruh negara," kata Anwar mengesahkan perkara itu.

MACAI KANTOI : NIK AZIZ YAHUDI..!!! SAMSENG TAIK PENANG.....

Posted: 11 Apr 2013 09:03 PM PDT


PRU13: TAJUK KHUTBAH SOLAT JUMAAT JAKIM HARI INI, GUNA TEMA MANIFESTO BARISAN NASIONAL!

Posted: 11 Apr 2013 08:55 PM PDT


Khutbah Solat Jumaat JAKIM akan menggunakan  tema Manifesto Barisan Nasional...MENEPATI JANJI, MEMBAWA HARAPAN sebagai tajuk khutbah.

Begitu segali JAKIM diheret kekancah politik kotor Barisan Nasional.

Sekarang jelaslah UMNO/BN yang menggunakan agama sebagai alat politik dan premis masjid untuk jaja dan menjalankan propaganda politik murahan mereka.

PRU13: LIM KIT SIANG TURUN BERKEMPEN UNTUK MENANGKAN JEN (B) TAN SRI MD HASHIM HUSSEIN DI PARLIMEN P160 JOHOR BAHRU!!

Posted: 11 Apr 2013 08:53 PM PDT


Kesatuan dan kerjasama yang begitu erat, mesra dan jujur antara komponen Pakatan Rakyat sebeginilah  yang membuat para pemimpin UMNO rasa tidak selesa, panik, gundah gelana dan menggelupur.

Rakaman gambar diatas ialah satu program di Taman Pelangi Johor Bahru semalam 11hb April 2013 dimana Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah turun berkempen disatu ceramah anjuran DAP sendiri di Taman Pelangi, Johor Bahru untuk calon PKR/PR Parlimen P160 Johor Bahru, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein.

Kehadiran tidak kurang 1,500 orang.. Petandanya parlimen Johor Bahru bukan lagi kubu kuat UMNO/BN pada PRU 13 ini.

Membuktikan tindakan DSAI meletakan Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PR amatlah bertepatan sekali.

Rakyat Johor Bahru dilihat menggalu-galukan pemilihan beliau malahan begitu bersedia untuk memenangkannya sebagai Ahli Parlimen P160 Johor Bahru.

RAKYAT BANGKIT UMNO SAKIT....RAKYAT BIJAK UMNO DITOLAK.

PRU13: PSM disyarat guna lambang Pakatan elak tiga penjuru

Posted: 11 Apr 2013 08:50 PM PDT

SaifPETALING JAYA 12 APRIL: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution mencadangkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan mana-mana lambang dari tiga  parti Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
"Keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat mencadangkan calon-calon termasuk PSM (Parti Sosialis Malaysia) untuk guna mana-mana lambang dari parti Pakatan Rakyat.
"Pada 2008, PSM masih belum berdaftar. Ketika belum daftar, mereka guna lambang KEADILAN," katanya menjawab soalan pemberita.
Pendaftaran PSM diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2009, namun parti itu tidak menyertai Pakatan Rakyat.
Justeru, kata Saifuddin, PSM bebas menggunakan mana-mana lambang parti Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei depan memandangkan parti itu belum menganggotai gabungan parti tersebut.
Menurut Saifuddin, penggunaan lambang parti Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan secara bertulis kepada PSM, namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: NGO cetuskan pertembungan 3 penjuru di 8 Parlimen Pakatan Rakyat

Posted: 11 Apr 2013 08:48 PM PDT



 
Lapan Parlimen di kawasan campuran yang kebanyakannya dikuasai PKR dan DAP pada 2008 akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila sebuah NGO serpihan Jemaah Islah Malaysia (JIM) memutuskan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya 5 Mei ini.

Menggunakan logo Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (BERJASA), parti serpihan PAS pada 1977, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) semalam mengumumkan lapan calon Melayu berstatus "ustaz" bagi bersaing dengan calon bukan Islam daripada PKR, DAP, MCA dan MIC.

Pengerusi Biro Politik ISMA Aminuddin Yahaya mengumumkan, NGO itu akan bertanding di Parlimen Seremban, Subang, Selayang, Alor Setar, Padang Serai, Tapah, Kapar dan Wangsa Maju, Alor Setar dan Tapah.
Read More / Baca Lagi >>

GE13: For politicians, it’s only about power

Posted: 11 Apr 2013 08:40 PM PDT

The politicians forget that it is us, the rakyat, who decide on their fate. It is us who decide if we want them to govern us.
I read that a blogger (I am sorry but I cannot bring myself to utter or write his name!) is going to stand as an independent against Anwar Ibrahim in Permatang Pauh.
What does he think this 13th general election is going to be? His road to glory, fame and wealth?
Do wannabe politicians no longer measure their ability to succeed in the electorate that they intend to contest by their ability to serve the rakyat? By their ability to present themselves as candidates deserving of the rakyat votes? Are elections a joke now?
And why does he want to contest?
Not to better the people's lot! Not to serve his electorate! No! He wants "to expose more alleged sex videos during the campaigning period".
How insulting is this to the constituency that he will contest in? Does he think that they would prefer sex tapes to food on their table? Is that now what budding politicians should strive to do?
How do Barisan Nasional and Pakatan Rakyat choose their candidates? Winnability, they say. The electorate be dammed!
What matters is winning the election. And if this is the public façade that these politicians willingly allow us to see, imagine what they will do within the four walls of their political enclave in order to ensure that they do win.
Do you not worry at the things they will do, the intrigues they will indulge in and how "winning" will excuse any act, however foul as long as it will ensure "winning"? What madness is this?
How are we to choose our representative that we send to Parliament to represent us? How do these candidates translate "winnibility" into votes for themselves and for the party that closes all eyes to anything else but the getting of political power?
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Tee Keat sukar digugat, Rafizi intai peluang

Posted: 11 Apr 2013 08:37 PM PDT


rafizi ramli
KUALA LUMPUR - Parlimen Pandan adalah satu-satunya kerusi yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Meskipun dua Dun di bawah Parlimen tersebut berjaya dimenangi PR iaitu Dun Cempaka dan Dun Teratai, kerusi Parlimen Pandan masih kekal di bawah penguasaan Barisan Nasional (BN).

Melihat kepada keputusan pada PRU lalu, PRU13 di Pandan dijangka berlangsung lebih sengit lagi.

Ini kerana, rata-rata pengundi di Pandan menolak sentimen kepartian dan cenderung untuk memilih calon atau wakil rakyat yang mampu membawa manfaat kepada mereka.

Bagi pemerhati politik, kerusi Pandan agak sukar ditembusi PR sekali lagi berdasarkan kelompok pengundi di kawasan ini tidak akan memilih calon yang belum terbukti kewibawaannya berbanding penyandang wakil rakyat di Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Bagaimanapun, meletakkan Ketua Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, 36, untuk bertanding di Parlimen Pandan jelas menunjukkan kesungguhan PR yang mahukan kerusi panas tersebut.

Bukanlah satu teka-teki lagi di Pandan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Pandan tahun lalu lantang mahukan kerusi milik BN ini dirampas.

Namun begitu, jika dilihat dari senario di Pandan hari ini, kehadiran Rafizi belum boleh menggugat bakal calon lawan yang dihadapinya kerana Tee Keat bukanlah sembarangan pemimpin dalam dunia politik negara meskipun BN belum mengumumkan calon di Pandan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Lagi pegawai tentera sertai KEADILAN, bantu kempen Pakatan

Posted: 11 Apr 2013 08:32 PM PDT

KUCHING 12 APRIL: Seorang lagi bekas pegawai tinggi tentera menyertai KEADILAN malam tadi, sekaligus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.
Abang Hamdan menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, disaksikan Ghafir.
Leftenan Kolonel Abang Hamdan Abang Hadari menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong pada ceramah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya.
Abang Hamdan merupakan anak jati Sarawak dan tekad membantu Pakatan Rakyat berkempen untuk memenangi negeri jajahan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Penyertaan terbaru itu menjadikan enam pegawai tertinggi tentera menyertai Pakatan sejak awal tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Janji Aishah mahu jadi suara artis

Posted: 11 Apr 2013 08:27 PM PDT


PRU13: Janji Aishah mahu jadi suara artis
JEMPOL - Bekas penyanyi popular, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, 48, yang akhirnya disahkan sebagai calon Pas bagi Parlimen Jempol, melafazkan janji untuk menjadi 'suara' kepada golongan artis dan seterusnya mencurah bakti kepada masyarakat setempat sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kali ini.

Menurut Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu sekitar tahun 90-an, dia juga tidak nampak mengapa artis tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

"Politik itu adalah untuk semua... satu perkara semua orang kena fikirkan. Bukannya ada sekolah mengajar bagaimana untuk menjadi calon. Malah nenek pun boleh menjadi calon.

"Cuma kelebihan artis ini pasal orang kenal. Tapi jika orang pertikaikan artis tak ada pengalaman, siapa yang benar-benar ada pengalaman?

"Bagi saya, apa yang penting, niat saya bertanding adalah untuk menjadi suara ke golongan artis, dan secara keseluruhannya berkhidmat kepada masyarakat," katanya kepada media ketika ditemui selepas selesai majlis pengumuman calon, di sini, malam kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Mahathir bersungguh benar menabur benih kebencian di antara kaum

Posted: 11 Apr 2013 08:05 PM PDT

Dr Mahathir, semakin hampir pilihanraya semakin merapu perlakuannya. Semakin hampir hari rakyat membuat penentuan masa depan mereka Mahathir meningkatkan lontaran kenyataan-kenyataan berlandaskan kepada sentimen perkauman dan tidak mempedulikan samada kata-katanya itu dihormati atau dipandang hina oleh rakyat yang inginkan kehidupan yang muhibbah di antara kaum di negara ini.

Isu Lim Kit Siang (LKS) bertanding di kawasan majoriti cina di Gelang Patah membuatkan Mahathir tidak menentu dan beliau menunjukkan sikap beliau yang sebenarnya. Seperti biasa beliau menggunakan isu perkauman yang tidak terkira bahayanya kepada rakyat dan negara. Walaupun rakyat sekarang tidak ramai lagi menghiraukan pandangannya tetapi yang penting kita telah dapat mengenali Mahathir dengan lebih dalam lagi.
Beliau menuduh yang kemenangan LKS di Gelang Patah itu akan melenyapkan kerjasama ekonomi di antara orang Melayu dan Cina dan akan meningkatnya pertelingkahan di antara kaum selepas ini. Katanya lagi  pergaduhan di antara kaum akan terjadi jika BN dikalahkan oleh LKS di Gelang Patah nanti dan berbagai-bagai lagi yang saya sudah malas untuk menyebutnya.
Nampaknya Dr Mahathir sudah memberikan isyarat yang LKS akan menang di Gelang Patah. Beliau amat takut untuk menghadapi kekalahan itu dan beliau terus mahukan semua rakyat merasa takut seperti apa yang beliau rasakan. Tuduhan beliau yang malapetaka akan terjadi jika LKS menang itu adalah bayangan ketakutan beliau. Kadangkala semakin lama hidup semakin lemah pemikiran kita ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Senario menyeronokkan yang rakyat mahu saksi selepas BN kalah

Posted: 11 Apr 2013 07:55 PM PDT

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

AGAK menarik untuk membayangkan apabila BN kalah di Pusat dalam PRU13 nanti. Senario kekalahan itu jika dapat diceritakan kepada rakyat, boleh memberi motivasi kepada mereka untuk menukar kerajaan kerana suasana yang berbeza daripada kebiasaan, selagi tidak menggugat kehidupan mereka, juga adalah impian sebahagian besar manusia

Hari ini, saban waktu kita menghadap televisyen hanya versi sebelah pihak yang diperolehi. Jika mereka melaporkan program kerajaan maka ia memang wajar kerana aktiviti kerajaan mesti diberi liputan.
Namun laporan berita yang dibuat tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti politik yang memerintah.

Perhimpunan Agung Umno mendapat liputan siaran langsung dan fokus selama berhari-hari. Persidangan Parlimen pun tidak mendapat liputan sehebat itu.
Rakyat umumnya naik muak setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Selepas ini tiada lagi liputan istimewa seperti itu untuk Umno.
Maka selepas ini liputan untuk PAS, KeADILan atau DAP ada dalam televisyen, radio dan akhbar tetapi tidaklah menjolok mata seperti perhimpunan Umno sekarang. 
Read More / Baca Lagi >>

Apakah itu memang pilihan kita?

Posted: 11 Apr 2013 07:52 PM PDT

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Beberapa orang Melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki sebuah restoran makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan restoran Jepun itu datang dan memberikan menu makanan yang ada di restoran berkenaan.


Nama-nama makanan semuanya berbunyi Jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan Melayu berkenaan
Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan", kata pelayan.

Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan Jepun mereka kata: "Kami mahu menu yang sedap."

Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau. Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut. Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati ia tidak sedap seperti yang diharapkan.

Kata mereka: "Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Sudahlah harganya pula mahal, kita tertipu!"

Pelayan menjawab: "Saya berikan berdasarkan pilihan tuan-tuan. Saya tidak bersalah. Tuan-tuan telah membuat pilihan tadi tanpa sebarang paksaan".

Pilihan yang terhad

Saya mulakan sketch di atas sebagai gambaran bagaimana manusia kemungkinan memilih apa yang bukan menjadi hasratnya sekalipun dia diberikan kebebasan memilih.

Hal ini juga dibincangkan oleh ahli-ahli teologi, falsafah dan kerohanian tentang sejauh manakah manusia benar-benar memilih apa yang dia benar-benar mahukan.

Who decides? Do I choose for myself? Am I really free to decide?
Namun saya tidak mahu tenggelam dalam perbahasan mereka. Saya ingin membahaskan perkara ini dengan lebih muda terutamanya di musim pilihan raya ini.
Kegagalan para pelanggan tadi memilih apa yang mereka benar-benar mahukan iaitu makanan yang sedap adalah disebabkan beberapa perkara. Antaranya, mungkin makanan yang sedap yang mengikut selera Melayu mereka tidak wujud di restoran berkenaan.

Maka, walaupun hak memilih diberikan, namun pilihan mereka terbatas dan apa yang dihajati tidak wujud dalam senarai pemilihan.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Nasib Katak-Katak Politik Dalam PRU 13 Ini?

Posted: 11 Apr 2013 07:49 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin

Sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media, Najib selaku Pengerusi BN dijangka akan mengumumkan senarai calon BN dalam tempoh beberapa hari ini. Ia mungkin hujung minggu ini atau awal minggu depan. Berbanding PR, mereka sudah pun mengumumkan sebahagian besar nama-nama yang bakal bertanding sejak beberapa hari lalu. 

Sementara para pemimpin UMNO berdebar menunggu sama ada nama mereka dipilih sebagai calon atau tidak, terdapat golongan lain yang turut berdebar sama. Mereka ini sama berharap agar dipilih sebagai calon mewakili BN.

Mereka ini ialah kalangan Ahli Parlimen dan Adun yang menang dalam pilihanraya lalu atas tiket Pas dan Pkr tetapi kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan perjuangan yang menaikkan nama mereka, lalu menjadi wakil rakyat Bebas yang mesra kepada UMNO dan kepimpinan Najib. Antara yang popular ialah Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Wee Choo Keong, Dr Hassan Ali, Gobalakrishnan dan beberapa nama lagi yang tidak begitu popular dan tenggelam sebaik saja beralih rakit.

Dua Adun dari Perak yang menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat tumbang iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi juga termasuk dalam kelompok itu. Ahli Parlimen Pas dari Bachok, Nasharuddin Mat Isa yang sangat mesra dengan Najib juga tentunya berdebar menanti sama ada namanya masih ada di hati Perdana Menteri atau bakal dilupakan begitu sahaja.

Sejak Najib menjadi Perdana Menteri, kelompok pelompat politik atau juga mesra dengan panggilan katak oleh masyarakat, sering saja mewarnai dunia politik negara dengan pelbagai berita sensasi terutama yang berupa serangan kepada pembangkang dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Suratkhabar dan tv pula bagaikan tidak sah jika tidak menyiarkan berita mengenai mereka.Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Mahathir Bagi LESEN Suruh Orang Umno Merusuh?

Posted: 11 Apr 2013 07:46 PM PDT

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur.

Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan 'hebat' dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

"Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu," tulis Mahathir dalam blognya chedet.cc.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.

Anak kelahiran Johor, Lim menerima asakan bertali-arus daripada Dr Mahathir sejak mengumumkan rancangannya untuk bertarung dengan BN di negeri kelahirannya sendiri - yang juga tempat lahir parti Umno dan kem terakhir parti rakan komponennya, MCA.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin keupayaan Raja Bahrin

Posted: 11 Apr 2013 07:44 PM PDT


Pesuruhjaya Pas Terengganu yakin keupayaan Raja Bahrin
Mohd Abdul Wahid (tengah) ketika sidang media di Pejabat Pas negeri, semalam.
KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu, akur dengan keputusan parti itu untuk memberi laluan kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sebagai calon parti itu.

Mengakui tidak 'tamak' kerusi, Mohd Abdul Wahid berkata, Pas mempunyai ramai calon berkelayakan, termasuk daripada golongan istana.

"Ia bukan ditentukan (oleh calon), tetapi diputuskan oleh parti. Sekarang ini, Pas pelbagaikan (calon) dan ada daripada golongan istana, ada rakyat biasa dan profesional. Dari segi pimpinan, kita mempunyai ramai (calon yang layak) dan mereka berkelayakan.

"Jadi itu strategi kita nak tonjolkan mereka yang muda, mewakili istana, rakyat biasa dan profesional supaya calon yang diketengahkan, mewakili semua lapisan masyarakat, termasuk juga wanita, (malah) artis juga ada," katanya di Pejabat Pas Negeri, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

PRU13: KEADILAN peroleh maklumat ada ‘ugutan serius’ terhadap Anwar

Posted: 11 Apr 2013 07:43 PM PDT

SaifKUALA LUMPUR 12 APRIL: Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, KEADILAN menerima maklumat 'ugutan serius' terhadap keselamatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"KEADILAN terima maklumat yang sangat membimbangkan, iaitu ancaman keselamatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, semalam.
Justeru katanya, pertemuan langsung dengan Ketua Polis Negara (KPN) perlu disegera untuk mendedahkan identiti dan sumber maklumat tersebut.
"Kami menilai info ini sebagai satu perkara serius. Maklumat mengenai potensi ancaman tak boleh dipandang ringan.
"Kita akan maklum (kepada media) bila KPN sedia bertemu. Sebab itu saya memilih untuk menulis sekali lagi untuk (pertemuan) pada bila-bila masa (mengikut) kelapangan Tan Seri (Ismail Omar)," kata Saifuddin.
Ditanya pemberita mengapa laporan polis tidak dibuat, Saifuddin menjelaskan KEADILAN berpengalaman membuat puluhan laporan polis beserta bukti. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil terhadap penyerang dan provokator.
Tambahnya, surat permohonan pertemuan dibuat sejak 13 Mac, tetapi masih tidak dibalas.
"Kena terus jumpa langsung, hanya dengan KPN yang boleh," kata Saifuddin sambil memberi jaminan akan mendedahkan jenis ancaman dan butirannya selepas pertemuan dengan Ismail.

Samseng Politik : 2 kereta aktivis Tolak dipecahkan di Perak

Posted: 11 Apr 2013 07:42 PM PDT



BAGAN SERAI: Jelajah Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) sekali lagi dilanda musibah apabila dua buah kereta aktivis Tolak malam tadi telah dipecahkan cermin semasa siri jelajah gelombang tersebut di negeri Perak.

Kejadian ini berlaku di Bagan Serai iaitu destinasi fokus aktivis Tolak di Perak.

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan pemilik kereta, Raja Aina, kejadian berlaku dijangkakan pada jam 10.30 malam apabila beliau hendak keluar dari kediaman rumah yang ditumpanginya untuk mengambil barang daripada kereta tersebut.

Pada ketika itu juga sedang berlangsung Ceramah Kebangkitan Anak Muda yang dianjurkan Tolak yang menyebabkan kebanyakan aktivis Tolak bertumpu di tempat ceramah tersebut.

Kejadian ini disyaki berunsur khianat apabila pada sebelah pagi dan petang, Tolak telahpun berhadapan dengan provokasi oleh Umno BN semasa kempen kesedaran mengenai Tolak kepada masyarakat di Bagan Serai dekat sini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Bagi PAS, evolusi ‘jubah’ kepada ‘kot’ mantapkan imej pilihan raya

Posted: 11 Apr 2013 07:40 PM PDT

Pakar politik pula melihat evolusi yang dialami PAS itu bukanlah perkara baru. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 12 April — Suatu ketika dahulu mereka dikenali dengan imej "kopiah putih", "serban", dan "jubah", perubahan sosiopolitik negara menyaksikan PAS, sebuah parti berteraskan perjuangan Islam merubah penampilan mereka bagi memastikan terus kekal relevan dan diterima segenap rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan warna kulit.
Mengakui evolusi tersebut berlaku, pemimpin PAS yang ditemui The Malaysian Insider menyatakan rasa bangga dengan kepimpinan mereka melakukan perubahan demi kelangsungan parti yang sebelum ini dianggap sebagai "jumud."
"Kekuatan kepimpinan ulama kini disokong digandingi kekuatan profesional dan aktivis ... ini menjadikan PAS disegani kawan, dan ditakuti lawan," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.
Tidak seperti parti lain, PAS memulakan dengan agenda agama sejak mula ditubuhkan pada tahun 1951. Keputusan dalam parti dibuat bukan sahaja oleh biro politik akan tetapi terdapat juga Majlis Syura –terdiri daripada golongan yang mendapat pendidikan Islam – menjadi nadi kepada PAS.
Bekas pensyarah, Fakulti Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang itu menegaskan perubahan dalam PAS juga menjadikan parti itu kekal "segar" tanpa mengenepikan Islam.
"PAS tampil dengan wajah dan citra sebuah badan politik Islam kontemporari dan sangat menyegarkan ... ianya kini merupakan gerakan Islam yang mendepani cabaran dan membawa dinamika perjuangan yang segar," kata ahli akademik bertukar menjadi ahli politik dan menang pilihan raya pada 2008.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Undi awal 5 hari, dakwat kekal tahan 3 hari?....perancangan yang rapi syaitan dikenali......

Posted: 11 Apr 2013 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.

Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.

Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.

Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Seorang blogger lucah Umno Papagomo sebelum ini didedahkan mempunyai dua nama dalam senarai daftar pemilih SPR.

Namun selepas didedahkan, salah satu namanya telah dibuang dari senarai nama pengundi.

PRU13; Ummi Hafilda yakin dapat mengalahkan Azmin....lagi sekor pengamal politik lucah nak bertanding..!!!

Posted: 11 Apr 2013 07:36 PM PDT

Ummi Hafilda terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. – Gambar oleh K.E.OoiBALIK PULAU, 12 April — Ummi Hafilda Ali yakin akan menang besar jika diletakkan melawan abangnya Mohamed Azmin Ali di kerusi parlimen Gombak dalam pilihan raya 5 Mei akan datang.
"Tiada siapa yang mengenalinya lebih dari adik beradik dan keluarga jadi dengan pengetahuan kami tentang beliau, saya yakin mampu mengalahkannya jika Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk meletakkan saya sebagai calon untuk melawan Azmin," katanya.
Ummi Hafilda yang terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 telah berkempen secara aktif melawan Anwar, Azmin dan PKR.
Azmin adalah abang beliau yang merupakan Timbalan Presiden PKR, penyandang ahli parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa.
"Walaupun Najib tidak memilih saya sebagai calon melawan Azmin, saya akan terus dengan misi untuk mendedahkan kebenaran tentang Anwar, Azmin dan PKR," katanya dalam sidang akhbar selepas memberikan dua ceramah di Kuala Sungai Pinang di sini.

Politik Lucah : Video lucah pemimpin PAS pula tersebar...Politik Malaysia menuju kemusnahan..!!!

Posted: 11 Apr 2013 07:32 PM PDT

Sekarang tiba giliran pemimpin PAS pula dijadikan sasaran serangan video seks.

Sebelumnya PKR memberi amaran akan muncul serangan politik berbentuk aksi lucah dua video berasingan melibatkan dua pemimpin kanan parti itu, seorang menteri besar dan seorang lagi naib presiden.

Tidak lama sebelum pilihan raya umum 2008, aksi lucah tokoh MCA menjadi perbualan. Dr Chua Soi Lek kemudiannya mengaku dan meletakkan jawatan daripada kabinet.

Sembilan hari sebelum penamaan calon bagi pilihan raya umum 5 Mei ini, tiada sesiapa menduga PAS pula menjadi sasarannya.

Foto wajah seseorang yang kelihatan seperti tokoh utama parti itu yang berbogel dikatakan mengadakan hubungan seks di sebuah bilik.

Desas-desus ini tersebar awal malam tadi dan diberitakan di laman web The Star Online menjelang tengah malam.

Sementara Malaysiakini difahamkan tentang kewujudan imej ini sekitar 8 malam tetapi mengambil keputusan tidak melaporkan sehingga mendapat ulasan tuan punya badan.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Jangan Dipolitikkan Isu yang Direka- Reka

Posted: 11 Apr 2013 07:24 PM PDT

PRU13: Jangan Dipolitikkan Isu yang Direka- Reka

Posted: 11 Apr 2013 07:23 PM PDT

PRU13: Jom Undi Ubah

Posted: 11 Apr 2013 07:21 PM PDT

Tiada ulasan: