Khamis, 4 April 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


Integriti pilihan raya masih boleh dipersoalkan selagi penipuan dalam pilihanraya dan keganasan politik tidak di hentikan....!!!!

Posted: 03 Apr 2013 06:15 PM PDT

Kita  mengulangi kebimbangan  mengenai dakwaan daftar pemilih yang tidak bersih dan kemungkinan keganasan dalam Pilihan Raya 2013, walaupun mengiktiraf janji integriti  Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.

Ikrar Najib untuk memastikan peralihan kuasa secara aman adalah “hadiah” terutamanya dalam negara yang mendakwa mengamalkan “demokrasi sebenar”.

Adalah baik beliau menyatakannya tetapi itu sememangnya ada dalam demokrasi sebenar.. faktanya adalah demokrasi mesti dihormati dan  adakah  najib akan mengotakan apa yang telah di ikrarkan .?

Yang mahu kita lihat adalah kempen sihat dan padang sama rata bagi semua yang bertanding, sama ada dalam perkara akses kepada media atau mengenai keganasan politik.

Kita  tidak mahu melihat politik kotor dan berharap semua parti akan berada di tahap tertinggi mereka, yang paling beretika dari segi kelakuan..

Adalah  disebabkan oleh tekanan awam yang menyebabkan Najib  terpaksa  menggariskan kesediaan pasukannya untuk menyerahkan kuasa sekiranya kalah dalam pilihan raya dan  pemimpin pembangkang telah pun menuntut perdana menteri untuk memberikan komitmen berkenaan.

Dalam ucapan televisyen untuk mengumumkan pembubaran Parlimen pagi ini, Najib berjanji peralihan kuasa akan berlaku secara aman jika terdapat pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke 13.

“Kami menghormati demokrasi, kami komited kepada transformasi politik, kami komited untuk menghormati suara rakyat,” kata perdana menteri keenam itu semasa mengumumkan pembubaran.

Menyifatkan sebagai satu “kelegaan” perdana menteri “akhirnya” membubarkan Dewan Rakyat selepas lebih setahun ketidakpastian mengenai tarikh pilihan raya, tetapi menekankan masih terdapat banyak isu-isu tertunggak dalam perjuangan untuk pilihan raya bebas dan adil yang masih belum diselesaikan.

Proses pilihan raya di negara ini masih boleh diganggu, mencatatkan banyak percanggahan didakwa terdapat dalam pendaftaran pengundi semasa yang masih belum dibersihkan.

Terdapat banyak isu yang kita telah tekankan dan ianya kekal menjadi kebimbangan  sehingga hari ini..

Oleh itu,cara terbaik untuk mengurangkan kesan penipuan pilihan raya adalah untuk memastikan peratusan pengundian meningkat secara besar-besaran pada hari mengundi Pilihan Raya 2013 ini.

Oleh itu kita  mendesak semua rakyat yang layak mengundi untuk keluar dan mengundi… mari kita kurangkan kesan percanggahan ini,..

Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya yang paling sengit dipertandingkan, dengan penganalisis mengatakan hasilnya diragui buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia selepas pilihan raya umum bersejarah 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.

Terdapat 13.3 juta pengundi berdaftar, atau 83 peratus, daripada 16 juta rakyat yang layak mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam Pilihan Raya 2008, 76 peratus daripada 10.7 juta pengundi berdaftar keluar untuk mengundi, berjumlah kira-kira 8.16 juta pengundi.

Kita  berharap sekurang-kurangnya 85 peratus pengundi keluar mengundi, menunjukkan lima hingga 10 peratus boleh membuat perbezaan.

Sebarang peningkatan boleh mengurangkan atau meringankan penipuan..

Pakatan Rakyat  mendakwa terdapat tambahan  puluhan ribu pengundi hantu yang didaftarkan dalam daftar pemilih, termasuk Sabah dan Selangor, dua negeri utama yang mampu menyengitkan keputusan Pilihan Raya 2013.

SPR telah menafikan dakwaan tersebut, berhujah peratusan yang tinggi dan percanggahan dalam daftar pengundi adalah “normal”.

Pada Disember lepas SPR juga telah gagal untuk melakukan atau menghentikan semua bentuk keganasan politik sebelum atau semasa berkempen.

Baru-baru ini  Menteri Dalam Negeri  Hishammuddin Hussein   di gesa untuk mengambil tindakan kepada penyokong Umno kerana mengancam membunuh Naib Presiden PKR Chua Tian Chang  di sebabkan  membiarkan keganasan politik.

Najib, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin dari parti komponen BN, menandatangani Ikrar Integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia (TI-M) bulan lepas dalam usaha untuk menunjukkan mereka akan bertanding secara adil dalam pilihan raya akan datang.

Akan tetapi Najib dan BN dikeritik hebat kerana hanya mendiamkan diri terhadap beberapa insiden keganasan politik terhadap pembangkang yang  dilakukan oleh penyokong Umno dan BN.

 

 

penyapu sial

 

pertambahan pengundi hantu  di sabah dan selangor...SPR kata normal...kepala bapak lu...memang la....normal  menipu...memang gitu gaya ya...harap bila pakatan rakyat berjaya  tawan putrajaya  ...pengerusi SPR di sumbat ke penjara dan badan SPR  di letak di bawah pengawasan bebas dan bukan di bawah JPM....!!!!

Jika ROS ikut telunjuk syaitan yang di kenali....PAS sedia tawar simbol parti kepada DAP...dan jika ini berlaku...adakah SPR akan keluarkan peraturan melarang berkongsi simbol parti...????

Posted: 03 Apr 2013 05:31 PM PDT

 

PAS bersedia menawarkan simbol partinya kepada calon DAP seandainya parti sekutunya itu dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata langkah itu dibuat kerana amalan “berkongsi” logo dalam pakatan pembangkang pernah diguna sebelum ini khasnya di Sabah dan Sarawak.

“PKR (Parti Keadilan Rakyat) ada pembahagian parti-parti di Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di Rusila di sini hari ini.

“Saya dimaklumkan di sana parti-parti (pembangkang) Sabah guna simbol PKR dan kita mengizinkan rakan PR (Pakatan Rakyat) guna simbol PAS.

“Seperti yang diuar-uar oleh media, kemungkinan DAP akan diambil tindakan sebab mesyuarat agung dia. Kalau DAP tidak dibenarkan guna simbol (roket) dia (oleh ROS), PAS bersedia beri simbol PAS.”

PAS sedia memberi kerjasama tersebut sekiranya ROS menggantung DAP sebagai parti politik sementara menunggu siasatan mengenai dakwaan penyelewengan ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selesai.

Ketika pemilihan CEC Disember lepas sepatutnya ada 2,576 perwakilan mengundi bagi memilih 20 anggota CEC, namun 753 perwakilan yang layak tidak diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun, pimpinan DAP kemudian mendakwa ada kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengarahkan pengiraan semula undi dan membuat pembetulan, menyebabkan beberapa anggota parti membuat aduan kepada ROS. — Bernama

 

 

penyapu sial

 

 

wa tak heran kalau SPR pula memainkan peranan dengan mengeluarkan arahan/larangan bertanding berkongsi simbol parti...seperti apa yang telah berlaku di pilihanraya kecil Bukit gantang dan beberapa pilihanraya kecil sebelum ini di mana parti parti komponen dalam PR telah di larang berkempen membantu calon pakatan rakyat yang lain menggunakan simbol parti masing masing.( larang guna logo jika tidak bertanding ).

taktik kotor sebegini sememangnya tak asing lagi boleh berlaku...seperti yang yang di ketahui umum...puak haramjadah yang memerintah yang sedang nazak akan guna apa cara untuk memenangi PRU ini..ROS adalah salah satu badan kerajaan yang jadi anjing suruhan parti haramjadah ini yang mana telah menghalang penubuhan parti pakatan rakyat secara berdaftar sebelum ini...

jadi wa tak heran kalau mereka ini bergabung untuk mensabotaj PR dalam PRU 13 kali ini...gabungan ROS + SPR = komponen PR di haramkan bertanding...sama sama kita tengok drama  putar belit  anjing anjing UMNO-BN seterusnya....!!!!

jadi untuk membersihkan taktik terkutuk sebegini dari berleluasa sekian lama...kita sebagai rakyat wajar bersama sama menolak parti syaitan ini di PRU 13 nanti

Tiada ulasan: