Jumaat, 5 April 2013

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Sah, Blogger Cucumatkilau Tanding DUN Teruntum !!

Posted: 04 Apr 2013 10:56 PM PDT


Mohd . Shukri Mohd. Ramli mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas
 ketika mengadakan sidang akhbar di sebuah restoran di Kuantan semalam.

[Bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan pada Pilihanraya Umum lalu, Mohd. Shukri Mohd. Ramli, 42, turut menempelak kepimpinan parti itu kerana memilih Fauzi bertanding di Indera Mahkota sedangkan beliau adalah pemimpin yang sudah ditolak UMNO sendiri. "Patut orang lama bersara, berehat bagi peluang kepada muka baharu. Beliau mungkin lupa dengan janjinya yang masuk PKR bukan untuk jawatan tetapi untuk memperjuangkan rakyat. "Beliau sudah tidak ada kekuatan UMNO, kemudian lompat masuk PKR selepas PRU-12 bila pembangkang menang besar. Patutnya tunjuk dulu apa yang dia boleh lakukan untuk bantu PKR, bukan jadi calon,'' tegasnya. Mohd. Shukri yang juga penulis blog Cucu Mat Kilau turut mengumumkan akan bertanding calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dalam PRU-13 ini. Kata Mohd. Shukri, pergeseran dalam kalangan PKR dan DAP yang semakin kuat ekoran perebutan kerusi di DUN berkenaan mendorong beliau menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas prorakyat. "Saya melihat senario itu turut berlaku dalam parti lain tetapi tidak terlalu 'hebat' jika dibandingkan dengan DAP dan PKR. "Sebagai alternatif kepada rakyat, saya mahu memecah undi dan menawan hati pengundi atas pagar iaitu kira-kira 20 peratus," katanya dalam sidang akhbar di  Kuantan petang semalam]. sumber

PRU: Protes Fauzi, Bekas Pimpinan PKR Tanding Bebas!

Posted: 04 Apr 2013 10:48 PM PDT


[Pemilihan Pengerusi PKR negeri, Dato' Fauzi Abdul Rahman sebagai calon pembangkang di Parlimen Indera Mahkota terus mengundang bantahan dalam kalangan ahli parti itu. Terbaharu, salah seorang pengasas PKR di Pahang, G.Ram Ponusamy (foto) mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas semata-mata untuk melawan Fauzi dalam PRU-13 di kerusi tersebut sebagai tanda protes kepada kepimpinan beliau. Bekas Timbalan Pengerusi III PKR negeri itu juga mendakwa, tindakannya bertanding turut didorong oleh permintaan sebahagian ahli parti yang tidak bersetuju Fauzi dinamakan sebagai calon menggantikan Azan Ismail di kerusi itu. "Saya akan bertanding di Indera Mahkota sebagai calon Bebas kerana saya mahu pengundi di Parlimen itu menolak Fauzi agar tidak terpedaya dengan tipu helahnya selama ini. "Rakyat dan sebahagian ahli PKR mahukan calon yang benar-benar bersih untuk membela nasib mereka dan Fauzi bukanlah calon yang layak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sebelum ini, sekumpulan penyokong pembangkang menyatakan bantahan terbuka ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Fauzi sebagai calon parti itu di Parlimen Indera Mahkota dalam program ceramah di Balok Makmur Ahad lalu. Fauzi yang kali terakhir bertanding pilihan raya umum pada 1999 atas tiket BN di DUN) Berserah, hanya menyertai PKR pada Julai 2008 iaitu selepas PRU-12. Sementara itu, menurut Ram Ponusamy yang juga bekas calon PKR Parlimen Bentong, pada pilihan raya lalu, beliau tidak akan menawarkan diri untuk bertanding sekiranya PKR tidak menamakan Fauzi sebagai calon. "Saya bertanding bukan kerana saya benci atau bermusuh dengan UMNO. Saya menganggap UMNO sebagai kawan tetapi semua yang dilakukan adalah untuk menolak Fauzi. "Fauzi yang suka buat musuh. Malah, saya meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi 3 PKR negeri juga adalah kerana Fauzi walaupun saya telah berjuang bermati-matian bersama PKR sejak 15 tahun lalu," jelasnya yang melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi III setahun selepas Fauzi dilantik mengetuai parti itu di Pahang]. sumber




Rahsia Perubatan Bahtera Nabi Nuh Kini Terbongkar !!

Posted: 04 Apr 2013 10:04 PM PDT

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kurang bertenaga dalam badan akibat kesibukan bekerja dan melakukan terlalu banyak aktiviti harian. Kini muncul, produk minuman mineral terhebat "Bio Sunnah" di alaf baru yang pertama di Malaysia, menggunakan ekstrak "pine cypress" dan "garam kristal Hunza" (84-96 mineral). Produk ini amat sesuai untuk anda yang ada masalah kelesuan dan kekurangan tenaga. Difahamkan, Pine Cypress adalah sejenis pohon yang tumbuh di Banjaran Ararat Turki yang menyamai "Spesis Kayu Bahtera Nabi Nuh" yang hangat diperkatakan selama ini. Sementara itu garam kristal Hunza pula ialah sejenis perasa makanan yang diamalkan oleh kaum Hunza yang mendiami kawasan pergunungan Hunza (selatan Pakista-China). Amalan penggunaan garam ini dipercayai telah memanjangkan usia kaum Hunza dan memberikan tenaga yang luar biasa sehingga ramai antara mereka boleh hidup ke usia mencecah 120 tahun. Bio Sunnah Cypress sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Shah Alam Selangor telah memperkenal dan memasarkan produk ini ke seluruh negara. Ramai yang telah pun merasai kehebatannya.



Pendapat Para Sarjana " Saya telah menggunakan lebih 5000 gelen air alkali dalam hampir semua jenis masaalah kesihatan dan ianya sangat bermanfaat dan mujarab" (Dr.Theodorebaroody,penulis buku Alkalize or Die). "Meminum 4 hingga 5 gelas air beralkali pada setiap hari membantu mengimbangi tahap kesihatan anda. Air beralkali bertindak seperti vitamin C,E dan beta karotene yang menjadi anti oksidan di sebabkan kandungan elektron bebas yang banyak,yang membantu tubuh melawan penyakit" (Dr.Susan Clark, penulis buku Chemistry of Success)  "Dengan meminum air beralkali,jam penuaan boleh di pertahankan" (Dr.Robert Atkins) . Justeru, orang ramai di Kuantan dan sekitarnya yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini bolehl datang ke Ruang Legar Pameran di Kuantan Parade sempena Karnival Usahawan Wanita 2013 anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Semenanjung Malaysia (WI) Cawangan Taman Guru. Karnival tersebut bermula hari ini dan akan  berakhir sehingga 7 April 2013. Promosi hebat sedang diadakan di lokasi tersebut sejarang. Cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 



Tiada ulasan: