Pahang Daily Online |
- Panas: "Seluruh Kuantan Lumpuh" Putus Bekalan Air!
- UTC Kuantan Mulakan Operasi Secara Rasmi Semalam
- Panas: Isu Pencerobohan Tanah Di Maran, Penduduk Dakwa Dato' Rosni Zahari Di Fitnah Musuh Politiknya
- Promosi Kempen Pilihan Raya Di Pahang Daily Online
- Sidang Media Chegubard Dakwa UMNO Parti Haram !
- PAS Anjur Himpunan Countdown Bubar DUN Pahang !
- Panas: Sah, Sakmongkol Di Umumkan Calon DAP Raub
- Panas: Apa Sudah Jadi?, Pakatan Rakyat Di Parlimen Temerloh Pula Bergolak Isu Siapa Calon PRU Kali Ini !
Panas: "Seluruh Kuantan Lumpuh" Putus Bekalan Air! Posted: 02 Apr 2013 04:38 AM PDT KUANTAN, 2 April - Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda. Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan. "Saya amat terkilan kerana Kerajaan Negeri Pahang beriya-iya benar nak jual air ke Selangor.. tapi rakyat sendiri terpaksa menanggung derita akibat masalah air.. ini namanya "kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan... gajah di sebarang laut nampak.. kuman di depan mata tak nampak" akhirnya kami rakyat Pahang yang menjadi mangsa", kata seorang kakitangan kerajaan yang ditemui. Sungguh memalukan, di kala Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berbangga kononnya mahu ambil alih Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyelesaikan masalah air yang melanda negeri itu, tapi apa yang berlaku sebaliknya. Negeri Pahang sendiri yang mengalami nasib yang lebih teruk dari apa yang disangka selama ini. Kini seluruh Kuantan menghadapi masalah air yang cukup teruk sekali. Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg.Isap,Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg.Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar, Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan HJ.Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek. Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya. Menurut laporan dari laman web rasmi PAIP mendakwa gangguan tersebut berlaku akibat kerja-kerja penyambungan paip utama di Rumah Pam Kobat dekat Sungai Lembing. Namun, apa yang memusykilkan jika benar dakwaan PAIP itu, kenapa ada sesetengah kawasan yang sudah mengalami masalah air sejak dua tiga minggu yang lalu?. Inilah yang menjadi masalah sekarang ini. Jika berlaku di negeri pembangkang, sudah pasti begitu cepat media arus perdana memainkan isu. Namun, bila berlaku di negeri Perdana Menteri sendiri mereka semua menikus dan tidak mahu mendedahkan maslaah ini kerana takut undi BN hilang pada PRU13 nanti. Akhirnya cerita isu air dibakul sampahkan. [Tolonglah Kerajaan Negeri Pahang, usahlah menipu rakyat lagi dengan isu air ini. Berpijaklah di bumi yang nyata. Buktikan BN mampu mengatasi masalaha air seperti yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sendiri. Jika di negeri pembangkang, mungkin masalah berlaku akibat peruntukan yang disekat dan sebagainya. Masalahnya, kenapa di Pahang iaitu sebuah negeri yang ditadbir oleh UMNO BN turut mempunyai isu yang sama. Bukankah negeri BN mempunyai cukup peruntukan yang boleh diperolehi dari pusat untuk mengatsai masalah ini. Kenapa tidak dilakukan? Mana pergi semua wang tersebut?. Kerajaan Negeri rela memberi geran tahunan RM50 juta kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) kononnya untuk dasar pengswastaan, namun apa yang berlaku?. Semakin dikorporatkan maka semakin teruk masalah air di negeri ini?. Persoalan tentang Kuantan lebih teruk sebenarnya. Sudahlah ibu negeri Pahang ini dilanda bah yang teruk awal tahun ini, kini air pula teruk terputus di sana sini. Kasihan rakyat terpaksa menanggung derita akibat retorik politik pihak-pihak atasan yang tidak cakna. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja penyokong pembangkang, malahan penyokong UMNO BN sendiri sebenarnya. Oleh itu ubahlah sekarang !!]. |
UTC Kuantan Mulakan Operasi Secara Rasmi Semalam Posted: 01 Apr 2013 09:19 PM PDT KUANTAN, 2 April - Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan yang berfungsi sebagai pusat sehenti di Terminal Makmur, di sini, memulakan operasinya semalam. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaacob (foto) berkata, orang ramai khususnya warga Kuantan boleh mengunjungi pusat itu bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari. Menurutnya, UTC bernilai RM25 juta itu akan memenuhi keperluan orang ramai untuk menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan dan perbankan dengan lebih mudah serta cepat. "Sebanyak 76 jabatan kerajaan dan institusi perbankan serta 55 premis perniagaan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga jam 10 malam. Ia dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu. "UTC ini akan menjadi pusat sehenti untuk penduduk bandar mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta," katanya. Zulkiflli berkata, antara agensi itu ialah PDRM, JPJ, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta MPK sendiri. "Selain itu, institusi perbankan dan kaunter bayaran bil elektrik, air dan telefon juga akan mempunyai kios di situ. Kuantan adalah UTC keempat selepas dilaksanakan di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. "Saya harap orang ramai menmanfaatkan pusat itu kerana kedudukannya di pusat bandar," katanya kepada media. [Ramai pihak yang mengutuk pembinaan UTC ini sebenarnya. Namun dalam masa yang sama mereka juga harus sedar ia adalah satu kemudahan terbaru untuk rakyat Kuantan. Semuan agens yang berkaitan kini berada di bawah satu bumbung. Ia memudahkan rakyat untuk membuat urusan tanpa perlu menghadapi masalah lagi dengan kesesakan jalanraya dan sebagainya. UTC Kuantan kini menjadi mercu tanda terbaru di bandar ini. Namun, ramai yang hairan dan terkejut kenapa ada pembinaan sebuat gelanggang Futsal berhadapan dengan bangunan UTC itu. Ia sedikit mencacatkan pemandangan dan tidak bersesuaian dengan lokasi berkenaan. Di minta pihak Majlis Perbandaran Kuantan siasat kenapa kebenaran membina gelanggang futsal di situ boleh terlepas pandang. Ramai yang mempertikaikan projek yang mencacatkan pemandangan]. |
Panas: Isu Pencerobohan Tanah Di Maran, Penduduk Dakwa Dato' Rosni Zahari Di Fitnah Musuh Politiknya Posted: 01 Apr 2013 12:30 PM PDT MARAN, 2 April - Beberapa orang penduduk Felda Kenanga Jengka 7 dekat sini semalam menafikan dakwaan tentang penglibatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Dato' Rosni Zahari (foto) dengan kes penderobohan tanah seperti yang didedahkan oleh PDO pada 27 Februari lalu. Artikel PDO bertajuk Panas: 'Exco Wanita UMNO Pusat' Di Percayai Dalang Kes Ceroboh Tanah Secara Haram Di Maran Pahang ketika itu membongkarkan tentang satu skandal pencerobohan tanah secara haram berhampiran hutan Bukit Chempedak dan Hutan Simpan Jengka di daerah ini. Mereka mendakwa, tidak mungkin pemimpin yang selama ini berjuang dalam UMNO dari bawah dan memahami setiap masalah rakyat di kawasan ini boleh berbuat demikian. "Saya rasa ada pihak yang cuba menfitnah Dato' Rosni bagi tujuan menghalang kerjaya politik beliau yang kini semakin memuncak. Tambahan pula menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian hampir sekarang ini. Saya tidak yakin Rosni sanggup berbuat demikian kerana dia tahu undang-undang dan merupakan seorang peguam syarie yang terkenal di kawasan ini malah di Pahang khasnya. Masakan dia tergamak melakukan perbuatan demikian dikala rakyat mula melihat setiap gerak geri pemimpin UMNO sekarang ini", kata seorang penduduk terbabit. Kerjaya politik Rosni dilihat semakin meningkat naik apabila beliau berjaya meraih undi tertinggi ketika bertanding pada pemilihan pucuk tertinggi Pergerakan Wanita UMNO beberapa tahun yang lalu. Malah, undi yang diperolehi lebih tinggi dari seorang lagi calon popular dari Pahang iaitu Datuk Maznah Mazlan. Beliau kemudian dilantik menjadi Exco Wanita UMNO Pusat dibawah Datuk Seri Sharizat Abd Jalil. Malah, dia juga telah dilantik menjadi Ketua Wanita UMNO Pahang sekarang. Akibat kejayaan demi kejayaan yang diraihnya kini maka ada pihak yang cuba memburukkan nama baik beliau agar karier politiknya tercalar. Sementara itu seorang lagi penduduk mendakwa, Rosni amat disenangi oleh masyarakat di sini (Maran). "Dia lebih dekat dihati rakyat dan sering terlibat dalam berbagai program yang berkaitan rakyat di kawasan ini. Dia juga amat disenangi oleh rakyat akibat sikap mesra dan keprihatinannya dalam membela isu-isu rakyat selama ini", katanya. Rosni merupakan Ketua Wanita UMNO yang paling muda memegang jawatan itu diperingkat bahagian. Dia menang jawatan itu di Bahagian Maran pada usia 27 tahun. Kemungkinan besar akibat cemburu dan iri hati dengan kejayaan yang dikecapi, maka akhirnya berbagai tohmahan liar dilontarkan kepada pemimpin terbabit. Sementara itu Rosni yang sempat dihubungi oleh krew PDO baru-baru ini berkata dia amatlah berharap isu-isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi. "Saya pasrah dengan apa yang berlaku.. orang boleh membuat tuduhan liar dengan mengaitkan nama saya tanpa bukti-bukti kukuh. Mereka sanggup lakukan apa saja untuk memastikan masa depan politik saya terkubur. Apapun saya bersyukur atas kepercayaan rakyat terhadapa apa yang diperjuangkan oleh saya selama ini. Mereka lebih tahu dan kenal siapa saya daripada pihak lain yang gemar menabur fitnah untuk kepentingan politik masing-masing", katanya. Malah beliau juga yakin, pasti selepas ini akan ada berbagai dakwaan yang mengaitkan beliau dengan isu-isu panas menjelang pilihanraya umum ini. "Saya berharap isu-isu seperti ini tidak dapat menghilangkan fokus saya untuk memastikan Wanita UMNO Pahang terus mantap dan bertenaga dalam memastikan BN terus mempertahankan negeri ini pada pilihanraya umum akan datang. Soal saya menjadi calon atau tidak itu terserah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.. apa yang penting saya terus istiqamah dalam menjalankan segala kerja-kerja parti untuk memastikan kebajikan buat rakyat keseluruhannya", tambahnya lagi. [Apa yang berlaku kepada pemimpin UMNO ini adalah satu permainan politik licik menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Jika sebelum ini kita melihat serangan dilakukan terhadap pemimpin pembangkang, kini sesama dalaman parti juga ia sudah menular. Apapun, pendedahan yang dibuat jika disertakan dengan dokumen yang berkaitan kemungkinan besar akan meyakinkan rakyat sebenarnya. Walau bagaimana pun ia diharap bukanlah sesuatu yang berkekalan, kerana politik seperti ini akhirnya akan menikam diri pihak yang lain jika ia tidak berlandaskan kebenaran. Pahang Daily Online (PDO) berhak menyiar apa jua artikel dan pendedahan yang dihantar kepada pihak kami. Dalam masa yang sama jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan yang dilakukan mereka bolehlah mengemukan hujjah masing-masing untuk mempertahankan diri. Namun, apa yang dilihat sebelum ini tidak ramai yang berbuat demikian. Justeru apa yang berlaku kepada pemimpin seperti Dato' Rosni Zahari ini harus dijadikan ikhtibar dan pengajaran. Mungkin selepas ini nanti, ramai lagi pemimpin baik UMNO BN atau pun pembangkang yang akan menajdi mangsa. Oleh itu, bersediakan berhadapan dengan politik seperti ini. Jika tidak tahan dengan serangan siber maka kelak anda sendiri yang tewas akhirnya. Selamat berjuang !!]. |
Promosi Kempen Pilihan Raya Di Pahang Daily Online Posted: 01 Apr 2013 12:07 PM PDT Sebagai sebuah media baru yang telus, bebas dan adil kepada rakyat Pahang, maka Pahang Daily Online (PDO) menawarkan peluang kepada semua pihak untuk menggunakan blog ini sebagai ruang maya terbaik sebagai bahan kempen Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Anda boleh menggunakan PDO untuk memperkenalkan profail calon, mengetengahkan isu, mewar-warkan aktiviti calon dan parti, membangkitkan sokongan, mempromosikan calon serta lain-lain yang berkaitan. Setiap pendedahan yang dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat dan kerjasama yang diberikan oleh anda sendiri. Sekiranya anda sudah bersedia untuk meneroka alah baru di alam siber ini maka mulakan langkah bersama kami. PDO boleh menjadi media terbaik di Pahang dalam usaha anda memperkenalkan calon-calon yang bertanding kali ini. Ramai pengundi yang berada diperantauan terkadang tidak kenal calon masing-masing. Oleh itu, dengan adanya blog ini ia memberi kemudahan kepada semua pihak baik calon Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR). Sukacita dimaklumkan bahawa PDO adalah media bebas "Free Media" yang "tidak terikat" dengan parti politik sebenarnya. Justeru kami akan menyiarkan segala artikel dan berita daripada semua pihak tanpa ada sikap "double standard" walau pun ada yang menuduh sedemikian. Penangan blog menjadi salah satu sebab berlakunya "Tsunami Politik" pada Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu. Makanya, jangan lepaskan peluang untuk menjadikan PDO sebagai medium terbauk untuk memastikan kemenangan calon-calon anda pada PRU-13 ini. Jika berminat untuk berkerjasama dengan pihak kami, sila hubungi krew PDO untuk berbincang dan dapatkan maklumat lanjut. Taipkan PDO_PRU dan hantarkan ke 019-284 5511 sekarang. Tawaran dibuka kepada semua calon seluruh Malaysia amnya dan Pahang khasnya. |
Sidang Media Chegubard Dakwa UMNO Parti Haram ! Posted: 01 Apr 2013 09:49 AM PDT |
PAS Anjur Himpunan Countdown Bubar DUN Pahang ! Posted: 01 Apr 2013 09:42 AM PDT KUALA LIPIS, 2 April : PAS Pahang akan mengadakan himpunan 'countdown' pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang pada 7 April di Taman Indera Sempurna, Kuantan. Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) ketika berucap pada siri jelajah Negara Berkebajikan di Padang Tengku petang semalam memberitahu himpunan tersebut akan diadakan secara besar-besaran. Menurut beliau lagi, sebagaimana Negeri Sembilan yang terbubar secara sendiri, rakyat di Pahang juga akan menantikan berlakunya pembubaran Dun sedemikian jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu memgumumkan pembubaran parlimen dalam masa terdekat. "Kita akan mengadakan himpunan besar-besaran untuk menanti terbubarnya Dun Pahang pada 7 April nanti di Kuantan. "Kita harap seluruh rakyat Pahang yang menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat untuk hadir menanti detik terbubarnya Dun Pahang secara sendiri dan juga detik bersejarah yang memalukan dalam pentadbiran Najib," ucapnya di hadapan kira-kira 500 penduduk. Tambah beliau lagi, seluruh rakyat di negara ini sudah tidak bersabar menanti pembubaran parlimen, mereka cukup bersedia untuk melakukan perubahan lanskap politik negara ini. "PAS bersedia kepada perubahan, Pakatan Rakyat juga bersedia kepada perubahan, rakyat juga bersedia membuat perubahan sebab itulah mereka sudah tidak sabar untuk memilih PAS, PKR dan DAP pada pilihanraya nanti. "Rakyat Pahang perlu yakin untuk membuat perubahan, kita kalahkan Najib di Pekan maka seluruh Pahang akan kita menangi," sambung beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. Tuan Ibrahim menyatakan kerajaan yang dipilih rakyat adalah untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat, tetapi apa yang berlaku pada kerajaan sekarang ini mereka abai dan gagal menjaga rakyat termasuk soal kebajikan. Menurutnya lagi kerajaan BN sekarang begitu terdesak dan akan mengumumkan pelbagai perkara dengan tujuan untuk tunjuk mereka prihatin tetapi rakyat akan dibebani apabila mereka kekal memerintah. Pada program itu, beliau juga turut serahkan bendera dan baju kepada Unit Peti Undi dalam Parlimen Kuala Lipis sebagai simbolik persediaan hadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. sumber [Pertama kali dalam sejarah bagi negeri Pahang di mana Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar dengan sendirinya pada 7 April ini. Melihat kepada sambutan rakyat terhadap program Jelajah Negara Berkebajikan anjuran PAS ini jelas sekali menggambarkan satu perubahan besar akan berlaku di Pahang pada pilihanraya umum ke-13 akan datang pastinya. Malah, ribuan manusia juga dapat dilihat dalam program mereka di Jerantut malam tadi (foto). Rakyat Pahang ternyata mahu melakukan perubahan untuk melihat sebuah kerajaan negeri yang benar-benar telus, adil serta menjaga kebajikan rakyat. Bukanya sebuah kerajaan yang sekadar beretorik semata-mata. Di Pahang berbagai isu besar yang menjadi modal untuk Pakatan Rakyat terutamanya Lynas dan masalah bekalan air yang masih tiada kesudahannya sekarang ini. Apapun, rakyat amat berharap agar kerajaan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri nanti mestilah melakukan apa yang mereka perkatakan jika tidak mahu ditolak rakyat selepas itu]. |
Panas: Sah, Sakmongkol Di Umumkan Calon DAP Raub Posted: 01 Apr 2013 08:23 AM PDT [Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng malam ini telah mengumumkan Dato' Mohd Ariff Sabri atau lebih popular sebagai blogger Sakmongkol AK47 sebagai calon DAP untuk bertanding di kerusi Parlimen Raub pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini. Dato Ariff ialah bekas ADUN Pulau Manis, Pahang dan juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan. Dengan pengumuman ini ia melenyapkan spekulasi Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang awalnya dikatakan akan bertanding di situ. Apapun, pengumuman ini pasti mengejutkan kerana sebelum ini Sakmongkol menafikan akan bertanding pada PRU-13 dan ingin memperhambakan diri kepada perjuangan rakyat bersama parti DAP. Kini, ia jauh tersasar dari matlamat awal perjuangannya. Apapun, beruntunglah beliau kerana baru saja menyertai DAP dia sudah diangkat sebagai calon daripada orang lain yang telah sekian lama berjuang bersama parti itu. Pastinya, berita ini pasti merimaskan pemimpin UMNO BN di Pahang, malah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri sebenarnya. Ini kerana beliau begitu tahu banyak maklumat dan fail-fail sulit UMNO sejak sekian lama. Soalnya, apakah rakyat Raub akan memberi sokongan kepadanya kali ini. Apapun, Syabas serta tahniah PDO ucapkan kepada pemimpin itu. Selamat berjuang Sakmongkol!]. |
Posted: 01 Apr 2013 07:50 AM PDT TEMERLOH, 1 April - Pilihanraya Umum Ke-13 semakin hampir, namun isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Pahang kini masih panas dan gagal memberi kepuasaan kepada para penyokong parti-parti yang bertanding. Jika di Parlimen Bentong, PKR kecewa apabila DAP melanggar prinsip dengan mengumumkan Wong Tack bertanding di kerusi yang berstatus quo itu. Begitu juga di tempat lain seperti DUN Damak, DUN Teruntum, DUN Chini dan banyak lagi. Gara-gara tindakan pihak tertentu mengumumkan calon mereka untuk kerusi yang bertindih, menyebabkan kekecohan dan perang saraf kini berlaku di sana sini. Begitu juga terbaru di kerusi Parlimen Temerloh. Khabarnya, perbalahan antara penykong PAS dan PKR kini semakin kritikal hingga keperingkat sanggup menghina pemimpin masing-masing. Ia amat memalukan dan tidak wajar berlaku di kala PRU-13 kini kian menghampiri. Namun, hakikatnya tidak dapat ditolak dan sikap tidak puas hati yang menebal boleh menyebabkan harapan untuk Pakatan Rakyat menang di situ semakin pudar sebenarnya. Kini serangan demi serangan berlaku di laman sembang sosial facebook dan blog-blog. Semuanya gara-gara penyokong PKR tidak berpuas hati apabila PAS menuntut kerusi tersebut diserahkan kepada mereka kerana ia hanya dipinjamkan pada PRU12 lalu. Ketika itu, Ketua Cabang PKR Temerloh Ahmad Nizam Hamid menjad calon di situ. PAS mempunyai alasan kukuh untuk meletakkan calon mereka, kerana Temerloh ada sejarah bermulanya parti itu di negeri Pahang. Melihat kepada keghairahan para penyokong parti masing-masing, PKR terus mengedarkan poster Nizam sementara itu PAS mengedarkan poster calon mereka iaitu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan At Tantawi. Tambah menarik apabila awal-awal lagi penyokong PAS mengatakan "Temerloh Hok Kome" yang menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PKR disitu. Malah, ada laporan penyokong PKR diejek oleh penyokong PAS tatkala meletakkan bendera parti itu disekitar bandar Temerloh sekarang ini. Senario ini cukup membimbangkan dan boleh menjurus ke arah kekalahan secara keseluruhannya. Itu antara penyokong PAS dan PKR, belum termasuk perbalahan antara penyokong PKR sendiri di dalam menentukan calon mereka di DUN Lanchang. Malah, apa yang lebih mengejutkan terdapat beberapa buah blog pro PKR dengan berani menghentam pemimpin PAS dengan berbagai tuduhan. Blog kapaktunjai misalnya mendakwa keputusan Majlis presiden Pakatan Rakyat menyatakan keputusan kerusi Temerloh adalah STATUS QUO kepada Parti KEADILAN Rakyat tidak boleh dinafikan. Keputusan itu harus dipertahankan dalam kesepakatan yang harmoni. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat harus akur dengan pucuk kepimpinan dan tidak perlu melakukan provokasi keras terhadap keputusan tersebut. "Sabotaj dari sebilang ahli PAS dengan menghembor kata-kata kesat terhadap petugas-petugas Jentera PKR semasa kerja memasang bendera di Bandar Temerloh adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, sepatutnya pemimpin mereka patut menjaga adab-adab ahli tambahan mereka ini adalah sebuah Parti yang memperjuangkan ISLAM. Tergamak mereka ini menghembor kata-kata itu kepada petugas "Non Muslim" seolah petugas ini begitu hina sekali dan tidak memberi sumbangan. Ingatlah mereka ini "Non Muslim" banyak sumbangan dalam kemenangan dalam negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat" dakwa kenyataan di blog tersebut. Baca seterusnya di SINI. [Malah lebih menarik apabila ada pemimpin PKR Pahang sendiri yang terikut-ikut dengan perdebatan panas di facebook berkenaan isu ini. Misalnya, Ketua Cabang PKR Kuala Krau Hj.Suhaimi Said mendakwa beliau terkejut bagaimana PAS boleh umumkan mereka bertanding di kerusi Parlimen Temerloh. "Eh..eh..betul ker PAS tanding Parlimen Temerloh, bila buat keputusan ni? Dah runding dengan PKR ker, atau declare sendiri2 saja?", katanya. Sementara itu seorang penyokong PKR, Faudzi Majid pula mendakwa beliau tidak mahu kegelojohan melemahkan semangat pejuang-pejuang yang inginkan perubahan matlamat kita adalah terus memperjuangkan agenda rakyat bukan kepada mereka yang suka buat kerja-kerja gila. "Semua parti ada masalah...kenapa tidak dibuat rundingan yang baik tampa membuat declaration yang tak sepatutnya. Kita tidak mahu membuat pengumuman awal sebelum keputusan Majlis pimpinan PR membuat keputusan. Walaupun akhirnya kita terpaksa akur. Apakah agendanya sehingga sanggup menghancurkan hati dan perasaan rakan di dalam Pakatan", kata kenyataan beliau di facebook]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan