Muslimeen United |
- Petugas PAS Pamer Kreativiti
- Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan
- [VIDEO] Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib
- Lagi Pelakon Popular Sertai Pakatan Rakyat
Posted: 06 Apr 2013 06:09 PM PDT |
Zaid jelaskan kenapa Melayu mesti undi Pakatan Posted: 06 Apr 2013 06:08 PM PDT KUALA LUMPUR: Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. "Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru. "Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya. Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka. "Adalah lebih baik anda sendiri mengesahkan perkara ini. Macamana kita tahu Pakatan akan terlebih buruk dari Umno kalau kita tidak bagi mereka peluang?" kata Zaid. Bagi Zaid, rakyat negara ini khasnya orang Melayu tidak patut membiarkan mereka dibuli sentiasa. "Parti pembangkang yang ada sebenarnya mempunyai Melayu lebih ramai berbanding BN, jadi mereka tidak akan menyusahkan anda," katanya. Katanya, mereka (Pakatan Rakyat) telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan layak diberikan peluang. "Apa yang pasti, anda akan mendapat sekolah yang lebih baik, guru yang lebih baik untuk anak anda (kerana mereka lebih memberikan masa untuk mengajar dari berpolitik) dan juga suasana yang lebih selamat dari polis dan tentera. "Hatta, pendapatan anda akan meningkat dari kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang kurang rasuahnya," jelas Zaid lagi. Zaid juga berkata, rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan mengundi pembangkang. "Jika pembangkang lebih kuat dengan undi anda tetapi BN tetap menang, anda akan mendapat lebih banyak wang tunai yang akan diberi sebagaimana yang mereka janji. "Wang dan projek hanya diberikan kepada anda kerana pembangkang kuat, jika pembangkang lemah, tentu anda tidak akan mendapat BR1M 1 dan 2. "Adalah jelas, jika anda mahukan lebih dari BN, anda undi pembangkang. Belajarlah menghargai undi anda untuk memperbaiki hidup anda," tegas Zaid. -Hrkh |
[VIDEO] Ribuan Pekerja Bank Berpiket Di Ibu Negara, Tibai Adik Najib Posted: 06 Apr 2013 06:08 PM PDT Lebih 1,000 Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) berhimpun di Menara Maybank di ibu negara hari ini bagi membantah pengurusan CIMB dan Maybank. Piket yang bermula jam 2 petang itu dimulai dengan bacaan doa oleh seorang jawatankuasa Nube, dan diaminkan oleh ahli-ahli Nube, tanpa mengira kaum. Cuaca yang pada mulanya mendung dan hujan, kemudiannya bertukar menjadi cerah ketika mereka mula melaung-laungkan pelbagai kata-kata semangat. Sehingga jam 2.30, jumlah mereka meningkat hingga hampir 3000 sebelum mereka berarak ke Menara OUB yang menempatkan bank CIMB, di Jalan Tun Perak. Selain laungan semangat seperti 'Hidup Nube', bangkit pekerja, hentikan penindasan, mereka juga membawa pelbagai banner dan sepanduk mengecam pengurusan CIMB, Maybank dan Bank Muamalat. Antara banner yang menarik perhatian umum, ialah banner yang tertulis 'Abang sulung cakap rakyat didahulukan, adik bongsu cakap saya dan kroni didahulukan', 'adik PM, Nazir Razak mungkir janji'. Naib Presiden Nube, Abdul Jamil Jalaludin ketika berucap di hadapan ahli-ahli kesatuan itu, berkata jika pemimpin negara benar-benar menghayati semangat 1 Malaysia, mereka perlu turun menemui ahli-ahli yang berbilang kaum pada piket itu. Beliau yang dipecat pihak pengurusannya, Maybank cawangan Pulau Pinang sejak hampir dua tahun lalu, dikatakan dikenakan tindakan atas alasan 'menjalankan aktiviti kesatuan secara aktif'. Dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai, Nube menuntut 10 perkara yang memerlukan tindakan segera pihak berkaitan, antaranya menhentikan pencabulan Rukun Negara apabila pihak CIMBmeminta menurunkan semua gambar Yang DiPertuan agong sebagai langkah menjimatkan kos. Nube juga menuntut agar menghentikan jualan produk secara salah seperti pinjaman, kad kredit kepada pelangganyNg bukan sahaja tidak memerlukan, malah tidak mampu membeli produk itu yang dijalankan wakil jualan bank yang tidak jujur dan menipu pelanggan. Nube turut mendesak agar menhentikan caj melampau yang dikenakan ke atas pelanggan termasuklah caj untuk kemudahan ATM dan urusniaga transaksi, penyata bank, dan caj kepada pelanggan yang invin mendapatkan perkhidmatan mereka. Piket yang berlangsung sehingga jam 4. 30 petang itu berakhir dengan aman, sambil diberikan kerjasama yang baik oleh pihak berkuasa. Orang ramai yang melalui jalan tersebut turut membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan. -HD |
Lagi Pelakon Popular Sertai Pakatan Rakyat Posted: 06 Apr 2013 06:04 PM PDT Pelakon lelaki yang terkenal semasa era pasca filem OPAH di dalam tv1 tv3 dahulu telah berikrar untuk menolong calon Pakatan Rakyat pada pru 13 yang di jangka 27 may ini. Banyak artis yang telah berhijrah dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dewasa ini, fenomena ini adalah fenomena luar biasa setelah pendedahan demi pendedahan yang di lakukan oleh bloger, facebooker dan pakatan rakyat, dalam membongkar salah laku serta betapa LANUNnya Barisan Nasional merompak wang rakyat selama ini. Telah membuka mata dan minta pelbagai artis dari pelbagai latar belakang untuk turut bersama anak muda meNUMBANGkan BN, ABU BAKAR OMAR adalah salah seorang daripadanya Dalam BN tinggal Artis Awie tokey kelab malam sajalah! kah3.. ~erapasca |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan