Muslimeen United |
- Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran
- [VIDEO & GAMBAR] Lautan Manusia Di Program Ust Azhar Idrus & Husam Musa Di Putrajaya
- Puluhan Cawangan Umno Akan Di Bubarkan?
- Gambar : Khianat !!! Billboard Dan Banner Pas Dibakar Dan Dijatuhkan
- Kartun Zunar: Dari buku ke papan iklan besar
Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran Posted: 28 Apr 2013 06:24 AM PDT Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru. Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara. "Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar," ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk. Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian. Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini. "Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh 'steady' je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh. "Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas," ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini. Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik. Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu. Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.
|
[VIDEO & GAMBAR] Lautan Manusia Di Program Ust Azhar Idrus & Husam Musa Di Putrajaya Posted: 28 Apr 2013 06:19 AM PDT Lautan Manusia di Putrajaya, gabubungan 2 Tokoh Islam Kotemporasi Husam Musa & Azhar Idrus malam tadi di Padang Bola, Loji Pembersihan Konsortium ABASS, Precint 19, Putrajaya 27hb April 2013. Kehadiran Tun Mahathir yg turut hadir berkempen malam ini pun tengelam lenyap dgn suara kebangkitan rakyat kali ini. Inikali LAH tukar!!! Pelakon, Mustapha Kamal Bersama 100 Yang Lain Isytihar Masuk PAS... Borang Keahlian Diserah Kepada Dato Husam Musa |
Puluhan Cawangan Umno Akan Di Bubarkan? Posted: 28 Apr 2013 06:15 AM PDT Berita yang mengatakan UMNO akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan UMNO akan dibubarkan di Selangor terutamanya akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika benar berita ini ia tidak mengejutkan kerana saya telah menyebutnya setahun dahulu tetapi tidak pula menyangka yang keadaannya sampai ketahap membubarkan cawangan-cawangannya. Saya selalu memberikan komen tentang hasrat Najib dan Muhyiddin yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang 'winnable'. Blog ini selalunya menyatakan yang mana mungkin UMNO boleh menurunkan calon yang 'winnable' sedangkan UMNO itu sendiri sudah tidak 'winnable' lagi. UMNO tidak 'winnable' lagi kerana pimpinannya tidak 'winnable'. Jika kita lihat di Selangor, pemimpin yang sibuk untuk mengambil alih kerajaan PKR ini adalah pemimpin yang sama yang telah di tolak oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya lalu. Tidak nampak ada pimpinan baru yang boleh meyakinkan rakyat Selangor. Malahan pimpinan UMNO Selangor telah kehilangan hidayah samasekali dengan meminta Zulkifli Nordin sebagai calon bagi kawasan elit Shah Alam dan ini sekali gus menjadikan orang ramai tidak lagi yakin terhadap kewibawaan UMNO Selangor itu. Penyertaan Zulkifli Nordin itu bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO itu di Selangor tetapi menjatuhkan keyakinan ramai terhadap UMNO di seluruh negara. Itu belum di tambah lagi dengan isu yang berlaku di Pasir Mas dalam mana UMNO sendiri telah berperanan untuk meletakkan Ibrahim Ali sebagai calon UMNO malalui pencalonan bebas di sana. Semakin hampir kepada plihanraya semakin banyak perkara yang buruk dihadapi oleh UMNO itu. Di sebaliknya pihak PAS telah mendapat lonjakkan yang besar di Selangor dengan penyertaan TS Muhammad Taib dalam PAS yang sekali gus meninggalkan UMNO buat selama-lamanya. UMNO telah mengabaikan ramai pimpinan kerana ramai pimpinan yang tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan tidak di indahkan oleh UMNO. Semangat PAS dan rakan Pakatan telah naik mendadak dengan penyertaan Muhammad Taib. Jika berita banyak cawangan UMNO akan di bubarkan di Selangor itu terjadi dalam masa yang terdekat ini, ia tentunya sedikit sebanyak kerana pengaruh Muhammad Taib itu tadi. Itulah keadaan sebenarnya walaupun cuba diselindungi oleh UMNO sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan UMNO itu tidak mungkin berjaya meletakkan calon 'winnable' dalam pilihanraya kali ini kerana UMNO itu sendiri bukan parti yang 'winnable'. Apa yang dihadapi UMNO sekarang ini bermula tiga puluh tahun dahulu. Penyakitnya sudah berada dalam parti itu sejak itu dan penyakit itu beransur-ansur merebak keseluruh tubuh UMNO itu sendiri sehinggakan ia sudah melumpuhkan seluruh tubuh parti itu. Sejak hampir tiga dekad dahulu saya mengkritik dari dalam kerana di setiap peringkat pemimpin-pemimpin yang 'winnable' telah dihapuskan oleh sistem berparti yang di mulakan oleh Dr Mahathir. Ramai pimpinan UMNO di peringkat Bahagian telah di ketepikan dan hasilnya UMNO terpaksa memilih calon-calon 'winnable' dari kumpulan pemimpin yang tidak 'winnable' dalam sebuah parti yang sudah lama tidak 'winnable' lagi. Rupa-rupanya kami terpaksa mengambil masa hampir 30 tahun untuk membuktikan kebenaran ini. Bagi ahli-ahli UMNO yang sedar, dan sebagai orang Melayu saudara-saudari sekelian wajar memberikan dukungan kepada PAS kerana PAS sahajalah yang ada sebagai pilihan kepada orang Melayu sekarang ini. Kewajaran orang Melayu untuk beramai-ramai memberikan sokongan kepada PAS itu tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kecuali mereka yang sudah hilang segala hidayah politik mereka. PAS sahajalah nampaknya sampai kesaat ini membuktikan segala janji-janjinya di tepati. Yang lain itu mungkin masih bergelumang dengan masalah-masalah masing-masing, dari masalah berebut-rebut jawatan kerana masih mempunyai DNA UMNO itu, dan masalah parti yang masih rasis yang masih tidak dapat di pecahkan dalam 'mind-set' mereka. Oleh kerana yang lain itu masih dengan cara mereka yang lama maka rakyat harus memilih parti yang sudah benar-benar terbuka untuk perubahan yang di mahukan oleh rakyat sekarang ini. ~aspan alias |
Gambar : Khianat !!! Billboard Dan Banner Pas Dibakar Dan Dijatuhkan Posted: 28 Apr 2013 06:15 AM PDT |
Kartun Zunar: Dari buku ke papan iklan besar Posted: 28 Apr 2013 06:13 AM PDT (Kartun yang dihasilkan Zunar kini menghiasi papan-papan iklan di tepi jalan) KUALA LUMPUR: Dari berjuang melalui lukisan di dalam akhbar, laman web dan pameran lukisan, kini lukisan kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar terpampang di papan-papan besar. Pelbagai jenis lukisan yang dibuat Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq, kini di pasang di tepi-tepi jalan dan pusat perhimpunan orang ramai. Zunar membuat perkara ini bersama dengan rakan -rakannya yang bertungkus lumus mahu memenangkan perjuangan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini. "Saya buat ini untuk rakyat," kata Zunar dalam satu majlis. Nama Zunar mula popular melalui majalah kartun Gila-gila. Kemudiannya beliau menjadi kartunis utama akhbar Berita Harian. Apabila reformasi meletus 1998, Zunar menyertai Harakah menjadi kartunis dengan akhbar milik PAS itu. "Sumbangan utama Zunar adalah semasa pilihan raya umum 1999. Ketika itu Zunar bersama redaksi Harakah membuat keluaran khas untuk pilihan raya tersebut," kata Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Harakah ketika itu. Ketika itulah Harakah berada di kemuncaknya apabila diedarkan 350,000 naskah setiap keluaran dan kemuncaknya 380,000 naskah menjelang hari mengundi pilihan raya umum 1999. Hasilnya, dalam pilihan raya itu PAS mendapat dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di samping dapat menghantar 27 pemimpinnya ke Parlimen. Kini Zunar bergerak bersama rakan-rakan kartunis mengasilkan pelbagai jenis kartun untuk pelbagai jenis media. Beliau pernah membuat kartun pameran solo di London. Tahun lepas, beliau juga membuat pameran solo kartun di Shah Alam. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan