Muslimeen United |
- Polis Sudah Mula Mengundi? Heret SPR & PDRM Ke Muka Pengadilan
- PR isytihar cuti umum 6hb Mei jika kuasai P'jaya
- [SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR
- Gambar ceramah PR di seluruh negara semalam... demam tak kebah Bn dibuatnya
- Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah
- Ramai Sokong Anwar Untuk Humban Bos TV3 Ke Penjara
Polis Sudah Mula Mengundi? Heret SPR & PDRM Ke Muka Pengadilan Posted: 23 Apr 2013 01:41 AM PDT Anggota Polis diarahkan mengundi hari ini.. Kegilaan apakah ini meskipun difahamkan tarikh pengundian awal sepatutnya ialah pada 30 April 2013 (lima hari sebelum tarikh undi awam). Berikut mesej yang dihantar oleh beliau: Salam admin, minta jasa baik admin ambil berat apa yang saya ingin sampaikan ni.. Hari ni telah bermula undi pos bg anggota PDRM,di sini saya nak bagitau beberapa perkara 1) Undi pos sepatutnya bermula 3 hari awal dari undi awam tapi skrg ni baru berapa hari bulan? 2) Undi tnpa ada pemerhati dari spr,hnya kantung undi sahaja yang ada 3) Kertas undi ada no siri 4) Sebelum pangkah undi, terdapat borang yang sudah tertera nama pengundi beserta no ic dan no siri yang sama dengan kertas undi 5) Borang tersebut dimasukkan bersama kertas undi ke dalam sampul sebelum digam dan dimasukkan ke kantung undi 6) Undi tak rahsia langsung, siap ada no siri, kawan-kawan ada kiri kanan, bersepah2 undi.. tiada tmpat khas utk mengundi!! Harap admin dpt sebarkan n bangkitkn perkara ni,n dpt segera sampaikn ke pucuk pimpinan PR,mintak tolong sgt2.. Beliau turut mendedahkan bukti kertas undi... Ayuh tumbangkan penipuan..-Jahar Jika ia benar-benar berlaku, Jawatankuasa Peguam Pakatanperlu heret SPR dan PDRM ke muka pengadilan. Pilihanraya Umum ke 13 boleh diisytihar tidak sah oleh mahkamah dan seluruh keputusan terbatal. Sementelah lagi pemohon boleh meminta SPR dikenakan tindakan dan pengerusi dan timbalannya boleh dihukum. Pemohon juga boleh memohon mahkamah merombak keseluruhan organisasi SPR untuk perlantikan yang lebih adil dan telus. -GB | ||||||||||||||||||||
PR isytihar cuti umum 6hb Mei jika kuasai P'jaya Posted: 23 Apr 2013 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan mengisytiharkan 6hb Mei ini iaitu sehari selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan, sebagai cuti umum jika berjaya menguasai pentadbiran di Putrajaya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ianya bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya pengundi di perantauan untuk kembali ke ibu kota bagi meneruskan tugas mereka. "InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan isytiharkan 6 Mei sebagai cuti umum jika Pakatan Rakyat mendapat majoriti untuk bentuk kerajaan di Putrajaya. "Jadi rakyat tidak perlu untuk tergesa-gesa balik ke tempat kerja masing-masing selepas selesai membuang undi," katanya yang juga calon PAS bagi parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari mengundi PRU13 akan diadakan pada hari Ahad, 5 Mei ini. Ianya adalah hari bekerja bagi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. Kelantan bagaimanapun telah mengumumkan bahawa tarikh itu dijadikan cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri itu keluar mengundi dengan selesa. Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia yang sudah berdafar sebagai pengundi, layak mengundi kali ini. -Hrkh | ||||||||||||||||||||
[SELESAI] 3 DUN T'ganu Kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti Kepada PKR Posted: 22 Apr 2013 05:51 PM PDT PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini. Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. | ||||||||||||||||||||
Gambar ceramah PR di seluruh negara semalam... demam tak kebah Bn dibuatnya Posted: 22 Apr 2013 05:49 PM PDT
Dan yang paling meriah ialah yang kat bawah ni... Beras lagiiii... wakaka
Sumber gambar dan berita - era pasca adios | ||||||||||||||||||||
Ramai tanding bebas bukti BN bermasalah Posted: 22 Apr 2013 05:46 PM PDT IPOH: Tindakan lebih 60 orang ahli Umno melawan calon mereka sendiri sebagai calon bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal. Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ini merupakan suasana paling teruk berlaku dalam sejarah pilihan raya Umno BN dan ianya menunjukkan Umno BN kini hanya 'retak menanti belah'. "Tindakan mereka (bertanding bebas) ini menggambarkan betapa Umno sedang berdepan dengan kemelut dalaman yang sangat kritikal dan dasyat," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, semalam. Hadir sama Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Mohd Fitri Asmuni dan Safarizal Saleh. Menurut Dr Nuri, di Perak sahaja, tujuh daripada 15 calon yang bertanding bebas adalah dari kalangan ahli dan pemimpin Umno. Beliau menjelaskan, tindakan tersebut disebabkan ramai ahli akar umbi yang tidak bersetuju dengan calon-calon yang dipilih oleh Presiden Umno, Datuk Sri Najib Tun Razak. Tindakan bertanding calon bebas itu katanya adalah satu cara untuk ahli menunjukkan protes mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang dilihat tidak menghormati suara ahli parti. "Ramai pimpinan yang sudah lama menjalankan gerak kerja dan sudah dikenali masyarakat namun pada saat-saat akhir nama mereka tidak dicalonkan. "Tindakan ini ternyata menggambarkan BN tidak menghormati usaha pimpinan kawasan dan memilih calon yang dipilih atas dasar kroni," jelasnya lagi. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, dalam konteks Perak terbukti Umno mempunyai masalah besar untuk memberi keyakinan serta kesetian ahli kepada setiap keputusan yang dibuat. Ini kerana katanya mungkin disebabkan golongan yang berkuasa di dalam parti telah menggunakan kesempatan untuk menaikkan kroni mereka untuk kepentingan tertentu. "Kami yakin, rakyat dapat menilai apa yang sedang berlaku di dalam BN khusunya Umno yang bergolak ketika ini. "PAS Perak mengucapkan tahniah kepada calon-calon bebas dari kalangan ahli Umno kerana berani membuat tindakan drastik demi memperjuangkan suara akar umbi," jelasnya. -Hrkh | ||||||||||||||||||||
Ramai Sokong Anwar Untuk Humban Bos TV3 Ke Penjara Posted: 22 Apr 2013 05:45 PM PDT Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan. Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi". "Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut. Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak. TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times. Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan