Muslimeen United |
- Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN
- Bermula Kejatuhan BN, Kerana Tangan Rosmah..
- Umno dah hancur, Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!!
- Umno BN Mahu Kuburkan Karier Ali Rustam?
- Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013
- Pengamal media baru sambut hangat Husam di Putrajaya
Ibrahim Ali, Hassan Ali & Rais Yatim Tidak Tersenarai Sebagai Calon BN Posted: 15 Apr 2013 11:35 PM PDT Barisan Nasional (BN) akan menamakan pemimpin Umno tempatan sebagai calon parlimen Pasir Mas daripada mengundang kontroversi dengan meletakkan Datuk Ibrahim Ali di bawah bendera mereka pada Pilihan Raya 2013, kata satu sumber. The Malaysian Insider difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu mengelakkan daripada dikaitkan dengan presiden kumpulan Melayu berhaluan kanan itu. "Ibrahim Ali tiada dalam senarai," kata sumber yang mengesahkan senarai calon Kelantan telah diserahkan kepada Mustapa yang akan mengumumkannya hari ini. "Najib dan To Pa komited untuk membawa muka baru yang lebih berpandangan holistik dan maju dalam hubungan kaum," kata satu lagi sumber dan menambah ini menyebabkan Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN. Perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad telah melobi agar Ibrahim dimasukkan dalam senarai calon BN dengan mengatakan presiden Perkasa itu adalah penyelamat negara. Dr Mahathir juga merupakan penaung kepada Perkasa yang memperjuangkan hak Melayu yang sudahpun dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Ibrahim bertanding di atas tiket PAS dalam Pilihan Raya 2008 dan menang kerusi Pasir Mas. Beliau kemudiannya mengumumkan dirinya sebagai calon bebas dan dilihat rapat dengan Umno dan BN. Beliau menubuhkan Perkasa untuk memperjuangkan hak Melayu selepas pilihan raya bersejarah yang menyaksikan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dan beberapa buah negeri. Perkasa mempunyai lebih kurang 200,000 orang ahli yang majoritinya merupakan ahli Umno. -TMI Selain Ibrahim Ali, nama Hassan Ali, Rais Yatim tidak kelihatan di dalam mana-mana senarai calon BN yang bertanding di dalam PRU13 nanti. UMNO sedar risiko besar untuk meletakkan mereka sebagai calon UMNO BN kerana terutama kedua-dua anak Pak Ali itu yang terkenal dengan imej "Malay cauvinist"nya. Anehnya, Naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad. Mungkin sudah berpusing-pusing cari calon, takda lain yang lebih layak selainnya. Ramai pemerhati berpendapat tindakan Najib menghantar Zulkifli di Shah Alam adalah langkah terdesak UMNO untuk memenangi hati pengundi Melayu yang membentuk pengundi majoriti di Shah Alam. Tetapi, ramai yang berpendapat, Shah Alam akan menjadi kubur Zul Kulim ini. -GB |
Bermula Kejatuhan BN, Kerana Tangan Rosmah.. Posted: 15 Apr 2013 05:40 PM PDT Cium tangan Rosmah, isteri PM. CATATAN SANTAI IBNU HASYIM DITAFSIRKAN sebagai kejatuhan BN yang terasnya UMNO ialah kerana mungkin buat kali pertama dalam sejarah Umno/BN berlaku peristiwa gawat ini. Gawat di mana Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13.Ini, saya kira sebagai suatu gejala besar ke arah kejatuhan BN, kalau ianya benar-benar-benar berlaku. Iaitu:
Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri Umno diisytihar sebagai tidak layak bertanding di pilihanraya umum ke 13. Kesan Dan AkibatIni pula diikuti desas-desus bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bakal menggantikan Tengku Adnan yang bakal berdepan dengan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa. Umno/BN, kali ini menghadapi masalah besar dalam menentukan calon. Menurut berbagai sumber...
Sekian, Wassalam. |
Umno dah hancur, Impian Najib Tawan Selangor Berkecai!! Posted: 15 Apr 2013 05:35 PM PDT Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini. Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu. Sejak itu beliau mengenepikan sepenuhnya aktiviti yang melibatkan politik dan banyak menghabiskan masanya dengan program-program keagamaan. Beliau bukan saja banyak menghadiri pelbagai program bercorak agama dan mengadakan pelbagai majlis di kediamannya, malah jika berbual pun topiknya banyak menjurus ke arah keagamaan. Dengan kecenderungan terhadap agama itu, penyertaan beliau ke dalam Pas tidaklah begitu memeranjatkan meskipun UMNO tentunya agak terpukul dengan tindakan bekas MB Selangor dan Naib Presiden UMNO itu menyertai Pas di saat-saat hampirnya berlangsung pilihanraya yang paling mencabar ini. Lebih-lebih lagi dalam pilihanraya kali ini, selain mahu mengekalkan Putrajaya, matlamat Najib juga ialah mahu menawan kembali Selangor yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu. Walaupun Mat Taib berdepan dengan isu kredibiliti berikutan peristiwa lama yang melibatkan dirinya dan dianggap sudah "expired" dalam UMNO, penyertaan beliau ke dalam Pas tidak harus dipandang ringan. Kemasukannya membawa imej dan persepsi yang tidak baik mengenai UMNO dan melonjakkan moral Pas serta Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Ia tidak jauh bezanya dengan keputusan beberapa pegawai tinggi kerajaan, pegawai polis dan tentera yang memilih Pas dan Pkr sebaik saja bersara daripada kerajaan sebelum ini. Sebagaimana penyertaan mereka itu meningkatkan moral dan imej Pakatan Rakyat, kemasukan Mat Taib juga sebenarnya memberi impak yang serupa. Sepanjang menjadi MB Selangor selama 11 tahun, Mat Taib dikenali sebagai pemimpin yang baik budi pekertinya dan suka menolong orang. Ramai pemimpin UMNO dan ahli perniagaan yang meriah dengan rezeki yang dilorongkan Tuhan melalui sikapnya baik hati itu. Rakyat Selangor pula banyak yang mendapat tanah untuk kediaman dan memulakan kehidupan baru. Perkampungan dan penempatan baru yang melibatkan orang Melayu banyak diwujudkan semasa kepimpinannya. Dengan jasanya yang sedemikian itu, tentunya beliau masih dikenang oleh ramai orang di Selangor ini. Oleh itu, penyertaannya ke dalam PAS tidak dapat dinafikan akan memberi signifikan kepada usaha Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbiran negeri itu ditangannya. Impian Najib dan UMNO Selangor pasti akan bertambah sukar dengan penyertaan beliau ke dalam Pas ini. Lebih-lebih lagi jika selepas hari penamaan calon nanti Mat, Taib juga turut berkempen dan meminta pengundi mengekalkan negeri itu di tangan Pakatan Rakyat yang baru menaungi perjuangan barunya. Dengan menyertai Pas di saat berlangsungnya hari penamaan calon dan Pakatan Rakyat pula sudah siap dengan senarai calon-calonnya, Mat Taib seperti memberi isyarat bahawa beliau tidak sekali-kali berminat untuk bertanding semula. Hasratnya ialah untuk membantu perjuangan Pas dan Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor. Walaupun Najib sentiasa ghairah mahu menawan Selangor, tetapi keputusan beliau yang dijangka meletakkan FD Iskandar sebagai calon MB Selangor jika BN kembali berkuasa, turut mengundang masalah dalam UMNO sendiri. Kem Noh Omar dan Zin Mohamed yang kini merupakan orang kanan dan orang kiri Najib di Selangor, ternyata kurang berpuas hati dengan pemilihan FD Iskandar itu. Pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian dan cawangan juga menunjukkan rasa kurang senang dengan pemilihan FD Iskandar berikutan beliau dilihat pemimpin yang kurang mesra dengan orang bawahan dan kedudukannya sebagai ahli perniagaan serta pemaju hartanah membimbangkan mereka kemungkinan fokusnya nanti lebih kepada membantu syarikatnya sendiri, Glomac Berhad berbanding membantu rakyat Selangor sendiri. Menang tidak dinafikan, impian Najib menawan Selangor bukanlah mudah. Selain Pakatan Rakyat juga bekerja keras dan berjaya menampilkan imej yang lebih baik berbanding kepimpinan UMNO sebelumnya walaupun cuba dibangkitkan pelbagai isu untuk merangsang emosi rakyat, wujudnya penolakan dalaman UMNO sendiri berikutan calon MB pilihan Najib kurang dipersetujui dan kini dengan bantuan Mat Taib pula yang menyertai PAS, impian Najib hakikatnya makin bertambah sukar. Malah ada beberapa pemimpin UMNO Selangor sendiri tanpa berselindung menyatakan, impian Najib itu sebenarnya sudah pun berkecai dan musnah sekarang ini. (SH 15/04/2013) |
Umno BN Mahu Kuburkan Karier Ali Rustam? Posted: 15 Apr 2013 05:28 PM PDT Parlimen Bukit Katil adalah prospek tertinggi untuk di menangi oleh Pakatan Rakyat kerana pada PRU 2008, 2 kerusi DUN dalam Parlimen Bukti Katil di menangi oleh DAP. Manakala 2 kerusi DUN lagi di menangi oleh BN. Pakatan Rakyat hanya perlu memenangi 1 lagi kerusi bagi membuka ruang untuk kemenangan Parlimen ke 2 Pakatan Rakyat negeri Melaka. DUN di jangka di menangi oleh Pakatan Rakyat adalah kerusi DUN Bukit Baru di mana PAS meletakkan calonnya iaitu Dr. Khalid Kassim merupakan mantan Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka. Maka di lihat pencalonan Ali Rustam merupakan penyandang DUN Bukit Baru di parlimen Bukit Katil oleh Umno BN, hanya mahu menguburkan karier politiknya yang di belenggu dengan pelbagai masalah kepimpinan. Menjelang pengumuman calon Barisan Nasional (BN) hari ini, sumber yang rapat dengan Umno memberitahu bekas ketua menteri Melaka, Ali Rustam akan bertanding di kerusi parlimen Bukit Katil dan bukannya Jasin seperti ramalan awal. Ini bermakna sekiranya perkara ini benar, Ali akan menentang Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin yang sudah pun diumumkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat dua minggu lalu. Sumber tersebut memberitahu lagi, Ali tidak disenaraikan di Jasin kerana BEKAS penyandangnya, Ahmad Hamzah dijangka kekal mempertahankan kerusi itu bagi penggal kedua berturut-turut. Shamsul ketika mengulas spekulasi tersebut hanya menjawab, tunggu pengumuman esok (hari ini) setelah Ali sendiri yang akan mengumumkan senarai calon BN di negeri itu. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon parti itu yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihanraya umum ke-13, 5 Mei ini. Anwar berkata, dua kerusi yang masih dirundingkan ialah Parlimen Sungai Siput dan DUN Manong. "Adalah normal bagi parti dalam pakatan untuk mempunyai pendapat tersendiri dalam penentuan kerusi. Kita menjangkakan dapat mencapai keputusannya tidak lama lagi," katanya ketika berceramah di Jalan Pemimpin, Manjoi di Ipoh. Sembilan calon KEADILAN yang akan bertanding di kerusi Parlimen ialah Dr. Muhammad Nur Manuty (Bagan Serai), Dr. Meor Ahmad Isharra Meor Ishak (Padang Rengas), Siti Aishah Sheikh Ismail (Tambun), Dr. Lee Boon Chye (Gopeng), K. Vasanthakumar (Tapah), Mustaffa Kamil Ayub (Pasir Salak), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid (Lumut), Madhi Hassan (Bagan Datoh) dan Dr. Tan Yee Kew (Tanjung Malim). Selain itu, 19 kerusi DUN yang menjadi pertaruhan KEADILAN ialah Pengkalan Hulu, Temenggor, Kenering, Kota Tampan, Batu Kurau, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Kuala Sepetang, Ulu Kinta, Bukit Chandan, Bota, Tualang Sekah, Simpang Pulai, Teja, Chenderiang, Sungai Manik, Pangkor, Hutan Melintang dan Behrang. Perak mempunyai 24 kerusi parlimen dan 59 kerusi DUN. Pakatan Rakyat masih belum menentukan calon untuk kerusi Parlimen Sungai Siput selepas Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengesahkan untuk bertanding di situ menerusi penyandangnya, Dr. Jeyakumar Devaraj yang menggunakan tiket KEADILAN pada 2008. Kejutan berlaku apabila Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam. Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional. Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Altantuya ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas. Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek. ~keadilandaily |
Mari Realisasikan Harapan Rakyat Ini: Harga Minyak Turun 7 Mei 2013 Posted: 15 Apr 2013 05:25 PM PDT 7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu. "Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat. Beliau berkata demikian pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu. Penurunan harga minyak antara agenda utama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya, yang dimasukkan di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan Rakyat. Ketua Umum KEADILAN itu juga konsisten menyatakan komitmen tersebut pada setiap siri ceramahnya. Katanya, penurunan harga minyak tidak mustahil untuk dilaksana, memandangkan kedudukan Malaysia selaku pengeluar minyak. "Ini fakta, sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) tak mahu debat. Dia syarah di TV3 bukan main garang, marah saya. "Tapi (dengan) saya, (dia) tak boleh jawab. Dia (hanya) marah seorang diri. Sebagai pemimpin, (sepatutnya) kamu kena pertahankan hujah kamu," kata Anwar. |
Pengamal media baru sambut hangat Husam di Putrajaya Posted: 15 Apr 2013 05:22 PM PDT (Husam bersama pengamal media baru di Putrajaya) PUTRAJAYA: Meskipun dirancang dalam masa kurang 48 jam, pertemuan Datuk Husam Musa dengan pada semua Facebooker, Twitter, blogger dan pengamal media baru di Putrajaya disambut dengan hangat. "Alhamdulillah, sambutan pada program "Ad-Hoc" (dirancang dalam masa 2 hari sahaja) saya anggap amat-amat berjaya dengan kehadiran yang begitu ramai, berbilang bangsa, peringkat umur dan fahaman politik," tulis Husam di laman page rasmi calon di Facebook P-125 Putrajaya. (Husam memberikan ucapan kepada pengamal media baru di Putrajaya) Program Santai itu diadakan di Foodcourt Presint 8 malam tadi. Husam menyatakan penghargaan kepada warga media baru yang melontar pandangan yang dianggapnya "terlalu penting" untuk diambil perhatian. "Perubahan dalam Negara perlu bermula dengan sikap & idea-idea positif & saya lihat, warga maya Putrajaya mampu & telah membuktikan kebolehan itu dalam pertemuan singkat tadi. Insya-Allah, sebelum PRU nanti saya akan mengadakan lagi sessi yang sama & meluangkan lebih banyak masa dengan anda semua," tambahnya lagi. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan