Nuffnang

Pengikut

Muslimeen United

sumber :-

Muslimeen United


Benar Kata Tengku Nan..Kini Husam Musa Kena "Kejutan"..

Posted: 12 Apr 2013 12:02 AM PDT


Datuk Husam Musa mengakui hari ini terkejut dengan sambutan hangat penduduk Putrajaya selepas beliau diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) selepas beliau turun ke bawah untuk lawatan pertamanya.

Naib presiden PAS itu dinamakan sebagai calon Selasa lalu mengadakan acara malam tadi dan melawat penduduk Putrajaya hari ini untuk memperkenalkan dirinya dan mendengar rintihan mereka.

"Saya sangat gembira, kerana dari body language orang-orang di sini ... Saya terkejut, dulu saya ingatkan kakitangan kerajaan ni tak berani. Tapi rupanya mereka lebih berani dari saya," kata Husam kepada pemberita di sini.

Husam mengatakan beliau telah mengelakkan diri dari duduk dan berbual-bual dengan penjawat awam karana bimbang akan membahayakan kerjaya mereka, akan tetapi sebaliknya berlaku apabila mereka yang menemuinya.

"Ramai yang nak bergambar. Walaupun mereka dalam uniform kerajaan. Ada seorang dua pegawai minum bersama saya.

"Saya kira ini adalah perubahan positif," tambah beliau





Sumber Gambar : FB P 125 Putrajaya

Sinar Harian buat BN kecut!!

Posted: 11 Apr 2013 11:56 PM PDT


SH_BNKecut 

Sebelum ini terdapat tiga bancian Sinar Harian mengenai manifesto pilihanraya seperti di atas. Entah kenapa tiba-tiba ia hilang. Hilang kerana hasil bancian yang melibatkan 10 ribu responden menunjukkan 81% memilih manifesto PR manakala selebihnya 19% berpihak kepada BN. Hilang sedangkan bancian lain sebelum ini akan dipaparkan seperti biasa.

Hilang kerana berkeputusan sedemikian dan akan kenal kalau keputusan sebaliknya. Nampaknya Sinar Harian Online dah membuatkan BN kecut lalu ia mendapat arahan supaya dibuang. Mungkin tekanan Kementerian Dalam Negeri atau SKMM.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini Sinar Harian  sebelum ini merupakan media yang telus dan berani dengan penyiaran berita yang neutral. Sinar Harian tak boleh dipersalahkan kerana tekanan pihak-pihak berkenaan.

Insyaallah selepas 5 Mei, Sinar Harian tak akan ditekan lagi. TV3, RTM, Berita Harian, Utusan Malaysia dan beberapa media lain mula malu alah dan nak berjinak-jinak dengan kerajaan baru…

Berjuang Hingga Ke Hujung Nyawa

Posted: 11 Apr 2013 05:25 PM PDT



Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, tidak menghiraukan desakan supaya beliau meletakkan jawatan tetapi sebaliknya akan terus berkhidmat sehingga ke 'hujung nyawa'.

"Selagi saya bernafas, saya akan terus pegang jawatan dan memainkan peranan saya dalam membentuk Islam," katanya kepada media kelmarin sebagai menjawab pelbagai desakan, termasuk mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau berundur.

Ketika pelbagai pihak mempertikaikan kemampuan beliau untuk terus mentadbir Kelantan, Tok Guru Nik Aziz terus mengulangi kenyataan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana sebelum ini.

"Masalah siapa yang akan menjadi menteri besar selepas PRU13 nanti itu masalah kedua tetapi saya akan terus bercakap dalam Islam," katanya dilaporkan sebuah akhbar Singapura.

Sementara itu, ditanya siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara pada PRU13 nanti, Tuan Guru Datuk Nik Aziz menegaskan, paling penting individu itu adalah Islam.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Tok Guru menang dengan majoriti undi yang lebih besar iaitu 4,249 undi dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar, di Dun Chempaka.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) telah menganugerahkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan.

Selain itu, Datuk Nik Aziz mengakui beliau sememangnya bukan pemegang kunci pintu syurga sehingga boleh menilai dosa dan pahala seseorang.

Akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan "fatwa" bahawa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala dan usaha kerajaan membina masjid bukan sebahagian daripada ajaran Islam kerana hanya bertujuan mendapatkan kontrak. -BO

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT