Muslimeen United |
- [BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India
- 3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu
- Berita bergambar: Dato Seri yang dicari polis bersama orang BN
- Fulamak...Peguam Cun Jadi Calun Pakatan
[BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India Posted: 31 Mar 2013 11:18 PM PDT Terbaik !! dan Tahniah !! Rakan rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa. Segalanya dilakukan secara terbuka,siang hari pulak tu.Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik. Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13.Gantikan Umno dengan Pas,BN dengan Pakatan Rakyat.Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB Sumber gambar DISINI |
3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu Posted: 31 Mar 2013 05:40 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua minggu, tiga siri tangkapan telah dilakukan pihak polis terhadap mahasiswa. Menurut Facebook Berita Universiti, siri tangkapan pertama, tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri pada 22 Mac lalu setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu. Tangkapan kedua pula, lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang terdiri daripada tiga siswa dan dua siswi ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac lalu. Siri tangkapan ketiga pada hari ini, 31 Mac, yang mana lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak). -Hrkh |
Berita bergambar: Dato Seri yang dicari polis bersama orang BN Posted: 31 Mar 2013 05:37 PM PDT LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat. "Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad. Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah. Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani. Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - mStar |
Fulamak...Peguam Cun Jadi Calun Pakatan Posted: 31 Mar 2013 05:36 PM PDT Telah diumumkan Calon Parlimen Paya Besar,Kuantan Pahang Cik Murni Hidayah (Lawyer) dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat sebentar tadi...Undilah Cik Murni! NOTA: ini peguam tukar tiub dalam kes macam mana nak jadi kaya kah kah kah NOTA: untuk pembaca tukar tiub minah cun ini memiliki sejarah perjuangan yang panjang bapa saudara minah ini arwah cik gu zul adalah pemimpin parti rakyat yang menang pilihanraya pada tahun 1969 budak suruhan british yang bernama tunku abdul rahman telah menangkap YB PRM ini sehinggga TIDAK pernah dapat mengambil kerusi ADUNYA ibu kepada minah ini ialah penyokong tegar hishamuddin rais ketika di univedrsiti malaya NOTA minah cun ini adalah aktivis ngo - peguam untuk kebebasan |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan