Jumaat, 5 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRU 13 : mamat ni tengah cari kerusi, jadi kena la bodek Najib kot2 dapat jadi calon ... hihihi kecian

Posted: 05 Apr 2013 08:49 PM PDT


Ibrahim Ali Akan Dedah Dua 'Rahsia' Pembangkang
KUALA LUMPUR: Dua 'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.
Katanya rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang.
"Saya mempunyai maklumat tentang dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara PAS, DAP dan PKR serta maklumat tentang pemimpin tertentu yang menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang tetapi tidak boleh didedahkan sekarang...dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia.
"Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam Sabtu dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.
"Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Jumaat.
Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya.
Beliau berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang.
Berhubung laporan polis yang dibuatnya petang Jumaat, Ibrahim menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab.
"Tindakan ini dilihat cuba untuk mensabotaj saya... saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir," katanya. BERNAMA

hahaha Vivian berbogel dengan bendera BN

Posted: 05 Apr 2013 08:27 AM PDT


Gambar dari laman Facebook Alvin dan VivianGambar dari laman Facebook Alvin dan VivianKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.
Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan hari ini namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Onlinemelalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar wanita tersebut yang dimuatkan di dalam laman sosial Facebook dengan akaun nama "Alvin and Vivian - Alvivi" itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.
- Utusan Malaysia

TERKINI ; PRU 13 - DSAI tetap pertahan Permatang Pauh

Posted: 05 Apr 2013 07:19 AM PDT


Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.

Siang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh.

Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.

Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar.

Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen.

"Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.

Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh.

Tiada ulasan: