MIMPI SENJA |
- Risalah burukkan Pakatan Rakyat tersebar di Kuala Lumpur ... Jangan Percaya
- Mat Taib : UMNO sudah hilang upaya
- memang betoi2 haram jadah la puak2 ni ...hampa tengok la
- Mat Taib [bekas MB Selangor] : UMNO tak ada pendirian
- tak heran pun .. memang perangai puak2 UMporNo ni macam tu ...walaupun yang betinanya ...haramjadah betoi la
- Selesai sudah ... Alhamdulillah ... PAS setuju serah DUN Sg Aceh @ P Pinang, Panti @ Johor dan Parlimen Labuan kpd PKR
- PAS dedah Calon BN disiasat SPRM
Risalah burukkan Pakatan Rakyat tersebar di Kuala Lumpur ... Jangan Percaya Posted: 22 Apr 2013 10:31 PM PDT SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mengirimkan sebuah gambar risalah yang diterimanya. Risalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat itu dikatakan tersebar di Kuala Lumpur. Risalah itu antara lainnya bertulis janji-janji yang tidak pernah dijanjikan oleh mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat. Ini jelas satu tindakan sabotaj dipercayai dilakukan oleh pihak parti-parti lawan. Di bawah ini risalah yang dimaksudkan. Gua percaya ini merupakan "Propaganda hitam" yang dilakukan oleh jentera Umno dan Barisan Nasional memandangkan isi propaganda ini selari dengan kempen hitam Umno dan Barisan Nasional yang berlegar di ruang maya selama ini. Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/04/risalah-provokasi-burukkan-pakatan.html#ixzz2RGGpeKIr | ||
Mat Taib : UMNO sudah hilang upaya Posted: 22 Apr 2013 09:13 PM PDT SHAH ALAM, 23 April — Beberapa jam selepas menyertai PAS secara rasmi semalam, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai kempen dan mengatakan, beliau melompat parti kerana Umno sudah hilang keupayaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Dalam ceramah pertama Muhammad sebaik sahaja menyertai PAS, hampir separuh daripada hadirin di padang Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi dengan warga Selangor yang hadir untuk mendengar kata-kata bekas menteri besar mereka yang juga bekas naib presiden Umno itu. "Saya tidak boleh kata Umno tak ada jasa, tapi sampai masanya mereka sudah tidak boleh lagi dah buat kerja dan sudah hilang upaya," kata Muhammad dihadapan ribuan orang yang berkumpul walaupun padang berlecak. "Mereka dah jadi kurang upaya." Menurut Muhammad lagi, PAS kini bukan lagi dilihat sebagai sebuah parti "kampung" dan dianggotai "pak lebai" tetapi memiliki pemimpin yang mempunyai ketokohan untuk mampu menunaikan impiannya melihat Shah Alam sebagai sebuah pusat budaya Melayu Islam yang terkenal. "Bandar ini hidup tapi tak ada isinya, rohnya. "Cita-cita nak menjadikan Shah Alam pusat budaya Melayu Islam tidak tercapai... namun, saya suka melihat PAS ada perancangan dengan meletakkan tokoh-tokoh tertentu di Shah Alam ini," tambah Muhammad merujuk kepada penyandang kerusi Parlimen Khalid Abdul Samad. Turut bersama dalam ceramah adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang beberapa kali mengusik Muhammad dengan lawak-lawak sinisnya. "Kalau dahulu Tan Sri Muhammad melawan kita dalam pilihan raya, tetapi kini anak buahnya Datuk Najib pula akan melawan abang seniornya di Selangor," kata Mohammad merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak. Beberapa tokoh korporat dan pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara, termasuk pegawai-pegawai berpangkat tinggi seperti bekas ketua setiausaha, bekas duta serta mereka yang terdiri daripada pegawai polis dan tentera, telah menyertai PAS selepas berakhir perkhidmatan mereka. Antaranya ialah bekas orang nombor tiga dalam polis, Datuk Fauzi Shaari, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Koperasi dan Pembangunan Tanah Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, timbalan naib presiden Felcra Berhad. Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) dibawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008. PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan ketara keatas negeri terkaya tersebut selepas memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 17 daripada 22 kerusi parlimen. Tempoh berkempen secara rasmi bagi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei. | ||
memang betoi2 haram jadah la puak2 ni ...hampa tengok la Posted: 22 Apr 2013 09:27 AM PDT ada ka depa pi tunjuk video lucah ni kat Mak Aji Pak Aji, Mak cik Pak Cik di kampong -kampong ....tak dak akai ka??? sian Mak Aji Pak Aji Mak Cik Pak Cik tu free-free je dosa kering .... tapi apa nak buat kerja-kerja macam ni bagi puak-puak haram jadah ni dah biasa sangat dah mampuih cepat UMNO lagi baik la | ||
Mat Taib [bekas MB Selangor] : UMNO tak ada pendirian Posted: 22 Apr 2013 03:25 AM PDT Mat Taib: 'Saya kena sokong parti ada pendirian' 22 April 2013 KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyertai Pas hari ini berkata, beliau merasakan sudah tiba masanya perubahan dilakukan agar pembangunan dinamik negara ini "mempunyai roh." Katanya, beliau melihat Pas sebagai satu-satunya parti yang mampu membawa kesedaran tersebut. "Selama saya menjadi menteri besar dan aktivis Umno, memang benar negara kita maju. Tetapi, sudah sampai masanya pengisian pembangunan ini ada rohnya. "Saya fikir parti yang boleh isi roh itu mestilah parti yang perjuangkan Islam. Hanya Pas yang bawa kesedaran itu," katanya kepada pemberita. Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya, Pas juga dilihat mempunyai pendirian untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. "Kalau Melayu bawah satu lambang agama dan diterapkan dalam satu ajaran, masyarakat tak akan berkecamuk. Pelaksanaan Islam sekarang tak menyeluruh. "Saya kena sokong parti yang ada pendirian. Jika semua orang Melayu dan Islam sokong Pas, saya fikir negara ini boleh jadi contoh," katanya. Dalam pada itu, Mat Taib berkata, hasrat menyertai Pas sudah timbul setahun lalu namun hanya diumumkan dua hari selepas penamaan calon. "Hasrat dah setahun tapi saya tunggu masa sesuai. Saya umum selepas penamaan calon sebab tak mahu orang kata saya nak jadi calon. "Saya tak berhajat jadi calon atau pegang jawatan. Saya cuma nak bagi sokongan kepada Pas," katanya. Beliau juga berkata, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Sementara itu, Abdul Hadi berkata, penyertaan Mat Taib mampu memberi kekuatan kepada Pas. "Kita mengalu-alukan penyertaan beliau. Kita anggap ini sokongan yang cukup kuat daripada seseorang yang mempunyai pengaruh besar di Selangor. "Kehadiran beliau juga memberi kekuatan kepada parti untuk terus melangsungkan perjuangan Islam," katanya. | ||
Posted: 22 Apr 2013 02:31 AM PDT Calon parlimen Gopeng dakwa diserang Hamidah
IPOH: Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boo Chye mendakwa Calon BN Dun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman menyerang beliau semalam. Kejadian itu berlaku di Bilik Gerakan PKR di Taman Tasek Permai, Batu Gajah yang dikatakan berpunca disebabkan rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap PKR yang mendirikan bilik gerakan kira-kira 500 meter daripada Pejabat Pusat Khidmat Dun Sungai Rapat yang dijadikan bilik gerakan BN. Katanya, beliau bergegas ke tempat tersebut selepas menerima panggilan dari petugas bahawa sekumpulan penyokong BN datang membuat gangguan di bilik gerakan PKR itu. "Apabila Datuk Hamidah hadir, dan kami pun berunding tapi keadaan bertukar kecoh apabila Hamidah bertindak liar dengan merampas perakam video petugas PKR lalu mencampakannya. "Tidak lama kemudian, Datuk Hamidah bertindak di luar jangka dengan mencekak kolar baju saya," jelasnya pada sidang medianya di Pejabat PKR Gopeng, Taman Soon Choon Ipoh, hari ini. Hadir sama ialah Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang, dan Yang Dipertua PAS Gopeng, Abdul Rahim Ariff. Dr Lee yang juga Calon PKR parlimen Gopeng berkata, beliau rasa sangat terkejut dengan tindakan Hamidah yang disifatnya satu perkara diluar jangkaannya. Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu. Sehubungan itu beliau menggesa Hamidah memohon maaf kepadanya secara terbuka atas kejadian tersebut dan berharap pihak polis yang turut berada di tempat kejadian dapat menjalankan siasatan secepat mungkin. Dalam perkembangan berkaitan, calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon melahirkan rasa kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh calon Umno itu. Katanya, Hamidah tidak sewajarnya berbuat demikian kerana beliau adalah bekas Exco kanan Kerajaan Negeri Perak ditambah lagi beliau adalah seorang wanita. "Sepatutnya kita dapat berbincang bagi menyelesaikan masalah ini, bukan dengan tindakan yang tidak sewajarnya ini. "Salahkah kami untuk mendirikan bilik gerakan di premis persendirian, kami adalah parti berdaftar yang akan bertading pada pilihanraya ini," jelas Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng itu. | ||
Posted: 22 Apr 2013 12:57 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini. Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. | ||
PAS dedah Calon BN disiasat SPRM Posted: 22 Apr 2013 12:12 AM PDT
(Raja Iskandar mendedahkan keratan akhbar yang mendedahkan siasatan SPRM ke atas calon BN) IPOH: PAS Perak hari ini mendedahkan seorang calon Umno-BN yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, individu tersebut adalah bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang dicalonkan sekali lagi. Menurutnya, calon berkenaan disiasat atas berhubung isu billboard elektronik beberapa bulan lalu. "Sebelum ini PAS Perak sudah mendedahkan beberapa kali tentang ada dari kalangan exco kerajaan negeri yang disiasat oleh SPRM dan hari ini kami mendedahkan individu tersebut," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini. Hadir sama ialah ahli jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin, Safarizal Saleh serta peguam, Mohd Fitri Asmuni. Jelas beliau, beberapa orang kanannya termasuklah adik calon berkenaan turut dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan. Pejabatnya di Bangunan Kerajan Negeri Perak juga katanya turut dihadiri oleh SPRM dan beberapa barangan termasuklah komputer riba dirampas untuk membantu siasatan. "Kami mempersoalkan apakah status tentang kes ini yang sehingga hari masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM," jelasnya lagi. Raja Iskandar berkata, PAS hairan adakah Pengerusi BN, Datuk Sri Najib Tun Razak benar-benar menapis sebaik mungkin calon-calon sebelum dipilih untuk menjadi calon. Katanya, adakah Najib melihat adalah calon ini 'winnable candidate' walaupun terpalit dengan isu rasuah sehingga menyebabkan beliau disiasat oleh SPRM. "Masyarakat umum khususnya di Dun Sungai Rapat mengetahui tentang masalah dan tingkah lakunya yang bersikap provokatif termasuklah mengganggu ceramah PAS dan sebagainya tetapi ianya masih terpilih untuk menjadi calon. "Tidak mustahil masih ada calon BN yang akan bertanding pada PRU13 ini tidak bersih dan mempunyai pelbagai skandal dan masalah,"jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan