Selasa, 16 April 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


marah kerana tak dicalonkan .... Shariff Omar @ Tasek Gelugor TINGGALKAN UMNO ...

Posted: 16 Apr 2013 10:11 PM PDT


Mohd Shariff leaves Umno

Former deputy minister quits after being dropped from Tasek Gelugor
WEDNESDAY, APRIL 17, 2013 - 12:58
Location: 
BUTTERWORTH

FORMER
 agriculture and agro-based industries deputy minister Datuk Seri Mohd Shariff Omar has decided to leave Umno following the dropping of his candidacy in Tasek Gelugor by Barisan Nasional (BN) chief Datuk Seri Najib Razak.
Shariff said that was the right thing to do after he realised that his name was not featured as the replacement to Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Mohd Nor Yakcop's failure to make the cut in the line-up.
"Yes that is the right thing to do. What else can I do? They (Umno party leadership) have obviously found their winnable candidate for the seat. What can I say?" said the 66-year-old.
When asked if he would contest as an independent candidate, Mohd Shariff said he would have to speak with his supporters in his Pokok Machang hometown within the constituency before deciding the next course of action.
Meanwhile, former Permatang Berangan assemblyman Shabudin Yahaya has been fi elded as the successive candidate for the seat that is considered an Umno stronghold on the mainland.
In 2008, Mohd Shariff was asked to give up his Tasek Gelugor parliament seat for Mohd Nor by former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi so that he (Mohd Nor) could assist him in fi nancial matters.
According to Mohd Shariff , the arrangement would only be for one term and the former agreed in the spirit of BN.
"Tasek Gelugor was my stronghold. I helped develop it for 20 years. In Penang, only two parliament seats won in 2008. Please don't compare the Kepala Batas parliament win with Tasek Gelugor's seat retention.
"Kepala Batas was held by the then prime minister making it an easy win for him.
Although I gave up my seat for Mohamed Yakcop, I still helped with the campaign," he reportedly said.
The veteran politician joined politics in 1982 before becoming a Penang state executive councillor till 1990.
He was then made parliamentary secretary to Ministry of Agriculture (1990 to 1995) before taking on the deputy chief minister-ship position between 1995 and 1999.
Mohd Shariff f went on to become Deputy Minister for the Agriculture and Agrobased Industries from 1999 onwards before he willingly submitted to Abdullah's call to make way.
In his 30 years political tenure, he served two terms under late chief minister Tun Dr Lim Chong Eu as exco member, and one term under former chief minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
He won BN seats for Permatang Berangan state seat within the Tasek Gelugor parliamentary constituency for three terms, and another three terms as Tasek Gelugor MP.

PRU 13 : Sharif Omar @ Tasik Glugor mengamuk tak dicalonkan [Video Inside]

Posted: 16 Apr 2013 08:10 PM PDT


Najib Semalam mengumumkan Zul Katak bertanding di Shah Alam sebagai tiket BN, selain dari UMNO Shah Alam bubar kerana kecewa terhadap pemilihan Najib Razak, semalam juga Ahli-ahli UMNO Tasek Gelugor juga kecewa dengan pemilihan Najib di tempat mereka.

Najib telah mengangkat calon yang tak dikenali iaitu P.042 TASEK GELUGOR - Shabudin Yahaya dan menepikan calon pilihan ahli UMNO setempat iaitu Sharif Omar. PRU13 nanti Parlimen Tasek Gelugor akan kelihatan UMNO lawan UMNO  vs PR. Bagaimana UMNO nak bersatu dengan PAS jika dengan UMNO sendiri berpecah? jengjengjeng..

Tonton video di bawah, gerakan Sharif Omar mula mengumpul kekuatan untuk tumbangkan Najib Razak.. Terbaik..




Akhir kalam. yang tinggal dalam UMNO dah takde yang bijak kata Mahathir. kihkihkih [erapasca]

PRU 13 : MB Kedah akan ditentang sepupu sendiri

Posted: 16 Apr 2013 07:30 AM PDT

ALOR SETAR, 16 April —Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan ditentang sepupunya sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika beliau kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. 

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan sepupu Azizan, Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, sebagai calon BN kerusi DUN itu. Mohd Fadzillah, yang merupakan antara 19 muka baharu BN yang akan bertanding di kerusi DUN di negeri jelapang padi ini, berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan sepupunya itu yang juga pesuruhjaya PAS Kedah. 

Walaupun Azizan merupakan wakil rakyat DUN Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995, Mohd Fadzillah yakin dapat merampas kerusi DUN itu daripada PAS kerana beliau membantu membawa pembangunan di kawasan itu walaupun merupakan muka baharu dalam PRU. 


"Saya sudah menjadi penyelaras di DUN Sungai Limau lebih kurang tiga tahun dan mempunyai pengalaman dalam membawa pembangunan kerajaan persekutuan ke kawasan ini," katanya. 
Mohd Fadzillah yang berasal dari Sungai Limau berkata pengalamannya sebagai seorang arkitek juga banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja dalam DUN itu, dan masyarakat di situ mengenali beliau.
Walaupun berlainan parti politik, Mohd Fadzillah berkata beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Azizan dan sering berhubung dengan sepupunya itu.
"Saya percaya BN lebih baik daripada parti pembangkang. Apabila saya setuju bertanding menentang beliau (Azizan), ramai juga ahli keluarga yang tidak setuju. Bagi saya, ini soal pilihan raya dan hubungan saya dengan beliau ibarat air dicincang tidak akan putus," katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan BN dan Umno yang memilihnya untuk bertanding kerusi DUN itu setelah bergiat aktif dalam bidang politik selama lebih 30 tahun.
Muka baharu yang akan bertanding kerusi DUN Kuah, Nor Saidi Nayan, 42, pula adalah Ketua Pemuda Umno Langkawi, dan berasal dari Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang, Langkawi serta merupakan seorang pegawai kastam.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap berkata beliau bersedia menghadapi siapa sahaja yang diketengahkan parti lawan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu selama dua penggal sejak pilihan raya umum 2004 dan Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata dengan bertanding di kerusi Parlimen menuntutnya menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan BN sekaligus menawan semula Kedah daripada kerajaan PAS. — Bernama

Kenapa Zul dapat saya tak dapat? tanya Berahim Ali ... hahahaha Najib pun tak percaya

Posted: 16 Apr 2013 05:46 AM PDT

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.


"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. 

"Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini kes terpencil," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal berita itu.

Ibrahim dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya.

Tiada ulasan: