labun KulupSakah... |
Posted: 24 Apr 2013 01:32 AM PDT |
Posted: 23 Apr 2013 11:47 PM PDT |
Posted: 23 Apr 2013 09:22 PM PDT dikemaskini: Paparon teringat kata-kata Anwar haritu yang dia akan bersara dari politik jika PR gagal tawan Putrajaya pada PRU13 nanti. Seriuskah Anwar? Apakah itu acah-acah atau Anwar yakin menang? Jika menang akan lancarkah peralihan kuasa? Walhal kebusukan SPR dengan tipu helahnya masih kita relakan. Katalah, katakanlah ya...PR kalah. Harap Anwar kotakan janji. Atau jangan tarik balik apabila dipujuk-rayu anggota parti. Sebab jika Anwar teguh dengan kata-katanya itu dia akan dikenang sebagai lejen. Tak macam haritu kejap kata tanding di Perak lepas tu balik ke Permatang Pauh. Kita perlukan suasana dan gaya politik baru. Umur Paparon 40 dah. Sejak celik je mata lahir di dunia ini, politik Malaysia dilingkari oleh nama-nama ini sahaja. Mahathir, Samy Vellu, Taib Mahmud, Hadi Awang, Karpal, Kit Siang. Anak-anak mereka menyambung. Najib, Hishamuddin Hussein, Mukhriz, Nik Abduh... Kumpulan-kumpulan tua ini masih menguasai dan mempengaruhi. Pengkaderan dan pendoktrinan dilakukan kepada penyokong untuk menyokong sosok-sosok. Sayang, tokoh-tokoh ini banyak membaca tetapi penyokong-penyokongnya tidak disuruh membaca. Suruh dengar cakap mereka aje. Timbullah ketaksuban. Kalimah-kalimah seperti "Kata Anwar ....", "Anwar pesan kalau...." atau "Mahathir ingatkan kita...." Makin banyak petik nama mereka makin bagus. Politik baru biarlah ada kecerdikan. Beri ilmu dan kerasionalan. Bukan setakat cerita kelemahan orang. Wala tak bertempat. Mat Taib yang merompak itu pun jadi suci dan penyokong mengiyakannya. Tak timbul lagi isu rompak sebab dah masuk Pas. Dalam masa yang sama memekik berceramah Najib, Rosmah, Taib Mahmud dan Mahathir menyamun. Hilang terus kewarasan. Nasib baik masuk Pas, senyap sikit. Kalau masuk PKR jenuh pula orang Pas kutuk PKR kutip sampah. Kahkah! Sebab itu sehingga hari ini penyokong PR masih tak faham apa itu komunis, kapitalis, sosialis, islam politik. kita perlukan orang muda segar. menjemput ahli akademi dan tokoh agama mufti jadi calon payung terjun adalah bodoh. kan tak fasal2 kena kencing dengan depa? Tak percaya cuba jual buku di program ceramah dan majlis politik. Berapa ramai yang beli? paling poyo bila anak muda berketayap dan berpakaian parti nampak smart tapi suruh tengok buku, mula berwajah ketat. takut tangan nak sentuh. Anwar bersara jika kalah dalam PRU13 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi rancangannya untuk mengakhiri kerjaya politiknya yang menjangkau 30 tahun jika kalah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang. "Saya akan cuba yang terbaik. Saya yakin kita akan menang. Tetapi jika tidak, saya akan letak jawatan," kata Anwar malam tadi dalam lepak Google yang disiar secara langsung di YouTube. AFP melaporkan Anwar, yang telah mengajar di Universiti Oxford dan Universiti Georgetown di Washington, berkata beliau akan kembali kepada kehidupan akademik jika kalah. "Jika kita tidak mendapat mandat, maka kita harus beri ruang untuk barisan pelapis dalam kepimpinan," katanya semasa program sejam soalan-jawab yang sebelum ini menampilkan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka 55 tahun lalu, tetapi telah berkempen menentang gabungan itu sejak penyingkiran mengejutnya pada tahun 1998. |
Posted: 23 Apr 2013 12:40 PM PDT Ceritanya begini. Petang tadi Paparon, Sham dan An-Nur ke Perpustakaan Negara. Alah! Di Jalan Tun Razak itulah. Kami tidak memanjat tangga-tangga ke pintu masuknya kerana Paparon menolak kerusi beroda An-Nur. Mujur ada 'ramp' atau laluan untuk OKU walaupun agak tinggi. Tetapi sampai sahaja di atas, pintu masuk kaca dari laluan OKU ditutup dan disendal dengan kayu sehasta dari dalam. Kami memberi isyarat meminta masuk. Ada budak-budak sekolah di dalamnya sedang berurusan dengan kaunter. Kami mengetuk pintu kaca untuk menarik perhatian kerani perpustakaan. Mereka buat tidak tahu sahaja. Paparon nampak dari luar ada seorang lelaki di dalam pejabat. Kerana ia berkaca maka ia nampak Paparon. Paparon memberi isyarat meminta bukakan pintu itu. Dia memberi syarat supaya gunakan pintu lain. Bermaksud kami kena turun balik dan memanjat tangga-tangga yang tinggi ke pintu masuk utama sambil mengangkat kerusi roda An-Nur. Kami menggunakan bahasa isyarat kerana sudah tentu dinding kaca itu tidak boleh membuka ruang suara. Paparon gunakan isyarat yang Paparon sedang bawa anak OKU dengan menggayakan aksi kerusi roda. Dia menunjukkan isyarat tunggu dan dia keluar pejabat menuju ke ruang pintu. Anehnya dia tidak mahu membuka. Seolah-olah membuka pintu itu suatu kesalahan atau mesti mendapat keizinan dari seseorang. Perlu tunggu arahan pihak atasan agaknya. Kerani-kerani juga tidak bergerak. Kami boleh sahaja menolak kayu sehasta itu dengan menggunakan jari melalui celah pintu tetapi takkanlah kami yang hendak buat begitu. Tuan rumahlah. Lima minit kami menjerit meminta dibuka tetapi langsung mereka tidak mahu. Hanya memandang sahaja. Paling hampeh lelaki tadi terus keluar ke tempat lain meninggalkan kami, melepaskan tanggungjawab. Sham tidak sabar lagi. Dia menguis kayu itu dari celah pintu dan kayu tersebut jatuh. Pintu boleh dibuka dan kami masuk. Apalagi! Kami pun memekaklah di lobi perpustakaan tersebut. "Apakah masalahnya hendak membuka pintu itu? Apakah perlu minta izin dari pihak atasan?" "Apakah anda akan dibuang kerja jika buka pintu itu" "Beginikah kamu layan OKU?" "Kalau hendak tutup pintu itu buatlah papan tanda di awal-awal 'ramp' tadi tak payahlah penat orang naik sampai ke atas." Kerani di kaunter buat tidak mendengar leteran kami. Pegawai keselamatan datang dan bertanyakan hal. Kami menjelaskan. Mereka memahami dan meminta maaf. Mereka juga meminta isi borang aduan. Paparon menolak. Inilah masalah kita. Sejak dibangku sekolah kita dididik dengan suapan, menerima tanpa perlu menyoal. Mematuhi arahan tanpa ada timbang rasa dan tolak ansur. Bekerja macam robot. Hidup kita juga ditentukan oleh orang lain. Kita jadi robot sehingga bagaimana hendak berjimak pun kita tidak tahu, kena tanya ustaz. Sebab kita malas belajar. Sehingga tua kita masih bertanya sahkah solat jika terkentut di hujung tahiyyat akhir? Kita selalu dengar "Ini arahan!" walaupun perkara itu masih terbuka ruangnya untuk dibincang. Masalah! Selesai urusan di tingkat tiga kami menggunakan lif ke tingkat lobi. Keluar dari lif kami bertembung dengan staf lelaki yang lari dari tanggungjawab tadi. "Dia nilah blah tadi." kata Paparon kepada Sham. Staf lelaki itu masuk ke dalam lif tanpa berasa apa-apa. Di dada kanannya ada tanda nama bertulis Safian. |
Posted: 23 Apr 2013 06:35 AM PDT "Ada anggapan bahawa makan telur ayam adalah kejam sebab kita makan janin bayi. Sebenarnya tak.." kata Adam Adli pada suatu petang di Restoran Mydin Bangsar. "Telur yang kita makan tu takkan menetas sampai bila-bila pun. Telur yang menetas tu telur yang disenyawakan apabila bapa ayam menyetubuhi ayam betina. Manakala telur yang keluar ini adalah sel-sel telur yang tidak disenyawakan. Ia sentiasa ada dalam perut ayam betina..." kata Adam lagi. "Atau maksud lainnya telur yang kita makan sekarang adalah period-period si ibu ayam," kata Adam. Nazreen, pembaca berita wanita Tv Bangsar Utama menjerit, "Ceh!". Adam rosakkan selera semua orang pada petang itu. tak cukup lawak? tonton produksi tv bangsar utama terbaru: zul noding diterjah. subscribe tv bangsar utama di you tube untuk saksikan video-video lainnya. klik link di bawah. http://www.youtube.com/watch?v=NycL-sjHRpI |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan