labun KulupSakah... |
Posted: 20 Apr 2013 11:41 PM PDT Paparon mendapat tahu protes ini dari pengundi-pengundi Kajang yang mengeluarkan belanja sendiri membeli bendera untuk menyokong sebuah perubahan dan mereka menyokong Cikgu Lee. Apabila parti terus berdegil mencalonkan kroni dan menyingkirkan cikgu Lee yang mereka sayang, tindakan mereka membakar 2500 bendera sebagai protes ini adalah ekspresi sesebuah kekecewaan. Walaupun Cikgu Lee dan Jawatankuasa Pilihanraya Dun Kajang menerima keputusan akhir dengan baik dan menghormati parti, cikgu Lee menolak desakan penyokong agar bertanding Bebas tetapi siapa pun tidak mampu menghalang pengundi yang kecewa dan hampa. "Kami tak yakin dengan kebersihan calon PKR yang bertanding hari ini" kata mereka. (foto ehsan Lagendabuta KS) Lagi satu ni foto protes PSM... Aiyooo! Paparon - apasal depa tak ajak Paparon pergi sini? Cis! |
Posted: 20 Apr 2013 09:06 PM PDT Mat Keris: bang! Kenapa sesetengah kawasan PR bertembung sesama sendiri? Mana yang dikatakan 'Pakatan Rakyat'? Aku: Apa bezanya dengan BN? Mat Keris: BN tak bertembung sesama parti komponennya, jika tak tercalon mereka diam. Kalau tak puas hati mereka tanding bebas. Tapi PR tak. Pas dan PKR pun bertanding sesama sendiri. Abang tahu apa persamaan BN dan PR? Aku: calon-calonnya bukan pilihan rakyat tetapi pilihan pimpinan untuk kroninya. Mat Keris: haha! Setuju. Abang setuju kalau saya kata Pakatan Rakyat ni bukan Pakatan Rakyat tapi Pakatan tiga parti saja? Aku: hmmmm.... Mat Keris: BN sebenarnya bukan sepakat pun sesama parti komponen. Mereka hanya mempertahankan kepentingan. Status quo. Pakatan Rakyat sebenarnya adalah pakatan tiga parti yang tak muafakat pun.....(ketawa berdekah-dekah). Ia adalah penguasaan anak Ali di dalam Pas dan anak Ali di dalam PKR. Mat Keris pernah jadi orang Pas. Era reformasi dia sertai keADILan. Berjuang menuntut pembebasan Anwar. Kerja dibuang, bisnes rugi. Beberapa bulan selepas Anwar bebas dia slow down , tumpu bisnes semula. " dah ramai orang baru dalam parti. Dulu masa zaman susah, kita nak letak jawatan sebab takde duit ramai yang halang dan suruh terus bertahan. Hari ini orang dah ramai dah mula bincang nak rebut jawatan. Baik aku blah!" Mat Keris hari ini orang umno. Bukanlah berjuang sangat. Cuma boleh berniaga dengan aman saja katanya. Mat Keris: belum menang dah bergaduh, kalau menang Putrajaya ada kemungkinan bergaduh tak rebut kuota menteri kabinet? Lagi satu, calon-calon ini calon 'cai' untuk pemilihan parti. Akhirnya PKR akan dikuasai bekas-bekas BN yang melompat masuk dan jadi calon kerana melabur dan membodek. Orang kiri dan reformis hanya tukang tepuk, tukang buat program aje. Tukang mobilise. Mereka ini macam daun kari. Masa nak buat kari sebok cari daun, kari dah masak daun letak tepi. Paparon- peminat tegar kari kambing Hussin Brickfields |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan