Selasa, 16 April 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Pengundi Kajang mahu Cikgu Lee

Posted: 15 Apr 2013 10:17 AM PDT

Kira-kira 1000 Pengundi Dun Kajang berhimpun di Balai JKKK Sungai Chua, Kajang untuk menyatakan protes terhadap PKR yang meletakkan calon lain di Dun tersebut sekaligus menyingkirkan penyandangnya Cikgu Lee Kim Sin.
Dengan notis singkat, lebih 700 tandatangan pengundi-pengundi dikumpulkan membantah calon yang mereka dakwa tidak kenal dan mereka anggap calon payung terjun.
Menurut mereka, yang akan mengundi dan menentukan wakil mereka adalah cikgu Lee yang sudah mesra di Kajang. Cikgu Lee adalah amanah mereka untuk membawa suara rakyat Kajang, mengekalkan kerusi PKR dan sekaligus menyumbang undi kepada Pas di peringkat parlimen Hulu Langat.
Selain pengundi Kajang, ahli parti PKR, kawan-kawan Cikgu Lee, aktivis-aktivis NGO dan wakil-wakil tokong, gereja, kuil malah ahli-ahli Pas juga turut hadir.
Dr Che Rosli penyandang kerusi ahli parlimen Hulu Langat yang merupakan regu utama cikgu Lee dalam kiriman sistem pesanan ringkasnya memberikan seratus peratus sokongan.

Foto 1- jalan sesak menuju lokasi perhimpunan

Foto 2 dan 3- Penyokong yang rata-ratanya pengundi Dun Kajang menunjukkan sokongan kepada cikgu Lee.

Foto 4- Wakil Pas menyampaikan ucapan menyatakan sokongan.

Paparon - calon pilihanraya ini sebenarnya pilihan rakyat atau pilihan ketua parti?







Tiada ulasan: