KRAI Utara |
- Blogger pro umno merayu khalid samad masuk umno?
- Mamat UMNO Nak bogel kalau pas menang! Berani betul
- Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi
- Artis sokong aisyah menangi pru ini! Umno tentu irihati
Blogger pro umno merayu khalid samad masuk umno? Posted: 06 Apr 2013 12:37 AM PDT Posted by Addin Deen GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah."Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini. ~fb zainulfaqar |
Mamat UMNO Nak bogel kalau pas menang! Berani betul Posted: 05 Apr 2013 11:03 PM PDT |
Ku li, tiada dalam senarai calon umno.....? Biar betoi Posted: 05 Apr 2013 08:35 AM PDT Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.penarikbeca15.blogspot.com |
Artis sokong aisyah menangi pru ini! Umno tentu irihati Posted: 05 Apr 2013 08:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).Beliau berkata, Aishah (gambar)sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand."Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol."Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti."Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga."Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman (gambar kanan)Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu."Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi. |
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan