Selasa, 30 April 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


Polis buru pemilik blog milosuam

Posted: 29 Apr 2013 04:10 PM PDT

BernamaPemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.Polis Diraja Malaysia (PDRM) pantas mengesan perbuatan menyebarkan khabar angin di media cetak dan elektronik menerusi Unit Pelan Tindakan Media Bersepadu (RMP-IMAP), yang ditubuh setahun lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata unit itu mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet."RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik, termasuk laman sosial," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.Beliau berkata maklumat tidak sahih yang dipapar dalam media berkenaan dirujuk ke bahagian tertentu dalam PDRM untuk disiasat.Syed Ismail berkata unit itu juga mengesan pemilik blog Milo Suam yang didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.-malaysiakini-

UMNO semakin parah, lagi pemimpin umno masuk PAS

Posted: 29 Apr 2013 03:25 PM PDT

Kempen hari keempat 23 April - Gempar Haji Ahmad bin Osman mengisytiharkan kemasukannya dalam PAS di hadapan Timbalan Presiden PAS Haji Muhammad Sabu dan disaksikan lebih seribu hadirin di Taman Cempaka pada 23 April yang lalu.Haji Ahmad merupakan pengasas bagi UMNO cawangan Taman Cempaka dan juga bekas ketua cawangan tersebut mengisytihar kemasukan dalam PAS setelah mendapati parti yang selama ini diperjuangkannya tidak lagi mengajak kepada kebaikan hanya lebih kepada kepentingan individu.Gambar 1 - Kad Keahlian Haji Ahmad bin Osman.Gambar 2 - Ceramah sulung Haji Ahmad di pentas Pakatan Rakyat.Gambar 3 - Haji Muhammad Sabu bersama calon PAS N47 Suhaizan Kaiat dan calon DAP N46 Cheo Yee How menyaksikan detik bersejarah tersebut.Gambar 4 - Hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan hadir seramai lebih seribu orang bagi menyaksikan gerak kempen yang diadakan

Tiada ulasan: