Isnin, 22 April 2013

KRAI Utara

KRAI Utara


TGIA keluarkan fatwa supaya umno jangan ambil tindakan ke atas che johan! -

Posted: 21 Apr 2013 09:18 PM PDT

Calon kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali meminta Lembaga Disiplin Umno supaya tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa berikutan tindakannya tidak menghantar kertas pencalonan pada penamaan calon semalam."Saya merayu supaya Che Johan tidak dikenakan tindakan kerana langkah yang diambilnya itu baik untuk BN sebenar- nya," kata Ibrahim, penyandang kerusi Parlimen itu, yang akan bertanding sebagai calon Bebas.Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Kubang Bunut malam ini, beliau menyifatkan tindakan Che Johan sebagai sikap terpuji dan apa dilakukannya adalah untuk memastikan PAS tewas di Parlimen Pasir Mas.Che Johan, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen itu, membuat kejutan apabila tidak menyerahkan kertas pencalonan ketika proses penamaan calon berlangsung.Tindakan beliau itu menjurus kepada pertembungan satu lawan satu antara Ibrahim dan calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.Susulan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perkara berkenaan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti.Ibrahim berkata keputusan Che Johan itu adalah sesuatu perkara "yang sangat sukar dilakukan" tetapi ia demi masa depan BN sebenarnya. "Saya terharu dengan tindakan Che Johan dan berharap dia bersabar menghadapi sebarang cubaan," katanya.- Bernama

Ahli akademik amerika di rogol bergilir gilir

Posted: 21 Apr 2013 07:43 PM PDT

Port Moresby: Seorang ahli akademik AS menjadi mangsa rogol berkumpulan di Papua New Guinea, kira-kira seminggu selepas seorang warga Australia dibunuh dan teman wanitanya dirogol di negara itu.Dalam kejadian terbaru, ahli akademik berkulit putih itu berkata, dia diserang Jumaat lalu ketika menjalankan penyelidikan mengenai burung dan kesan perubahan iklim di hutan terpencil di Pulau Karkar, Madang. Polis di Port Moresby mengesahkan kejadian itu.Jurucakapnya berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini. “Insiden ini sangat serius,” katanya.Menurut mangsa berusia 32 tahun itu, dia sedang meredah belukar bersama suaminya dan seorang penunjuk jalan apabila diserang sembilan lelaki bersenjata raifal dan pisau.Penjenayah terbabit kemudian membogel dan mengikat suami serta penunjuk jalan terbabit.Dia kemudian dibogelkan, diikat dan kepalanya dibotakkan sebelum dirogol bergilir-gilir selama kira-kira 20 minit.Bagaimanapun, lelaki terbabit melarikan diri selepas ada sesuatu yang menakutkan mereka di dalam hutan. - AFP

Tiada ulasan: