Sabtu, 6 April 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Anwar tidak selamat bertanding di Selangor

Posted: 06 Apr 2013 05:26 PM PDT


Biar pun Profesor Negara, Profesor ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata Anwar boleh menang ke dua dua kerusi DUN dan parlimen jika bertanding di Selangor pada PRU 13 ini.

Akan  tetapi Jika benar begitu pada penulis Anwar akan kecundang pada PRU 13 nanti kerana Selangor merupakan negeri yang paling besar kosnya untuk umno/BN merampas semula dengan pelbagai janji yang dibuat oleh Perdana menteri.

Pertama, faktor kemasukan pengundi baru ke Selangor yang dikatakan angkanya ratusan ribu orang sepertimana pernah dinyatakan oleh parti Keadilan rakyat tidak lama dulu itu sudah tentu Anwar tidak selamat bertanding di negeri yang di perintah Pakatan rakyat.

Silap hari bulan Selangor juga akan jatuh ke tangan umno/BN semula PRU 13 ini atas faktor kedua, iaitu umno/BN membelanjakan wang sejumlah RM 4 bilion disamping berjaya membeli undi atas nama bantuan rakyat satu Malaysia (BRIM).

Mengapa penulis berkata demikian? Pengundi baru yang dibawa masuk ke negeri Selangor solid undi umno/BN. Manakala 50 peratus daripada 60 peratus pengundi akar umbi penentu kalah menang parti parti yang bertanding pada PRU 13 nanti akan menolak PR.

Berita terbaharu presiden Parti Keadilan rakyat dikatakan akan bertanding di DUN Selangor.Jika benar Dr Wan Azizah Wan Ismail akan diletakkan bertanding di Dun Selangor Sah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding Di Perak jika tak bertanding di Permatang Pauh parlimen asalnya.

Anwar boleh selamat jika bertanding di Perak. Lebih lebih lagi parlimen Ipoh Timor yang akan ditinggalkan oleh Lim Kit Siang akan bertanding Di parlimen Galang Patah Johor merupakan parlimen selamat.

Tidak mustahil Perak akan dirampas semula oleh Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti disamping Negeri Sembilan yang ditadbir oleh kerajaan semantara dan dikatakan turut jatuh, kerana DAP sudah menang 10 kerusi, parti keadilan rakyat 3 kerusi dan PAS 2 kerusi DUN pada PRU 12 lepas.

Anwar sah bertanding di Permatang Pauh.




BRIM punya hal

Posted: 31 Mar 2013 01:24 AM PDT



Sesetengah orang Kelantan berpendapat Kerajaan PAS Kelantan ada kemungkinan jadi macam PRU 11 (2004)

Sesetengah berpendapat kerajaan PAS Kelantan kemungkinan besar akan tumbang pada PRU 13 yang dikatakan diadakan awal Mei ini.

Jika benar Kelantan PRU 13 ini jadi macam PRU 11 (2004) bermakna PAS masih boleh memerintah walaupun pun menang tipis.

Apabila sebut sahaja kemungkinan kerajaan PAS Kelantan tumbang pada PRU 13 ini teringat penulis dengan kata kata Dr Farid Shahran yang bercakap mengenai pandangan umum dalam slot cinta ilmu TV Hijrah.

Kata kara itu berbunyi: RM 500.00 besar bagi orang miskin dan sangat kecil bagi orang yang kaya. Oleh itu wang RM 500.00 boleh menpengaruhi minda orang miskin.

Mungkin inilah sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan jadi macam PRU 13 iaitu menang tipis.

Atas sebab itu juga sesetengah orang Kelantan berpendapat kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU 13 nanti.

Faktor penentu kalah menang umno/BN dan Pakatan rakyat dalam PRU 13 ini berkaitrapat dengan pengundi atas pagar sebanyak 60 peratus itu.

Pengundi rasional pasti tidak akan goyah miskipun dibeli. Apatah lagi BRIM 500.00 pada isi keluarga, RM 100.00 pada setiap pelajar,BRIM RM 250.00 pada remaja dan RM 1,000.00 pada anak kakitangan TNB dan TM.

Yang mengundi PAS tetap mengundi PAS dan yang mengundi umno/BN tetap mengundi umno/BN. Cuma pengundi China MCA dan GERAKAN tidak solid undi DAP, kerana orang China punya matlamat dalam berpolitik.

Berbeza dengan orang Melayu. Orang melayu jadikan politik sebagai "alat" untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu baru satu penggal jadi wakil sudah boleh bina rumah yang berharga jutaan ringgit.

Apatah lagi perdana menteri timbalannya, menteri besar, ketua menteri, menteri menteri dan timbalan menteri yang yang asyik kumpul harta dan begitu kayaraya.Ada dintara mereka dikatakan ada harta ratusan juta.

Bekas perdana Tun Mahathir dikatakan ada harta sebanyak RM 146 bilion. Macam tak munasabah.Datuk Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin entah berapa billion pula, kita tak tahu. Tetapi anak 
beranaknya kebanyakan jadi kayaraya.

Mereka tidak pernah fikir pasal apa akan terjadi pada agama islam, bangsa Melayu dan Negara asalkan cinta cintanya tercapai.

Bukti terbaru semacam munasabah dengan pendapat sesetengah orang Kelantan bahawa kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu akan tumbang dek adanya orang PAS yang bertanding sebagai calon bebas PRU 13 ini.

Hal ini telah disebut sendiri Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada media massa. Oleh itu, tak mustahil Kelantan tumbang manakala Perak dan negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan rakyat atas sebab kebanyakan penganalisis politik tanah air meramalkan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.

Walaupun Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin Umno/BN menang besar Pru 13 ini, tetapi  Datuk Seri Mohd Najib Razak,  melambat lambat pembubaran parlimen, kerana mahu menang lebih besar berbanding PRU 12 dulu.

Kebanyakan penganalisis politik tanahair berkata umno/BN masih ada peluang dan ruang untuk menang lebih besar. Lebih lebih lagi kemungkinan DAP di haramkan, manakala PKR berhadepan dengan krisis baru disamping ada orang Pas Kelantan akan bertanding sebagai calon bebas, termasuk ada orang orang pas yang berebut calon dan  krisis PAS Kedah yang jelas dan nyata belum reda.   


Gelombang biru landa Marang

Posted: 24 Mar 2013 02:41 AM PDT



Sebut sahaja perkataan gelombang biru teringat penulis dengan kejayaan umno/BN menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 (2004).

Kerajaan PAS (1999) tumbang begitu teruk sekali dek gelombang biru yang melanda seluruh pelosok negeri Terengganu.

Kemarian gelombang biru melanda parlimen Marang dengan harapan PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa itu dapat dirampas umno/BN parlimen di menangi presiden PAS.

Gelombang biru umno/BN kali ini yang melanda parlimen Marang lebih besar berbanding ia melanda seluruh negeri Terengganu dulu.

Bayangkan dulu hanya wang ihsan RM 300.00 sahaja yang diberi kepada rakyat Terengganu, tetapi hari ini bantuan isi rumah (BRIM) sejumlah RM 500.00 satu kepala.

Bukan setakat itu sahaja, malahan BRIM remaja RM250.00, BRIM RM 100.00 kepada pelajar dan RM1,000 kepada anak pekerja TNB dan TM yang berusia 23 tahun.

Tawaran dan janji akan dibina sebuah kolej metrikulasi dan sebuah sekolah IMTIAZ di parlimen Marang diwar warkan menteri besar.

Tan Sri Muhyiddin yasin ketika berucap mengatakan Datuk Seri Haji Abdul Hadi tak buat apa apa pun kemajuan parlimen Marang sejak menang suatu yang sangat tidak munasabah.

Perkataan tersebut jelas suatu tuduhan yang tidak berasas, kerana pengundi tahu bahawa ahli parlimen pembangkang di negari ini tidak pernah diberi peruntukan untuk membangun dan memajukan parlimen yang diwakilinya.

Jadi mana mungkin Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang boleh apa apa bentuk pembangunan di parlimen Marang, sedangkan dia bukan ahli parlimen kerajaan.

Yang hairanya, mengapa parlimen milik umno/BN seperti Kemaman, Dungun dan Besut tidak dimajukan, terutama sekali hospitalnya adalah bangunan hospital lama zaman penjajah sehingga hari ini.

Ini menunjukkan apa yang dicakapkan itu hanya suatu helah dan tipu muslihat kerajaan yang memerintah Negara kepada rakyat di parlimen Marang yang dimenangi PAS.





Pemimpin duduk dalam zon selesa?

Posted: 18 Mar 2013 02:20 AM PDT




Kita telah diwar warkan Malaysia aman tidak macam banyak Negara yang sentiasa bergelora. Rupa rupa apa yang diwar warkan  jadi reality Malaysia sudah tidak aman lagi dan dicerobohi.

Aman hanya pada kata kata yang keluar dari mulut para menteri, terutama sekali yang keluar dari mulut perdana menteri dan timbalannya.mereka mencanang canangkan Malaysia aman.

Mereka bertindak demikian tidak lain dan tidak bukan hanya untuk meraih undi rakyat agar umno kekal berkuasa selepas PRU 13 nanti.

Kalau kita sebut ia retorik ramai yang marah, kerana membuat penilaian yang salah dan berniat jahat dengan kerajaan yang memerintah.

Lebih lebih lagi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sedang buat road show dengan slogan janji ditepati.

Memang betul janji sudah ditepati ,tetapi kena ingat juga apakah janji yang ditepati itu dilakukan atas nama kebertanggungjawaban kerajaan terhadap rakyat dan mustahil akan melencung.

Kata kata manis dibibr  yang keluar dari mulut para pemimpin parti politik pembangkang kena ambil kira, kerana para pemimpin kerajaan setakat ini masih belum ubah citarasa masing masing.

Citarasa yang begitu terserlah sangat masih dijadikan amalan meskipun salah di sisi undang undang Negara.

Kebanyakan  pemimpin umno yang begitu asyik untuk mengumpul sebarapa banyak harta setelah menang pada PRU 12 lalu.

Seakan mustahil mereka ini boleh berhenti dengan citarasa tersebut, sebaliknya kelihatan mereka amat rakus melakukan penyleweangan dan salahgunakuasa.termasuk terbabit dengan rasuah yang diandaikan ia sebagai penjenayah.

Hal ini telah terbukti  menerusi laporan ketua audit Negara dengan pelbagai penyelewengan dan salahgunakuasa yang memang tidak boleh dinafikan lagi.

Apakah tindakan dilakukan oleh pihak kerajaan yang memerintah untuk megatasi pemasalahan yang muncul lepas satu. Satu. Satu lagi.

Kini berlaku kes pencorohan yang mungkin boleh memberi kesedaran kepada pihak yang memerintah Negara akan kelemahan yang ada pada kerajaan yang mendakwa Malaysia aman tidak macam mana mana Negara lain di dunia ini.


Tun Mahathir Mohammad sudah lari?

Posted: 12 Mar 2013 04:15 AM PDT



Selesai solat jumaat, penulis didatangi salah seorang Jemaah dan berkata, Tun Mahathir Mohammad "lari". Lari kenama pulak

Terkejut penulis apabila dengar perkataan Tun Mahahtir lari. Lari kemana pula? Ini pasti berita yang diberi nama "kahbar angin". Tidak boleh dipercayai.

Berita direkacipta oleh seseorang atau pihak tertentu untuk meburuk reputasi bekas perdana menteri diberi tugas berkempen untuk pihak Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita boleh terima jika Tun Mahathir Mohammad Keluar Negara. Bukan lari ketika berlaku pembunuhan terhadap Ibrahim Libya di Memali dulu.

Tun Mahathir Ke luar Negara atas nama lawatan rasmi ketua Negara di Negara tertentu atas jemputan ketua Negara terbabit.

Buat apa beliau lari. Apa kena mengena dengan kes percerobohan di Lahad Datu. Dia bukan perdana menteri. Dia bukan apa apa lagi dalam kerajaan satu Malaysia.

Ke kerana dia terbabit dengan penjualan kad pengenalan kepada rakyat Filifina yang dikatakan mencerobaohan Malaysia?

Apa kaitan dengan kes percerobohan tersebut. Kalau tiada kaitan mengapa mesti lari. Apa yang hendak ditakutkan.

Hendak kata dia ada kaitan dengan kes kecurian minyak sejumlah RM 252 juta oleh kapal Indonesia baru baru ini mustahil.

Setahu penulis, Tun Mahathir pergi buat lawatan di Parlimen Pasir Mas jumpa Ibrahim Ali dengan tujuan untuk menolong orang sudah  panas punggung mencari tempat untuk bertanding pada PRU 13 nanti.

Ibrahim Ali kelihatan tak temntu arah dah. Jadi macam tak keruan qpabila dekat PRU 13 yang akan diadakan April ini.Macam juga Tun Mahathir yang kelihatan sudah mengidap penyakit takut baying baying sendiri.

Ke, kerana Tun  Mahathir orang penting dan ada pawor dalam Petronas. Tetapi mana mungkin ada kaitan dengan kes KAPAL tangki MT Bramani yang ditahan di perairan Pengerang, Johor kerana mencuri minyak.

 Sebuah kapal tangki bersama muatan 70,000 tan metrik minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) bernilai RM252 juta ditahan di perairan Pengerang  pada Sabtu lalu selepas dilaporkan hilang di Tanjung Agas, Pekan, Pahang pada 10 Februari lepas.

Kapal itu, MT Bramani yang didaftarkan di Jakarta, Indonesia, ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan pada pukul 5 petang kira-kira 2.3 batu nautika dari tenggara Pulau Lima, Pengerang.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili, Kapten Maritim Rozali Md. Said berkata, turut ditahan ialah kapten dan 25 orang kru kapal yang kesemuanya berasal dari Indonesia.




2020 malaysia muflis jika umno memerintah

Posted: 05 Mar 2013 03:56 PM PST




Rakyat sewajarnya terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) jika mahu melihat  Malaysia menjadi negara maju 20202.

Demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad bekas perdana menteri yang dikatakan sedang mengidap takut bayang bayang sendiri dalam satu ceramah kempen mengekalkan Malaysia ditangan umno/BN.

Pada penulis, jika Malaysia kekal ditangan umno/BN PRU 13 akan jadi sebauh Negara muflis, Kerana Negara satu Malaysia dikatakan ada hutang sebanyak RM 547 bilion, sedangkan rezab Negara Cuma ada sebanyak RM 437 bilion sahaja.

Oleh itu peluang untuk menjayakan wawasan 2020 sangat tipis kerana kerajaan selama lama telah mengamalkan rasuah bak irama dan lagu.

Yang menjadi peghalangnya bukan sahaja berlaku pembaziran wang rakyat secara membabi buta setelah diberi amanah sepanjang memerintah Negara. Akan tetapi ia berpunca daripada salahgunakuasa dan penyeleweangan serta rasuah yang berlaku secara bermaharajalela.

Buktinya belanjawan Negara (bajet) setiap tahun telah disalahgunakan melalui suatu kaedah penyeleweangan yang telah dikesan secara terperinci oleh Audit Negara.

Oleh itu, peluang untuk menjayakan Wawasan 2020 adalah lebih buruk  sekiranya kerajaan yang memerintah negara hari ini dikekalkan.

Pada hemat penulis, adalah sangat selamat jika parti umno/BN diberi mandat pada PRU 13 meneruskan usaha menjayakan Wawasan 2020 suatu yang tak masuk akal.

Lihat sahaja pembangunan Iskandar di Johor Bahru. Siapakah pemegang saham terbesar. Sudah tentu Singapura, Hongkong dan Korea.

Negeri Johor dikatakan sudah separuh hartatanah jatuh kepada tangan orang asing melalui dasar bebas pelaburan yang digubal kerajaan umno/BN.

Oleh itu yang dikatakan kemajuan pesat dikecapi kini tidak boleh jadi bukti Malaysia berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai Wawasan 2020.Sebaliknya, jika umno diberi mandat lagi memerintah kemungkinan besar  Malaysia jadi Negara muflis.

Lebih lebih lagi keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia yang diwar warkan mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sejak Wawasan 2020 diperkenalkan 13 tahun lalu itu hanya diatas kertas sahaja. Tidak lebih daripada itu.


Mufti Perak tidak bercakap benar?

Posted: 28 Feb 2013 05:14 PM PST




Kasar dan berat bunyi judul rencana ini. Malah melampau berkata mufti Perak tidak bercakap benar pendusta. Pasti ada yang mengatakan itu adalah fitnah.

Sudah tentu kebanyakan mengatakan penulis melakukan fitnah terhadap mufti Perak yang arif dengan ilmu ilmu Islam.

Hendak tahu ia fitnah atau sebaliknya, mari kita lihat Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang orang yang beriman,bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataaan yang tepat dan benar dalam segala perkara" (surah Al Ahzab ayat 70).

Penulis boleh setuju Tan Sri Harussani Zakaria mufti  yang bertakwa kepada Allah. Mana mungkin seorang mufti tak bertakwa kepada Allah.Jauh sekali jadi seorang pendusta.

Akan tetapi penulis tetap mengatakan Mufti Perak tidak tepat dalam berkata bahawa orang PAS lebih buruk berbanding dengan orang kafir.

Ia bukan sahaja tak tepat, malahan amat tidak benar ketika berkata PAS lebih b uruk daripada kafir. Kata kata itu jelas tidak berasas dan salah fakta.

Mengapa tidak? Seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir. Sejahat jahat orang islam jahat lagi orang kafir. Sekejam kejam orang islam kejam lagi orang kafir.

Jadi, macam mana boleh kata orang PAS lebih buruk dari orang kafir. Ini bukan tidak tepat dan tidak benar, malahan suatu pendustaan yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Lihat Firman Allah yang bermaksud: " sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang orang yang tidak beriman kepada ayat ayat Allah dan mereka itu ialah orang orang yang berdusta" ( surah Al Nahl ayat 105).

Mustahil seorang mufti seorang yang tidak beriman. Macam mana beliau boleh bertindak sedemikian rupa macam orang orang yang tidak beriman.

Lihat sabda Rasulullah SAW yang bermakksud: " Hendak kamu bercakap benar, kerana ia membawa kepada kebaikan dan kebaikan membawa kesyurga selagi seseorang itu bercakap benar dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai orang yang bercakap benar. Jauhilah kamu dari berdusta kerana ia membawa kepada keburukan dan keburukan membawa  ke neraka selagi seseorang itu berdusta dan mengutamakannya sehinggalah ia ditulis disisi Allah sebagai seorang pendusta". (Fath Al Bari).
Persoalan yang timbul apakah benar orang orang PAS lebih buruk berbanding orang orang kafir, sedangkan seburuk buruk orang Islam buruk lagi orang kafir.

Sama sama kita fikir apakah ia benar begitu.


Kesian kat Tun Mahathir

Posted: 22 Feb 2013 11:57 PM PST



Ada orang cakap pada penulis, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak takut pun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pakatan rakyat.

Penulis cakap sudah tentu ada sebab musabahnya. Betul tu, memberi jawpan sambil menyatakan yang takut itu mesti dia buat salah.

Oleh itu, tiada sebab mengapa Tun Abdullah Ahmad Badawi mesti takut dengan Anwar,sedangkan dia tak buat salah, malah dia selamatkan Anwar.

Ingat tak dulu, betapa marahnya Tun Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehingga tergamak kata huduh huduh dan keluar umno serta berkata yang dia tak akan masuk semula umno jika perdana menteri ke 5 masih kekal  jadi presiden.

Bukan setakat itu sahaja, malahan di label umno sebagai sebuah parti yang buruk dan busuk ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi presiden.

Menantu Tun Abdullah, Khairy Jamaluddin yang menang Ketua  Pegerakan pemuda Umno diharamkan memegang sebarang jawatan, sedangkan Datuk Razali Ibrahim timbalan ketua pemuda di lantik timbalan menteri.

Lagi pelik, Datuk Mukhriz Mahathir yang kalah ketua pergerakan pemuda  dapat jawatan timbalan menteri industeri antarabangsa.Pelik kan.Itulah kehendak Tun Mahathir Mohamad.

Memang kesian sungguh dengan Tun Mahathir.Kesian kerana terlalu takut dengan Anwar Ibrahim bakal dilantik perdana menteri jika pembangkang menang PRU 13 ini.

Kalau dia tak takut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mana mungkin keluar perkataan macam macam yang tak masuk akal, termasuk  tak boleh  lantik dia (Anwar) sebagai perdana menteri jika pembankang menang PRU 13 ini.

Bukan setakat itu sahaja, malahan beliau berkata Anwar Ibrahim tidak layak jadi perdana menteri, kerana aklahknya.Lebih lebih lagi syura ulamak PAS menolak Anwar sebagai perdana menteri  Jika pakatan rakyat menang.

Antara lain beliau berkata, orang macam itu nak lantik jadi perdana menteri.Ini menujukkan Tun Mahathir sangat takut.Maklumlah orang pernah buat salah.

Mengapa perlu takut dengan Anwar. Kan UMNO boleh menang mudah PRU 13 ini.

Rakyat kenal siapa Tun Mahathir dan siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kan Anwar pernah dilantik sebagai timbalan perdana dan menteri kewangan. Orang nombor dua katakan.Beliau Sudah ada pengalaman yang  cukup layak dilantik sebabagi perdana menteri ke -7

Ini pernah dinyatakan sendiri Tun Mahathir bahawa umno/BN boleh menang 2/3 Pru 13 ini. Jadi tiada sebab mengapa mesti takut dengan Anwar, sedangkan  dia sudah nyatakan yang  dia tidak akan berdendam.

Bukan macam umno dendam mendendam amalan yang hakiki. Kalah di Terengganu royalty minyak ditarik balik.

Boleh lihat dengan kerajaan PAS Kelantan,Apakah yang dilakukan dengan kerajaan  yang memerintah semalam 20 tahun itu.

Di tuduh dengan pelbagai tuduhan, termasuk memburkkan petadbiran, sedangkan umnolah punca segala galanya. segala projek dilambat lambatkan, termasuk menafikan royalty minyak.

Lihat sahaja di Terengganu. 50 ribu Lot tanah yang diberi kepada rakyat Terengganu dirampas semula jika orang itu orang PAS.

Bukan setakat itu sahaja, tanah yang sudah dibayar perimiumnya juga ditarik balik, termasuk dihilang nama pemiliknya dalam computer pejabat tanah seluruh negeri.

 Inilah kerja dendam yang dilakukan oleh umno yang boleh menakutkan rakyat sehingga hari ini. Membuat rakyat entah berentah untuk mengundi pembangkang.




Profesional Melayu benci umno?

Posted: 18 Feb 2013 03:46 PM PST




Antaranya ialah daripada seorang pakar bedah Melayu yang bermastautin di Silicon Valley California, Dr Bakri Musa.

Beliau menulis mengenai masa depan Melayu dalam blognya. Dia memberi pandangan pilihan kali ini ialah antara suatu pihak yang sudah monyok, tua dan kebangsatan modal dengan pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Sesetengah tidak setuju dengan gelaran pada umno dan tidak setuju juga gelaran monyok dan gelaran cekap  diberi kepada pakatan rakyat. Malahan sesetengah mentempelak kerajaan PAS Kelantan yang memerintah selama 22 tahun itu.

Bagaimana pula dengan umno yang memerintah lebih 50 tahun itu yang realitinya Melayu tersingkir di negara sendiri.

Kerajaan PAS Kedah, kerajaan DAP pulau Pinang dan keadilan Selangor dianggap sangat tidak cekap sehingga banyak perkara tidak dapat diselesaikan.

Maka PRU 13 yang bakal diadakan Mac 2013 depan akan berlaku pertarungan sengit antara umno dan Pakatan Rakyat.

Umno dianggap pihak sudah monyok, tua dan kebangsatan modal. Manakala Pakatan rakyat dianggap pihak yang cekap, muda dan bertunas baru.

Oleh itu. Bolehlah kita buat kesimpulan umno parti yang monyok, tua dan bangsat modal akan kalah dalam pertarungan dua penjuru dan pakatan rakyat parti yang cekap, muda dan tunas baru akan memerintah negara.

Sememangnya parti umno sudah tua. Ada yang tua tetapi masih gagah macam Tun Mahahtir Mohamad dan Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat masih proaktif dalam arena politik.

Sesungguhnya pakatan rakyat parti yang dikatakan cekap, muda dan bertunas baru miskipun ada orang tua sebagai pucuk kepemimpinan berkeyakinan boleh memerintah lebih baik dan cekap berbanding umno/BN.

Mahahtir dan Najib berganding bahu

Posted: 12 Feb 2013 05:51 AM PST



Apabila perasaan takut menghantui  diri Tun Mahathir bekas perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Najib Razak perdana menteri satu Malaysia macam macam dicakapkan.

Maklum sahaja orang ada penyakit.

Dua tiga hari ini, Tun Mahathir cakap Anwar akan buat macam Arab spring  di Malaysia jika kalah untuk jatuhkan kerajaan pilihan rakyat.

Manakala Najib pula meminta Anwar jangan buat huru hara macam huru hara di Mesir dan terimalah keputusan kekalahan PRU 13.

Cakap Tun Mahathir dan Najib selari iaitu tidak lain dan tidak bukan untuk menakut nakutkan rakyat jelata dengan harapan jangan undi pakatan rakyat.

Yang peliknya, mengapa mereka tidak percaya dengan usaha membeli undi rakyat jelata yang telah, dilakukan itu.

Tidak munasabah 4 juta rakyat yang dibeli undi dengan pelbagai pakej tak undi umno/BN dan  undi pakatan rakyat PRU 13 ini.

Tak semua, jika 50 peratus yang undinya dibeli oleh kerajaan umno/BN sudah cukup untuk  umno/BN menang bergaya.

Oleh itu, jangan takutlah wahai Tun Mahahtir. Jangan takutlah wahai Datuk Seri Mohd Najib. Malaysia masih dalam gengaman umno/BN pada PRU 13 nanti.

Jika umno/BN kalah pun kamu berdua masih selamat, kerana Datuk Anwar Ibrahim sudah beri jaminan yang dia tidak akan balas dendam. Percayalah.

Sudah banyak kali disebut, yang dia tidak akan balas dendam miskipun ada suara suara yang tidak setuju dengan kenyataan seumpama itu.

Apa guna berdendam, hidup didunia ini tidak lama dan semantara sahaja. Yang harus diutamakan hidup diakhirat yang kekal abadi sama didalam neraka dan syurga.

Ada duit ratusan billion pun tak guna juga diatas bumi Allah. Jika duit itu dikumpul secara batil, ditu itu akan jadi bahan api neraka untuk membakar pemiliknya.

Maka jangan takutlah wahai Tun Mahatir dan Datuk Seri Mohd Najib  Umno/BN masih menang boleh memerintah lagi Negara ini. Buatlah apa yang patut, suatu masa nanti akan tahulah langit ini tinggi ke rendah.  


Saya yakin PR menang - Strategis tentera

Posted: 07 Feb 2013 10:59 PM PST


Penulis boleh setuju dengan kata kata bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid bahawa  "Saya yakin kali ini (PRU 13) Pakatan Rakyat akan menang,"

 
Sebab selama ini pun pihak kerajaan gunapakai dan yakin dan percaya dengan risikan yang dibuat oleh pihak tentera Malaysia.

Jika risikan pihak tentera kata BN boleh menang dalam satu satu Pilihanraya umum, seolah olah itulah lampu hijau untuk pihak kerajaan UMNO/BN membubarkan parlimen.

Akan tetapi Pakatan Rakyat tidak boleh duduk sedap dengan kenyataan Penegasan bekas strategis Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul Hamid tersebut.

Mengapa? Kerana beliau bukan lagi seeorang yang terbabit secara langsung dengan pusat risikan tentera. Atau dengan kata lain beliau bukan  pengawai strategis angkatan Tentera lagi.

Oleh itu, kajian kajian yang dibuat oleh pihak tentera tiada dalam tangannya tidak sepertimana semasa memegang jawatan timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Bermakna kata kata yang dicakapkan itu hanya berbentuk ramalan berdasar pilihanraya umum 12 dahulu yang ada persamaan dengan penganalisis politik tanahair yang kadang kadang boleh dipercayai. Kadang kadang tidak.

Bukan mudah untuk menumbangkan umno/BN. Lebih lebih lagi banyak insentif dan inisiatif dilakukan ikat hati rakyat yang dikatakan pengundi akar umbi yang dapat menentukan kalah/menang sesebuah parti yang bertanding.

Sehubungan dengan itu, penulis beberapa kali ke Kelantan untuk melihat iklim politik secara khusus dan Malaysia secara am.

Iklim politik tanahair dan Kelantan ada persamaan dengan iklim politik pilihanraya umum ke 11 (2004) yang membuat kerajaan PAS Kelantan hampir hampir tumbangdan kerajaan Terengganu kalah teruk.

Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia buat andaian berdasarkan  semasa pilihan raya 2008,  tidak yakin Pakatan boleh menang tetapi dapat menafikan 2/3 parlimen dan BN kalah empat negeri.

Hari ini Selangor yang diperintah keadilan rakyat tak sedap duduk, kerana dikatakan 500 ribu pengundi hantu dimasukan.Hal pernah dilakukan umno/BN terhadap Terengganu pada (2004) iaitu  memasukkan pengundi luar sebanyak 30  peratus.

Kelantan kita belum ada isu tersebut, tetapi wang ihsan, BRIM wang RM 100  kepada pelajar dan bantuan kewangan dari pihak Kemas, TEKUN dan Amanah Akhtiar pinjaman kilat untuk ikat hati rakyat mengundi BN PRU 13 nanti.

Sekarang ini sudah 4 juta rakyat jelata dibeli undinya. Bukan mudah untuk menang, kerana 4 juta rakyat dibeli undinya.

Jika diteliti secara terperinci PRU 13 akan sama dengan PRU 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang.

Oleh itu, Jangan buat sedap duduk dan tak dengan iklim politik tanahair kini.

Sejarah telah membuktikan kemenangan Umno/BN sepanjang 50 tahun lebih dek "wang" membeli undi.
Tidak dinafikan rakyat juga tertambat hati dengan janji manifesto pendidikan percuma di negara ini sepertimana janji Dr Mahathir ketika mula mula jadi perdana menteri dulu.

Akan tetapi beli undi lebih kuat tambatannya berbanding janji pendidikan percuma, kerana mereka dapat wang secepat kilat.

Maka perkataan yakin PR menang harus difikir masak masak, kerana bukan mudah untuk tumbangkan umno/BN yang wang sebagai senjatanya lebih berkesan.

Tambahan pula kemasukan pengundi luar (hantu) begitu besar jumlahnya, terutama sekali pada negeri selangor yang tidak pernah berhenti dengan kerja sabotaj.


Bekas ahli parlimen Kuala Nerus bertanding atas tiket PAS?

Posted: 03 Feb 2013 02:19 AM PST



Bekas Ahli parlimen Kuala dikatakan telah ditawarkan untuk bertanding atas tiket PAS PRU 13 ini.Cerita itu tersebar begitu meluas dan nama setiausaha Agung PAS dikaitkan.

Penulis sungguh terkejut, kerana pengalaman beri Ibrahim Ali bertanding tiket pas dulu membawa padah yang tak kunjung sudah.

Penulis anggap ini suatu fitnah dan suatu isu untuk memburuk nama baik setiausaha agung PAS sekaligus menjejas status kuo PAS.  

Membaca tulsian bertajuk: "Asri kunjung presiden PAS, tidak mustahil bekas umno jadi calon" teringat penulis pada PRU 10 bahawa bukan sahaja bekas umno jadi calon, malah bukan ahli PAS pun telah jadi calon dan menang dilantik sebagai EXCO.

Jadi soal tidak mustahil bekas umno jadi calon yang dinyatakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika menerima kunjungan Profesor Madya Dr. Asri Zainal Abidin suatu realiti tidak dapat dinafikan.

PRU 12, buktinya, di Kelantan Datuk Ibrahim Ali bekas umno yang mulut celapur boleh jadi calon atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas.

Inilah realiti yang berlaku pada PAS miskipun perlembagaannya menetapkan sekurang kurangnya lima tahun menjadi ahli baru boleh jadi calon.

Tetapi pada PRU 10 orang umno yang baru satu hari masuk PAS sudah layak jadi calon. Ini berlaku di Terengganu. Maka tidak mustahil PRU 13 ini akan ada bekas orang umno yang bertanding atas tiket PAS.

Ibrahim Ali yang celupar mulut itu pun boleh diberi kepecayaan bertanding tiket PAS. apalah sangat dengan bekas orang umno yang sudah mula berjinak dengan PAS.

Sehubungan dengan berita bekas Ahli parlimen Kuala Nerus ditawar bertandiing parlimen tersebut semacam ada kebenaranya, miskipun cerita itu tidak masuk akal

Mengapa penulis kata demikian? Kerana  pada sidang media dirumahnya, Ustaz Hadi tidak menolak kemungkinan ada calon PAS dari kalangan bekas ahli Umno yang telah meninggalkan parti itu tidak mustahil akan diberi peluang bertanding.

Katanya lagi "Boleh jadi dalam penamaan calon (pilihan raya) ada orang Umno masuk PAS dan tidak mustahil. Besar kemungkinan ada orang Umno masuk PAS, akan jadi calon,"

Ustaz Abdul Hadi, berkeyakinan tinggi pada pilihan raya akan datang terdapat di kalangan calon-calon parti terdiri dari bekas pemimpin Umno yang menyertai PAS.


Nama Datuk Nasir Ibrahim tiada dalam senarai calon?

Posted: 01 Feb 2013 01:21 AM PST




Mengapa jadi macam itu. Datuk Nasir Ibrahim Fikri kan nak jadi Menteri Besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.

Jika namanya tiada dalam senarai calon untuk bertanding dalam PRU 13 macam mana nak jadi menteri besar.

Katanya, beliau akan bertanding Dun Bukit Tunggal kalau nak jadi menteri besar. Sebut sahaja yang dia akan betanding DUN Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik dengan lantang mengatakan, ini dia wakil rakyat Bukit Tunggal

Dengar kata kata itu, mengambarkan yang Nasir ini tidak akan dibenarkan untuk bertnding di dun Bukit tunggal miskipun pernah menang  PRU 11 (2004).

Sinar Harian Khamis (31 Januri 2013) nyatakan cantas mencantas berlaku di DUN Sebarang Takir. Siapa yang dicantas dan siapa pula yang mencantasnya.

Oleh kerana Nasirnamanya tiada dalam senarai calon PRU 13 nanti, maka dia akan cantas Razif Abdul Rahman yang dikatakan sudah kayaraya.

Rasa pelik juga, macam mana nama beliau tidak tersenarai sedangkan beliau, ketua Umno bahagian Kuala Nerus. Bagaimana namanya boleh tercicir.

Atas nama yang dia sudah kayaraya maka tak payah lagilah bertanding PRU 13 ini. Kalau tak mahu turun juga  kenalah dicantas agar Nasir dapat bertanding jugak, hatta namanya sudah tiada dalam senarai calon.

Kata salah seorang wanita umno Batu Raki, Nasir juga sudah kayaraya wajar undur diri beri peluang kepada orang lain pula untuk buat harta.

Kita sedia maklum sesiapa yang boleh jadi calon dan menang dalam PRU sudah tentu akan jadi orang kaya baru.

Bayangkan baru satu penggal jadi wakil rakyat,  ada dua tiga empat buah kereta dan dapat bina rumah yang berharga jutaan ringgit.

Atas sebab itulah mereka berebut rebut untuk jadi calon kerana ada cam jadi kayaraya dapat pelbagai projek yang mahal mahal belaka.

Cerita yang penulis dengar, Nasir akan bertanding di DUN Sebarang Takir dan Razif Abdul Rahman akan diberi bertanding Parlimen Kuala Nerus.

Dibuat begitu agar cerita cantas mencantas yang tersebar itu tidak menjejaskan nama baik Nasir yang mati matian macam gila nak jawatan menteri besar Terengganu selepas PRU 13 nanti.


  

Berebut calon menghantui umno Terengganu

Posted: 27 Jan 2013 03:16 PM PST



Soal siapakah yang akan bertanding di DUN Telemung menjadi semakin kalut. Demikian di DUN Ajil Milik Datuk Rasul Wahid.

Penulis ada dengar perkataan "langkah mayat aku dulu" menjadi buah mulut kebanyakan penyokong Datuk Rasul Wahid. Manakala orang Datuk Seri Ahmad said mahu calon lain bertanding di DUN Ajil PRU 13 nanti.

Demikian desas desus yang bertiup kencang dua minggu ini. Apa pun Datuk Tengku Putera Awang menuntut kerusi tersebut kerana kerusi Dun Telemung hanya dipinjam kepada Cik Gu Rozi pada PRU 12 lepas.

Sekarang Tengku Putera Awang dikatakan akan mengambil balik kerusi DUN itu PRU 13 nanti miskipun enggan diserahkan oleh Cik Gu Rozi PRU 13 ini.

Dikatakan antara mereka sama keras. Tengku tetap berkeras untuk mengambil balik semula kerusi yang dipinjamkan itu. Manakala Cik gu Rozi tetap enggan serah balik dan mahu bertanding juga.

Setakat hari ini kedua dua DUN berkenaan masih belum selesai ssiapakah calonnya.

Ahmad Said pengerusi perhubungan umno Terengganu dikatakan akan meletakkan Tengku Putera Awang , kerana  Yang di pertua dewan undangan negeri Terengganu antara orang yang serasi dengannya.

Bising dan soseh soseh pasal calon kedua dua DUN tersebut belum reda, malahan berlaku krisis yang berlanjutan dek Rozi dan Tengku putera tetap berkeras satu sama lain. 

Rasul Wahid tidak akan berganjak dengan pendirianya yang "aku tetap mahu bertanding lagi".dan "aku tidak akan menyerah kalah"

Alasan yang diberikan PRU 10 kebanyakan calon lain termasuk menteri besar Tan Sri  Wan Mukhtar Ahmad kalah di Dun Cukai, akan tetapi dia (Rasul Wahid) masih menang dan menjadi calon mencipta rekod yang tidak pernah kalah setakat ini.


Jelas dan nyata umno pengkhianat

Posted: 23 Jan 2013 04:09 PM PST


Memang sah umno adalah pengkhianat kepada bangsa, agama dan Negara. Buktinya telah didedahkan Tun Dr Mahathir Muhamad ketika bercakap di Permantang Pauh Pulau Pinang.

Tun Dr Mahathir Mohammad membuat pengakuan itu, mengatakan Melayu berkorban dan banyak menyerahkan hak melayu demi perpaduan dan keharmonian.

Perkara ini juga pernah disebut Tengku Razaliegh Hamzah lama dahulu bahawa umno adalah pengkhianat.Lebal umno pengkhianat sangat tidak disenangi pucuk kepimpinan seluruh Negara.

Mengapa tidak. Tidak ada seorang manusia yang hidup diatas muka bumi ini yang sanggup menerima label seumpama itu, miskipun mereka adalah seorang pengkhianat.

Persoalan yang timbul sekarang seolah olah semua orang Melayu terbabit dengan usaha umno mengkhianati bangsa , agama dan Negara.

Yang peliknya mereka yang terbabit tak rasa berdosa dan bersalah setelah diberi amanah dan pengkhianati amanah.

Penulis tidak setuju dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengatakan Melayu banyak serah haknya kepada orang asing membabit semua melayu.

Sangat tidak wajar semua Melayu terbabit dengan pengkhinatan yang dilakukan umno sepanjang memerintah Negara ini.

Kerana  melayu terbagai kepada dua golongan. Satu yang jadi ahli dan penyokong umno satu golongan. Manakala Melayu ahli  dan penyokong PAS satu golongan yang  mustahil terbabit dengan kerja jahat itu.

Kejahatan itu  membuat rakyat melayu terpinggir dan hilang segala galanya dan pemimpin Negara jadi kayaraya kumpul harta, Macam Tun Dr Mahathir yang dikatakan memiliki harta sejumlah RM 146 bilion sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu.



Pengundi citarasa penentu kalah/menang BN dan PR

Posted: 19 Jan 2013 03:17 PM PST




Penulis sungguh tertarik dengan ramalan beberapa orang penganalisa politik tanah Air  yang mengatakan umno/BN menang tipis PRU 13 nanti.

Sesetengah mengatakan  parti Pakatan rakyat yang akan memerintah Malaysia selepas PRU 13 yang dikatakan akan diadakan pada 23 mac 2013.

 Barisan Nasional (BN) yakin dan percaya partinya boleh menang mudah berdasarkan pengundi citarasa masih memihak pada kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun ini.

Pucuk kepimpinan BN yakin dan percaya atas sebab penungi citarasa disamping pengundi rasional yang yang walaupun sudah berbelah bahagi sokongannya, tetapi masih ada harapan untuk menang dan memerintah.

BN yakin dan percaya  bantuan RM500 kepada isu rumah, RM 250 kepada orang bujang dan RM 100 kepada semua pelajar seluruh Negara yang sudah pun dibayar mula sekarang dapat meraih undi untuk menang.

Sesetengah mengatakan DAPlah yang mendapat untung dalam PRU 13 nanti.Penulis boleh setuju, kerana orang china walaupun mereka ada dalam MCA dan parti GERAKN, tetapi mereka PRU 13 nanti solid untuk DAP disamping undi Melayu di parlimen parlimen yang  ia bertanding.

Itulah politik orang China. Berbeza dengan politik orang Melayu, kerana orang melayu jumlahnya ramai yang menjadi pengundi citarasa berbanding pengundi rasional.

Pengundi citarasa (melayu) tidak pernah kisah nasib bangsa mereka. Hal ini dapat kita lihat betapa pucuk kepimpinan Melayu  umno yang dasar asalnya membela bangsa, agama dan Negara sudah lama dikhianati.

Apatah lagi pengundi citasa (melayu) yang pernah ambil kisah langsung siapakah yang memerintah asalkan mereka dapat apa mereka hajati dari pihak pemerintah.

Atas sebab itulah UMNO/BN tidak pernah bimbang dan takut dengan perkembangan politik termasuk himpunan kebangkitan rakyat  yang diadakan PR di Stadium Merdeka baru baru ini.

Pada hemat penulis, PAS akanm,enjadi mangsa, kerana sokongan pengundi  rasional sudah berbelah bahagi atas banyak sebab, termasuk isu  sensiitif "salahfaham" boleh dan tak boleh, termasuk isu pengggunaan kalimah Allah.

Salahfaham ini berlarutan dek pendapat umum yang dinyatakan oleh Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan tiada halangan penggunaan kalimah Allah pada orang kafir.,tanpa melihat tuntutan "khususiah" Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng mahu kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu yang akan diterjemahkan khusus untuk orang Melayu.

Mujur Syura ulama PAS faham bahawa kalimah Allah akan disalahgunakan dalam penerbitan Bible versi bahasa Melayu tersebut, lantas membuat ketetapan dan memutusan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bercanggah dan salah, kerana bible bukan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa. A.S.

Penulis percaya antara pemimpin PAS salah faham antara "penggunaan" dan "sebutan" sepertimana yang dinyatakan oleh presiden PAS berdalilkan ayat Allah ayat 64 surah Ali- Imran.





Bagaimana pula god diterjemah Allah

Posted: 13 Jan 2013 11:28 PM PST





Harus jika bible itu kitab asli sepertimana hujah Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berdasarkan nas ayat 64 surah Al Imran.

Apakah bible perjanjian baru yang hendak tarjemah kedalam bahasa Melayu itu asli tidak diselewengkan.
Kalau bible itu asli dan tidak diseleweangkan harus dalam kelimah "Allah" masih kekal, bukan "god" ,sedang
Allah tetap Allah bukan god dan god tetap god, tuhan bukan Allah.

Seperkara lagi bagaimana mungkin orang yang kufur dengan Allah mahu menggunakan kalimah Allah.
Mustahil. Oleh itu tujuan mahukan nama Allah pada penerbitan bible versi bahasa Melayu pasti ada niat jahat untuk mengelirukan orang Melayu.

Mengapa perlu bible diterjemahkan kedalam bahasa melayu? Tidak dinafikan sudah banyak Melayu yang masuk kristian. Dan ada lojiknya bible diterjemahkan.

Apakah akan jadi apabila GOD diterjemah ke bahasa melayu ALLAH, sedangkan Allah itu Allah yang maha Esa dan god adalah tuhan tuhan selain Allah.

Sangat tidak tepat jika god diterjemah Allah dan suatu penyelewengan yang tidak boleh dimaafkan. Mereka ada tujuan dan berniat jahat sudah tentu akan berbuat demikian.

Apabila dalam bible perjanjian baru sudah ada kalimah Allah sudah tentu boleh mengelirukan. Mungkin anak cucu kita nanti akan berkata kristian adalah agama Allah yang sama dengan agama Islam.

Hal sudahy berlaku. Orang orang Islam leberal sudah pun mengatakan agama sama saja, sedangkan barangsiapa menyamakan agama lain sama dengan agama islam automatik jadi kafir. Ada ulama mengatakan mereka jadi kafir mutlak. 



Tiada ulasan: