Isnin, 8 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Husam Berucap Di Putrajaya Malam Ni, Allahuakhbar!

Posted: 08 Apr 2013 07:30 AM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/165491_586135251398937_1989423195_n.jpg

Bersama calon P125..Parlimen Putrajaya..

Presiden PAS jawab soalan peserta yang mempunyai Phd Economics. Jom dengar...Hebat!

Posted: 08 Apr 2013 06:45 AM PDT

Presiden jawab soalan peserta yang mempunyai Phd Economics. Jom dengar...


DR MAZSLEE MALIK-Yg Atasan Merompak Harta Negara Yg Bawahan Mencuri Harta Sesama

Posted: 08 Apr 2013 06:30 AM PDT



Sekat Ahli Parlimen Pakatan, BN salah guna kuasa – Tian Chua

Posted: 08 Apr 2013 06:00 AM PDT



(Oleh Aisha Geoffrey)

PETALING JAYA 8 APRIL: Menyekat ahli politik berlainan parti berkempen merupakan penyalahgunaan kuasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu mengulas tindakan menghalang beliau daripada masuk ke Sabah oleh Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, semalam.

Beliau yang tiba di Kota Kinabalu pada jam 11.05 pagi itu kemudiannya terus dinaikkan pesawat sama untuk dihantar pulang ke Kuala Lumpur tanpa sebarang sebab.

Turut bersama Tian yang dijadual ke ceramah Pakatan Rakyat di negeri itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Tian"Setelah mendarat, saya dibawa ke pejabat Imigresen dan disekat dari memasuki Sabah menurut Subseksyen 66 Akta Imigresen. Ia adalah arahan dari kerajaan negeri dan saya langsung tidak diberi alasan atas tindakan tersebut," kata Tian pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Seksyen 66 Akta Imigresen memperuntukkan setiap individu perlu memperolehi permit atau pas untuk memasuki Timur Sabah iaitu Sabah dan Sarawak melainkan seseorang itu rakyat negeri tersebut, atau Ahli Parlimen, atau merupakan hakim Mahkamah Persekutuan atau penjawat awam.

"Sebagai ahli politik dan pimpinan KEADILAN, kita hormati hak kerajaan Sabah di bawah Seksyen 66. Namun sebagai Ahli Parlimen, peruntukan itu tidak boleh menghalang saya dari memasuki Timur Malaysia," kata Tian.

"Apatahlagi kini Parlimen sudah dibubarkan dan kita memasuki tempoh kempen. Semua parti berhak untuk sampaikan mesej ke seluruh negara," katanya.

Menurutnya, kerajaan Sabah kini merupakan kerajaan sementara dan menyekat kemasukan ahli politik atau aktivis dari pihak lawan merupakan penyalahgunaan kuasa.

"Berapa ramai lagi ahli politik dari Semenanjung yang akan dihalang hanya kerana pimpinan kerajaan negeri berasa tidak senang hati? Dengan sekatan itu mungkinkah pilihan raya akan bersih dan adil?" tegasnya.

Justeru, Tian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan pendirian berhubung penyalahgunaan kuasa tersebut.

"SPR perlu jelaskan pendirian sama ada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak masih ada hak untuk halang dan sekat ketelusan proses pilihan raya dalam tempoh berkempen ini," katanya. – NS

Dihalang Masuk Sabah: SPR Digesa Tegur Kerajaan Sementara Sabah

Posted: 08 Apr 2013 05:30 AM PDT



Siraj Mohd Zaini


PETALING JAYA 8 APR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk menegur Kerajaan Sementara Sabah susulan halangan Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada memasuki Sabah baru-baru ini.

Beliau dihalang daripada memasuki Sabah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sebelum ditahan oleh Jabatan Imegresen Negeri yang memberi alasan Kerajaan Sementara Sabah yang mengeluarkan larangan berkenaan.

Turut bersama Tian Chua ketika di lapangan terbang, Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu tetapi beliau dibenarkan memasuki Sabah dengan menggunakan pas sementara.

Tian Chua berkata, sekarang ini sudah memasuki tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan Kerajaan Sabah tidak boleh mengeluarkan sesuatu arahan bagi menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk datang berkempen di Sabah.

"Isu sekarang ialah, Parlimen sudah dibubarkan dan kita sudah sampai masa berkempen, dimana semua parti berhak untuk menyampaikan mesej kepada seluruh negara yang akan mengundi masa PRU nanti.

"Dengan menggunakan hak ini, adalah jelas menyalahgunakan kuasa.

"Kita juga desak SPR untuk membuat satu pendirian, samada Kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa untuk menghalang ahli-ahli politik untuk datang berkempen," katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR, hari ini.

Sementara itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj terhadap dirinya yang kini sedang dibicarakan di mahkamah berikutan tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

"Biarlah mahkamah tentukan, kalau saya disabitkan kesalahan pun. Tidak ada peruntukan dalam undang-undang untuk menghalang penjenayah atau apa yang disabit kesalahan untuk memasuki Sabah," ujarnya lagi.

Import Ulama Pondok Sampai Ke Kedah?

Posted: 08 Apr 2013 05:00 AM PDT

Haram sokong pembangkang PRU13, kata ulama pondok


GURUN - Golongan ulama pondok hari ini membuat satu deklarasi bahawa mengundi Pas dan PKR yang menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah haram di sini Islam.

Pas dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi Yahudi untuk menghancurkan Islam paling besar berlaku dalam sejarah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/ Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata, deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi dan persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu ALLAH adalah nama tuhan bagi umat Islam dan al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah ALLAH mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (ALLAH).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama ALLAH sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) ALLAH sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama ALLAH digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan ALLAH.

"Sekiranya dalam Bible ada nama ALLAH, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama ALLAH," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan ALLAH S.W.T. - Bernama

Syabas TG Haji Hadi, Lontaran Idea Bernas Dan Islamik!

Posted: 08 Apr 2013 04:35 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/534899_442936182458172_1444767177_n.jpg

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Alhsmdulillah sebentar tadi telah menyampaikan ucapan di majlis bicara minda di kompleksMedia Karangkraf sek15 Shah Alam yang telah dianjurkan oleh Sinar Harian.

Mohamad Hasan: Nik Aziz tidak cerminkan diri berilmu agama

Posted: 08 Apr 2013 03:49 AM PDT



SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mencerminkan dirinya sebagai seorang yang tinggi ilmu agama.

Katanya kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz mengenai Umno dan pembinaan masjid bukan sahaja tidak rasional tetapi juga lebih bersifat peribadi.

"Kalaupun marah sangat dengan Umno, janganlah cakap macam itu.

"Juga, cerita sembahyang orang Umno tiada pahala...kau siapa nak kata begitu? Saya nak tanya, dia pemegang kunci syurga ke?" katanya kepada pemberita selepas penyerahan geran Program Pemulihan Dalam Komuniti Negeri Sembilan berjumlah RM3.05 juta bagi tempoh enam bulan, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor mendakwa orang Umno banyak membina masjid bukan kerana Islam sebaliknya kerana mahu menjadi kontraktor.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan solat anggota Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata pembinaan sesebuah masjid tidak dilakukan kerajaan dengan sewenang-wenangnya, tetapi perlu mengambil kira keperluan dan permohonan umat Islam di satu-satu kawasan.

Beliau memberi contoh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang menerima banyak permohonan masjid daripada masyarakat.

"Kalau nak ikutkan permohonan daripada masyarakat, banyak orang memohon.

Tapi kita pertimbangkan dengan begitu 'detail' termasuk dari segi jauh masjid,jarak masjid, fungsi masjid tersebut dan sebagainya," katanya.

Mengenai dakwaan Tian Chua Chang tidak dibenarkan memasuki Sabah semalam, Mohamad berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu sepatutnya dihalau keluar daripada negara ini.

Tian Chua sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa insiden pencerobohan berdarah di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno. - Bernama

jawapan untuk mohamad hasan

Umno Tasek Gelugor Bergolak! PAS Ada Peluang, Allahuakhbar!

Posted: 08 Apr 2013 03:00 AM PDT

Pas tawan Tasek Gelugor jika 3 Umno bercakaran :'Cikgu'

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yackop hampir pasti tidak akan dicalon lagi di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Sumber dalaman Umno memberitahu, Shabudin Yahaya menuntut kerusi Parlimen itu atas kelayakan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor.

"Budin (Shabudin) tak patut tuntut kerusi itu kerana dia menang (Ketua Bahagian) pun sebab 'duit' Tan Sri (Nor Mohamed)," ujar seorang pemuda bahagian yang mahu digelar 'cikgu' menerusi telefon petang tadi.

Sumber berkata, Shabudin sepatutnya memberi laluan kepada veteran Umno Tasek Gelugor, Datuk Mohd Shariff Omar ke kerusi parlimen itu.

"Tok Shariff lebih berpengaruh, dia kalah di peringkat bahagian sebab Tan Sri tabur duit, bulan sebab Sabudin ada tokoh.

"Penyokong Tok Shariff dan Tan Sri (Nor Mohamad) tak akan duduk diam jika Sabudin tanding Parlimen sebab kedua-dua macam kedua-dua tokoh itu macam ditikam dari belakang," ujar sumber.

Dalam perkembangan lain, Pas yang dicatur bertanding di kerusi itu turut dikhabarkan giat mencari seorang calon bergelar 'Ustaz' bagi menyaingi Shabudin di parlimen itu.

Pas sebelum ini dikhabarkan mencatur Ahli Korporat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin jika Nor Mohamed kekal bertanding di parlimen berkenaan.

Perkembangan terbaru ini dijangka memberi peluang kepada Pas menenangi kerusi parlimen itu jika berlaku konflik kepentingan dalam Umno membabitkan kem Shabudin, Shariff dan Nor Mohamed kelak.

http://faqar.blogspot.com/2013/04/pas-tawan-tasek-gelugor-jika-3-umno.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Faqar+%28faqar%29

Panas! Budak Darjah 1 Hantar Surat Kepada TG Nik Aziz?

Posted: 08 Apr 2013 01:00 AM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/555904_450116438402533_584644697_n.jpg

Ahmad Fadhli bin Shaari

Surat daripada gerakan Tukar kpd Yab MB Kelantan, tanpa komma, tanpa noktah.....barangkali hanya ditaip oleh kanak-kanak darjah dua...

Live! TG Presiden PAS Sedang Rancak Berhujah Dengan FAKTA

Posted: 08 Apr 2013 12:15 AM PDT

Ikuti Bicara Minda Hadi Awang kupas soal 'Negara Berkebajikan'

Wartawan Sinar Harian

Bicara Minda Hadi Awang

Bicara Minda & Sesi Dialog; Negara Berkebajikan: Persepsi dan Realiti

BERIKUT hujah diketengahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada program Bicara Minda & Sesi Dialog anjuran Sinar Harian, yang sedang berlangsung di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Ia anjurkan bersama oleh Sinar Harian Online dan MobTV


Zaid Ibrahim sudah betul semula

Posted: 08 Apr 2013 12:00 AM PDT


Oleh Subky Latif,

PEGUAM Zaid Ibrahim yang pernah menggempar politik negara sekarang seolah-olah membuat kejutan lagi apabila dalam laman webnya dia menyeru pengundi Melayu/Islam memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.


Padanya, Pakatan Rakyat diberi peluang dulu bagi membuktikan mereka boleh membuat perubahan atau tidak. Jangan mudah kata, negara akan muflis di bawah Pakatan Rakyat sebelum ia diberi peluang.

Lalu disebutnya tentang PAS yang tidak pernah diberi peluang mentadbir selain dari Kelantan, maka tiada bukti PAS tidak boleh memerintah negara dengan baik.

Pandangan terbaru Zaid itu adalah sikap yang betul. Seruannya kepada pengundi Melayu/Islam supaya memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat baik calon parti mana saja perlulah diberi perhatian oleh semua pihak.

Dalam kenyataannya itu tidak pula dia mengecualikan sokongan kepada calon PKR walaupun dia telah keluar PKR dan bergiat dalam parti lain. Ertinya termasuk yang disuruhnya sokong ialah PKR.

Maka sikap terbarunya itu wajar disokong. Dalam saat semua pihak mahukan perubahan, maka dengan semuanya menyokong Pakatan Rakyat, barulah perubahan itu dapat dicapai.

Saya menduga Zaid mahu berada dalam landasan politik yang betul semula. Apakah Zaid mahu mencari peluang untuk kembali semula ke tengah arena politik yang popular? Politik yang paling popular pada masa ini ialah berada bersama Pakatan Rakyat. Kalau tidak mudah untuk bersama PKR semula, Zaid boleh memberi semua kerjasama dengan PAS dan DAP tanpa mengganggu jalinan baik antara parti kerabat PR.

Sebarang tindakannya mendekati Pakatan semula jauh lebih mulia dari tindakan beberapa orang yang selama ini mengecam Dr. Mahathir dan entah kerana apa lalu mengadapnya sambil minta ampun maaf daripadanya, menyesali mencercanya selama ini.

Ada baiknya komen baru Zaid itu dihargai. Walaupun kita kira dia kurang sabar semasa meninggalkan PKR dulu, tetapi dia sudah memberi pandangan baik kepada Pakatan yang sedang berhempas pulas menghadapi BN itu.

Apapun Zaid menggemparkan politik negara apabila diberi peluang menjadi menteri, beliau telah memulih rekod perkhidmatan hakim-hakim yang ditribunal oleh Dr. Mlahathir dulu dan dia telah mendapatkan imbuhan kewangan ganti rugi kerana disingkirkan dulu. Tiada orang UMNO yang menilai jasa hakim-hakim itu tetapi Zaid membuat kerja yang mulia.

Kemudian dia menggemparkan negara apabila kerajaan Pak Lah yang menjadikannya menteri menahan tiga orang di bawah ISA termasuk Teresa Koh. Zaid membantah, meletak jawatan menteri dan keluar UMNO. Walaupun kurang dari seminggu selepas penahanan, kerajaan membebaskan tahanan ISA itu tetapi Zaid tidak menarik balik perletakan jawatannya.

Semua kata, dia silap keluar PKR. Dia juga dikira silap menyertai parti politik yang ada nyawa ikan saja. Sangkaan silap terbukti apabila dia bermasalah pula dengan politik barunya.

Sekarang membuat kenyataan betul. Moga-moga dia membuat banyak kenyataan betul lagi sehinggalah PRU berakhir.

Saya rasa Zaid boleh jadi orang yang boleh diterima masyarakat semula. Mungkin PAS adalah parti yang wajar didekatinya. Tidak perlu dia memohon jadi anggota PAS. Tetapi dia boleh meneruskan kerjasama dengan PAS Kota Bharu seperti yang dibuatnya sebelum ini. Dia memberi kemudahan kepada PAS memberi bangunannya yang mulanya bangunan itu dibina sebagai pejabat UMNO.

Dia boleh membantu PAS dalam PRU ini dalam berbagai cara. Tak perlu mengisi barang PAS. Selepas pilihanraya ini Zaid boleh menghadiri tiap-tiap minggu kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz. Tunjukkan sikap seperti yang orang PAS tunjukkan. Biar orang lihat Zaid adalah orang PAS yang tidak menjadi ahli. Lima tahun selepas itu pemimpin PAS akan isikan borang PAS untuk Zaid tanpa Zaid mohon menjadi ahli. Masa itu orang lihat Zaid seperti Khalid ibn Walid. Cerita Zaid pernah saman Kelantan tentang hudud lenyap dari ingatan

Jawapan Kepada Tuduhan BN Ciplak Manifesto Pakatan Pembangkang

Posted: 07 Apr 2013 11:30 PM PDT


Oleh : Ab Jalil Backer

Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat.

Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema "Menepati Janji, Membawa Harapan" memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

11. Memenuhi Aspirasi Belia

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14. Memerangi Gejala Rasuah

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16. Gerakan Kesederhanaan Global

17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka.

Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1

Harga kereta

Manifesto Pakatan Pembangkang

Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN

Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

Fakta:

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan "Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat." (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.

Dakwaan 2

Dasar Perumahan

Manifesto Pakatan Pembangkang

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato' Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012.

PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3

Keretapi laju

Manifesto Pakatan Pembangkang

Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN

Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.

Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Pakatan Pembangkang

Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN

Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

Fakta:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny.

Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula)

Dakwaan 5

Royalti Petroleum

Manifesto Pakatan Pembangkang

Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN

Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang

Fakta

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily:

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.



Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6

Permit Teksi

Manifesto Pakatan Pembangkang

Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN

Meningkatkan jumlah permit teksi individu

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7

"Pengkalan" data

Manifesto Pakatan Pembangkang

Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN

Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).

Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8

Tanah wakaf

Manifesto Pakatan Pembangkang

Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN

Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9

Pakej penggajian baru

Manifesto Pakatan Pembangkang

Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN

Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji

Fakta:

Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya?

Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.

Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang "menjanjikan bulan dan bintang" tersebut boleh dilaksanakan.

Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Panas! YAB Khalid Ibrahim Makan Dalam Kedai 3 Line?

Posted: 07 Apr 2013 11:00 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/555086_10201091991566042_1082008837_n.jpg


beratus bodyguard dok jaga kan? 

kahkahkahkahkahkahkahkahkah....

kahak lu umno bn!

Ingat Duit Mak Bapak Umno Ke?

Posted: 07 Apr 2013 10:45 PM PDT

Kenderaan Jabatan Penerangan diguna di acara BN


Koh Jun Lin


AUDIO | 27 saat





Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.

Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.

Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.

Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.

Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.

Suhaimi: Kenapa?

Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...

Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.

Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.

Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.

Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?

Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."

Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".

Melayu Umno Gaduh Dengan Melayu Mamak?

Posted: 07 Apr 2013 10:30 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/73186_508267605899799_1966871614_n.jpg

hambik kau!

Adakah Arahan Polis Ni Diguna Pakai Untuk PR Saja?

Posted: 07 Apr 2013 10:15 PM PDT

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

PRU-13: TINDAKAN TEGAS TERHADAP SALAHGUNA JAWATAN POLIS

Kuala Lumpur, 8 April – Sempena dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini, pihak polis menegaskan pelbagai peruntukan undang-undang akan digunakan untuk memastikan perjalanan PRU13 berjalan lancar.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusof berkata, "Antara undang-undang yang akan digunapakai ialah Kanun Keseksaan(akta 574), Akta Hasutan (Akta 15), Akta Perhimpunan Awam 2012, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357), Akta Polis 1967 (Akta 334) dan Akta Perhimpunan Awam 2012".

Semua ceramah yang hendak diadakan sempena PRU ke-13 perlu dibuat permohonan mengikut peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Dalam taklimat bersama pihak media yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, beliau turut menegaskan pihak PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu dari mana-mana parti yang menyalahgunakan jawatan di dalam pasukan polis untuk tujuan politiknya.

Ini adalah ekoran dari satu insiden yang berlaku di mana baru-baru ini terdapat seorang bekas penjawat awam atau lebih tepat pegawai polis yang dirujuk sebagai mantan Pengarah Cawangan Khas dalam banner untuk ceramah beliau. Pihak polis menyeru supaya elemen tidak tepat ini dijauhkan supaya orang ramai tidak keliru.

Selain itu, orang ramai terutamanya golongan muda dinasihatkan supaya menghentikan tindakan yang membabitkan liabiliti jenayah.

Perbuatan sesetengah pihak seperti bertindak membakar atau menurunkan bendera atau mengoyak poster antara satu parti dengan parti lawan adalah tidak bertanggungjawab.

Sekiranya laporan dan tangkapan dibuat, tindakan tegas akan diambil oleh pihak polis dan ini akan menjejaskan masa depan anak-anak muda terutamanya yang masih lagi berada di tahap pengajian.

kepala lutut!

Dr Zaharuddin Jawab Kritikan ISMA Kepada Beliau

Posted: 07 Apr 2013 10:00 PM PDT

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/555105_506193222775655_328440117_n.jpg

Zaharuddin Abd Rahman

Saya tidak suka berdebat dan berhujjah tanpa keperluan yang jelas dan masa yang sesuai. Namun melihat tulisan ISMA yang 'menyerang saya' berdasarkan pandangan ringkas saya berkenaan hukum undi calon bukan Islam. Sebelum ini hanya agakan, rupanya ternyata betul ISMA memang belum matang berpolitik. Menyerang secara tidak teliti, 'andaian sendiri' dan kemudian mengajak wacana adalah tidak tertib.

Hakikatnya, ISMA sendiri mengharuskan undi non muslim iaitu sebagaimana resolusi mereka :

" c-Apabila seorang non Muslim berhadapan dengan non Muslim yang lain, maka umat Islam perlu melakukan dua perkara berikut:

i. Di kawasan majoriti pengundi Muslim, maka hendaklah dihantar calon Muslim.
ii.Di kawasan majoriti pengundi non Muslim, maka pemilihan calon hendaklah berdasarkan parti yang paling kurang mudharat kepada Islam."

Jika anda melihat resolusi di atas, itu bermakna MEREKA TURUT MENGHARUSKAN undi non muslim.

Benar, resolusi disebut dalam situasi tertentu sahaja. Namun sepanjang ingatan saya, saya juga tiada menyebut sebarang situasi khusus berkenaan keharusan mengundi Non-Muslim, namun ISMA secara terburu-buru menganggap saya memaksudkan dalam situasi tertentu yang tidak sama dengan mereka hasil andaian dan ciptaan mereka sendiri. Lalu melalui andaian itu, mereka mencipta dan mencetus 'peperangan hujjah dengan saya', malah menyindir saya 'berfatwa'.

Padahal jika mereka bersangka baik dan lebih matang dalam dunia politik, hujjah, mendahulukan sangka baik, mereka tiada akan tergesa-gesa meletakkan saya seolah individu yang BERBEZA daripada mereka.

Saya punyai ramai teman dan rakan dari jemaah ISMA, namun dek kerana apa yang pimpinan mereka lakukan ini, teman itu kelihatan sudah mahu menjadi lawan, memperkecilkan saya. Mesraan yang dulu kini menjadi sindiran, semua akibat tindakan agak gopoh pimpinan ISMA. Belum full time politik sudah jadi begini. Maka bagaimana jika full time?

Justeru, saya semakin ragui kewibawaan calon berjasa tajaan ARUS BARU dalam dunia politik TANAHAIR. Mereka mungkin wibawa dalam dunia kitab dan juga amanah. Namun dunia politik dan pentadbiran, public relation etc. Hmmm..adakah mereka punyai quwwah?

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

Posted: 07 Apr 2013 09:30 PM PDT

Kenyataan Media
7 April 2013

Cincin RM24J: Mengapa Plot Hadir Selepas Hampir 2 Tahun?

Berikutan kemunculan sebuah wawancara mengenai cincin berlian RM24 juta, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menegaskan bahawa kredibililti wawancara tersebut sangsi dan mencurigakan.

Terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan ekoran 'cubaan' untuk menutup persepsi besar namun dilihat menimbulkan lebih banyak polemik, antaranya;

1. SAMM pada awalnya mempersoalkan mengapa nama Datin Paduka Rosmah Mansor tertera dalam borang kastam K1, menjadi satu bukti yang tidak mampu disangkal. Namun mengapa penafian pertama rosmah pada 29 Julai 2011, tidak digunakan ruang ini untuk menjelaskan perihal sebenar? Rosmah hanya nafi tanpa penjelasan.

2. Mengapa pihak syarikat pengeluar membuat kenyataan berbentuk video hanya setelah hampir dua tahun isu 'cincin Imelda Rosmah RM24 juta' menggemparkan negara? Mengapa begitu lama masa diambil? Dua tahun adalah tempoh yang sangat lama untuk menjawab satu dakwaan serius.

3. Jika benar cincin tersebut masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran, mengapa borang kastam K1 digunakan dan mengapa tidak guna borang ATA CARNET? Borang ATA CARNET diperuntukkan untuk sebarang bentuk pameran.

4. Bila tarikh sebenar cincin tersebut keluar dari Malaysia? Apakah 20 April 2011 seperti dilaporkan? Parlimen membuat kenyataan bertulis bahawa cincin tersebut dipulangkan semula kepada syarikat 'pemilik asal' selepas beberapa hari di Malaysia, sedangkan bulan lalu dilaporkan di media bahawa cincin tersebut dipulangkan setahun selepas masuk ke Malaysia. Mana satu yang betul? Apakah perubahan kenyataan ini berlaku kerana borang kastam K2 yang didedahkan dulu telah dibuktikan oleh SAMM sebagai satu cubaan menipu?

5. Bagaimana besan kepada Perdana Menteri turut terlibat? Apa kena mengena besan Perdana Menteri sehingga terpalit nama Rosmah Mansor dalam dokumen rasmi melibatkan harta bernilai RM24 juta?

Dalam risalah cincin yang diterbit SAMM, terdapat juga pendedahan sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah memakai sebuah gelang bertatah berlian. Setelah diperiksa, gelang tersebut dinamakan "Zebra Safari" berharga RM1.65 juta. Ironinya gelang tersebut dikeluarkan dari syarikat pengeluar cincin bernilai RM24 Juta. Ia menggambarkan Rosmah sebagai pelanggan yang tidak asing kepada syarikat berpengkalan di New York itu dan tidak mustahil syarikat tersebut cuba melindungi pelanggannya.

Bagi SAMM, pendedahan isu cincin RM24 juta ini menjadi satu titik tolak penting kerana selepas itu lebih banyak lagi pendedahan membongkar pekung kebobrokan negara seperti pendedahan NFC dan beberapa kes keluarga menteri dianugerah projek. Isu cincin ini menjadi pendorong untuk pegawai kerajaan tampil berani menyalurkan maklumat ketirisan wang rakyat.

Akhir sekali, SAMM tidak menolak kemungkinan pendedahan cincin RM24 juta ini sebenarnya telah menggagalkan pemilikkan cincin tersebut dan seterusnya menyelamatkan wang negara ini dari terus dibazirkan kepada pihak 'jahat'.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Apa Kerja Dr Sidek Baba Selepas TIBAI Anwar?

Posted: 07 Apr 2013 09:00 PM PDT

 http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/536253_535297666520363_255133769_n.jpg

King Jason

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan. Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti. Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerak kerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan guru-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

Pecah Perut!

Posted: 07 Apr 2013 08:30 PM PDT

Kenapa Banyak Papan Tanda BN Tumbang? Ini Sebabnya!

Posted: 07 Apr 2013 08:00 PM PDT

https://pbs.twimg.com/media/BHSfyR4CUAAXuMP.jpg:large\


Foto UTK tunujukkan papan tanda 1 Msia Najib di Hiway LPT dkt Temerloh tumbang. * UTK - Unit Tindakan Kartunis pic.twitter.com/OY6qClArFj

ada seorang kaki pasang papan tanda bn cakap, mereka sengaja pasang tapak tak dalam. kalau tumbang, mesti mereka yang baiki lagi. duit pun lagi masyuk.

Minit mesyuarat Alies Anor & Sidek Baba

Posted: 07 Apr 2013 07:30 PM PDT

Oleh BlogMaster

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka rancangkan.

Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012

Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi

Senarai Kehadiran

Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha

1.Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.

Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.

Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.

2. Perkara-perkara berbangkit.

Datuk Dr Sidek Baba

Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.

Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.

Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.

Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah dikenalpasti.

Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.

Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.

Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.

En Osman Abdul Majid

En Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.

En Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.

En Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan memberi impak yang hebat.

En Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.

Syed Abul Hussin Syed Kismas

Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media. Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.

Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan dunia Islam.

Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:

1) Lawatan ke Palestin

2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan

3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand

4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.

Raja Ariff Kamaruddin

YM Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti dikenakan ke atas mereka.

YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.

YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.

3. Lain-lain hal

Pengerusi maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan feedback dalam mesyauart yang akan datang.

Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013

Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.

Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.

Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.

Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita. Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak akan mengaku mereka dari kumpulan kita.

Pengerusi memaklumkan semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha, Setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.

Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.

Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal'As.

Weblog M@RHAEN

Manifesto BN tiada roh reformasi, ketandusan idea – Anwar

Posted: 07 Apr 2013 07:00 PM PDT

Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon.

Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional ("Membawa Harapan") pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan.

pakatan-rakyat-convention-2013Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Justeru, keengganan Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat.

Lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan Sementara ("caretaker government") dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama.

Ini jelas merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.

Walau bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa.

Anwar lagiSaya juga telah mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.

Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit.

Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi Barisan Nasional.

Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.

ciplakPada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

Ketandusan idea baharu bermakna Dato' Seri Najib Tun Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak.

Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional.

Manifesto Barisan Nasional masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang.

Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang.

BR1M-2.0"Direct transfer payments" seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi.

Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun.

Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

537080_497699743626560_205532564_nTawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat.

Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan Nasional.

Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.



DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Anwar Names PKR Candidates For Padang Serai, Kulim-Bandar Baharu, Merbok And Sungai Petani

Posted: 07 Apr 2013 06:45 PM PDT

MERBOK: PKR vice-president N. Surendran will contest in the Padang Serai parliamentary seat while party secretary-general, incumbent Machang MP Saifuddin Nasution, will contest in the Kulim-Bandar Baharu parliamentary seat in GE13, PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim has revealed.

Meanwhile, incumbent Merbok MP Datuk Rashid Din will be replaced by a female candidate - Sungai Petani Wanita PKR chief Nurin Aina Azrina Abdullah, who is also a Sungai Petani Municipal Council councillor.

The 38-year-old former engineer is a first-time candidate for the polls.

Incumbent Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul will contest in the same parliamentary seat again.

Anwar made the announcements at a ceramah in Laguna Merbok late last Sunday.

In the 2008 general elections, N. Gobalakrishnan and Datuk Zulkifli Noordin won the Padang Serai and Kulim-Bandar Baharu seats respectively under the PKR ticket.

However, both became independent when Gobalakrishnan quit and Zulkifli was sacked from the party in 2010.



- Han Kar Kay / New Straits Times
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/4/8/nation/20130408085610&sec=nation

Tiada ulasan: