Kerabu Bersuara ® |
- Gambar Sekitar Anwar Di Kubang Pasu
- Gambar Anwar Ceramah Di Merbok!
- Video: Pesanan Mat Sabu Kepada Rakyat!
- Cis! Nak LOGIN Yahoo! Pun Keluar Iklan BN
- Ds Anwar Imam Solat Maghrib Di Kg Pulau Pisang
- Hallo Samy Vellu, Angkat Bakul?
- Calon MB Perak Jika PAKATAN Menang Dari Dr MAZA
- Surat Terbuka Dato' Haji Husam kepada Dato Sri Mustapa Mohamed
- Kit Siang: Kerusi Parlimen Bakri, Kulai milik DAP
- Salahuddin Ayub Galas Tugas Yang Getir! Ayuh Sokong!
- Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Mesti Dipertahankan?
- Lim Kit Siang Dan Salahuddin Di Tg Adang, Johor!
- Banner Provokasi Umno BN Menggunakan Nama PAS
- Cabar TG Nik Aziz Dan TG Hadi?
- KEKAL Parlimen Titiwangsa Dengan Perjuangan ISLAM!
- Umno Parti CIPLAK!
- Solat Orang Umno Tak Boleh Pahala? Betul!
- Merdu Tak Suara Anwar? Adakah Najib Akan Tiru Juga?
- Rahsia Mahali Jasuli Semakin POWER
- DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah
- Muhyiddin Cakap TG Nik Aziz Pimpin PARTI AJARAN SESAT?
- Terkini! Pak Tam Raja Lawak Sokong PAS!
- TG Nik Aziz doakan orang yang fitnahnya berubah
- Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya
- Umno Permatang Pauh akan lawan Anwar habis-habisan
Gambar Sekitar Anwar Di Kubang Pasu Posted: 07 Apr 2013 03:00 PM PDT |
Gambar Anwar Ceramah Di Merbok! Posted: 07 Apr 2013 02:00 PM PDT Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap di depan ribuan warga Merbok di Padang Bandar Laguna. |
Video: Pesanan Mat Sabu Kepada Rakyat! Posted: 07 Apr 2013 10:00 AM PDT |
Cis! Nak LOGIN Yahoo! Pun Keluar Iklan BN Posted: 07 Apr 2013 09:00 AM PDT kahkahkahkahkah.. habis nak kempen. tergugat sangat dah BN kali ni! |
Ds Anwar Imam Solat Maghrib Di Kg Pulau Pisang Posted: 07 Apr 2013 08:30 AM PDT @anwaribrahim mengimamkan Solat Maghrib di Masjid Kg Pulau Pisang Kedah |
Hallo Samy Vellu, Angkat Bakul? Posted: 07 Apr 2013 08:15 AM PDT kahkahkahkah... orang macam ni pun ada? |
Calon MB Perak Jika PAKATAN Menang Dari Dr MAZA Posted: 07 Apr 2013 08:00 AM PDT DrMAZA.com ..bersama Dato' Syeikh Mohd Nor Mansoor, tokoh agama Perak yang dihormati..tawaduk dan tinggi nilai budinya..saya doakan beliau jadi MB Perak selepas PRU ni..beliau patut diberikan DUN yang sesuai oleh Pakatan..imej beliau dapat mengembalikan kepercayaan kepada Pakatan..itupun jika mereka mahu.. |
Surat Terbuka Dato' Haji Husam kepada Dato Sri Mustapa Mohamed Posted: 07 Apr 2013 07:30 AM PDT Surat Terbuka Dato' Haji Husam kepada Dato Sri Mustapa Mohamed Baca /downlaod Versi PDF - Sila Klik Di Sini |
Kit Siang: Kerusi Parlimen Bakri, Kulai milik DAP Posted: 07 Apr 2013 07:15 AM PDT JOHOR BAHRU - Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata kerusi Parlimen Bakri dan Kulai adalah milik parti itu untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13. Lim, yang ditemui selepas pelancaran jentera pilihan raya DAP Johor di sini hari ini berkata terpulang kepada semua pihak untuk membuat spekulasi kerana beliau tidak mahu mengulas lanjut isu itu. "Anda akan tahu (siapa bertanding) bila kami (DAP) umumkan. Teruskanlah kalau mahu membuat spekulasi, tetapi kerusi Bakri dan Kulai milik DAP. Itu sahaja," katanya. Sebelum ini, ada cakap-cakap mengatakan dua kerusi itu diintai Pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng selepas hasratnya untuk menjadi calon Parlimen Gelang Patah tidak kesampaian. Lim sepatutnya mengumumkan calon yang bakal bertanding di Parlimen Bakri ketika berceramah di Muar, semalam. - Bernama |
Salahuddin Ayub Galas Tugas Yang Getir! Ayuh Sokong! Posted: 07 Apr 2013 07:00 AM PDT Ramai yang bertanya bagaimana untuk menjadi Menteri Besar andai bertanding Parlimen. Suka saya tekankan sekali lagi bahawa menjadi Menteri Besar Johor bukanlah agenda saya pulang berkhidmat di kampung halaman. Agenda utama adalah membantu rakan-rakan di sini untuk menumbangkan Sang Penguasa yang zalim. Bagaimanapun, ingin saya umumkan bahawa saya juga di amanahkan untuk bertanding di N49 Nusajaya. Ia amanah yang berat. Doakan saya dan semua rakan-rakan. Terima Kasih. Sebarkan ~ Salahuddin Ayub |
Kenapa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Mesti Dipertahankan? Posted: 07 Apr 2013 06:45 AM PDT Allahuakhbar! |
Lim Kit Siang Dan Salahuddin Di Tg Adang, Johor! Posted: 07 Apr 2013 06:45 AM PDT Penyokong Pakatan Rakyat menyambut Sdr Lim Kit Siang dan Salahudin Ayub di Tg Adang. |
Banner Provokasi Umno BN Menggunakan Nama PAS Posted: 07 Apr 2013 06:30 AM PDT SEL25 - Suara Kebangkitan Rakyat Panas!!! Banner fitnah rovokasi sedang rancak dipasang oleh UMNO BN Hulu Langat di sekitar Semenyih, Kajang & Dusun Tua Hulu Langat. Jentera Pilihanraya PAS Kaw telah berjaya menahan sebuah kereta yang penuh dgn banner provokasi ini sebentar tadi. |
Cabar TG Nik Aziz Dan TG Hadi? Posted: 07 Apr 2013 06:16 AM PDT hahahahahahahaha... macam ni pun ada erk? hahahahahahahaha.. |
KEKAL Parlimen Titiwangsa Dengan Perjuangan ISLAM! Posted: 07 Apr 2013 06:00 AM PDT "Ayuh sama-sama kita bangunkan Malaysia baru yang sejahtera dan berkebajikan. Hidup bersatu-padu dan saling bantu-membantu" AHMAD ZAMRI AS'AD KHUZAIMI Calon PAS Parlimen Titiwangsa |
Posted: 07 Apr 2013 05:30 AM PDT ciplak! |
Solat Orang Umno Tak Boleh Pahala? Betul! Posted: 07 Apr 2013 05:00 AM PDT 1. Kenyataan YAB Tuan Guru dan Tan Sri Muhyiddin Yassin : http://www.youtube.com/ 2. Kenyataan Tan Sri Harussani : http://www.utusan.com.my/ |
Merdu Tak Suara Anwar? Adakah Najib Akan Tiru Juga? Posted: 07 Apr 2013 04:30 AM PDT |
Rahsia Mahali Jasuli Semakin POWER Posted: 07 Apr 2013 04:30 AM PDT hahahahahaha.. ada pembakar semangat! |
DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah Posted: 07 Apr 2013 04:15 AM PDT DS Anwar Ibrahim bersama penduduk di Kg Jeram, Tunjang, Kedah |
Muhyiddin Cakap TG Nik Aziz Pimpin PARTI AJARAN SESAT? Posted: 07 Apr 2013 04:00 AM PDT anak muhyiddin betul ke tok guru ni sesat? |
Terkini! Pak Tam Raja Lawak Sokong PAS! Posted: 07 Apr 2013 03:00 AM PDT Pak Tam (Raja Lawak) sedia turun membantu PR menang dalam PRU13 ini |
TG Nik Aziz doakan orang yang fitnahnya berubah Posted: 07 Apr 2013 02:30 AM PDT Mohd Nor Yahya, KOTA BHARU: Biar pun sering menjadi mangsa fitnah namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa dan berharap mereka akan berubah suatu hari nanti. Menteri Besar berkata, beliau tidak akan ambil tindakan mahkamah ke atas golongan terbabit biar pun kerap lagi melemparkan tuduhan fitnah terhadapnya. "Umno yang tolak Islam, saya minta agar semua orang Umno dapat menerima Islam sepenuhnya. Macam mana kalau dah tolak Islam, amalan nak diterima Allah. "Tolak Islam kerana menganggap Islam dah habis tempoh adalah berdosa," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Pawah Rusa kepada 10 peserta di Pejabat Veterinar hari ini. Mengenainya tindakan media menyiarkan separuh sahaja ucapannya, beliau berkata, itu satu kesalahan dilakukan pengamal media terutamanya yang dimiliki Umno. "Sebab itu kita tak hairan ucapan kita sering diputar belitkan oleh media mereka," katanya. Beliau juga berkata, mereka yang menyokong perjuangan Islam namun kedekut dan tidak ikhlas dalam sembahyang pun tidak mendapat pahala. Sementara itu kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar memperuntukkan RM220,000 bagi melaksanakan penternakan rusa di negeri ini. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seramai 10 peserta pertama dipilih Jabatan Veterinar sebagai projek perintis menternak rusa di Kelantan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Suratan Kamaruddin dan Timbalan Dekan Falkuti Veterinar UMK, Dr Mokhtar Arshad. |
Hadi Awang: Pas kerjasama dengan PKR, DAP kerana tidak menentangnya Posted: 07 Apr 2013 02:00 AM PDT ALR SETAR - Pas memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana kedua-dua parti itu tidak menentangnya, kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Umno menolak pelaksanaan hukum Islam yang kita (Pas) mahu. Kita tidak akan bekerjasama dengan syaitan. Oleh kerana DAP tidak menentang kita, lebih baik kita bekerjasama dengan mereka dan PKR," katanya semasa berucap melancarkan manifesto pakatan ketiga-tiga parti itu di Kedah di Kompleks Pas Batu 9, dekat sini malam tadi. Ketika ditanya pemberita selepas itu adakah perkataan syaitan yang digunakannya merujuk kepada Umno, beliau hanya berkata "Itu kena tanya (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya hanya mengulangi amanat Tun Dr Mahathir." (Dr Mahathir pernah dipetik menggunakan pepatah Inggeris "better the devil you know than the angel you don't' yang membawa maksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali" tetapi telah diminta bertaubat oleh Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din baru-baru ini kerana dikatakannya Dr Mahathir membuat kenyataan sanggup bersama dengan syaitan. Ketika mengulas permintaan pemimpin Pas itu, Dr Mahathir dilaporkan berkata Harun Din berkata demikian kerana mungkin beliu tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris sehingga membuat tafsiran sedemikian (devil itu syaitan). Abdul Hadi mendakwa Umno tidak memahami konsep negara berkebajikan yang hendak dilaksanakanya apabila parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan PKR. Katanya konsep itu lebih luas dan berlainan dengan yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, membina rumah orang susah dan subsidi tertentu. Beliau berkata negara berkebajikan Pas meliputi pemberian susu percuma untuk anak baru lahir, rawatan dan subsidi. Katanya Pas telah 99 peratus memuktamadkan pemilihan calon untuk di 76 kawasan dalam PRU13 dan nama mereka akan diumumkan bila-bila masa sahaja. - Bernama |
Umno Permatang Pauh akan lawan Anwar habis-habisan Posted: 07 Apr 2013 01:38 AM PDT BUKIT MERTAJAM - Umno Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno. Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar. "Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi. "Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini. Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus. Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin. Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu. "Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya. Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan