Kerabu Bersuara ® |
- PANAS! Siapa Calon BN Yang Dimaksudkan Ni? Teruknya!
- Terkini! Annuar Musa Sudah Serang TG Nik Aziz Dan PAS Kelantan. Tolak Annuar Musa!
- Gambar Aktiviti Husam Musa Sekitar PUTRAJAYA. Allahuakhbar!
- Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan
- Video Tengisan Kesedihan Lim Kit Siang Di Atas Kezaliman ROS
- Panas! Umno Langkawi Pula Bergolak Dan Bergaduh Sama Geng. Hancur UMNO Kali Ini!
- Pakatan menang, harga petrol RON95 turun 40 sen - Rafizi
- Selepas Ibrahim Ali dan Mahathir, Sekarang Rosmah Pula Naik Angin?
PANAS! Siapa Calon BN Yang Dimaksudkan Ni? Teruknya! Posted: 19 Apr 2013 06:00 AM PDT |
Terkini! Annuar Musa Sudah Serang TG Nik Aziz Dan PAS Kelantan. Tolak Annuar Musa! Posted: 19 Apr 2013 05:00 AM PDT |
Gambar Aktiviti Husam Musa Sekitar PUTRAJAYA. Allahuakhbar! Posted: 19 Apr 2013 04:30 AM PDT 19 April 2013: Makan tengahari di kafe Jabatan Imigresen Malaysia 19 April 2013 : Hospital Putrajaya 19 April 2013 : Hospital Putrajaya Pekena nescafe tarik di presint 8 |
Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan Posted: 19 Apr 2013 03:40 AM PDT Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba. Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan. Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain. Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang. Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin. Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO. Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional. Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan! Salam hormat, NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am, Parti Islam Semalaysia (PAS) Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M |
Video Tengisan Kesedihan Lim Kit Siang Di Atas Kezaliman ROS Posted: 19 Apr 2013 02:43 AM PDT |
Panas! Umno Langkawi Pula Bergolak Dan Bergaduh Sama Geng. Hancur UMNO Kali Ini! Posted: 18 Apr 2013 09:35 PM PDT PANAS! Ayuh, Masuk pakatan! Kita sama-sama tumbangkan UMNO BN! |
Pakatan menang, harga petrol RON95 turun 40 sen - Rafizi Posted: 18 Apr 2013 09:21 PM PDT (Oleh Norutul Ilham) AMPANG 19 APRIL: Harga minyak petrol RON95 akan diturunkan dari RM1.90 kepada RM1.50 apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. Demikian diberitahu Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang menyifatkan penurunan itu akan menambahkan pendapatan rakyat apabila tidak perlu berbelanja tinggi untuk membeli bahan bakar tersebut. "Kita (Pakatan) apabila menang ke Putrajaya akan menurunkan harga petrol anggaran sebanyak 25 peratus daripada RM1.90 ke RM1.50. "Kalau kita turunkan harga minyak serta merta, semua kos yang lain akan turun dan serta merta harga barang juga akan turun," katanya di depan 200 tetamu pada Majlis Dialog Forum Ekonomi Rakyat di Hotel De Palma di sini malam tadi. Sebelum ini, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Pakatan untuk menurunkan harga minyak pada 7 Mei jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baru selepas PRU 13. Hadir sama sebagai panel bergandingan dengan Rafizi, Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen dan moderatornya Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Rafizi berkata, tol juga turut akan dihapuskan bagi menyelesaikan bebanan taraf hidup rakyat, bukannya menjanjikan dengan barangan 1Malaysia yang tidak berkualiti. "Janji kita untuk batalkan tol. Ia akan membantu menambahkan poket rakyat dan dalam masa sama boleh kurangkan kos kehidupan kerana barangan lain tidak akan naik harga dengan pemansuhan tol. "Tapi apabila masalah ini sampai kepada Najib (Razak), dia akan tanya isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah kata kalau rakyat tak boleh beli barang mahal, jadi dia beli barang murah. "Jadi Najib dapat idea baru. Oleh kerana harga barang mahal, dia panggil kroni untuk buat barang jenama 1Malaysia," kata calon Pandan itu. Rafizi berkata, memperkenalkan produk 1Malaysia umpama Najib menghina rakyat golongan pertengahan dan miskin dengan menawarkan barangan tidak berkualiti supaya berpadanan dengan taraf hidup mereka. "Sebab itu Najib masa lancar Manifesto BN dia cakap kalau you tak boleh beli barang yang ok, you beli barang 1Malaysia. Dia tak faham apabila dia sebut macam itu, bermakna dia menghina rakyat. "Kita tidak minta barang tak berkualiti, kita mahu barang berkualiti. Jadi Najib anggap you miskin, you makan barang tak ada standard. Orang yang undi BN akan mati awal sebab tak cukup zat kalau ikut dia," ujar Rafizi disambut ketawa hadirin. |
Selepas Ibrahim Ali dan Mahathir, Sekarang Rosmah Pula Naik Angin? Posted: 18 Apr 2013 08:57 PM PDT Najib pandai ambil hati wanita? alahai kesian, dah la ketua wanita tak bertanding dan sekarang naib ketua pula takda nama. kesian! |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan