Ahad, 14 April 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Betul Ke TG Nik Aziz Rebah Semasa Program Di Johor? Ini Gambarnya! Allahuakhbar!

Posted: 14 Apr 2013 07:23 AM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/48083_173628796127755_1914236069_n.jpg

Tok guru diusung dari kereta kerana mengalami kebas kaki petang tadi. Allahuakhbar! Doakan perjuangan kita ini diberi pertolongan oleh Allah di zaman fitnah ini. Selamatkan dan panjangkan lah umur tok guru dan para pejuang lain.

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/45367_10151532322823996_1360539765_n.jpg

Ramai orang bertanya tentang status Tok Guru hari ini. Apa yang berlaku hanyalah kaki Tok Guru 'kebas'@'serban' petang tadi. Ini gambar yang di ambil jam 6.15 ptg tadi.. Alhamdulillah Tok Guru sihat...

fb:PAS Kawasan Kota Bharu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsuEsq1sLf-5SIyFCxSHGDjEQR9ljsZ1zxPrX_1VXZas_hhm91EkgbfrPIWN9poyO3lxgGimacmKFh3Ma2YPaUC9aItlEw7ZRFHL255TUBzEcThs1g9XPab3OXj7mUJCuW1UXax4DyZN9g/s1600/Mutiara+kata+3.png


sekarang banyak blog lucah umno dok hina dan kutuk tok guru nik aziz dengan pelbagai kata cacian. katanya tok guru jatuh dan rebah disebabkan isu video mustapa ali. insya allah, doa tok guru supaya orang zalim dibukakan pintu hati.

bertaubat la wahai blogger umno!

LIVE Ijtimak Ulama'&Guru- Guru Pondok Kelantan di Madrasah Diniyah Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh

Posted: 14 Apr 2013 05:46 AM PDT

Panas! Video Kuliah Agama Dari Jin Islam

Posted: 14 Apr 2013 04:56 AM PDT

Gambar Lawatan TS Khalid Ibrahim Ke Dun Pelabuhan Klang

Posted: 14 Apr 2013 04:40 AM PDT

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/558764_10151530683223901_1470441356_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/547530_10151530545103901_291285672_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/558136_10151530545148901_299196931_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/541499_10151530545193901_830778821_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/525319_10151530683193901_1363905953_n.jpghttp://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/45595_10151530683213901_528012152_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/602245_10151530683278901_2095878547_n.jpghttp://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/306068_10151530683398901_1541518299_n.jpg

Perjumpaan bersama rakan seperjuangan di Pelabuhan Klang

Bekas MB Dari Negeri Utara Malaysia Akan Sertai PAS?

Posted: 14 Apr 2013 01:13 AM PDT

Salahuddin sahkan bekas menteri besar sertai PAS


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, bekas menteri besar itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

"Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai PAS.

"Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Salahudin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

"Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam PAS dalam masa terdekat ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas MB berkenaan adalah dari negeri utara semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

PETRONAS Tidak Bayar ZAKAT? Kelantan Nak Harapkan ROYALTI?

Posted: 13 Apr 2013 07:43 PM PDT

Fatwa Zakat Minyak Dari Al-Azhar

KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.

Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.

"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP

ULASAN UZAR

Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w.

Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan )

Ringkasannya, hukum zakat ke atas minyak ini ada dua situasi. Pertama jika minyak itu dimiliki oleh individu, dan kedua jika minyak itu dimiliki negara. Ia adalah seperti berikut :-

a) Zakat atas minyak yang DIMILIKI oleh individu :

Menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi, tiada khilaf (perbezaan pendapat ulama) bahawa zakat diwajibkan ke atas minyak yang dimiliki oleh individu untuk perniagaan. Namun mereka berbeza pendapat samada dikenakan 2.5% atau 20%.

Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Ubaid dan lain-lain ulama telah berfatwa, oleh kerana minyak adalah tergolong dalam barang galian iaitu RIKAZ atau harta galian tersimpan, maka berdasarkan kepada hadis, zakatnya adalah 1/5 dari hasil, ini beerti 20%. Ini juga merupakan pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Ini berdasarkan hadis nabis s.a.w :

في الركاز الخمس

Ertinya : Zakat bagi harta galian tersimpan adalah 1/5 (20%) ( Muttafaq 'alaih)

Mazhab Syafie dan Malik pula berfatwa tiada zakat bagi minyak, hanya emas dan perak sahaja.

b) Zakat ke atas minyak yang DIMILIKI oleh Negara

Hasil minyak yang dimiliki oleh Negara, masih terdapat perbezaaan pendapat ulama samada perlu dizakat atau tidak.

Dr Yusuf Al-Qaradawi menghuraikan bahawa terdapat beberapa ahli ekonomi Islam seperti Dr. Shawqi Isma`il Shehatah dan Dr. Mohammad Shawqi Al-Fangari yang membangkitkan isu ini semasa Persidangan Pertama Berkaitan Ekonomi Islam pada 1976 di Mekah. Kedua-dua ahli ekonomi ini berpendapat perlunya Negara mengeluarkan zakat atas hasil minyak dan mineral yang dimiliknya.

Namun al-Qaradawi menolak pendapat ini, dan beliau menyatakan telah adanya persepakatan antara ulama bahawa TIADA ZAKAT ke atas minyak yang dimiliki oleh Negara atas sebab berikut :-

1) Zakat adalah wajib dan tanggungan individu yang memiliki sesuatu kekayaan. Merekalah yang bertanggungjawab di hadapan Allah. Adapun Negara bukan miliki individu, begitu juga organisasi.

Allah Berfirman

خذ من أموالهم صدقة

'Take alms of their wealth, wherewith you may purify them' (At-Tawbah: 103).

The Prophet (peace and blessings be upon him) also said:

أدوا زكاة أموالكم

Ertinya : Dan keluarkan zakat dari harta kamu "

Kedua-dua dalil ini menunjukkan tanggungjawab zakat ke atas individu dan organisasi sepertimana negara. Pemimpin negara tidak memiliki harta negara, harta negara adalah hak semua dan hanya ditadbir oleh pemimpin.

2) Berkaitan individu yang diperlukan membayar zakat ; dalam Islam pembayar zakat hanya perlu membayar sejumlah wang untuk dimanfaatkan oleh penerima yang layak, mankaala baki wangnya yang lain adalah khas untuk kegunaannya sendiri. Namun dalam hal harta Negara ia SEPATUTNYA sentiasa dimanfaatkan oleh orang ramai setiap sennya. Jika kita katakan perlunya zakat 20% untuk ummah, adakah ini bermakna baki 80% boleh digunakan oleh pemimpin untuk diri mereka sendiri. ? Ini tidak benar sama sekali.

Allah berfirman :

مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ

Ertinya : Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (Al-Hashr: 7)

3) Jika Negara dikehendaki membayar zakat, maka siapakah yang akan menjadi pemungut zakat tersebut?. Sudah tentu negara juga, justeru bagaimana pula pembayar membayar kepada diri sendiri dalam waktu yang sama.

Al-Qaradawi juga menegaskan bahawa beliau faham yang ahli-ahli ekonomi Islam tersebut mungkin memberikan pendapat itu kerana merasa tertekan dengan keadaan negara-negara umat Islam yang banyak hasil minyaknya namun masih terlalu ramai faqir miskin di pelbagai negara Islam yang lain, seolah-olah hasil kekayaan ini tidak sampai kepada si faqir dan miskin.

Namun setelah perbincangan yang panjang Al-Qaradawi merasakan pendapat mewajibkan zakat dari negara Islam kaya dan zakat itu diberikan kepada negara Islam miskin adalah bukan cara yang praktikal. Malah tiada jaminan sama sekali wang zakat itu akan disampai kepada si faqir miskin tadi.

Benar ia adalah TIDAK HALAL SAMA SEKALI diwaktu negara Islam yang kaya dengan hasil minyak bermewah dengan hasilnya, pada masa yang sama negara umat Islam yang miskin menderita kemiskinan dan penyakit.

Nabi s.a.w bersabda :

ما آمن بي من بات شبعان وجاره جائع إلى جنبه وهو يعلم به

Ertinya : Tidak sempurna iman seseorang denganku (nabi s.a.w), mereka yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya sedang berlapar (kerana kemiskinan) dan ia mengetahuinya" ( Riwayat Al-Bazzar dan At-Tabarani ; As-Sayuti : Hadis Hasan)

PENYEBAB SEMAKAN KEMBALI FATWA

Namun persoalan yang tidak kurang penting adalah bukan isu wang zakat minyak untuk diagihkan kepada negara Islam lain, tetapi lebih DIBIMBANGI ia tidak sampai langsung kepada rakyat negara itu sendiri.

Zakat minyak Petronas?

Ia hanya jatuh kepada poket individu tertentu dari kalangan pemimpin. Inilah yang merisaukan sehingga terdapat ulama yang mula memikirkan fatwa berbeza. Ia bagi memastikan hasil minyak negara MAMPU sampai kepada rakyat yang betul.

Pun begitu, bagi saya ia masih belum mampu menjamin apa-apa sekiranya individu yang mengendalikan wang zakat dan pembehagiannya juga jenis TIDAK TAKUT ALLAH dan hanya memikirkan perut dan nafsu mereka. Tidak mampu dinafikan tidak sedikit individu yang sebegini.

Lihatlah betapa gagalnya sebuah negara jika mereka gagal mendidik kualiti diri individu dengan Islam. Sebaik manapun pemimpin, jika menteri-menterinya, pegawai-pegawainya korup dan berhati rakus harta. Semua perancangan baik pemimpin yang baik akan menjadi hancur berkecai. Keadaan akan menjadi semakin dahsyat JIKA PEMIMPIN itu sendiri berhati rakus. Maka pemipin yang baik mestilah memberi tumpuan utama kepada pentarbiyahan KAKITANGAN mereka terlebih dahulu bagi melaksanakan kebaikan menyeluruh.

Kerana itu, walaupun sebuah negara itu punyai banyak hasil mahsul dan pendapatannya, ia pasti gagal dimanfaatkan oleh rakyatnya, tidak kirlah sebanyak manapun bangunan tinggi yang dibina dengan megahnya. Namun rakyat masih menderita.

Negara hanya akan berjaya jika pemimpin berjaya membina bangunan iman dan taqwa yang tinggi dalam jiwa kakitangan dan rakyatnya. Inilah tugas yang paling rumit dan sukar. Inilah kejayaan baginda nabi s.a.w. Tatkala itu, tanpa bangunan tinggi, litar Formula 1, lapangan terbang terbesar, jambatan terpanjang dan mercutanda hebat, rakyat dalam negara akan merasai kemajuan yang tiada tolok bandingnya (walaupun tanpa bangunan tinggi).

KESIMPULAN

Menurut hukum Islam yang asal, hasil mahsul minyak dan mineral lain mestilah dalam kawalan dan perancangan bijak pemimpin sesebuah negara. Pemimpin bukanlah bermaksud untuk kegunaan peribadi dan kroni-kroni tetapi adalah untuk kegunaan rakyat. (Al-Ijtihad in Shari`ah, Al-Qaradawi, cet Dar Al-Qalam, Kuwait)

Namun begitu diakibatkan oleh gejala tidak sihat di kalangan pemimpin yang tidak amanah sehingga hasil minyak sesebuah negara tidak sampai kepada rakyatnya, mungkin kerana itulah al-Azhar mengeluarkan fatwa terkini bahawa perlunya zakat minyak dikeluarkan oleh sesebuah negara agar ia sampai kepada rakyat miskinnya.



Justeru, disebabkan setiap negara punyai keadaan dan situasi masing-masing, adalah tepat jika Majlis Fatwa Kebangsaan dapat membincangkan isu ini dengan telus. Sama ada mereka bersama fatwa Al-Qaradawi dan majoriti ulama silam, atau bersama fatwa Badan penyelidikan Al-Azhar yang terkini.

Namun masalah yang dihadapi oleh Majlis Fatwa dalam hal ini adalah, saya difahamkan bahawa Majlis fatwa sudah menghantar surat rasmi kepada PETRONAS untuk berbincang hal zakat ini. Namun surat rasmi itu kelihatan tidak diendahkan oleh mereka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Jun 2008

Kenyataan Terkini NGO MURSYID Isu PRU13

Posted: 13 Apr 2013 06:42 PM PDT

Ilmuan islam bersuara.
Seruan Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)
Menjelang PRU-13 Malaysia


MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:

1. Prinsip Amanah

al-Quran: "Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

al-Quran (Ali Imran, (3): 103): "Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…"

Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam juga berpesan: "Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu" (HR al-Bukhari)

2. Prinsip 'Adl wa Ihsan

"Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)

Rasulullah Sallaallahu'alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara." (HR Muslim)

Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: "Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya" (HR Muslim);

Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat." (HR Muslim);


3. Prinsip Amar Ma'ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." (Al Imran (3): 110);

Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: "Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman" (HR Muslim.)

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam bersabda: "Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh" (Hadis riwayat al-Hakim.)

Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: "Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim" (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah)


4. Prinsip Islah

"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu." (al-Baqarah (2): 143)

Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun .

5. Prinsip Akhlak Mulia

Allah SWT menegaskan: "Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…" (Al-Maidah (5): 2)

Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam: "Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)" (Riwayat Malik b. Anas.)

Rasulullah sallaallahu'alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau: Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.' Beliau bersabda: "Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka." (Riwayat Ahmad di dalam Musnad.)


Bertitik tolak dari kesedaran dan prinsip-prinsip yang telah disebutkan, maka MURSHID menyeru:

1) Kepada para warga Malaysia Muslim yang layak mengundi, agar:

a) Menjalankan tanggungjawab mengundi dan hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk memilih pemimpin pilihan anda melalui saluran demokrasi yang ada.
b) Membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang lengkap dan adil terhadap calon-calon, parti-parti yang bertanding serta manifesto mereka.
c) Tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian dan juga hasutan sebagai asas di dalam membuat pilihan ketika membuang undi.
d) Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.
e) Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.
f) Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
g) Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti.
h) Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya.
i) Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia.
j) Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
k) Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.
l) Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu juga, MURSHID juga ingin mengingatkan para pengundi sekelian bahawa pilihan yang anda lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Maka, pastikan pilihan anda itu bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.


2) Kepada parti-parti yang bertanding, agar:

a) Tidak berbohong, fitnah, keji, mencaci, politik kebencian dan kotor.
b) Tidak merasuah dan tidak mengamalkan politik wang untuk mendapatkan undi dan kuasa.
c) Tidak menyalahgunakan hak rakyat, wang pembayar cukai, fasiliti milik rakyat yang sepatutnya bukan milik parti, media dan pengaruh sepanjang kempen pilihanraya.
d) Meletakkan calon yang terbaik, berkarisma, mempunyai ciri-ciri yang disebutkan pada (1.e, f dan g) dan meletakkan sifat beragama sebagai asas, hatta di kalangan bukan Islam.
e) Meletakkan kepentingan agama, negara, masyarakat dan alam sekitar sebagai matlamat mendapatkan kuasa dan bukannya demi keuntungan individu, parti ataupun sesetengah kaum dan bangsa semata-mata.
f) Menawarkan tawaran dan manifesto kepada rakyat Malaysia yang mampu dilaksanakan secara realistik.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan parti-parti yang bertanding bahawa kuasa adalah amanah, tanggung jawab dan bebanan, anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Maka, pastikan tindakan anda semuanya dan bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.


3) Kepada pihak media penyiaran dan media cetak, agar:

a) Bersikap adil dan memberikan hak dan peluang yang sama kepada setiap parti tanpa pilih kasih serta tidak menzalimi pihak yang lain.
b) Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan jurnalisme beretika dengan menjauhi segala fitnah dan adu domba samada untuk tujuan pemasaran mahupun untuk memberikan kelebihan kepada satu pihak dengan menzalimi pihak yang lain.
c) Mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi dan merealisasikan jurnalisme berhemah serta menjaga akhlak dan moral yang tinggi di dalam membuat liputan, laporan dan juga penilaian.
d) Menjadi mata, telinga dan juga suara rakyat sepanjang membuat liputan mengenai pilihanraya, serta mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti-parti tertentu.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak media bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas apa yang anda laporkan. Maka, pastikan tindakan anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.



4) Kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), agar:

a) Menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan adil, bertanggungjawab, penuh integriti, telus dan bersih.
b) Tidak berpihak, hatta kepada parti yang berkuasa dan sentiasa ingat bahawa akauntabiliti anda adalah kepada rakyat dan bukannya kepada parti yang memerintah sebelum parlimen dibubarkan.
c) Mengutamakan masa depan negara, kepentingan bersama seluruh rakyat Malaysia dan bukannya pihak-pihak tertentu sahaja.
d) Melakukan perkara-perkara yang patut seperti pembersihan senarai pemilih dan bersikap responsive terhadap tuntutan rakyat demi memperbaiki kredebiliti dan imej SPR yang semakin calar dan dipertikaikan.
e) Bertanggungjawab untuk mengembeleng segala usaha bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada fungsi asal SPR yang bukan sekadar tidak berpihak, tetapi juga wajib dilihat sebagai tidak berpihak.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas tanggungjawab yang anda jalankan. Maka, pastikan perlaksanaan tugas anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

Dari Kami

Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)
Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)
Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)
Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)
Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)
Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)
Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

Ahli Jawatankuasa

Dr Maszlee Malik
Dr Ahmad Wifaq Mokhtar
Dr Mohd Sukki Othman
Ustaz Mohd Asyraf Mohd Ridzuan
Ustaz Fauwaz Fadzil
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Ustaz Mohd Aizam Mas'od
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim
Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin
Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang
Xifu Abdul Naser Abdul Rahman

13 April 2013

Tiada ulasan: