Jumaat, 5 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dapat Layanan VVIP Di Parlimen

Posted: 05 Apr 2013 12:31 AM PDT


Lihat dengan mata kepala sendiri betapa dalang pencerobohan Lahad Datu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dilayan macam VVIP oleh Menteri jaga Parlimen Nazri Aziz, di bangunan Parlimen sendiri.

Rakyat maukan penjelasan mengapa beliau diberikan sebegitu hebat sekali mengalahkan tetamu agung luar negara.

Jadi jelaslah pada rakyat bahawa dalang Pencerobohan Lahad Datu ini cukup rapat dengan beberapa pemimpin UMNO/BN malahan beliau bolehlah dianggap sebagai penyokong cukup tegar lagi totok UMNO/BN. -omakkau


Kajian UM : 80% Rakyat Pantai Barat Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar

Posted: 04 Apr 2013 11:14 PM PDT


Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali berkata, negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jelas Amer, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.

"80 peratus lagi tidak percaya langsung, mereka (responden) anggap ini sebagai satu perkara yang sengaja di ada-adakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar Ibrahim ketika satu Seminar PRU-13 'Memperkasakan Demokrasi' anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM hari ini.

Dalam isu sama, Amer berkata, dakwaan yang mengatakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir adalah sangat menghairankan.

"Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.

"Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin, perkara ini yang perlu diberi perhatian disebalik serangan oleh pelbagai pihak kepada beliau," katanya lagi. -selangorku

[VIDEO] Guan Eng: Saya Pilih Jumaat Penghulu Segala Hari

Posted: 04 Apr 2013 08:20 PM PDT


Petaling Jaya: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari."

Itulah alasan yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika memilih hari ini Jumaat untuk membubarkan DUN Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR semalam.

Semua menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz (MB Kelantan) dan Datuk Seri Azizan Razak (MB Kedah) menyertai sidang media itu kecuali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang menyertai majlis membubarkan DUN Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

Pagi semalam Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang.

Beliau mencadangkan agar ini dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang itu.




Hari Hijab Sedunia Membawa Seorang Gadis Inggeris Peluk Islam

Posted: 04 Apr 2013 05:20 PM PDT


London - Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia telah menarik seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa ia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

"Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan," katanya, seperti dilansir Onislam.

"Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong," tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

"Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang Saya cari-cari," katanya.

Saat memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

"Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Ipar-ipar saya telah sangat menyokong, "kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba mendebatnya sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, hal yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat mencolok di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Taib Mahmud Perlekeh SPRM, Apakah Tiada Tindakan Terhadapnya?

Posted: 04 Apr 2013 08:27 AM PDT


Taib enggan beri kerjasama pada SPRM

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau "tidak akan bekerjasama" dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung siasatan mengenai urusniaga belakang tabir didakwa melibatkan anggota keluarganya.

SPRM juga tidak layak mendapat kerjasama darinya kerana kerana suruhanjaya itu didakwa bertindak "nakal" dan "tidak jujur", kata Abdul Taib ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat dewan tertinggi BN di Kuala Lumpur hari ini.

Abdul Taib juga menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat oleh badan anti-rasuah itu.

"Mereka tidak layak terima kerjasama dari saya kerana mereka nakal dan tidak bertindak jujur.

"Biarkan mereka (SPRM) buat kerja. Selagi mereka berlaku adil saya tidak takut," katanya ketika ditemui pemberita di PWTC hari ini.

Taib juga menafikan tanggapan bahawa isu yang dibongkarkan melalui satu video oleh NGO antarabangsa Global Witness itu akan menjadi bebanan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Malah, beliau juga berjaya mendapatkan majoriti dua pertiga kepada BN di Sarawak dalam pilihan raya umum ke-12.

"Saya bebanan? Saya telah menang pada pilihan raya lalu dengan lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang perkara ini," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pendedahan tersebut memberi kesan terhadap sokongan rakyat di Sarawak terhadap BN, Taib berkata kesannya amat kecil.

"(Kesannya) Minimum. Ia tidak bersesuaian dengan sentimen penduduk tempatan," katanya lagi.

SPRM pada 20 Mac lalu mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas maklumat video yang didedahkan Global Witness itu.

Bukti video berkenaan antara lainnya merakam dakwaan yang menunjukkan bagaimana ahli keluarga Abdul Taib dan rakan perniagaannya menyalahguna lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Suruhanjaya itu turut menjalankan serbuan ke atas pejabat seorang peguam yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa itu.

Ulasan GB

Maruah dan keredibiliti SPRM tercabar.

Teramat nyata sekarang pemimpin BN sendiri memperleceh dan memperlekehkan SPRM.

Rakyat kini menunggu apakah tindakan SPRM selepas ia diperlekehkan sedemikian rupa dengan keengganan Taib Mahmud memberikan kerjasama terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Apakah SPRM bersedia untuk mendapatkan waran tangkap kepada pemimpin BN Sarawak itu?

Jikalah yang bercakap sedemikian adalah pemimpin Pakatan Rakyat, GB rasa dah hiruk pikuk satu Malaysia...

Jika tiada tindakan dari SPRM, itulah bukti nyata SPRM adalah kuda tunggangan UMNO BN fullstop

PRU13: Pakatan Rakyat Perlu Ganti BN Kuasai Putrajaya

Posted: 04 Apr 2013 05:10 AM PDT


Barisan Nasional (BN) tidak patut lagi diberi peluang untuk kekal memerintah negara kerana selama lebih lima dekad pemerintahannya, rakyat terus dihantui dengan pelbagai masalah, termasuk isu perkauman dan korupsi, salah guna kuasa dan gagal menyatukan semua kaum di negara ini.

Ini membuktikan kerajaan BN gagal menangani masalah pokok yang membelenggu rakyat negara, termasuk kenaikan harga barang kerana mereka lebih utama memperkayakan kroni.

"Slogan 1Malaysia sekadar slogan tanpa pelaksanaan jujur, BN biarkan golongan fanatik dan NGO perkauman terus-menerus membakar sentimen kaum dan agama, ini tidak sihat dan bahaya untuk kita," kata Pembantu Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, Kasthuri Patto.

Menurutnya, perjuangan DAP sejak dulu hingga kini komited untuk menjadikan Malaysia untuk rakyat Malaysia dan tidak bermusim seperti yang dilaksanakan BN.

"Kita mahu perpaduan rakyat seluruh bangsa yang ada di Malaysia dengan perpaduan sebenarnya. Bukan perpaduan plastik. Kita mahu perpaduan yang kukuh, di mana seluruh rakyat senang dan tidak berprasangka buruk antara antara satu sama lain," katanya pada majlis makan malam, di sini, mlam tadi.

Menurut Penasihat Strategi Media Sosial DAP, Yeo Bee Yin pula, wujud jurang perbezaan yang besar antara pentadbiran BN dan Pakatan Rakyat (PR).

"Bila PR berjaya mentadbir Selangor, kerajaan negeri tidak menaikkan tarif air negeri ini malah membelanjakan RM650 juta setiap tahun untuk memberi air percuma kepada rakyat. Nilai rezab kerajaan negeri juga meningkat daripada RM400 juta kepada RM2.7 bilion. Ini membuktikan ketelusan dan kecekapan urus tadbir kerajaan negeri.

"Begitu juga di Pulau Pinang, kerajaan negeri mampu memberi insentif kepada rakyat. Ini semua bukan hutang, hutang negeri pula dapat dikurangkan daripada RM630 juta kepada RM30 juta. Ini juga kerana pentadbiran yang telus dan berintegriti," ujar beliau.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat bertekad melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya umum nanti.

"Kali ini kita perlu ubah kerajaan (pusat) yang ada kepada kerajaan PR," katanya bersemangat. – Roketkini

Tiada ulasan: