Kelab Greenboc |
- Kertas Undi Keluar Dua Kali, PAS Lapor Polis...
- [VIDEO] Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan
- [INI KALILAH!] Gambar Terbaik, Penumpang Komuter Baca Akhbar Ini Kalilah!
- [VIDEO] Faizal Tahir, Yassin Muncul Dengan Video Klip ‘Berani’
- Musa Hassan: Kempen Politik Guna Video Lucah Tindakan Jenayah
- BN Bakal Tumbang? Majlis Profesor Negara Mesyuarat Tergempar
Kertas Undi Keluar Dua Kali, PAS Lapor Polis... Posted: 30 Apr 2013 01:01 AM PDT Temerloh: PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara. Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai 'penipuan' tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi. "Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos. "Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua," ujarnya. Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini. Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi |
[VIDEO] Anwar Dedahkan Lokasi Rahsia Peti Undi Disorokkan Posted: 29 Apr 2013 11:01 PM PDT PKR semalam mendedahkan gambar lokasi rahsia Sungai Chua, Kajang, yang didakwa digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyimpan peti undi. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menampilkan dokumen dan sampul undi pos yang diperoleh dari lokasi rahsia itu. "Dengan bukti-bukti ini, Anwar menggesa SPR menjawab mengapa dan untuk apa undi pos rasmi di simpan di tempat yang mencurigakan dan bukan di ibu pejabat SPR. "Munasabah sangatkah bangunan seburuk ini menjadi tempat simpanan rasmi rahsia SPR sepertimana yang disebut SPR dan begini kedududukannya kawasan perindustrian, Sg Chua, Kajang." Gambar tersebut menunjukkan premis yang menjadi tempat menyorokkan undi pos itu adalah sebuah rumah kedai. Turut dikesan adalah kereta pacuan empat roda yang dipercayai digunakan untuk mengangkut undi pos tersebut. Minggu lepas, Anwar mendedahkan bagaimana kereta tersebut tidak ke ibupejabat Putrajaya sebaliknya dilencongkan ke lokasi misteri itu. "Bagaimana dokumen yang begini rahsia dan penting didapati di sebuah kedai yang tidak didaftar langsung sebagai milik SPR yang kenderaan sepatutnya dibawa ke Putrajaya. " Dilaporkan pada Apr 25 bahawa SPR berkata penghantaran logistik seperti peti undi dan peralatan lain adalah bagi memenuhi keperluan pusat pengundian untuk memastikan pelancaran hari pengundian nanti. Ulasan GB Itu baru satu. Mungkin terdapat lebih banyak "stor" tidak rasmi SPR di seluruh negara. GB berharap jika terdapat kes seperti di atas, petugas-petugas PR membuat laporan polis dan dapat menyalurkan maklumat tersebut seberapa segera kepada pimpinan parti supaya ianya dapat didedahkan untuk pengetahuan umum. Sebarang penyelewengan, penipuan dan ketidak-telusan perlu disekat dan dihalang dan mereka yang terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan. Kita berdoa kepada Allah supaya segala rancangan penipuan (jika ada) oleh pihak SPR dan agensi-agensi yang terbabit itu gagal dan semua yang terlibat dihukum dengan seadil-adilnya olehNya. (Bukankah Allah Hakim yang seadil - adilnya) |
[INI KALILAH!] Gambar Terbaik, Penumpang Komuter Baca Akhbar Ini Kalilah! Posted: 29 Apr 2013 08:31 PM PDT |
[VIDEO] Faizal Tahir, Yassin Muncul Dengan Video Klip ‘Berani’ Posted: 29 Apr 2013 04:35 PM PDT Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul 'Berani' yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet. Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat. Antara bait liriknya berbunyi 'Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..," Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan. Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul 'Menuju Putrajaya dan 'reformasi', manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar. Bidas kenyataan Norman Dalam perkembangan lain, Faizal di laman Twitternya baru-baru ini membidas pendapat mengatakan industri perfileman akan hancur jika kepimpinan negara bertukar tangan. Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada penerbit filem dan anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim. Norman dalam twitternya menulis sekiranya Pas berkuasa, industri filem dan muzik di negara ini akan hancur, malah pengeluaran filem dan muzik antarabangsa juga akan terjejas. Ia disanggah Faizal yang menyifatkan kenyataan itu sebagai jenaka, dan menegaskan umat Islam wajib percaya bahawa 'rezeki datang dari Allah'. Malah Faizal juga secara sinis menjawab tweet dari Ketua Unit Media Baru Umno, Tun Faisal Ismail Aziz yang dilihat tidak senang dengan kritikannya. Selain Norman, turut menjadi kritikan penyokong Pakatan adalah kenyataan daripada pelakon 90 an yang tidak lagi popular, Azhar Sulaiman, apabila menuduh pimpinan Pakatan Rakyat dengan skandal video seks. Menerusi video di Youtube, Azhar membuat kenyataan kurang bijak apabila mengatakan 'sanggup disambar petir' jika video fitnah yang dikaitkan dengan pimpinan Pakatan itu tidak benar. Ketika rakyat kini mula membandingkan dasar yang ditawarkan Pakatan dan Barisan Nasional, Azhar hanya mampu mengitar semula kempen kotor Umno BN. Sebaliknya beliau tidak pula bersuara apabila parti itu kini giat berkempen menayangkan video lucah dalam kempennya kepada masyarakat. |
Musa Hassan: Kempen Politik Guna Video Lucah Tindakan Jenayah Posted: 29 Apr 2013 08:25 AM PDT Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, tindakan mengedar dan menayang video lucah di khalayak terbuka sebagai kempen politik boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan. "Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari ini. Beliau mengulas tindakan menayang video lucah dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur, minggu lalu. Program ceramah tersebut dimulakan dengan ucapan menghentam pucuk pimpinan PAS, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai, termasuk kanak-kanak. Manakala di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan ada pihak tidak bertanggungjawab mengedar VCD seks fitnah yang mencemarkan pemimpin Pakatan Rakyat tertentu. "Ia adalah kesalahan di bawah undang-undang jenayah. Kempen begini tak sepatutnya berlaku," tegas Musa. Dalam pada itu, Musa yang kini Penasihat Majlis Keselamatan Pakatan Rakyat berpesan agar institusi polis bersikap neutral ketika berhadapan dengan pelbagai pihak sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13. "Polis tak boleh benarkan parti politik ceramah bersebelahan. Polis mesti bersikap neutral. Saya nasihatkan mereka berlaku adil. Jangan menyebelahi mana-mana pihak. "Perkara ini sendiri disebut oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar). Semua orang kena cool head (bertenang). Jangan mulakan provokasi," kata Musa. Beliau turut menyelar pihak yang menggunakan taktik perkauman untuk memancing undi. "Rakyat kini sudah matang. Mereka tak mahu huru-hara. Ekonomi negara akan mundur 10 tahun dan perkara itu sesiapa pun tak mahu. Kena saling hormat masyarakat Malaysia yang berbilang kaum," kata Musa. -KD
|
BN Bakal Tumbang? Majlis Profesor Negara Mesyuarat Tergempar Posted: 29 Apr 2013 05:13 AM PDT Kuala Lumpur: Kebimbangan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan kerajaan sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Profesor Negara mengadakan mesyuarat tergempar di Putrajaya. Menurut Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya, seorang rakannya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memaklumkan hal ini kepada beliau. "Semalam, seorang kawan di UKM telefon, beritahu Majlis Profesor Negara bermesyuarat tergempar di Putrajaya, ekoran situasi bayangan membimbangkan bakal melucutkan takhta BN," tulis Lutfi dalam kolumnya di Harakahdaily. Beberapa hari sebelum itu, tulis Lutfi, pensyarah kanan UKM, Profesor Dr Mohamad Agus Yusoff juga melahirkan keyakinan BN akan tumbang kali ini. "Semasa saya mengunjunginya di Bandar Baru Bangi juga melahirkan keyakinan sama," tulis Lutfi. "Khabarnya banyak lagi meeting serupa semalam di Putrajaya, bincang isu sama," tulis Lutfi lagi. -HD
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan