Kelab Greenboc |
- [VIDEO] 15,000 Rakyat Sabah Sambut Anwar, Jalan Terpaksa Ditutup
- Shahrir Berang Dengan Penganjur, Berceramah Dihadapan ‘Kerusi Kosong’
- Kenapa PAS Berkawan Dengan DAP Tolak Umno?
- Lagi Bukti UMNO Dalang Penyebaran Video Lucah - Tayang Depan Wanita & Kanak-kanak
- Abdullah Saamah Yang Berfatwa Haramkan Undi PAS Kini Jatuh Sakit
- Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran
- Terbukti Nyata UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali
[VIDEO] 15,000 Rakyat Sabah Sambut Anwar, Jalan Terpaksa Ditutup Posted: 29 Apr 2013 01:24 AM PDT Tawau 29 April: Sambutan luar biasa rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Tawau semalam sangat mencemaskan Umno Barisan Nasional. Ini berikutan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Sabah dan Sarawak tidak mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini. Beliau menyatakan demikian susulan lautan 20,000 rakyat membanjiri ceramah Anwar di Sarawak Jumaat lalu. Bimbang dengan sokongan rakyat itu, Najib turut bergegas bertemu penduduk Sarawak keesokan harinya. Bagaimanapun, usaha Najib untuk meyakinkan penduduk Malaysia Timur itu gagal apabila kedatangan Anwar ke Sabah disambut ribuan rakyat. Dua jalan menghala ke pejabat KEADILAN Tawau, iaitu lokasi ceramah Anwar berlangsung, terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada 15,000 penyokong yang tidak putus-putus hadir mendengar amanat pemimpin negara paling popular ketika ini.> (Lihat kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)). "Dengan sambutan kepada Pakatan Rakyat sebegini, Najib boleh kata; 'Saya yakin Umno Barisan Nasional boleh menang'. "Sebab RTM, TV3 tak akan siar semua ini. Memang tak boleh pakai…Bila (kita) boleh tengok semula RTM, TV3? 6 haribulan (Mei 2013), InsyaAllah…(lepas kita menang ke Putrajaya)," kata Anwar malam tadi, disambut sorakan gemuruh rakyat di Jalan Kuhara, Taman Gek Poh, Tawau. Sementara itu, Pengarah Program Kempen Pilihan Raya KEADILAN Tawau, Thressia M Umar menyifatkan, kehadiran ribuan rakyat adalah kerana faktor populariti Anwar sendiri, selain gerak kerja jentera yang mula berkempen tiga hari selepas Anwar mengesahkan kehadirannya. "Datuk Seri Anwar memang popular, Perdana Menteri Najib Razak datang pun jalan tak ditutup macam sekarang. "Generasi muda terutama yang sudah mendengar ucapan dan ceramah beliau di tempat-tempat lain menerusi internet, tapi semuanya mahu mendengar dan melihat sendiri beliau berucap," kata Thressia. Anwar kemudiannya bergegas pulang ke Semenanjung pada jam 8 malam, untuk dua lagi siri ceramah di Setiawangsa dan Subang, malam tadi. Sebelum itu, beliau menjelajah Gum-Gum, Sikom, Silam, Semporna dan Lahad Datu untuk menyampaikan amanat terakhir pilihan raya. KEADILAN meletakkan Datuk Kong Hong Ming sebagai calon di Parlimen Tawau (P190). |
Shahrir Berang Dengan Penganjur, Berceramah Dihadapan ‘Kerusi Kosong’ Posted: 29 Apr 2013 12:20 AM PDT Johor bahru, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century di sini yang hadir semalam. Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai "sting garden" oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan. Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang dijadualkan akan berada di sana, juga tidak muncul. Program yang dijalankan di Dewan Persatuan Wushu Hua Tiong itu turut menyaksikan kerusi kosong gagal dipenuhkan walaupun penganjur turut menyediakan jamuan bagi hadirin. Shahrir ketika berucap di hadapan majoriti masyarakat cina yang berusia itu turut menjelaskan kemasukan Pakatan Rakyat (PR), terutamanya DAP di Johor akan mengubah budaya masyarakat berbilang kaum di negeri kubu kuat BN itu. "Orang luar datang kata Umno rasis dan tiada pandangan seimbang ... dan yang cakap ini DAP, mereka bukan mahu undi orang Melayu, tetapi mahu jadi suara orang Cina, itu pandangan yang racial," kata Shahrir yang pernah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru atas tiket calon bebas selepas meletakkan jawatan sebagai protes kepada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 malam tadi. "Sebagai orang Johor saya ingin menyatakan kita diajar untuk membuat keputusan. Sama ada kita Melayu Cina, India ... cara sebagai orang Johor mahu kita teruskan atau orang seperti Kit Siang akan bawa keadaan lain," katanya, merujuk kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang. Jelas Shahrir, cara yang dibawa pemimpin veteran DAP itu bukanlah cara masyarakat Johor, kerana rakyat berbilang kaum di negeri itu mengamalkan kaedah komuniti berbincang dengan kerajaan tanpa melibatkan retorik politik. Shahrir yang memenangi kerusi berkenaan pada 2008 dengan majoriti 43,143 undi kali ini akan menentang pesara tentera, calon PKR daripada PR, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein. Hashim merupakan anak jati Kempas, Johor dan merupakan bekas tentera yang pernah berkhidmat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di serata dunia serta berjanji akan meningkatkan mutu dan taraf hidup anggota tentera ekoran kehidupan mereka kini dakwanya tidak dibela kerajaan. "Ini soal kita harus fikir benar-benar kerana ia tentunya keputusan dan persoalan yang begitu besar. "Selama ini tiada masalah yang kita tidak boleh selesaikan. Tiada rintangan menyekat kemajuan kita ke depan," katanya, dan menambah, "kita mahu ubah kepada keadaan yang kita tak tahu untung atau rugi." Kerusi Parlimen Johor Bahru mempunyai sejumlah 96,515 pengundi berdaftar dengan masyarakat Melayu membentuk 51 peratus, Cina 43 peratus atau 41,501, dan baki lima peratus adalah India. Selepas majlis selesai, Shahrir ketika dalam perjalanan menuju ke kenderaannya turut kedengaran memberi teguran kepada penganjur program itu. "Lain kali nak organise (anjur), organise betul-betul". Seramai 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 orang diluar negara layak mengundi untuk Pilihan Raya 2013 yang dikatakan paling sengit dalam sejarah ini. Johor yang merupakan kubu kuat BN juga diancam dengan kehadiran tokoh besar seperti Lim Kit Siang dari DAP dan Salahuddin Ayub dari PAS. Johor juga merupakan negeri dimana Umno dilahirkan. -TMI |
Kenapa PAS Berkawan Dengan DAP Tolak Umno? Posted: 28 Apr 2013 09:35 PM PDT Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno. Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? (malah UMNO pernah berbunuhan sesama sendiri rebut jawatan.. Kes Mokhtar Hashim & Dato Taha adalah buktinya - GB) 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1. 7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa. ? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua. |
Lagi Bukti UMNO Dalang Penyebaran Video Lucah - Tayang Depan Wanita & Kanak-kanak Posted: 28 Apr 2013 06:07 PM PDT Umno tayang video lucah kepada wanita, kanak-kanak Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur. Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai. Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ. Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri, khususnya di Johor. Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai. "Ini adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam. "Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan Umno BN," katanya. Menurutnya, tindakan sedemikian bukan hanya mengelirukan, bahkan merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda dengan gejala yang tidak sihat. Selain tayangan lucah secara terbuka, Umno kini semakin giat menyebarkan VCD yang mengandungi rakaman lucah yang diedar kepada orang ramai sebagai bahan kempen mereka. Baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan, Kuala Lumpur mengadu VCD seks berkenaan diedar secara senyap dari rumah ke rumah. Hingga kini, tiada tindakan dilaporkan telah diambil oleh polis bagi menghalang kegiatan jenayah dan tidak bermoral itu. Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Multimedia 1998 Seksyen 231. Ulasan GB Kasihan sungguh UMNO. Benar-benar dah nazak. Bila gagal untuk berhujjah dengan PAS, maka terpaksa gunakan kaedah jijik, tayang video lucah palsu kepada masyarakat termasuk kepada wnaita dan kanak-kanak untuk dapatkan sokongan. Sudah hilangan pertimbangan dosa pahala dengan penyebarannya. Sedangkan mufti mereka sendiri, telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang ada di dalam video berkenaan tidak boleh pakai! Sahih lagi nyata UMNO ni golongan tak reti ugama dan menentang hukum qazaf yang ditetapkan Allah s.w.t. Allah akan tetap binasakan UMNO apabila mereka telah meninggalkan ajaran agamanya. FirmanNya: "Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang meninggalkan ajaran agamanya (murtad), maka kelak Allah akan datangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap terhadap orang-orang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan orang yang tidak takut kepada celaan orang yang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (pemberianNya), Maha Mengetahui." (Al-Maidah:54) klik untuk baca |
Abdullah Saamah Yang Berfatwa Haramkan Undi PAS Kini Jatuh Sakit Posted: 28 Apr 2013 03:09 PM PDT Abdullah Saamah pengasas Pondok Geting Tumpat, dikhabarkan kini diserangi penyakit strok sehingga mulutnya menjadi kaku. Beberapa bulan yang lalu, Abdullah pernah mengeluarkan fatwa sendiri "Haram Undi PAS" dengan alasan yang dangkal dan emosional. "Fatwa"nya itu telah digembar-gemburkan oleh akhbar Utusan Malaysia dan dipromosikan pula oleh parti UMNO yang kini sedang nazak melalui billboard-billboard sepanjang tempoh kempen PRU13 ini. Pihak polis telah mengeluarkan arahan supaya semua pihak jangan mengeluarkan fatwa yang boleh mengelirukan orang ramai dan menyebabkan perbalahan antara masyarakat semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. (sila rujuk berita dibawah). Berikut ialah maklumat dari laman sosial fb: Harap sahabat berdoa kepada Tuan Guru Abdullah Saamah pondok geting, kerana dia telah mengalami strok dan mulutnye menjadi kaku tidak boleh bercakap. Segala tomahan beliau kepada individu yg bergelar ulamak serta memperjuangkan agama jangan kita pandang remah kerana Allah MAHA berkuasa! Harap beliau Tok Guru ABDULLAH Saamah sedar apa yang beliau telah lakukan dan tomahkan! Sumber daripada cucu tok guru Pondok Berangan Tumpat.
|
Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran Posted: 28 Apr 2013 08:05 AM PDT Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru. Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara. "Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar," ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk. Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian. Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini. "Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh 'steady' je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh. "Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas," ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini. Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik. Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu. Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.
|
Terbukti Nyata UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali Posted: 28 Apr 2013 05:15 AM PDT Banner yang terpapar di atas menjelaskan bahawa UMNO terlibat secara lansung menyebar video lucah palsu Mustafa Ali. Mustafa: Saya akan lawan saman Umno. KUALA LUMPUR - "Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini. Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat. "Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini. Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas. "Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya. Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu. Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu. Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf. Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini. "Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan