Khamis, 25 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Sertai PAS

Posted: 25 Apr 2013 12:45 AM PDT


Seorang lagi tokoh masyarakat mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS hari ini sebagai penyataan sokongan kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail bin Samion, adalah bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNN) menyerahkan borang permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Turut serta di majlis yang diadakan di Pusat Media PAS itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz ketika mengalu-alukan kemasukan Ismail, berkata lonjakan ini akan memberi ruang kepada mana-mana bekas tentera untuk tampil berani bersama-sama menyokong Pakatan Rakyat.

"Bukan sahaja bekas tentera, malah anggota tentera yang masih berkhidmat pun perlu bersama-sama berani membuat perubahan. Sehubungan itu, saya menyeru yang lain, khususnya TUDM untuk menjejaki langkah Datuk Ismail ini," kata beliau kepada wartawan.

Mustafa pula menyifatkan kemasukan Ismail itu merupakan satu gambaran kesedaran yang menyeluruh di kalangan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya melihat kemasukan daripada kalangan bekas pegawai kerajaan, sama ada tentera ataupun sivil, ia satu gambaran kesedaran yang menyeluruh untuk membuat perubahan," kata beliau.

Beliau juga berharap dengan kemasukan Ismail ini akan memperkemaskan lagi jentera kempen Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.

Dilahirkan di Kuala Nerang, Kedah pada 23 Nov 1951, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Bin Samion (TUDM) merupakan lulusan dari Universiti Reading, UK dalam bidang kejuruteraan mekanikal pada tahun 1980.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 38 tahun sebagai seorang jurutera dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Komandan Akademi Tentera Malaysia (MAM) dan akhirnya sebagai Naib Canselor (VC) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kerjayanya dalam TUDM bermula sebagai seorang jurutera junior di skuadron pengangkutan (helikopter) dan semakin memuncak apabila dilantik ke jawatan Penolong kepada Ketua Tentera Udara (Kejuruteraan).

Beliau dilantik sebagai ketua jurutera TUDM (1997 hingga 2000) sebelum dilantik sebagai komandan MAM pada tahun 2001.

Apabila Akademi dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan, pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor pertama. Beliau merupakan jurutera pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor sesebuah IPTA.

Selain daripada itu, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting lain di dalam berbagai sektor industri dan kejuruteraan Malaysia.

Beliau juga sangat aktif dalam menyokong aktiviti-aktiviti Industri Pembinaan dalam sebagai seorang penilai panel (2005 hingga 2010).

Beliau juga merupakan salah seorang daripada perintis bagi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam menilai dan mencadangkan penerima anugerah The CEO of the Year dan The Prominent Award.

Beliau pernah mewakili Institusi Jurutera (IEM) di dalam Lembaga Panel Tatatertib, Peguambela & Peguamcara (2010 hingga 2012) dan juga sebagai ahli PEMUDAH Selangor (2010 hingga 2012).

Mempunyai seorang isteri, Datin Khalijah Hashim dan dikurniakan 4 orang cahayamata. Ayah beliau, Samion bin Mohamad, adalah salah seorang bekas anggota tentera yang terkorban ketika Kedah diserang komunis pada tahun 1954. Ibu beliau bernama Aminah bt Ishak.

Penyertaannya ke dalam PAS hari ini melambangkan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir dengan dengan baik dan mendapat sokongan dari teknokrat negara. -HD

[INIKALILAH] Tiada Lagi Negeri Jadi Kubu Umno BN

Posted: 24 Apr 2013 11:30 PM PDT


Tanggapan bahawa Pakatan Rakyat sukar menang di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor ekoran menjadi kubu Umno BN, tidak lagi terpakai dalam pilihan raya umum kali ini.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ditunjukkan melalui jumlah kehadiran penyokong Pakatan yang cukup memberangsangkan di banyak kawasan, ketika penamaan calon 20 April lalu.

"Orang tak masukkan Melaka dalam perkiraan sebenar. Dia ingat Melaka ini susah nak dapat daripada BN.

"Tapi tengok masa penamaan calon baru-baru ini. Menggemparkan. Banyak kawasan yang kehadiran penyokong Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan KEADILAN, lebih ramai daripada penyokong BN," katanya.

Anwar berkata demikian depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Taman Dato' Thamby Cik Karim, Batu Berendam, Melaka, malam tadi.

Beliau menjadikan Johor Bharu sebagai contoh, apabila menerima panggilan daripada calon KEADILAN Parlimen itu, Tan Sri Hashim Hussein selepas selesai proses penamaan.

"(Saya terima) panggilan daripada Tan Sri Hashim, (beliau) kata; 'Anwar, ini Johor Bharu, kubu Umno, tapi masa penamaan calon, jumlah (penyokong) Pakatan jauh lebih daripada Umno BN'," katanya.

Kehadiran Anwar semalam disambut persembahan bunga api, selain tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Malah padang ceramah sesak, sehingga ada yang terpaksa memanjat pagar rumah dan pokok, semata-mata untuk mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka.

Layar turut dipasang di padang bersebelahan, untuk menampung kapasiti penduduk.

Batu Berendam terletak dalam Parlimen Bukit Katil.

Menurut seorang hadirin, kehadiran semalam pasti memberi suntikan moral buat calon KEADILAN Parlimen itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -KD



"Saya Menjadi Seorang Hindu Yang Lebih Baik Selepas Berkawan Dengan Orang PAS"

Posted: 24 Apr 2013 07:56 PM PDT


Begitulah bunyi ayat yang diluahkan oleh seorang warga kita kaum India beragama Hindu....

Luahan hati ini taubat lahom tidak akan dihebahkan kepada umum oleh TV3, RTM, Utusan, Berita Harian, Bernama, NSTP maupun The Star.

Para pemimpin UMNO kalau nampak akan kata-kata sebegini punya rupa, pasti pening kepala kerana segala dakyah hatta tanda tangan MoU dengan Hindraf langsung tidak memberi kesan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang cuba digambarkan sebagai parti yang membawa perjuangan ekstrimis.

UMNO boleh buat apa saja.. dari menakut-nakutkan sampailah memfitnah pihak lawan, tetapi akhirnya rakyat jua yang akan membuat keputusan... Jangan kita pandang rendah kemampuan rakyat untuk berfikir dan menilai... Jangan ingat dengan pemberian BR1M rakyat sudah terasa teramat terhutang budi kepada UMNO.... Hentikan politik caci mencaci dan memfitnah lebih-lebih lagi penayangan video lucah... Sokongan rakyat kepada UMNO tidak akan bertambah malahan semakin berubah dan ramai yang berduyun-duyun berhijrah. -omakkau

[BERGAMBAR] Calon PAS Nak Menang Kena Berani & Berkarisma Macam Nizar

Posted: 24 Apr 2013 05:40 PM PDT


Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.Senaroi ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin.Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang.

Bravo Nizar...

Bakal MB Perak Inshaalah... -batuvskayu






[KREATIF] Anak Muda Cina Bentuk Bulan Dengan Tangannya

Posted: 24 Apr 2013 08:02 AM PDT


Begitu bersungguh sekali anak muda kaum Tionghua ini menzahirkan sokongan tidak berbelah baginya kepada perjuangan PAS.

Diolah dari beberapa rakaman gambar untuk dijadikan lambang bulan sebagai simbolik kepada perjuangan PAS.

Jika ditanya akal logik mengapa begitu beriya sekali anak muda ini...Jawapnya tidak lain tidak bukan..hati dan jiwanya sudah terpaut habis dengan PAS...Segala bentuk dakyah dan fitnah dilemparkan kepada PAS langsung beliau tidak ambil peduli...Anak muda yang cerdik dan berakal mampu berfikir dan menilai...Lagi di gerunkan dengan kisah hudud lagi bersungguh dan ghairah menyokong PAS.

Kepada UMNO, ini nasihat ikhlas Omak Kau yang datangnya dari sudut hati yang amat jujur....Hayat kamu untuk tamat sudah hampir tamat....Bersedialah untuk menjadi pembangkang...Bila kaum bukan Melayu terutamanya dari kalangan anak-anak mudanya sudah menerima PAS maka disitulah saatnya UMNO akan tumbang. -omakkau

Kereta Calon PAS Diconteng Perkataan Lucah

Posted: 24 Apr 2013 05:01 AM PDT


Dungun – "Saya terima ujian Tuhan dengan sabar, ia sebahagian daripada perjuangan saya untuk menegakkan agama ALLAH SWT," kata Alias Harun, pemilik kenderaan yang diconteng cat dengan perkataan lucah.

Kejadian disedari anak perempuannya, Sumaiyah, 25, ketika mahu mengundurkan kenderaan untuk menghantar dua adiknya ke sekolah setelah melihat ada tulisan putih di cermin belakang Toyota Unser milik bapanya itu yang diletakkan di garaj rumahnya dekat belakang Hospital Dungun.

Ketika kejadian, Alias yang juga calon Pas kerusi Dun Rantau Abang difahamkan bertemu pengundi di Kampung Padang Pulut selepas solat Subuh berjemaah di Masjid Serdang.

Alias berkata, ketika mahu bersarapan bersama penduduk kampung di warung, dia dihubungi anaknya memaklumkan kejadian.

Menurut Alias, dia tidak menyedari perkara itu kerana keluar awal pagi.

Menurut Alias, dia mengesyaki perbuatan tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan niat khianat kerana dia adalah calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini.

Alias, Pengerusi Majlis Tindakan Dun Rantau Abang adalah calon yang diketengahkan Pas untuk menentang penyandang kerusi itu, Datuk Zaa'bar Mohd Adib yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Sumaiyah yang ditemui kesal kereta milik bapanya diconteng dengan perkataan lucah.

Menurutnya, sebagai seorang anak, dia beranggapan itulah sebahagian dugaan yang harus dilalui buat ahli keluarga yang terpilih untuk berjuang atas jalan ALLAH SWT.

"Saya syak ia ada kaitan dengan rancangan politik.

"Walau apa yang berlaku saya tetap beri sokongan pada ayah," katanya.

Sumaiyah membuat laporan polis berkaitan kes terbabit dan polis mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Tiada ulasan: