Kelab Greenboc |
- Ku Nan Terajang Salah Seorang Penyokongnya!!!
- [BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya
- Di Sebalik Zul Nordin Dicium, Pemimpin MIC & 104 Pengikut Keluar Parti
- [BERGAMBAR] Lagi Petugas PAS Pamer Kreativiti
- Akan Ada Lagi Pemimpin Tertinggi UMNO Yang Akan Masuk PAS!
- [BERGAMBAR] Fitnah: Kain Rentang Untuk Takutkan Pengundi Cina & Melayu
Ku Nan Terajang Salah Seorang Penyokongnya!!! Posted: 24 Apr 2013 01:35 AM PDT Ingatkan Khabar angin jer pasal Ku Nan pukul penyokong dia.. Rupanya betul la.... iskh3...Kaki Pukul rupanya sekutu Tokei Judi ni... Wartawan TV3 n Utusan semua amik cuti..jadi mereka terlepas pandang berita ni..-Jahar LAPORAN POLIS Nama: KAMARUZZAMAN BIN KAMARUDDIN KP : 620901016147 PENGADU MENYATAKAN: PADA 05 APRIL 2013 JAM LEBIH KURAN 11:30 PAGI, SAYA TELAH PERGI KEPEJABAT AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA YANG TELETAK DI PRECINT 15, PUTRAJAYA, UNTUK BERJUMPA DENGAN AHLI PARLIMEN DATO SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR, BAGI MELUAHKAN MASAALAH YANG SAYA HADAPI. BILA SAYA DIPANGGIL MASUK OLEH YB DATO SERI TENGKU, BILA SAYA MASUK, SAYA TERUS DITAMPAR MUKA SAYA, SEBANYAK 5 KALI, DAN MENYEPAK BELAKANG BADAN SAYA. SAYA TIDAK TAHU MENGAPA YB DATO SERI TENGKU MENGAMBIL TINDAKAN DEMIKIAN TERHADAP SAYA, SAYA TELAH MENGALAMI KESAKITAN DIMUKA DAN DIBAHAGIAN BELAKANG BADAN SAYA, TETAPI TIADA SEBARANG KECEDERAAN ATAUPUN LUKA YANG SAYA ALAMI. TUJUAN SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS INI ADALAH UNTUK MELINDUNGI DIRI SAYA, TAKUT JIKA ADA APA APA KEJADIAN BERLAKU PADA DIRI SAYA DIKEMUDIAN HARI. LAPORAN POLIS INI DIBUAT DENGAN KERELAAN SAYA SENDIRI TANPA DIPAKSA OLEH MANA MANA INDIVIDU. |
[BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya Posted: 23 Apr 2013 11:10 PM PDT Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi. Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya. Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya. Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN. Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya. Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS. Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya. Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya. Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ. Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ. Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9. Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD CERAMAH MAT TAIB BANTU HUSAM DI PUTRAJAYA |
Di Sebalik Zul Nordin Dicium, Pemimpin MIC & 104 Pengikut Keluar Parti Posted: 23 Apr 2013 08:01 PM PDT Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam. Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini. "Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti.... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini. Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam. "Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu. "Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut. "Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding. "Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa. Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain. "Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali.... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi. Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau. Walau bagaimanapun, pencalonan Zulkifli sebagai calon Shah Alam menyebabkan gabungan pemerintah tersebut menerima banyak kritikan terutama apabila baru-baru ini video beliau menghina penganut agama Hindu tersebut luas di ruang internet. Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR di bawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu. PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara ke atas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen. |
[BERGAMBAR] Lagi Petugas PAS Pamer Kreativiti Posted: 23 Apr 2013 05:05 PM PDT |
Akan Ada Lagi Pemimpin Tertinggi UMNO Yang Akan Masuk PAS! Posted: 23 Apr 2013 08:05 AM PDT Kuala Lumpur: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS. Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan singkat pada minggu lalu. Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat. Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13. "Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami membuat perubahan. "Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia," katanya. Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan peribadi. Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat. Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu. "Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi. "Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang. "Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga," katanya. -FMT |
[BERGAMBAR] Fitnah: Kain Rentang Untuk Takutkan Pengundi Cina & Melayu Posted: 23 Apr 2013 05:17 AM PDT Melaka: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari kesal dengan pemasangan kain rentang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnah PAS. "PAS Melaka menafi sekeras-kerasnya bahawa kami memasang kain-kain rentang," ujarnya pada sidang akhbar di Pusat Media Pakatan Rakyat Melaka di Pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan di sini hari ini. Jelasnya, PAS tidak pernah mencetak dan memasang kain rentang seperti ini, ianya merupakan provokasi pihak musuh yang sengaja ingin mengelirukan pengundi terutama pengundi Cina. "PAS yakin ini adalah kerja-kerja musuh politik kita yang sengaja memfitnah dan jumpa mengelirukan rakyat supaya memandang serong kepada PAS," tambah Adly yang bertanding di N.09 Durian Tunggal. Calon PAS N.17 Bukit Baru, Dr Khalid Kassim juga kesal kerana Dun Bukit Baru menjadi sasaran utama pemasangan kain-kain rentang provokasi tersebut. "Petugas-petugas kita menjumpai lebih dari 10 kain rentang seumpama ini dipasang di dalam Dun Bukit Baru. "Jelas lawan kita semakin terdesak sehingga sanggup memasang kain rentang yang memfitnah PAS,"ujar beliau. Dr Khalid berkata beliau dan jentera Majlis Tindakan Dun Bukit Baru tidak sedikit pun gentar dan takut dengan tindakan provokasi seumpama itu. "Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan. Rakyat semakin hari semakin menerima PAS di Dun Bukit Baru dan kita yakin satu kejutan akan berlaku di sini," tambahnya. Kredit gambar: Ismail Ahmad |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan