Selasa, 2 April 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] 2 Tokoh, Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS

Posted: 02 Apr 2013 01:00 AM PDT


PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling.

Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah.

Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006.

Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara.

Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Adik Nakhaie Ahmad calon PAS di Baling


Adik bekas naib presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad diumumkan menyertai PAS dan dinamakan sebagai calon PAS bertanding di parlimen Baling.

Brig-Jen (B) Datuk Najmi Ahmad menggantikan penyandang kerusi tersebut Datuk Taib Azamuddin Taib yang tidak dicalonkan semula ekoran masalah kesihatannya.

Perkara tersebut diumumkan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di pusat media PAS di ibu pejabat parti itu pagi ini.

"Beliau merupakan tokoh Baling, anak Baling, Kedah. Dan kita pula baling beliau ke sana," katanya berseloroh, diiringi gelak ketawa hadirin.

Selain itu, Abdul Hadi turut mengumumkan dua lagi calon Pemuda PAS untuk bertanding kerusi parlimen.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan diumumkan bertanding di kerusi parlimen Temerloh manakala Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham) Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi bertanding kerusi parlimen Titiwangsa.

Penyandang kerusi parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggal dunia pada Julai 2011.
-mk

[VIDEO] Bukan K'tan, Tapi Pahang, Negeri PM Takda Air

Posted: 01 Apr 2013 10:41 PM PDT


Lagi krisis air di Pahang, penduduk berdemo

Maran: Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka.

Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk telah tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang (Paip) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu.

"Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk "Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan.

"Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa," keluhnya.

Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebrsihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna.

Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.

"Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor dan berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.

"Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah.

"Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak," jelasnya.

Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama.

Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen.

Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi.

"Saya ada tiga anak yang bersekolah.

Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu.

"Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah," katanya.

Kawasan Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit dan Parlimen Maran.


[VIDEO] DAP Pilih Sakmongkol Untuk Bertanding Di Raub

Posted: 01 Apr 2013 08:25 PM PDT


DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

Ia diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.

Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

Sementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. -mk

Ulasan GB

Pengundi Raub perlu memilih Mohd Ariff Sabri untuk ahli parlimennya. GB mengenalinya apabila berpeluang berceramah sepentas dengannya beberapa minggu lalu.

Pengetahuan dan kebolehannya melafazkan ayat-ayat Al-Quran sewaktu berceramah begitu mengkagumkan. Dan selepas ceramah GB menyatakan kepada beliau.... "Datuk, ada kemungkinan Allah keluarkan Datuk dari UMNO kerana Datuk mempunyai ilmu keagamaan kerana syaitran yang dikenali itu terasa panas bila dibacakan ayat-ayat Al-Quran.."

Datuk Mohd Ariff berkata.. "Ya, mungkin".

Bagi yang belum berkesempatan mendengar ceramah beliau, berikut disiarkan rakaman ceramahnya di Sungai Buaya yang pernah disiarkan di blog ini.


Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah

Posted: 01 Apr 2013 04:30 PM PDT


Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah

Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.

"Saya yakin tiada pihak akan kata 'Tidak' .... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung 'dibalik tabir' apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN," kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan "siapa yang akan terkubur" apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

"Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

"Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India," tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

"Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?" soal Kit Siang dalam ucapannya.

Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

"Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan 'menggantung diri'.

"Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar," kata Kit Siang.

"Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah."


Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

"Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik," kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.

"Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal," Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.

Buaya Negara?

Posted: 01 Apr 2013 08:25 AM PDT


Akhirnya ada juga para penyokong UMNO yang jujur dan berhati suci murni apabila mengambarkan perangai dan gelagat UMNO/BN yang sebenar. UMNO jenis buaya tembaga baham semau harta rakyat tanpa kira waktu dan ada rasa belas kasihan. Apa jua yang boleh memberi kekayaan dia akan baham ngap!!!! Tahniah!!!!.. Kejujuran mu akan sentiasa rakyat ingat dan sanjung!!!! -omakkau

[VIDEO] Nurul Izzah Mahu Saman SPR, Kemuka Surat Aduan Sebagai Bukti

Posted: 01 Apr 2013 07:40 AM PDT


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menyalahkan beliau sekiranya mengambil tindakan mahkamah.

Katanya, surat bantahan dan permohonan membatalkan senarai pengundi yang meragukan dalam bahagian Parlimen Lembah Pantai telah dihantar dan dicap terima oleh Nur Izdiyani, seorang pegawai kanan SPR pada 5 Mac lalu.

Demikian dakwa Nurul sambil menyifatkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak ada kredibiliti kerana menuduhnya mengambil tindakan mahkamah terburu-buru tanpa memaklumkan terlebih dahulu kerumitan itu kepada suruhanjaya itu.

Malah kata Nurul, surat itu juga telah difakskan oleh peguamnya iaitu Chooi & Company yang dihantar pada hari yang sama.

"Semua nama pengundi yang saya bantah bantah itu telah dikemukakan kepada SPR.

".... beliau tidak sepatutnya menyalahkan saya kerana menyaman SPR dalam hal ini walhal dalam surat itu saya turut menyatakan sekiranya SPR tidak beri jawapan bertulis dalam tujuh hari, tindakan mahkamah akan diambil," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Aziz pada Khamis lalu yang menafikan SPR tidak menerima surat daripada ahli parlimen itu yang mendakwa lebih 4,500 pengundi mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenal pasti manakala tiga pengundi pula telah meninggal dunia.

Dalam pada itu, Nurul Izzah mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan tegas ke atas Umno-Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai berhubung dakwaan menimbulkan keganasan politik sejak tahun lalu.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR mendakwa biarpun pihaknya banyak kali membuat laporan polis beserta bukti pelakunya namun hingga kini tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka terbabit.

"Gangguan yang ditimbulkan Umno Lembah Pantai terhadap saya bukan saja keganasan berbentuk 'criminal intimidation', malah memperlihatkan tiada ada tertib berpolitik.

".... saya juga mendesak supaya menteri terbabit supaya lakukan sedaya mungkin dalam bidang kuasanya untuk pastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.

Jelas beliau, lebih malang lagi apabila petugas dari pejabat pusat khidmat wakil rakyat kendaliannya menerima ugutan daripada sekumpulan samseng ketika mereka sedang bertugas di khemah PKR di Taman Sri Sentosa Utara, Khamis lalu.

Menurut Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Sentosa Utara, Siti Mariam Mohd Aly, sekumpulan samseng terbabit yang menaiki kereta waja itu yang dipercayai didalangi Umno Lembah Pantai.

"Saya dah buat kawat cam muka dan polis kata mereka ini geng tetak dan jual dadah.

".... pihak berkuasa kata mereka itu dikehendaki polis tapi banyak kalai polis cari namun tak temui, padahal mereka ada di situ," dakwanya.

Sehubungan itu, Nurul Izzah mendesak supaya semua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan politik matang dan baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Izzah Sanggah SPR, Kemuka Surat Aduan Sebagai Bukti


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyanggah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang makluman membatalkan senarai pemilih yang didakwa meragukan sebelum memfailkan permohonan semakkan.

Sebaliknya Izzah mendedahkan satu surat yang ditandatangani Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria bagi membuktikan bahawa pihak suruhanjaya telah menerima surat berkenaan.

Selain itu, surat peguam melalui Tetuan Chooi & Company turut diterima dan disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan SPR, Nur Ezdiani Rolen.

"Pembatalan nama-nama yang alamat berdaftarnya tidak lengkap atau tidak wujud terkandung dalam Rang-Rang Daftar pemilih Lembah pantai P121 yang mana semua nama yang kita bantah kita maklumkan kepada SPR.

"Kita sebut di perenggan terakhir sila maklumkan secara bertulis dalam masa tujuh hari dari tarikh di sini sama ada pihak tuan akan membatalkan nama-nama terkandung yang dilampirkan bersama surat.

"Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan atau jawapan yang tidak boleh diterima, kami telah diarahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tuan tanpa notis selanjutnya," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut mempersoalkan mengapa soal tidak menghubungi SPR sebelum difailkan ke mahkamah dibangkitkan sedangkan pihaknya melakukan perkara berkenaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

"Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas," ujarnya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan lebih 4,600 pengundi yang didakwanya meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam Parlimen Lembah Pantai.

Bekas Jenderal Dakwa Ada Penglibatan Politik ‘Luar Biasa’ Di Lahad Datu

Posted: 01 Apr 2013 05:00 AM PDT

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

"Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,"

"Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi 'Command and Control', tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

"Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman," katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

"Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan," katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

"Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

"(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu)," katanya lagi.

Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang.

Tiada ulasan: